Tuesday, April 26, 2016

Cara menyelesaikan tunggakan PTPTN & rekod CCRIS


Pinjaman bank tidak diluluskan disebabkan ada tunggakan PTPTN & tersenarai dlm CCRIS?
Sudah submit dokumen untuk pinjaman kereta / perumahan kepada bank tapi bank menyatakan ada tunggakan PTPTN? Tersenarai dalam CCRIS tidak bermakna sudah disenarai hitam & tidak tersenarai hitam tidak bermakna pinjaman boleh diluluskan. Berkemungkinan besar pinjaman tidak akn diluluskan kerana ada tunggakan ptptn & tersenarai dalam CCRIS.

Aku bukanlah pakar dalam perkara ni tapi sedikit perkongsian apa yg aku tahu.
Macam ni,
bagi peminjam PTPTN pembiayaan konvensional, tukar status pinjaman PTPTN kepada UJRAH & buat penjadualan semula. Untuk pertukaran ini, anda perlu membuat sejumlah bayaran kepada PTPTN. Hari tu ada promosi, bayar RM300 saja untuk tukar pinjaman konvensional PTPTN kepada sistem Ujrah. Tapi promosi dah tamat dh.
Bila dah tukar kepada sistem Ujrah, tunggakan yg terdahulu akan 'dibersihkan' dalam rekod & anda perlu membayar dalam jumlah yang tetap setiap bulan (seperti yang termetrai dalam perjanjian anda dengan ptptn semasa membuat pertukaran kepada ujrah) & bayar lah dengan konsisten untuk memastikan tragedi tunggakan tidak berulang. InsyaAllah setel bab pinjaman tak lulus sebab ada tunggakan PTPTN. Berapa lama BNM akan mengemaskini rekod PTPTN CCRIS anda? Tak pasti, tapi dalam rekod pihak PTPTN sendiri tidak mengambil masa yang lama. Jika ada keperluan yang mendesak seperti contoh pihak bank memerlukan bukti rasmi bahawasanya anda sudah menyelesaikan masalah tunggakan, mohon kepada pihak PTPTN untuk keluarkan surat rasmi berkenaan penukaran kepada UJRAH dan penjadualan semula untuk dikemukakan kepada pihak bank.

"Saya sudah membuat pertukaran kepada Ujrah dulu tapi pihak bank mendapati sy tersenarai dalam CCRIS kerana ada tunggakan PTPTN"

ya, anda dah tukar ujrah dulu & sepatutnya bayar secara konsisten setiap bulan. Kalau tak bayar, benda yang sama akan berulang yakni anda akan ada tunggakan & tersenarai dalam CCRIS. Walaupun belum disenarai hitam, anda yg tersenarai dlm CCRIS sebenarnya tengah menunggu giliran untuk disenarai hitamkan.
Cara penyelesaiannya?
Pergi ke mana mana kaunter PTPTN & bagitahu nk buat re-structure & re-schedule. Untuk proses ini juga anda perlu membuat sejumlah bayaran. Jika tunggakan anda RM30000, anda sepatutnya mebuat bayaran 50% dari jumlah tunggakan (untuk contoh ini 50% x RM30000 = RM15000), tapi anda boleh berbincang dgn pihak ptptn, dan jika anda bernasib baik, anda hanya perlu membuat bayaran min sebanyak RM5000 (mungkin berbeza di mana mana kaunter ptptn, bergantung kepada budi bicara mereka) untuk restructure & reschedule dan seterusnya rekod tunggakan anda akan dibersihkan. Proses seterusnya boleh rujuk kat atas.
Pastikan semasa ingin menyelesaikan masalah tunggakan di kaunter PTPTN, inform mereka yang anda ingin RESTRUCTURE & RESCHEDULE untuk mengelakkan salah faham. (jika anda sudah tukar ke UJRAH dulu). Jika hanya nyatakan nak reschedule, mereka hanya membuat penjadualan bayaran semula dan bayaran ptptn dijalankan melalui potongan gaji (bg yg berkenaan) tetapi tunggakan anda masih tersenarai.

p/s: Alhamdulillah.. pinjaman perumahan aku & isteri telah diluluskan baru baru ini. Tunggu rumah siap saja ;)

Update 24 November 2016

Kepada pembaca yang sudi komen di bawah, terlebih dahulu saya minta maaf sebab tak dapat reply direct komen komen di bawah di sebabkan ada masalah dengan akaun disqus. Jadi, saya update saja di sini sebagai jawapan kepada pertanyaan korang. (Sebenarnya jawapannya dah ada dalam artikel di atas, maybe korang perlu ambil masa untuk baca & faham.huhu)

MamaAmani:
Q: Alhamdulillah...bro bayar habis ptptn tu ke atau camane ye...
A:  Alhamdulillah..Saya cuma selesaikan kes tunggakkan & membuat bayaran bulanan dengan konsisten utk mengelakkan masalah yang sama berulang. :)

TunTeja:
Q: Awak byr tunggakan je ke atau byr habis?
A:  Saya cuma selesaikan kes tunggakkan sahaja dengan membuat sejumlah bayaran tertentu kpd pihak ptptn untuk hapuskan REKOD tunggakan, minta pihak ptptn RESTRUCTURE serta RESCHEDULE berapa jumlah yang perlu di bayar setiap bulan & seterusnya, saya hanya perlu membuat bayaran bulanan dengan konsisten utk mengelakkan masalah yang sama berulang.  :)

azizi zakaria:
Q: Berapa lama makan masa proses dia
A: Dalam kes saya, saya belum di senarai hitam, cuma semasa ingin membuat pinjaman bank, bank dapat mengesan yang saya mempunyai tunggakan ptptn & ini membuatkan proses pinjaman bank saya terganggu. Oleh itu, sy perlu menghapuskan rekod tunggakan ptptn sy di dalam Bank Negara Malaysia dengan melakukan langkah2 seperti yang telah sy nyatakan dalam artikel di atas. Berapa lama proses dia? Utk kes saya, lebih kurang seminggu lebih (lebih kurang / tak sampai sebulan). Yang penting, kena selalu follow up dengan staff ptptn yang kita berurusan. :)

Azwan Mohamed:
- Cuba semak adakah anda masih ada tunggakan ptptn? Kalau ada, mungkin itu sebabnya. Dah buat ujrah, bayar rm5k & buat potongan gaji tapi semasa berurusan dgn ptptn, ada tak anda nyatakan yang anda ingin hapuskan rekod tunggakan ptptn, restructure serta reschedule semula?
Mengikut pengalaman seorang kawan, dia dah tukar ujrah dulu, tapi dia tak bayar konsisten mengakibatkan ada tunggakan. Nak buat loan bank tak boleh so dia pergi kaunter ptptn untuk selesaikan masalah ni. Dia buat bayaran & minta reschedule (bayaran bulanan kpd ptptn) tp dia tak nyatakan secara jelas yang dia nak selesaikan tunggakan dengan restructure, serta reschedule semula jumlah bayaran bulanan. :)

Saya terangkan sekali lagi. Sebagai contoh, anda ada tunggakan ptptn sebanyak RM10000. Untuk selesaikan rekod tunggakan ini,

1) Pergi ke mana mana kaunter ptptn dan nyatakan yang anda ingin SELESAIKAN / HAPUSKAN rekod tunggakan ptptn.

2) Jangan risau, anda tak perlu selesaikan kes tunggakan dengan membuat bayaran sebanyak RM10000 seperti jumlah yang tertunggak namun hanya perlu membuat sejumlah bayaran tertentu yang di tentukan oleh pihak ptptn (sila baca semula artikel di atas)
Contoh bayaran yang perlu di buat hanya RM5000.

3) Jadi, tunggakan RM10000 - bayaran RM5000 = RM5000. Jadi baki tunggakan sebanyak RM5000 tu akan di restructure semula dengan baki jumlah pinjaman ptptn anda. Di sini pentingnya utk memaklumkan kepada pihak ptptn yang anda ingin restructure pinjaman anda.

4) Reschedule. Maknanya membuat penjadualan semula berapakah jumlah yang anda perlu bayar sebagai bayaran 'ansuran' kpd pihak ptptn setiap bulan. Nak bayar jumlah yang sikit setiap bulan? Boleh, tapi tempoh pinjaman anda akan bertambahlah. Alah, macam loan kereta la. Nak bayar sikit bulan2, extend la sampai 9 tahun. Tak nak bayar lama2 buat la 3 tahun tapi setiap bulan kena bayar lebih la.hihi

5) Setelah selesai semua urusan, bayar la secara konsisten setiap bulan. Jangan skip lg sebab kalau anda skip bayar tak bayar, nanti masalah yang sama akan berulang.

Harap penjelasan ini dapat menjawap kepada persoalan di bawah & kpd anda yg sedang membaca artikel ini. :)


Oh ya, saya baru register akaun instagram khas utk ruang fotografi sy. Ada masa jemput singgah & follow sekali ye. Tq :)

Instagram
https://www.instagram.com/ikhwanazmiphotography/

blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says