Saturday, January 2, 2016

Aku & Kamera


Sebenarnya dah lama aku tak pulang ke kampung. Last maybe masa raya haji hari tu. Nasib baik masa krismas tempoh hari dapat cuti 3,4 hari. Merasa la jugak nak balik kampung. Kalau nak balik hujung minggu tu memang tak la, zaman bujang dulu takpe ke hulu ke hilir.

Jadi nak dijadikan cerita, masa balik kampung tempoh hari, tak tau nak buat apa pulak kat rumah kan. Selongkar almari tengok barang barang lama. Nostalgia beb! haha.. tengok balik barang barang masa zaman sekolah dulu, dunia aku adik beradik. Banyak yang masih tersimpang elok; majalah kawan, utopia, gempak, kreko tak termasuk lagi mainan kitorang dulu.kihkih

Tengah syok menyelongkar tu, terjumpa pulak 1st kamera yang aku beli masa sekolah menengah dulu.
Kamera pertama aku? ada lagii..

Kodak Film (2002)



Kamera filem kodak. Aku ingat lagi, punya la gigih simpan duit belanja sekolah, duit raya semata mata nak beli kamera ni.beli time form 3 @ form 4 mcm tu.ye, lbh krg 14, 13 tahun lepas. Harga kalau seingat aku lebih kurang RM50 saja. Takde fungsi / features yang pelbagai macam kamera digital sekarang ni. Just button untuk snap gambar & auto flash.



Main tembak je gambar sampai bergulung gulung filem habis. Haha. Habis segulung pegi cuci, lepas tu simpan dalam album.

Mustek DV5200 (2005)



Yang ni kamera ke-2 aku masa belajar kat matrikulasi.Tahun  2005. Kamera ala-ala camcorder.hehe. Kamera murah saja, tapi harga kalau dah cecah ratus masa study dulu agak mahal jugak la.



Of course, kamera ni boleh ambik gambar & video. Ada usb port untuk connect kamera ke tv untuk direct play video & display foto dalam kamera kat tv.

Sony Cybershot DSC-S730 (2007)

Masa berlalu & maybe kamera Mustek yang aku beli dulu kurang relevan dengan waktu yang kian berlalu. So masa study degree kat universiti, kamera digital kompak adalah pilihan aku.


Kamera kompak ni senang nak dibawa ke mana-mana, dengan design yang lebih baik berbanding dengan model kamera yang pernah aku miliki dulu. Dan sudah tentu kualiti gambar adalah lebih baik untuk cetakan.



Bila habis study, masa & waktu lebih padat dengan kerja. Kamera pun macam dilupakan seketika. Kalau ambik gambar pun guna handphone je. Hingga la waktu tu di awal perkahwinan, tangan ni gatal nak berkamera balik.

Fujifilm instax mini 8 (2014)



Kamera ni aku hadiahkan kepada isteri aku sebagai salah satu hantaran kahwin sewaktu kahwin dulu. Satu perkara yang aku suka pasal kamera ni ialah sudah tentu filem gambar nya yang terus dicetak dalam beberapa saat selepas gambar diambil. Gambar yang dicetak tu sesuai kalau nak gantung kat dinding, tampal or letak je dalam album gambar.

Nikon D3100 (2014)

1st time aku guna kamera DSLR, kepunyaan adik aku. Bermula dari sini aku kenal apa itu shutter speed, ISO, aperture, white balance, exposure, komposisi gambar dan lain lain.



Ada pelbagai format gambar yang boleh kita pilih bila guna kamera DSLR dan salah satunya ialah format RAW.Dan bila ambik gambar dalam format raw, of course aku lebih mendalami cara editing gambar melalui perisian lightroom & photoshop.

Dan bila guna DSLR, dari situ aku kenal jenis jenis lensa, lens filter, tripod, shutter remote, speedlight flash dan lain lain. Di awal perkenalan aku dengan DSLR, aku aktif dalam mengambil gambar landscape. Boleh tengok gambar gambar yang pernah aku ambik kat 500px atau pun page fotografi aku sendiri.

https://www.facebook.com/mellography/
https://500px.com/ikhwannazmi

Nikon D7000 (2015 - present)

Sampai bila nak pakai kamera pinjam kan? hihi. So aku pun beli untuk kegunaan sendiri & alang alang dah beli, better aku upgrade ke model yang lebih banyak function / features. Dan salah satu feature yang ada pada D7000 berbanding D3100 ialah D7000 ada built in focus motor.



Ceritanya masa aku pakai D3100 dulu, wife aku ada hadiahkan seketul lense nikkor 50mm 1.8D. lens tu takde motor untuk focusing & D3100 juga takde built in focus motor. Jadi aku terpaksa manual fokus semasa ambik gambar. Agak leceh & kebanyakkan gambar terhasil tidak sharp & blur.

Aku still guna nikon D7000 ni sampai sekarang. Agak berpuas hati dengan model ni, setakat nak ambik gambar untuk kegunaan sendiri & famly. Kalau untuk job pun dah cukup ok dah. Tak perlu yang high end punya. Depends la. Tapi kalau ada rezeki, of course FX kamera (full frame) juga ada dalam list aku.Hehe

Yashica FX-3

Jika diingatkan semula, ayah aku dulu pun sering ambik gambar. Dari zaman dia bujang, berkahwin, zaman aku & adik beradik kecik sampai la dia harapkan kan kami adik beradik je yang ambik gambar.



Kamera pertama ayah aku ialah kamera filem Yashica FX-3 yang dah berusia puluhan tahun. Mungkin dimiliki sewaktu aku baru lahir atau sewaktu dia bujang dulu.



Kamera ni maybe dah tak boleh digunakan  lagi tapi ayah aku still simpan sebagai kenangan.

Olympus u[mju:]-II

Kat bawah ni pula kamera ke-2 ayah. Still kamera filem & masih boleh diguna pakai sampai sekarang.



"Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi"



So aku teruskan minat aku dengan apa yg ayah aku buat masa kitorang adik beradik kecik dulu, ambik gambar, print then simpan dalam album. Berpuluh buah album gambar masih tersimpan kat rumah, zaman beliau bujang, zaman kitorang belum lahir hingga la zaman kitorang dah reti pakai kamera. Cuma dulunya ambik gambar guna kamera filem (dlm gambar kamera 1st beliau kot, yashica) & hantar kedai nak 'cuci' gambar. Sekarang senang, print saja.

InsyaAllah ada masa nanti aku ceritakan lagi serba sedikit perihal kamera atau fotografi. Apa pun jangan lupa singgah page fotografi aku ye? Thanks! :)

https://www.facebook.com/mellography/



blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says