Thursday, May 22, 2014

Sweet Escape: Waterfall & River (Part 1)

Untuk beberapa minggu yang lepas, aku dan isteri agak kebosanan di hujung minggu. Kebiasaannya di hujung minggu la kami punya masa yang sedikit lapang untuk keluar, maklumlah weekdays sudah tentu masa agak suntuk dengan urusan kerja.

Seakan rutin mingguan kami, hujung minggu keluar pusing-pusing shopping mall. Bukannya nak bershopping sangat, sebab dah tak tau nak kemana kan.Hehe. Sesekali tu ada la pegi tengok wayang, tu pun kalau ada movie yang best. Yang tak berapa best pun kitorang layan jugak tapi layan mata saja la kat dalam panggung wayang tu. hehe

Entah dari mana datangnya ilham, terasa nak tukar angin pulak kan. Nak jalan-jalan ke tempat yang jauh dari kesesakan bandaraya, konon-kononnya nak ke tempat ala-ala kampung, ada permandangan bukit bakau. Bosan jugak, hari-hari pegi kerja kena ngadap jem, kiri kanan hutan batu dengan bunyi bisingnya yang beraneka ragam.

Fikir punya fikir so kitorang decide nak ke air terjun & sungai di sekitar negeri Selangor ni. Kat bawah ni ada beberapa foto yang sempat kitorang ambik masa kat sana.

Sungai Congkak, Hulu Langat







Air Terjun Ulu Yam

Setahu aku, kat sini ada beberapa tempat yang korang boleh nikmati permandangan air terjun. Kitorang tiba kat sini agak lewat petang, so tak sempat nak explore port yang best.







Air Terjun Gabai

Masa kitorang sampai kat sini, (actually masa pertengahan jalan lagi) hujan dah mula turun. Takde la lebat tapi boleh tahan la jugak. Air terjun / sungai agak keruh (kekuningan?) mungkin di sebabkan hujan yang turun tu menghakis tanah di persekitaran.









So untuk korang yang dah tak tau nak kemana di hujung minggu atau musim cuti, boleh la pegi ke tempat tempat seperti yang terpapar kat atas. Nak berkelah boleh, nak ber'bbq ke, nak bermandi manda. Yang penting, keselamatan tu harus di jaga. Jangan letak barangan berharga merata-rata terutamanya di dalam kereta. =)


blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says