Monday, February 13, 2012

Review #2 : HTC Sensation XL (User Interface)


Kebanyakan smartphones sekarang menggunakan sistem operasi (OS) android dengan pelabagai versi. Seperti yang aku cakap dalam artikel sebelum ini, HTX Sensation XL menggunakan OS android 2.3.5 (gingerbread) & HTC sense user interface versi 3.5. Bagi aku, secara kasarnya tiada apa-apa kekurangan dari segi paparan & performance smartphone ni.

Walaupun skrin HTC Sensation XL bukannya amoled screen seperti samsung galaxy II & Nokia N9, paparan user interface nya tetap menyerlah; dari warna yang terang, icon yang menarik & yang paling best, sense untuk touchscreen'nya memang sangat sensitif. Sebelum terlupa, aku nak bagitau yang tiada sebarang press button di skrin smartphone ni. Semuanya beroperasi dengan touchscreen buttons; kecuali power button & volume button (alternatif) di bahagian atas & sisi.

Bosan dengan theme & wallpaper yang tersedia ada? Korang boleh je tukar theme yang lebih menarik. Boleh guna themes yang disediakan dalam smartphone ni ataupun download je. Wallpaper pula terbahagi kepada dua jenis; static wallpaper & live wallpaper. Live wallpaper ialah wallpaper animasi yang sangat realistik! Salah satu live wallpaper yang aku suka ialah 'Water'. Wallpaper air yang beralun dengan daun-daun yang hanyut di permukaan air. Gelombang air boleh terbentuk jika korang sentuh skrin. Memang nampak realistik & sangat smooth. Macam real.

Di bawah adalah beberapa screenshot user interface (UI) yang sempat aku ambil dari HTC Sensation XL ni.

Lock Screen



Korang boleh pilih lock screen style yang di sediakan di dalam smartphone ni. Kalau korang tengok kat gambar sebelah kiri tu, ada empat customizable shortcut icons untuk memudahkan korang guna tanpa unlock phone. Cuma drag icon terbabit ke dalam unlock ring & app tersebut terus dibuka tanpa ke menu utama dahulu.

Di sebelah kanan pula lock screen untuk unlock phone. Ada 3 cara untuk letakkan passcode untuk lock screen; pattern (seperti di dalam gambar di atas), PIN & password (macam biasa korang guna). Bagi aku, lock screen jenis pattern memang lebih cool.

Menu utama (main menu)


Smartphone ni didatangkan dengan animasi cuaca sebaik saja korang unlock phone. Contohnya jika cuaca cerah & berawan, maka kepul-kepul awan yang bergerak & sinaran matahari akan terpapar di skrin. Memang cool tapi kelemahannya banyak penggunaan bateri di situ (untuk animasi). Tapi korang boleh je disable animasi ni bila - bila masa di phone settings.

Ada 7 main panels untuk menu utama. Terpulang kepada korang untuk 'hias' panel-panel terbabit dengan shortcut icon, widget, folder & lain-lain lagi. Di bawah ialah 7 panel utama phone aku. Panel pertama untuk apps yang penting bagi aku macam message, camera, gmail, panel ke-2 untuk koleksi games / music & seterusnya korang boleh tengok la sendiri. Hihi








Selain swipe panel ke kiri / ke kanan untuk panel-panel yang berlainan, Korang juga boleh tengok kesemua panels (seperti gambar di atas) dalam satu skrin.Korang cuma perlu pinch phone screen untuk melihat kesemua panels & hanya pilih mana-mana panel yang korang mau.



Gambar kiri:

Antara main options di phone setting (android setting button).

Gambar kanan:

Menu notifications untuk email, sms, call dan lain - lain yang korang boleh buka di bahagian atas main menu (bahagian atas skrin yang terpapar signal strength bar, battery & jam). Hanya sentuh di situ & drag notification menu ke bawah untuk paparan penuh seperti di dalam gambar di atas.

Personalize menu



Terdapat 3 menu utama di dalam personalize setting iaitu;

#1 Add to home

Korang boleh pilih widget, apps icon, shortcut & folder untuk di letak kan di home screen (main menu panels) di sini.

#2 Display

Settings untuk skin phone, theme, wallpaper (static & live wallpaper), lock screen style & lock screen shortcuts (seperti yang aku terangkan dibahagian 'lock screen' di atas tadi).

#3 Sound

Sudah tentulah setting untuk sounds di phone; ringtone, notification, alarm & lain - lain.

Apps menu



Terdapat dua jenis stail untuk susunan icon apps; grid (gambar kiri) & list (gambar kanan). Seperti yang korang tengok kat atas, ada 3 menu untuk menu apps; All apps (semua applications yang ada di dalam phone), frequent (apps yang kerap korang buka) & download (apps yang korang muat turun dari market / internet).

Photo sharing / editing

Jika korang seorang yang kaki sosial network, feature ini mungkin sesuai buat korang. Hehe. Korang boleh share photos korang terus ke sosial network seperti facebook, twitter & lain - lain.





Photo kurang menarik untuk dikongsi? Jangan bimbang, korang boleh edit photo yang korang ingin share di dalam phone ini. Nak edit pakai pc leceh la pulak kan? Hehe.. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal photo, nantikan review yang seterusnya dalam artikel yang akan datang. Kehkeh

Message



Tiada apa-apa yang menarik pasal ni cuma, keypad buttons nya sedikit besar yang buat korang selesa semasa menaip samada dalam vertical / horizontal mode.

Phone call


Di bawah ni pula satu video demo user interface HTC Sensation XL yang aku pilih secara rawak di youtube.


Aku rasa cukup setakat ni je lah review untuk user interface. Nak review semua memang tak larat. Setakat yang termampu untuk dikongsikan dengan korang. InsyaAllah aku akan review pasal photo atau video dalam review yang seterusnya. Rajin - rajin la singgah sini ye? Hehe




Links related:

HTC Sensation XL 1st review (introduction)

HTC Sensation XL 3rd review (applications)






blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle