Sunday, March 4, 2012

Review #3 : HTC Sensation XL (Apps)


Fuh penat! Seminggu outstation ke Johor atas urusan kerja. Masa terbatas. Jadi hujung minggu yang sedikit lapang ni, aku sambung lagi review HTC Sensation XL yang seterusnya. Kali ni aku nak review tentang aplikasi (apps) yang berkaitan dengan smartphone ni. Review yang mungkin ringkas saja.

Ramai yang sudah maklum, banyak apps boleh didapati di android market. Jika korang perhatikan, smartphone korang (android os) sudah tersedia dengan app market. Ini memudahkan korang untuk download & install apa jua aplikasi yang korang suka terus ke smartphone korang.

android market icon

Cuma yang korang perlu tahu, tak semua apss di android market adalah percuma. Ada yang berbayar. Tapi itu bukan satu isu. Yang percuma pun sudah cukup banyak.Di bawah adalah beberapa paparan utama android market.





psst: kalau korang nak download apps berbayar dengan percuma, korang boleh download kt 'black market'. Black market juga satu app seperti android market. Boleh download aplikasi berbayar dengan free saja. (Kawan aku yang cakap la.Hehe)

Korang juga tak perlu lagi search internet untuk sebarang app. Cuma pilih kategori apps yang korang mau; games, entertainment, books & reference, live wallpaper, music & audio, widgets, tools dan banyak lagi!


Buang masa nak pilih apps? Search saja aplikasi yang korang mau.


Kalau nak diikutkan, memang banyak apps yang aku dah download & install. Tapi kat bawah ni aku kongsikan beberapa apps yang menarik & mungkin berguna untuk korang.

Tips: Salah satu cara terbaik untuk korang tau sesuatu aplikasi itu adalah bagus atau tidak, korang baca dulu komen & rating pengguna terhadap aplikasi terbabit.

#1 My Solat Classic



Aplikasi ini memudahkan korang untuk mengetahui waktu solat seluruh kawasan di Malaysia. Cuma muat turun waktu solat di kawasan korang berada. Selain daripada itu juga, aplikasi ini juga menyediakan kompas arah kiblat, sesuai untuk korang yang sering merantau/outstation.

#2 GPS Navigation : Papago X5


Ok, papago ni aku tak download dari market. Hehe. GPS Navigation memang sudah tersedia di dalam kebanyakan smartphone, cuma aku sudah biasa menggunakan GPS Navigation Papago. Korang boleh install app ini di kedai (of course ler kena bayar) atau korang boleh install sendiri. Boleh google kalau korang nak tau cara install papago X5.Hehe

Bagi korang yang belum tau, perkhidmatan GPS Navigation Papago ni adalah percuma & tiada sebarang caj bayaran dikenakan.

#3 Bob Clock D3



Bob clock D3 ni ialah satu clock widget yang simple / menarik. Sesuai untuk korang yang sudah bosan dengan clock widget yang sedia ada.Haha

Well, cool kan?

#4 Screen lock widget



Screen lock widget adalah satu app yang memudahkan korang lock screen phone. Jika cara biasa untuk lock screen adalah dengan menekan power button, dengan screen lock widget, korang boleh lock skrin phone korang hanya dengan satu sentuhan saja. Err
Kelebihannya, power button korang takde la lasak sangat, asyik di tekan-tekan untuk unlock & lock screen.

#5 Pumpkins VS Monsters (Game)



Bagi korang yang pernah / suka main game plants VS Zombie, game ini memang sesuai untuk korang. Permainannya lebih kurang sama dengan game Plants VS Zombie tapi tetap ada bezanya. Yelah, dah namanya pun mobile game. Kalau computer game lain cerita.

#6 Yoo Ninja! (Game)


Bosan menunggu seseorang yang tak kunjung tiba? Game ni salah satu game yang sesuai untuk 'membunuh' masa korang.


Mesti ramai antara korang yang dah biasa download aplikasi ke phone kan? Kalau korang rasa ada aplikasi yang best, jangan segan-segan share kat ruang komen di bawah ye? Kihkih.


Links related:

HTC Sensation XL 1st review (intro)

http://www.mushmello.com/2012/01/review-1-htc-sensation-xl-with-beats.html

HTC Sensation XL 2nd review (user interface)

http://www.mushmello.com/2012/02/review-1-htc-sensation-xl-user.html


blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle