Sunday, May 11, 2014

Satu perubahan fasa kehidupan...

Alhamdulillah.. Bersyukur pada yang Maha Esa kerana masih di beri peluang untuk bernafas hingga ke saat ini, dan syukur, kerana masih di beri kekuatan untuk menulis di blog yang kian suram & bersawang ni.Hehe.

Pantas.Memang cukup pantas masa berlalu meninggalkan kita.Jika ditoleh kembali, entri / artikel yang terakhir di blog ini adalah pada September 2012.Setahun lebih blog ini sepi dari sebarang entri terbaru. Arghh, ke mana aku menghilang?

Untuk sesetengah perkara, satu tahun itu mungkin satu jangka masa yang pendek, atau boleh jadi satu tempoh yang agak lama. Bergantung kepada apa yang kita nantikan atau apa yang terjadi.

BYE BYE SINGLE! Tehee~

Alhamdulillah, 17 January 2014 yang lalu adalah satu tarikh yang amat bermakna buat aku. Hari di mana aku menamatkan zaman bujang & menjadi seorang suami. Dan sudah tentu, ada perbezaan dalam kehidupan zaman bujang dan selepas berkahwin.

Seronok.

Ya, kahwin memang seronok. Kalau dulu masa bujang, balik tapau nasi makan sorang sorang depan PC, layan movie sebarang dua then tunggu mata layu. Pagi pagi dah keluar ke pejabat, lewat petang baru sampai rumah. Macam tu je la hari hari.

Bila hidup berdua dengan isteri ni, of course la sedikit sebanyak rutin harian berubah. Balik rumah ada isteri sambut. Makan malam sama sama masak. Makan berdua. Tidur pun dah berteman. Hehe.

Namun, jangan di lupa, besar tanggungjawabnya bila dah kahwin. Suami atau isteri masing masing ada tanggungjawab yang harus di jaga, lebih lebih lagi para suami.

Satu fasa perubahan...

Seperti yang sedia maklum, kehidupan di alam perkahwinan adalah satu perubahan fasa dalam hidup yang berbeza dengan zaman bujang. Masa bujang, mungkin kita boleh buat apa saja ikut kepala sendiri, nak keluar lepak, pergi sana sini, buat itu & ini tapi bila dah kahwin ni apa saja perkara yang kita nak buat hendaklah sama sama la berbincang & buat keputusan bersama. Terutamanya para isteri, apa saja perkara yang hendak di lakukan hendaklah dimaklumkan & diizinkan suami. Ingat tu, penting tau redha seorang suami. :)


Dah, tak guna aku cerita panjang lebar pasal bab ni. Perkara penting macam ni dah tentu semua orang yang nak kahwin & yang telah kahwin sedia maklum kan? Hehe.

Whatever it is, kahwin tu seronok! Chow~





blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says