Tuesday, November 1, 2016

Sweet Escape: Putrajaya nightscape

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua readers mushmello.com.

Hujung minggu lepas aku & famly ke Putrajaya. Plan asalnya nak shoot sunset kat sana. Target utama Masjid Putra tapi kecewa tak berbau, kat situ rupa rupanya port sunrise.Haha.

Cuaca pula tak begitu baik hari tu. Jadi alang alang dah kat sana, better shoot sekeping dua.

Blue hour di Masjid Putra, Putrajaya

Sedar tak sedar dah terlajak ke malam. Terdetik pula nak try nightscape. Hehe.
Setel solat maghrib & makan malam, kitorang gerak cari port yang menarik sekitar putrajaya. Antara tempat yang menarik waktu malam sudah tentu jambatan jambatan yang warna warni kat sana.Hihi

Lama jugak kitorang pusing2 nk cari lokasi yang best kononnya. Maklum la tak biasa sangat area sana, apatah lagi pada waktu malam. Jadi, kat bawah ni antara foto foto yang terhasil pada malam terbabit.

Masjid Putra dari jauh
  Light trail di Jambatan Seri Wawasan

Jambatan Seri Saujana, Putrajaya

Yang ni pula entah jambatan apa, tapi macam tak siap lg. Port yang sama aku shoot Jambatan Seri Saujana tu. Tapi yang pasti, reflection jambatan jambatan kat Putrajaya pada waktu malam memang sangat menarik.

Kamera yang aku guna ialah Nikon D7000 dengan kitlens kepunyaan adik aku, Nikkor 18-55mm. Dah lama berhajat nak angkat wide lens satu memandangkan major interest aku dalam fotografi ni ialah landscape. (waktu artikel ni ditulis aku dah sambar satu ultra wide lens.hehe) InsyaAllah next time aku repeat balik shoot kat sini. 

Kalau korang nak tengok foto foto aku yang lain, boleh tengok kat facebook & instagram. Jgn lupa follow sekali ye. hihi :)

Facebook:

Instagram:


blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says