Saturday, February 11, 2012

Pandangan aku tentang bersyukur & berusaha

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Bersyukur; kalau ditanya pada siapa saja, adakah mereka bersyukur di atas apa yang mereka ada sekarang sudah tentu mereka akan berkata yang mereka bersyukur. Namun, adakah mereka betul-betul faham akan maksud 'bersyukur' itu sendiri? Konteks bersyukur itu terlalu meluas; bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T kurniakan, nikmat anggota badan, bersyukur dengan nikmat kurniaan cahaya mata dan lain-lain.Dalam artikel ini aku akan fokus bersykur dalam konteks berusaha.

Seringkali aku terdengar & terbaca, "kau ni tak tau bersyukur la!". Aku pasti, korang pun pernah terdengar/terbaca ayat ni kan? Mungkin ada juga diantara korang yang pernah berkata begitu? Hehe.. Namun, adakah ayat itu dikatakan tepat pada keadaannya? Berfikir dahulu sebelum berkata apa-apa. Sebab itu la persoalan pertama yang aku ajukan diatas tadi ialah, adakah mereka betul-betul faham akan maksud 'bersyukur' itu sendiri?

"Bersyukur di atas rezeki yang dberikan pada kita". Ini pandangan pertama aku tentang bersyukur dalam konteks berusaha dalam kehidupan. Rezeki yang diperolehi hendaklah digunakan sebaik-baiknya, ke arah jalan yang baik. Bagi aku, kita tidak bersyukur dengan rezeki yang diperolehi jika menggunakannya ke arah jalan & benda yang sia - sia & tidak membawa sebarang kebaikan. Kita kerja, gaji (wang) yang diperolehi kita gunakan untuk berjudi, beli nombor ekor dan lain-lain lagi. Bersyukur kah kita kalau macam tu?
Mungkin, ayat 'kau tak tau bersyukur' itu sesuai digunakan dalam situasi sedemikian.

Jangan jadikan 'bersyukur' itu alasan untuk malas berusaha.

Si A : "Aku nak berhenti kerja la nanti. Nak cari kerja yang lebih baik untuk tampung kehidupan."

Si B: " Ah kau! kau ni tak tau bersyukur la.. Kau tengok, ramai lagi orang kat luar sana yang susah nak dapat kerja tau. "

Well, aku nak tanya, salahkah Si A berhasrat untuk mencari perkerjaan lain yang lebih sesuai & baik? Itu juga adalah salah satu usaha yang baik. Bukannya salah kan? Mungkin Si A perlu brusaha lagi untuk menampung kos kehidupannya, kos rawatan ibu nya yang terlantar di hospital. Itu sekadar contoh.

Si A boleh dikatakan tidak bersyukur jika sering merungut akan rezeki yang diperolehi & malas merubah kehidupannya ke arah yang lebih baik. Si A juga tidak bersyukur jika rezeki yang diperolehi itu dengan cara yang tidak berkat; makan gaji buta, ponteng kerja, mengular & sebagainya. Dan apa pula jika 'bersyukur' itu disalah ertikan untuk bermalas-malasan bagi mereka yang malas berusaha?

Si C: "Mak, saya dah malas la nak belajar. Cukupla sampai form 5 ni. Mak tengok, ada orang yang nak masuk sekolah pun tak mampu tau. Saya dapat belajar sampai form 5 ni pun dah cukup bersyukur."


So, apa pendapat korang kalau 'bersyukur' digunakan dalam situasi sedemikian? Itu hanya alasan untuk orang yang malas berusaha & dalam masa yang sama, tidak bersyukur dengan apa yang diperolehi. Kenapa aku berkata sedemikian? Kerana Si C tidak bersyukur dengan akal fikiran & tubuh badan yang sihat yang boleh dimanfaatkan dengan menimba ilmu & mengejar cita - cita & juga harapan mak ayahnya. Dalam situasi ini, mungkin mak Si C boleh berkata pada anaknya;

"Kau ni tak tau bersyukur.. Mak mampu tanggung ko belajar. Cari ilmu banyak-banyak & yang penting jangan tinggal belajar ilmu agama. Ko tengok, berapa ramai orang hidup susah, tak mampu nak sekolah? " Oh, si anak kena balik dengan ayat yang sama. Haha!

Jadi, itu lah sedikit sebanyak pandangan aku tentang konsep 'bersyukur' ni. Jangan salah ertikan maksud 'bersyukur' itu sendiri. Cuma aku minta jika ada tersalah tulis, tersalah pandangan. Bab bersykur ini terlalu meluas. Harap kita semua bersyukur.


p/s: Teringat kata Ustaz Azhar Idrus , "Tak salah nak belajar ilmu dunia. Mu nak buat diploma ke, degree ke, master phd ke, tak salah. Yang salah bila mu tinggal belajar ilmu agama. Ilmu agama untuk selamat di akhirat, ilmu dunia untuk senang di dunia (belum tentu senang, tapi adat kata boleh senang.)"

blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle