Monday, January 30, 2012

Review #1 : HTC Sensation XL with Beats Audio (Intro)


Brand HTC mungkin tidak asing bagi mereka yang mengikuti perkembangan gadjet & telefon mudah alih khususnya. Tapi aku percaya, kebanyakkan kita 'dibesarkan' dengan Nokia.Betul tak? Hehe. Masih aku ingat, handphone pertama yang aku guna ialah Nokia 3310, semasa tingkatan 5. Masa tu punya la gembira sebab tak ramai remaja seusia aku yang guna handphone sendiri. Haha

Tapi kalau nak dibandingkan dengan dunia sekarang? Teknologi semakin jauh berkembang pesat. Untuk review pertama aku ni, aku ingin berkongsi sedikit sebanyak info mengenai salah satu handphone keluaran HTC, HTC Sensation XL with Beats Audio.

Korang boleh rujuk link di bawah bagaimana aku boleh memiliki handphone ni.

http://www.mushmello.com/2012/01/100112-is-my-25th-happy-birthday-mello.html

Dan warna pilihan aku? Semestinya solid white. Cun weh!

PENGENALAN

HTC Sensation XL adalah antara produk terbaru dari HTC yang dilengkapi dengan 'Beats Audio' & beats headset. Ternyata, sistem bunyi yang terhasil dari teknologi ini tidak mengecewakan & memang superb! Sangat sesuai untuk mereka yang gilakan muzik. Setiap music instruments (bass, drum, guitar 1, guitar 2, keyboard dll) dalam sesebuah lagu dapat didengari dengan jelas & seimbang. Yang lebih best, bunyi bass & drum yang terhasil lebih ketara & realistik.

HTC Sensation XL Commercial videos





Android buttons yang bercahaya malap (low light glowing)


Pandangan dari belakang. Logo 'Beats' audio bewarna merah memang menonjol dengan cover putih. Cover bewarna silver dibelakang diperbuat daripada aluminium yang tahan lasak & 'kasar' untuk memastikan smartphone ini tergenggam kemas di tangan korang.


Terdapat dua mikrofon; atas (seperti di dalam gambar) & satu di bawah.


Pandangan sisi


HTC Sensation XL menggunakan sistem operasi (OS) android 2.3.5 (gingerbread), 1.5Ghz single core processor & dengan skrin 4.7", korang sememangnya akan sangat berpuas hati dengan paparannya yang jelas & lancar samada untuk photos, videos, games, melayari internet dan lain-lain.

UNBOXING

Tiada video unboxing untuk aku share, cuma beberapa photos yang sempat aku snaps tempoh hari untuk tatapan korang.Kihkih



High quality metal Headset with 'Beats' Audio engineering. Warna merah putih headset ini memang cool!

Buttons untuk music player (previous, next, play & pause buttons) dan juga untuk menjawab panggilan. Sedikit kekurangan di sini ialah set buttons ini diperbuat daripada plastik; jauh berbeza dengan head set nya yang diperbuat daripada metal yang berkualiti.

'Ear plug / tips' dengan beberapa saiz yang sesuai untuk keselesaan korang


'2 in 1' charger cable & charger. Charger cable ini juga berfungsi sebagai USB cable untuk sebarang data transfer ke PC / Laptop.

User guides & warranty

Seperti kebanyakkan handphone / smartphone, HTC Sensation XL menggunakan bateri yang boleh ditanggalkan. Bagi aku, penggunaan bateri seperti ini akan memberikan kelebihan kepada kita sekiranya terjadi apa-apa kerosakan pada bateri. Yelah, mudah nak tukar ganti, tak kisah masih dalam waranti atau tak kan? Kalau bateri dah fix terbina kat dalam, mungkin sedikit rumit jika ada kerosakan yang membabitkan bateri sahaja.

Aku tak pernah guna smartphone keluaran HTC sebelum ni, jadi aku kurang pasti akan ketahanan bateri untuk model HTC yang lain.Mengikut kata kekawan aku yang pakai model HTC jugak, (HTC Evo 3D, HTC Desire), at least kena charge bateri 1 kali sehari. Maknanya kapasiti bateri mungkin boleh tahan tak sampai sehari atau hampir sehari. Tapi, selama (baru 18 hari! hehe) aku guna smartphone ni, HTC Sensation XL mampu bertahan sehingga 2 hari & hampir 2 hari pada masa tertentu (ketika penggunaan aplikasi lebih kerap; normal text messaging, call, games, music, web surfing).

Satu kekurangan yang jelas ada pada HTC Sensation XL ialah smartphone ini tiada slot memory card & hanya menggunakan internal memory. Jumlah internal memory untuk smartphone ini ialah 16Gb tapi memory yang available setelah di'install dengan aplikasi basic dari packaging asal ialah lebih kurang 12Gb. Tapi 16Gb tu sudah memadai. Nak isi apa sangat kan sampai 16Gb, 12Gb kan? Gambar & video yang diambil pun last-last transfer ke dalam PC jugak.Haha!

FULL SPEC




Size : 132.5mm x 70.7mm x 9.9 mm (5.22" x 2.78" x 0.39")
Weight : 162.5 grams (5.73 ounces) with battery
Display : 4.7-inch touch screen with 480 x 800 resolution
Screen : 119 mm (4.7")
CPU Processing Speed : 1.5 GHz
Platform :Android™ with HTC Sense™

Memory1 :
Total storage: 16 GB
Available storage: up to 12.64 GB
RAM: 768 MB
(The available storage you can use will be lesser, since the phone’s software occupies some storage.)

Camera :
- 8 megapixel camera with F2.2 lens, dual LED flash, and BSI sensor (for better low-light captures)
- 720p HD video recording
- 1.3 megapixel front camera

Connectivity:
- 3.5 mm stereo audio jack
- Bluetooth® 3.0 with A2DP for wireless stereo headsets and PBAP for phonebook access from the car kit
- Wi-Fi®: IEEE 802.11 b/g/n
- DLNA for wirelessly streaming media from the phone to a compatible TV or computer
- Standard micro-USB (5-pin micro-USB 2.0)

Sensors :
- Gyro sensor
- G-Sensor
- Digital compass
- Proximity sensor
- Ambient light sensor

Multimedia

Audio supported formats:

Playback: .m4a, .mp3, .mid, .ogg, .wav, .wma (Windows Media Audio 9)

Video supported formats:

Playback: .3gp, .3g2, .mp4, .m4v, .wmv (Windows Media Video 9 and VC-1)
Recording: .mp4, .3gp


Nantikan review HTC Sensation XL yang seterusnya di dalam artikel yang akan datang. InsyaAllah dalam artikel yang akan datang, aku akan review berkenaan user interface atau photo / video.

Untuk specs & maklumat yang lebih detail mengenai HTC Sensation XL, korang boleh rujuk link yang tertera di bawah.

http://www.htc.com/www/smartphones/htc-sensation-xl/



p/s: Harga pasaran untuk HTC Sensation XL ialam RM2009. Tapi ada je tempat yang jual lebih murah. Cer usha-usha kat Lowyat. Aku dapat hari tu adalah dalam RM1900. Mungkin sekarang lebih murah.Who knows rite? Hihi



Links related:

HTC Sensation XL 2nd review (user interface)

http://www.mushmello.com/2012/02/review-1-htc-sensation-xl-user.html

HTC Sensation XL 3rd review (applications)

http://www.mushmello.com/2012/03/review-3-htc-sensation-xl-apps.html



(read more)

Saturday, January 14, 2012

100112 is my 25th | Happy Birthday, Mello

Ketika di puncak tangki air JBA Pahang, Seberang Temerloh.

Alhamdulillah, aku maseh diberi peluang untuk menulis di blog yang semakin kurang pengunjung ini. Ya, aku sedar, makin lama aku makin hilang rentak dalam ber'blogging. Chop, mungkin perkataan 'ber'blogging' tu tidak sesuai untuk aku. Secara kasarnya aku memang dilihat sebagai seorang blogger tapi jauh sama sekali aku tidak layak untuk katakan yang aku seorang blogger. Kenapa?

Pedulikan kenapa itu. Aku cuma suka menulis entah apa saja perkara, anggap saja blog ini sebagai pengganti kertas & pen. Aku menggunakan blog sebagai medium penulisan aku & tidak hanya kerana sebab sekecil itu aku dianggap seorang blogger.

Artikel ini dipublish sedikit lewat dari tarikh peristiwa; ulang tahun kelahiran aku yang ke-25. Tepat 10/01/12 tempoh hari, genap 25 tahun aku dilahirkan di dunia ini. Kalau 2 tahun yang lalu, aku melihat dunia umur 25 ini sebagai matang, kahwin, kerjaya. Tapi sekarang aku sudah alami, tapi macam takde beza je? Kehkeh.. Yup, bab kerjaya tu Alhamdulillah..

Famili

7 Januari yang lalu, kebetulan famili aku ada di KL untuk beberapa hari untuk urusan pendaftaran adik lelaki disebuah universiti yang tak seberapa jauh dari tempat tinggal aku. Tempoh singkat beberapa hari tu aku guna sebaik-baiknya, keluar makan sama-sama, bawa mereka ronda-ronda bandaraya KL yang penoh tipu daya muslihat ni.

Di hari yang bermakna bagi aku, mereka ada di sisi. Itu hadiah yang tak ternilai bagi aku. Malam sebelum mereka pulang ke kampung, umi (panggilan untuk emak aku lah), menghulurkan satu bungkusan yang aku sudah jangka awal-awal.He he..



Hadiahnya simple saja. Sebotol coklat cadbury. Tapi, hadiah sebenarnya ialah kata-kata yang tertulis di kad itu. Terima kasih banyak-banyak. Amin Ya Allah..

Kawan-kawan

Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan untuk ucapan & doa untuk aku tempoh hari.



Ada yang msg kt handphone, msg kt facebook. Ada yang call tapi aku tak jawab sebab dah tidur kepenatan. Apa pun, terima kaseh sebab ingat kawan kau yang sorang kat sini. Kihkih

Kerja

Alhamdulillah.. Tidak sampai sebulan lagi, genap setahun aku kerja di sini. Dimurahkan rezeki, kerana performance yang agak baik, bos bagi aku bonus & kenaikan gaji. Hehe.. Aku anggap itu hadiah hari lahir dari syarikat sajalah ye? Kihkih.

Terima kasih juga untuk senior engineer aku yang belanja lunch tempoh hari, officemates yang nyanyi lagu 'happy birthday' tak habis, yang beli kek sepotong & air kotak bla bla bla.

Diri sendiri

Di usia ini, aku sepatutnya berfikiran lebih matang. Kalau ditanya pada aku, aku sendiri tidak pasti apakah maksud 'matang' itu sendiri. Adakah matang itu dilihat dari gaya percakapan? Bercakap seperti seorang lelaki dewasa dengan mimik muka seorang bos yang memakai sut hitam & tersandar disebuah kerusi empuk seperti di dalam drama? Atau pun dengan gaya kaki bersilang & tangan menongkat sisi dahi seperti pakcik di kedai kopi? Ah, pedulikan soal matang.

Setiap hari aku berusaha untuk menjadi anak yang lebih baik kepada kedua ibu bapa, abang yang penyayang untuk kedua orang adik, kawan yang baik untuk kawan.. Dan yang terpenting, menjadi lebih baik kepada tujuan asal aku berada di dunia ini.

*******************************************************

Seingat aku, sudah agak lama aku tidak menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri. Sesuatu yang membuat aku hargai diri sendiri.Ah, usha-usha tabung syiling.. "Hey, sampai bila kau nak terperap kat dalam tu? Meh ikut aku ke..." Hehe.. Plaza low yat menjadi sasaran kali ini & pilihan aku ialah..

Mau aku review ke? Kihkih

Cinta

Mereka tanya siapa awek aku,

mereka tanya bila aku nak kahwin, gaya tak tahan mengidam nasik minyak..

mereka kata dia skandal aku, mereka kata itu ini berandai itu ini.


Ini jawapan aku.

Aku single; no scandal,no girlfriend, no fiance, no wife.

Noktah.

p/s: Selamat ulang tahun kelahiran buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang ke-81 pada 10/01/12 (tarikh lahir sama! heeee), moga terus kekal sihat walafiat & selamat hari lahir kepada bonda yang seorang saja pada 19/01/12 nanti. Moga hidup kita semua diberkati Allah S.W.T.



(read more)
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle