Saturday, January 14, 2012

100112 is my 25th | Happy Birthday, Mello

Ketika di puncak tangki air JBA Pahang, Seberang Temerloh.

Alhamdulillah, aku maseh diberi peluang untuk menulis di blog yang semakin kurang pengunjung ini. Ya, aku sedar, makin lama aku makin hilang rentak dalam ber'blogging. Chop, mungkin perkataan 'ber'blogging' tu tidak sesuai untuk aku. Secara kasarnya aku memang dilihat sebagai seorang blogger tapi jauh sama sekali aku tidak layak untuk katakan yang aku seorang blogger. Kenapa?

Pedulikan kenapa itu. Aku cuma suka menulis entah apa saja perkara, anggap saja blog ini sebagai pengganti kertas & pen. Aku menggunakan blog sebagai medium penulisan aku & tidak hanya kerana sebab sekecil itu aku dianggap seorang blogger.

Artikel ini dipublish sedikit lewat dari tarikh peristiwa; ulang tahun kelahiran aku yang ke-25. Tepat 10/01/12 tempoh hari, genap 25 tahun aku dilahirkan di dunia ini. Kalau 2 tahun yang lalu, aku melihat dunia umur 25 ini sebagai matang, kahwin, kerjaya. Tapi sekarang aku sudah alami, tapi macam takde beza je? Kehkeh.. Yup, bab kerjaya tu Alhamdulillah..

Famili

7 Januari yang lalu, kebetulan famili aku ada di KL untuk beberapa hari untuk urusan pendaftaran adik lelaki disebuah universiti yang tak seberapa jauh dari tempat tinggal aku. Tempoh singkat beberapa hari tu aku guna sebaik-baiknya, keluar makan sama-sama, bawa mereka ronda-ronda bandaraya KL yang penoh tipu daya muslihat ni.

Di hari yang bermakna bagi aku, mereka ada di sisi. Itu hadiah yang tak ternilai bagi aku. Malam sebelum mereka pulang ke kampung, umi (panggilan untuk emak aku lah), menghulurkan satu bungkusan yang aku sudah jangka awal-awal.He he..



Hadiahnya simple saja. Sebotol coklat cadbury. Tapi, hadiah sebenarnya ialah kata-kata yang tertulis di kad itu. Terima kasih banyak-banyak. Amin Ya Allah..

Kawan-kawan

Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan untuk ucapan & doa untuk aku tempoh hari.



Ada yang msg kt handphone, msg kt facebook. Ada yang call tapi aku tak jawab sebab dah tidur kepenatan. Apa pun, terima kaseh sebab ingat kawan kau yang sorang kat sini. Kihkih

Kerja

Alhamdulillah.. Tidak sampai sebulan lagi, genap setahun aku kerja di sini. Dimurahkan rezeki, kerana performance yang agak baik, bos bagi aku bonus & kenaikan gaji. Hehe.. Aku anggap itu hadiah hari lahir dari syarikat sajalah ye? Kihkih.

Terima kasih juga untuk senior engineer aku yang belanja lunch tempoh hari, officemates yang nyanyi lagu 'happy birthday' tak habis, yang beli kek sepotong & air kotak bla bla bla.

Diri sendiri

Di usia ini, aku sepatutnya berfikiran lebih matang. Kalau ditanya pada aku, aku sendiri tidak pasti apakah maksud 'matang' itu sendiri. Adakah matang itu dilihat dari gaya percakapan? Bercakap seperti seorang lelaki dewasa dengan mimik muka seorang bos yang memakai sut hitam & tersandar disebuah kerusi empuk seperti di dalam drama? Atau pun dengan gaya kaki bersilang & tangan menongkat sisi dahi seperti pakcik di kedai kopi? Ah, pedulikan soal matang.

Setiap hari aku berusaha untuk menjadi anak yang lebih baik kepada kedua ibu bapa, abang yang penyayang untuk kedua orang adik, kawan yang baik untuk kawan.. Dan yang terpenting, menjadi lebih baik kepada tujuan asal aku berada di dunia ini.

*******************************************************

Seingat aku, sudah agak lama aku tidak menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri. Sesuatu yang membuat aku hargai diri sendiri.Ah, usha-usha tabung syiling.. "Hey, sampai bila kau nak terperap kat dalam tu? Meh ikut aku ke..." Hehe.. Plaza low yat menjadi sasaran kali ini & pilihan aku ialah..

Mau aku review ke? Kihkih

Cinta

Mereka tanya siapa awek aku,

mereka tanya bila aku nak kahwin, gaya tak tahan mengidam nasik minyak..

mereka kata dia skandal aku, mereka kata itu ini berandai itu ini.


Ini jawapan aku.

Aku single; no scandal,no girlfriend, no fiance, no wife.

Noktah.

p/s: Selamat ulang tahun kelahiran buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang ke-81 pada 10/01/12 (tarikh lahir sama! heeee), moga terus kekal sihat walafiat & selamat hari lahir kepada bonda yang seorang saja pada 19/01/12 nanti. Moga hidup kita semua diberkati Allah S.W.T.



blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle