Sunday, September 16, 2012

Sungguh, mereka takkan henti bertanya...

Assalamualaikum..

Sudah agak lama aku tidak mengemaskini blog ini. Seingat aku, kali terakhir blog ini ter'update ialah pada bulan Mac. Yes, lebih kurang 6 bulan yang lepas. Agak terkial - kial sedikit bila nak menulis semula. Haha. Walau apa pun sebab yang aku berikan kenapa agak lama blog ini tak di'update, yang nyatanya 'tiada alasan kalau mahu' atau 'mahu seribu daya, tak nak seribu dalih'. Well, orang kita kan suka membataskan kehidupan sendiri dengan peribahasa, perumpaan & kata - kata. hehe

Ok, mungkin sebab utamanya kerja. Bukannya tiada masa untuk perkara lain bila bekerja. Tapi, (di sini lah alasannya bermula..hehe.) Abaikan saja. Dulu masa belajar, masa agak terluang untuk perkara - perkara lain, untuk buat apa yang kita minat or hobi. Tiada tekanan untuk difikirkan malam hari untuk hari esok dan seterusnya. Boleh dikatakan kehidupan semasa belajar lebih enjoy & tenteram mungkin? Kehkeh

Dan waktu itu, orang sekeliling sering bertanya, seolah menjadi ikutan, 'bila nak habis belajar?'. Setiap kali pulang ke kampung, pasti akan ada suara suara yang bertanya bila nak habis belajar, 'eh aku rasa ko dah lama study?'.

Dan bila dah habis study, mereka akan tetap bertanya. 'Bila nak kerja?', 'Best ke tanam anggur?'. Best apa! Hehe..Aku tanam anggur pun sebulan je. Tu pun sebab nak spend masa dengan famili. Betol, kalau korang dah masuk alam pekerjaan, memang agak terhad masa korang dengan famili melainkan korang kerja sebelah rumah mak ayah.

Ya, 10.01.87. Hari lahir aku la. Jangan lupa wish tahun depan! Hehe

Dan bila dah kerja, fuh, lagi bertambah soalan-soalan yang diterjah. 'Bila nak beli kereta?', 'Bila nak kahwin?' Sunggoh, mereka takkan berhenti bertanya. Kereta; bagi aku, ia satu keperluan dan sudah tentu diperlukan bila perlu. Kat KL ni punya la sesak, aku lebih selesa ke sana sini dengan motor cabuk yang dah berusia lebih 5 tahun ni. Kahwin; insyaAllah bila tiba masanya. Buat apa nak fikir sangat perkara yang memang dah ditentukan-Nya kan?

Tiada lambat atau cepat, ia datang tepat pada masanya...nanti. 

Dan kalau dah kahwin nanti, sudah tentu soalan lazim yang sering ditanya ialah 'bila nak ada anak?', 'bila nak beli rumah?', 'bila nak tambah cawangan?' err, kurang sopan betol soalan gurauan begitu. Alhamdulillah.. Akhirnya bergelar bapa. 'Eh ko bila nak tambah anak?', 'bila nak tukar kereta besar, mpv ataupun lori treler?'.

Memang begitu.. Masa berlalu dan kita tetap akan ditanya. Soalan yang klise. Mungkin, ia sekadar topik perbualan yang mungkin tampak mesra & ramah. Tiba masa hari tua, dan kalau mereka masih larat membuka mulut, mungkin mereka akan bertanya..

'ko dah tua..bila nak.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ada cucu?'

p/s: Tahniah untuk seorang kawan, yang pernah menjadi teman rapat diri ini, di atas pertunangan anda. =)










blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle