Monday, December 21, 2015

Sweet Escape: Putrajaya Wetlands Park's Sunset

Assalamualaikum. 
Baru baru ni, seperti kebiasaan di hujung minggu, agak bosan terperuk kat rumah. Nak jenjalan ke tengok wayang ke pun sedikit sukar dah sekarang ni bila ada anak kecil (sebenarnya baru sekali tengok wayang lepas ada anak ni.huhu). So, jeling jeling kamera yang dah lama tersorok dalam dry box tuh, terus terfikir idea nak me-lanskap. Tapi port pula tak tau. Tak biasa sangat area selangor / kl ni. 

Biasanya dulu aku ke port dickson kalau nk ambil gambar lanskap, kat sana banyak port menarik. Fikir punya fikir, teringat ada orang pernah share gambar sunset taman wetlands putrajaya kat group fotografi. Terus ajak wife temankan ke sana.kihkih Sampai sana, langit sedikit mendung seakan mau hujan, hati dah gusar. Dah la 1st time sampai kat sini, jangan la melepas pulak kali ni. Nasib baik sempat jugak ambik beberapa keping gambar sunset kat sana.


Sunset kat situ agak cantik sebab arah matahari terbenam tu betul betul mengadap pondok jeti kat tepi tasik tu serta reflection yang terhasil kat permukaan air. Maybe ni salah satu port terbaik untuk sunset sekitar kuala lumpur / selangor, tambahan lagi pengunjung pun tak ramai sangat masa tu walaupun di hujung minggu. 

p/s: Boleh nengok page fotografi melloGraphy untuk lebih banyak gambar yang menarik. Tenkiu! :)

blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says