Sunday, January 24, 2016

Good Meowning Cafe; Your Cat Cafe!

Assalamualaikum.

17 Januari 2016 baru baru ni ialah ulang tahun ke-2 perkahwinan aku & wife. Alhamdulillah, anak lelaki aku pun dah genap setahun pada 11 Januari. At first ingat nk celebrate tapi nak buat majlis macam tak sempat sangat. So aku & wife plan nak keluar makan je la.

Dalam fikiran aku dah terbayang dah nak ajak wife aku makan kat mana. Confirm dia suka. Dipendekkan cerita, aku bawa wife & anak keluar lunch hari tu kat Good Meowning Cafe.

Good Meowning Cafe? Good Morning? Meow? Cat?

Yup, Good Meowning Cafe ni ialah Cat Cafe style di mana mereka menyediakan servis makanan / minuman dengan dikelilingi kucing kucing yang sudah tentunya comel! hihi. Memang suka la wife aku. Anak aku pun sama. Pantang nampak meow mesti nak menegur. hihi.

Good Meowning Cafe ni dekat je dengan rumah aku kat Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Hampir setiap hari aku lalu ikut situ waktu balik kerja or singgah MyDin tapi ni 1st time singgah & makan kat situ.

Ok, Good Meowning Cafe ni baru saja dibuka & beroperasi pada 4 Januari 2016 yang lalu. Ya, masih baru. Dan perkara pertama yang menarik perhatian aku untuk cuba singgah di cafe ini ialah decoration bangunan / cafe.Boleh dikatakan keseluruhan cafe ini dicat dengan warna kelabu di bahagian luar & 'Good Meowning' signboard di bahagian hadapan cafe cukup jelas & menonjol yang pasti menarik perhatian pelanggan.

Hiasan rekabentuk luaran & dalaman dinding cafe ini lebih menarik dengan mural yang berkonsepkan lukisan dialog kucing, nasihat dan bermacam macam lagi di mana para pelanggan boleh bergambar bersama keluarga & rakan rakan berlatar belakangkan lukisan mural terbabit.
Then bila cafe ini mula beroperasi baru aku tahu yang Good Meowning Cafe ni bukan saja membuat kelainan dari segi decoration cafe malah mereka juga menyediakan satu ruang khas untuk para pelanggan mendekati, bermain atau bergambar dengan kucing kucing di Good Meowning Cafe. Seriously kucing kucing kat sini gebu! heee.

Kucing kucing di Good Meowning Cafe ditempatkan di ruang / bilik kaca khas yang diasingkan dari ruang pelanggan makan & minum. Pelanggan akan dikenakan caj RM5 untuk 30 minit seorang untuk masuk ke ruang atau kawasan kucing ini. Dalam masa terbabit, pelanggan akan diberikan pelekat khas untuk ditampal di tangan selepas membuat bayaran di kaunter.Peti simpanan berkunci juga disediakan untuk kemudahan para pelanggan meletakkan barangan.Namun, pelanggan harus menunggu giliran untuk masuk ke kawasan kucing tersebut untuk mengelakkan bilik / kawasan kucing tersebut tidak terlalu sesak.


Good Meowning Cafe juga ada menyediakan kemudahan surau untuk pelanggan bersolat. Mungkin ada diantara pelanggan yang menunggu giliran atau menikmati hidangan hingga masuk waktu solat. So, ada baiknya solat dahulu sambil menunggu giliran masing masing. Ini adalah salah satu usaha & servis yang bagus bagi aku dari pihak Good Meowning Cafe untuk para pelanggan mereka.

Cenderahati seperti tote bag yang bercorak lukisan kucing dari Good Meowning Cafe juga ada dijual di sini untuk pelanggan yang berminat. Terdapat pelbagai pilihan tote bag yang boleh korang pilih.

Untuk pengetahuan korang, Good Meowning Cafe beroperasi dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 10.30 malam pada setiap hari kecuali hari Isnin & Jumaat.Sesuai dengan servis nya sebagai sebuah cafe, Good Meowning Cafe juga menyediakan kemudahan 'Wifi' untuk pelanggan melayari internet.

Berkenaan dengan menu pula, harga yang dikenakan berpatutan jika dibandingkan dengan servis Good Meowning Cafe sebagai salah satu Cat Cafe Style. Yelah, biasa kalau kita tengok cafe style ni harga makanan / minuman sedikit mahal tapi di Good Meowning Cafe, harga makanan / minuman kesemuanya tidak melebihi RM10. Cuma, pilihan menu sedikit terhad dan kebanyakkan menu yang disediakan adalah menu yang biasa kita jumpa kat kedai makan tapi dihidangkan dengan sedikit kelainan.
Seperkara lagi, tempoh hari aku order 'Nasi Meowgerine' (nasi majerin yang dihidangkan dengan omelette, sambal bilis & rempeyek) & wife order Spageti Baguih. Kedua menu tersebut sedap! Tapi satu perkara saja yang mungkin pihak Good Meowning Cafe perlu perbaiki di masa hadapan; kuantiti makanan yang dihidangkan. Nasi Meowgerine tu bagi aku dihidangkan dengan kuantiti yang sedikit jika dibandingkan dengan harganya.Tapi, kalau dah habis makan tu tetap la rasa kenyang.Alhamdulillah
Jadi, sedikit cadangan aku untuk penambahbaikan Good Meowning Cafe di masa hadapan ialah pelbagaikan pilihan menu. Wujudkan beraneka pilihan menu yang unik & ada kelainan berbanding restoren / kedai makan yang biasa kita lihat sepertimana Good Meowning Cafe membawa kelainan dengan menyediakan servis Cat Cafe style kepada pelanggan. Tak lupa juga berkenaan kuantiti sesuatu hidangan. Tidak perlu terlalu banyak, cuma lebihkan sedikitt saja lagi. :)

Walau bagaimanapun, itu semua tidaklah menjadi satu masalah memandangkan Good Meowning Cafe masih baru beroperasi & tarikan utamanya ialah kucing kucing yang super comel di situ.Namun Good Meowning Cafe juga harus mengambil teliti akan berkenaan menu menu yang disediakan di situ.

Walau apapun,hidangan yang disediakan di sini memang sedap & harga berpatutan, banyak kemudahan disediakan oleh pihak Good Meowning Cafe untuk pelanggan, kucing kucing disitu memang buat penggemar kucing gelisah sementara menanti giliran masing masing & yang pasti, aku & famly akan ke sini lagi. :)


Good Meowning Cafe

Alamat:
No 1, Jln Suasana 2/7A, Bdr Tun Hussein Onn
Cheras, Selangor

Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Isnin & Jumaat
10.30 a.m - 10.30 p.m.

Facebook Page: Good Meowning Cafe


blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says