Wednesday, November 16, 2016

Nyah-kotak tripod Beike Q666 (unboxing video)


Baru baru ni aku ada beli satu tripod baru untuk gantikan tripod DIGIeye TR-65 yang telah rosak.

Alang alang nak beli baru, better beli yang lebih kukuh, stabil & lasak. Sesuai la dengan minat aku yang suka shoot landscape.

Pilihan aku? Setelah survey lebih kurang, tripod yang menepati ciri ciri yang aku kehendaki (ball head, kaki boleh buka & kangkang lebih lebar) ialah tripod Beike Q666. Harga berpatutan tapi masih mengekalkan kualiti yang baik.

Barangan yang termasuk dalam pakej tripod ini:

Beg tripod


Tripod & pouch untuk kepala tripod


'Allen key' & manual serta pocket pouch untuk letak apa apa barang lah

Harga bagi tripod tersebut ialah RM225, beli dari sorang seller camera equipments online. Kat lazada pun ada model ni, boleh dapat murah beberapa ringgit tapi biasanya kena order dari oversea, so lambat sikit la sampai.Sebenarnya, tripod model Q666 ni hadir dalam pelbagai jenama, macam yg aku beli ni dijenamakan sebagai Beike Q666.Kalau perhatikan kat internet, macam macam jenis brand ada untuk tripod model Q666 ni.


Sabar la nak terpaksa jadi model tripod untuk abah mu ini.huhu

Kat bawah ni spesifikasi & ciri ciri tripod Beike Q666 (ihsan google)

Key Features
Introduction:
Traveler tripod with ball head design is the best choices for outdoor photograph activities, which makes your trip more enjoyable.
1. Pull-out button angling adjustment, ensuring single adjust of each leg
2. Typical regulating design of elevator, offering the different damping effect depends on the weight of your camera
3. 5-section center column, realizing your lowest angle shooting
4. Quick release leg locking, giving a more convenient leg handling
5. Universal ball head handle with secured clip, double securing your camera from accident dropping.
6. It has a portable pocket, easy to carry!

Specification:
Folded Length: 350mm
Max Height: 1545mm
Weight: 1450g
Material: Aluminum
Color: most black & little golden
Max. Load Capacity: 8kg
Head Type: 360° Swivel Fluid Head
Carrying bag included
Ball head Height: QZSD-02(aluminum alloy)

Parcel Including:
1 x Q-666 tripod with ball head + Procket
(carrying bag included)

*Gambar google

So, kalau tengok kat ciri ciri tripod ni, min length (folded length) ialah 350mm dan max height ialah 1545mm. Cukup baik bagi aku untuk ambik gambar dari pelbagai sudut ditambah lagi dengan kaki tripod tersebut yang boleh dibuka lebih lebar untuk lebih kestabilan.

Selain daripada itu, tripod ini juga boleh dijadikan monopod untuk kegunaan yang berkaitan.
*Gambar google

Setakat ni, aku berpuas hati dengan kualiti & performance tripod ni. Kukuh, stabil dan senang dikendalikan berbanding dengan tripod aku yang dulu.
  Field test konon konon nya.hihi

Ha itu lah aku tengah skodeng.hihi memang cun sunset kat sini

Jadi, bagi korang yang tengah mencari cari tripod yang sesuai & murah khususnya untuk aktiviti landscape photography, mungkin korang boleh cuba pertimbangkan & survey tripod ni.

Facebook
https://www.facebook.com/mellography/
Instagram
https://www.instagram.com/ikhwanazmiphotography/


(read more)

Tuesday, November 1, 2016

Sweet Escape: Putrajaya nightscape

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua readers mushmello.com.

Hujung minggu lepas aku & famly ke Putrajaya. Plan asalnya nak shoot sunset kat sana. Target utama Masjid Putra tapi kecewa tak berbau, kat situ rupa rupanya port sunrise.Haha.

Cuaca pula tak begitu baik hari tu. Jadi alang alang dah kat sana, better shoot sekeping dua.

Blue hour di Masjid Putra, Putrajaya

Sedar tak sedar dah terlajak ke malam. Terdetik pula nak try nightscape. Hehe.
Setel solat maghrib & makan malam, kitorang gerak cari port yang menarik sekitar putrajaya. Antara tempat yang menarik waktu malam sudah tentu jambatan jambatan yang warna warni kat sana.Hihi

Lama jugak kitorang pusing2 nk cari lokasi yang best kononnya. Maklum la tak biasa sangat area sana, apatah lagi pada waktu malam. Jadi, kat bawah ni antara foto foto yang terhasil pada malam terbabit.

Masjid Putra dari jauh
  Light trail di Jambatan Seri Wawasan

Jambatan Seri Saujana, Putrajaya

Yang ni pula entah jambatan apa, tapi macam tak siap lg. Port yang sama aku shoot Jambatan Seri Saujana tu. Tapi yang pasti, reflection jambatan jambatan kat Putrajaya pada waktu malam memang sangat menarik.

Kamera yang aku guna ialah Nikon D7000 dengan kitlens kepunyaan adik aku, Nikkor 18-55mm. Dah lama berhajat nak angkat wide lens satu memandangkan major interest aku dalam fotografi ni ialah landscape. (waktu artikel ni ditulis aku dah sambar satu ultra wide lens.hehe) InsyaAllah next time aku repeat balik shoot kat sini. 

Kalau korang nak tengok foto foto aku yang lain, boleh tengok kat facebook & instagram. Jgn lupa follow sekali ye. hihi :)

Facebook:

Instagram:


(read more)
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says