Sunday, March 27, 2011

kata-kata yang ingin aku bangkang (part 1)

Dalam kehidupan kita seharian, kita memang takkan terlepas untuk bersuara & berkata-kata bukan? Samada suara itu digunakan untuk bercakap dengan diri sendiri (err?) mahupun untuk berkomunikasi dengan orang lain. Dan oleh sebab itu juga, pelbagai kata-kata yang dapat kita perolehi setiap hari samada dalam bentuk analog mahupun digital. Err, boleh tahan bangang juga intro untuk artikel ni. Baca je la wahai sahabat sekalian.


Kes #1

"Kalau sayang pada seseorang, kita kena menerima diri dia seadanya.."

Well aku mau tanya, apakah maksud menerima diri dia seadanya itu? "Kita tak boleh ubah dia.. kena paham & terima perangai dia, kesukaan dia & bla bla bla.."

Waklu.

Bagi aku, ini pendapat aku lah, menerima diri dia seadanya itu maksudnya menerima dari segi fizikal saja. Terima saja rupa paras dia macam tu, fizikal dia macam tu. Dari segi keperibadian? Ada yang boleh terima & ada yang tak boleh diterima.

Kenapa aku cakap macam tu?

Korang sanggup tak tengok bakal isteri/bakal suami/isteri/suami korang masih dengan habit & perangai mereka yang tak elok? Contohnya, tak solat, tak puasa di bulan Ramadhan, suka ber'clubbing, kaki arak, kaki judi dan lain-lain yang seumpamanya?

Jadi, kalau kita betul-betul sayangkan seseorang itu, bantulah & bimbing lah mereka supaya berubah ke arah yang lebih baik. Tak gitu? Yang patut terima seadanya ialah rupa & fizikal mereka.Dah macam tu pilihan korang kan? Takkan la tunang korang hidung tak berapa nak mancung, korang surung dia buat pembedahan mancungkan hidung sampai gaduh-gaduh pula kan. Ish, tak patut..Tak patut.


Kes #2

"Weh, ko jaga je la diri ko sendiri..Kubur masing-masing kan? Sibuk je jaga tepi kain orang! Suka hati aku la aku nak buat dosa pun! Ko bukannya tuhan!"

Ye ye ye.. Memang la kubur masing-masing. Tapi kan, pernah tak baca atau dengar kisah para Nabi dulu-dulu? Aku ambil contoh, kisah Nabi Nuh.Nabi Nuh & para pengikutnya membina kapal untuk menyelamatkan umat & makhluk yang taat kepada Allah S.W.T kerana Allah akan turunkan banjir besar sebagai balasan kepada hambanya yang ingkar.

Ok, point di sini. Bila Allah S.W.T nak turunkan bencana, nak bagi balasan kepada sesebuah kawasan atau tempat, semua orang yang berada di kawasan/tempat itu akan kena. Tak kira lah sesiapa yang ingkar, yang taat, alim, pemerintah, semua. Kalau orang-orang yang ingkar je, takde la Nabi Nuh nak bina kapal yang super besar kan, nak lindung & menyelamatkan umat & haiwan yang taat kepada Allah S.W.T.

Apa yang aku nak cakap, hidup kita ni kena saling berpesan-pesanan, nasihat menasihati. Sebab, kalau Allah nak bagi balasan kat kau, bukan kau je kena, orang kat sekitar kau yang tak peduli atas keburukkan kau pun turut kena nanti.

Kes #3

"Giler berlagak mamat tu bawak kereta! tau la kereta mewah tapi apa guna kereta bapak kaoo yang bagi!"

Kehkeh..Aku nak tanya, kalau ko mintak kereta yang sama dengan bapak dia, agak-agak ko dapat tak? Haaaa..tu la kelebihan dia menjadi anak kepada bapak dia. Ok, biarlah yang tu, aku nak tanya lagi, apa salah dia sampai ko tak pasal-pasal cakap dia macam tu? Dia bawa kereta mewah yang ayah dia bagi tu elok-elok, ko cakap dia berlagak. Takkan la sebab dia pakai cermin mata gelap sambil bawa kereta tu yang ko nak cakap dia berlagak.

Lain lah kalau macam ni keadaannya, mamat tu "vroomm! vrooommm! vrooommmm!" keretanya sambil menjeling ko dengan senyuman sinis & mengejek ko yang hanya bermotor cabuk

ataupun

"Kahkahkah takkan kancil je kot..At least pakai la BMW macam aku ni bhaiii!"

haaa kalau macam tu boleh la kot kalau ko nak bengang & cakap dia berlagak. Tapi,tapi kan.. lagi bagus kalau ko bersabar je.Allah suka orang yang bersabar. Hihihi

Kes #4

"Cinta tak semestinya memiliki.."

Ok, katakanlah,aku suka kat seseorang, mulut aku boleh menipu yang aku cakap aku tak berharap kepada dia, tapi jauh terpendam yang berharap agar dia pun akan suka aku juga.Sebab, aku sukakan dia bukannya saja-saja, aku nak kahwini dia nanti kalau dia sudi. Berharap agar dia menjadi teman hidup, dapat jaga makan minum, dapat jadi ibu yang baik kepada anak-anak.

Itu sekadar contoh..

Jadi, kepada pasangan di luar sana, apa objektif korang duk sayang euww euww, duk rindu auww auww tuh? Suka-suka saja atau pun terikut-ikut dengan kawan-kawan? Kalau macam tu gayanya, quote di atas memang sesuai dengan korang. Kalau tak,Kahwin je la cepat-cepat. Lagi bagus.

Gadis A: "Abang Mello ngok!"

M: "Ye, kenapa??"

Gadis A: Kitew sekolah lagi.. bapak kitew tak bagi kitew kawen.. bongok la Abang mello ni. Entri ntah papew.."

M: Sape suruh adik kapel-kapel ni? Tau pun masih sekolah. Agak-agaklah dik.

Kes #5:

Seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr.keyboard, risau akan dirinya yang masih tidak memperolehi pekerjaan yang tetap. Kerja sekejap disitu & kemudian sekejap di sana. Dan sekarang, dia tidak tahu ke mana arah tujunya kerana tidak ada pekerjaan. Mungkin juga dia berasa sedikit putus asa & pasrah.

Kerana itu, dia mengambil peluang untuk mendalami ilmu agama (tak tau la samada untuk mengisi masa lapang semata mata ataupun untuk kebaikkan diri & kenalan). Tak seberapa lama kemudian, jejaka ini keluar berjalan-jalan & terpandang seorang jejaka berkemeja kemas,berseluar slack hitam & bertali leher yang dikenali sebagai Mr.Potato yang baru saja pulang dari pejabat.

Mr.Keyboard: Eh, ko ni mesti student universiti dulu kan? dah lama kerja?

Mr.Potato: Ye ye! dah lama dah kerja.Hihihi (Sambil tersenyum bangga tapi insyaAllah bukan senyum riak takabur)

Mr.Keyboard: Hek eleh! Dalam sehari berapa kali ko buat solat sunat??

Mr.Potato: Err..

Bagi aku, itu konflik dalaman bagi seseorang yang sedang diuji. Jangan la kita memperendahkan kejayaan orang lain dengan kekurangan yang mereka miliki dengan sedikit kelebihan yang kita ada disebabkan kegagalan kita untuk berjaya seperti mereka. Ok, sila ambil masa sedikit untuk fahami ayat aku yang berbelit tu sebab aku pun ambil masa untuk susun ayat.Kehkeh

Tapi lain pula kalau macam ni keadaannya..

Mr.Keyboard: Eh, ko ni mesti student universiti dulu kan? dah lama kerja?

Mr.Potato: Ye ye! dah lama dah kerja.Hihihi (Sambil tersenyum sinis riak takabur) Ko mesti takde kerja kan? Waktu-waktu macam ni orang baru habis kerja, ko berpeleseran je smbil main facebook tepi jalan.

Mr.Keyboard: Cis! Berlagak la ko!! Hek eleh! Dalam sehari berapa kali ko buat solat sunat??

Mr.Potato: Err..

haaa kalau macam tu boleh la kot kalau ko nak bengang & cakap dia berlagak. Tapi,tapi kan.. lagi bagus kalau ko bersabar je.Allah suka orang yang bersabar. Hihihi eh, ayat sama je macam kat atas tadi. Pe cer mello? Err..

Tapi seeloknya..

Mr.Keyboard: Eh, ko ni mesti student universiti dulu kan? dah lama kerja?

Mr.Potato: Ye ye! dah lama dah kerja.Hihihi (Sambil tersenyum sinis riak takabur) Ko mesti takde kerja kan? Waktu-waktu macam ni orang baru habis kerja, ko berpeleseran je smbil main facebook tepi jalan.

Mr.Keyboard: Takde kerja lagi la sahabat.. rezeki belum ada tapi sekarang aku masih berusaha untuk mencari kerja bersungguh-sungguh & menjadikan kenalan yang terdekat sebagai motivasi diri untuk berjaya dalam apa saja kebaikkan di dunia dan akhirat..

Mr.Potato: Err..bagus la macam tu..aku sokong.. *insaf

Bagus la kalau menuntut ilmu agama. Aku pun suka. Tapi, jangan la sedikt ilmu yang kita ada, kita sudah riak, memperendahkan orang lain. Ok, menasihati & menegur tu berlainan dengan memperendahkan & memperlekehkan orang lain. Done.

Ah, cukup la dulu. Sebenarnya banyak lagi points yang aku nak letak kat sini tapi tetiba datang idea tadi, lebih baik aku sambung dalam part yang seterusnya. Artikel yang ni aku jadikan part 1. Kakakaka



AnonyMouse: "Weh mello! bukan maen lg ko cakap eh macam bajet diri kaoo tu baek sangat!! cis! ptuii! benci kao! benci blog hudoh kaoo! bako! bako!"

M: twinkle twinkle little star.. (sambil korek hidung) Eh, anon! mekasih.. ko dah bagi aku idea untuk part seterusnya nanti.Hee










(read more)

Wednesday, March 23, 2011

Jangan hina kami yang bekerja kerana ilmu


Assalamualaikum salam sejahtera kepada semua pembaca.

Terlebih dahulu, aku ingin memohon maaf sekiranya artikel ini menyentuh sensitiviti mahupun menyinggung mana-mana pihak. Aku terbawa untuk menyuarakan isu ini setelah mendengar desas-desus dari kenalan serta di atas pengalaman sendiri, yang kadangkala tersinggung dek kata-kata lagak dari segelintir golongan pemasaran berperingkat/Jualan lansung (MLM). Mungkin, mereka hanya mahu mempromosi perniagaan mereka tapi adakalanya tanpa sedar, kata-kata mereka membuat seberapa ramai kenalan mahupun sesiapa saja yang baru mereka kenali di laman sosial seperti Facebook, cukup tersinggung.

Aku bukanlah anti MLM dan bukan pula menyokong mereka yang ber'MLM. Aku tidak kisah apa yang mereka lakukan, samada itu semua membawa berkat ataupun mudarat. Pelbagai pandangan dilemparkan dari masyarakat berkenaan sistem jualan lansung ini. Ada yang menyokong & ada yang mencemuh. Tapi diperakui, kebanyakkannya mengatakan bahawa sistem jualan lansung ini hanyalah merosakkan masyarakat. Ramai yang berhabis harta benda, wang ringgit semata-mata untuk meraih kata manis pulangan beribu-ribu ringgit sebulan.

Ya, aku tak menolak ada yang berjaya dengan melibatkan diri dalam sistem MLM ni, asalkan ada usaha & jangan jadi pemalas? Yeah, itu salah satu kata ransangan mereka. Halal haram, aku tidak mahu sebut kerana aku tidak layak. Well, kita nilai pandangan mereka yang pakar sajalah.

Yang aku kesalkan, ada diantara mereka yang tidak bertatasusila dalam berbicara.

"buat apa kerja sehari semalam tapi hidup masih menanggung hutang?"

"tak dinafikan mereka yang bekerja mampu dapat RM4000, RM5000 sebulan, tapi setelah tolak ansuran kereta, rumah, bil dan bla bla bla, masih berhutang beb! mana cukuppp"

Kawan, janganlah begitu. Jaga hubungan kita sesama manusia nescaya hidup kita aman sentosa. Orang penat kerja sehari semalam hingga kadang-kadang peluh meleleh kat celah kankang tau.Walaupun kata-kata kesal tidak pernah menusuk di corong telinga kalian, tapi aku percaya, ramai yang tersinggung dan lama kelamaan, akan ada yang menjauh dari kalian. Mungkin juga perlahan-lahan kalian kehilangan sahabat.

Aku sekarang bekerja biasa-biasa saja. Electronic Engineer lepasan ijazah sarjana muda. Fresh graduate. Ya, banyak mana sangat la kan gaji kami yang mendapat pekerjaan dengan secebis ilmu yang kami tagih selama ini. Tapi aku bersyukur, dengan gaji sekarang, aku mampu menyara diri sendiri tanpa membebankan ibu-bapa lagi (sebenarnya mereka tak pernah rasa terbeban untuk anak-anak), sebaliknya lebih dari itu, rezeki yang aku perolehi ini aku mampu untuk hulurkan kepada adik-adik di kampuhg. Alhamdulillah.


Kami manusia biasa juga. Ada impian, ada idaman. Aku juga, ada kereta idaman, ada rumah idaman, ah, isteri idaman maseh tak ketemu, biarkan, urusanku mencintai manusia adalah urusan-Nya, dan urusan mencintai-Nya adalah urusanku. Tapi! Tapi, semua itu boleh dicapai selagi hayat dikandung badan, selagi matlamat itu diiringi usaha, akan Allah makbulkan. Rezeki Allah yang bagi, terpulang kepada cara kita samada baik atau buruk.

Note: (Sekadar contoh) Orang rompak bank pun boleh kaya raya, orang yang suka terima rasuah, jual najis dadah. Tapi.. tak berkat kan?

"Ye ye je kerja kerana ilmu..ye ye je dapat kerja kerana ilmu"

Eh, of course! Bukan senang kami untuk capai ke tahap ini. Tak kira lah samada yang mendapat pekerjaan melalui lulusan SPM, Sijil, Diploma, Sarjana Muda (Degree), Master mahupun doktor falsafah (PHD) sekalipun, kami berpuas hati mendapat pekerjaan yang gaji tak seberapa (pada permulaannya) walaupun memerah minda hingga kering sewaktu belajar dulu.Dan sekarang, walaupun penat fizikal & mental bekerja, aku seronok. Setiap hari aku peroleh ilmu baru tambahan lagi pekerjaan sekarang memang menepati apa yang aku pelajari dulu.



"Alah kerja cikgu je pun, awal-awal memang la mewah.. nak pakai kereta tu la, ni la.. kahwin nanti? nak tanggung keluarga lagi..kos rumah lagi..last-last hutang jugak."

Bro, tak elok begitu walaupun untuk mempromosi "perniagaan" kita. Jangan rendah-rendahkan orang lain. Hidup ni sementara saja. Ada impian tu bagus la. Capai la ia sementara masih ada hayat dengan cara yang terberkat. Mak ayah aku cikgu juga, tak pernah meniaga, tak pernah join MLM pun tapi masih mampu membesarkan aku & adik-adik dengan selesa. Mampu saja bina banglo idaman, bilik sorang satu lagi untuk anak-anak. Mampu saja bagi motosikal sorang satu kepada anak-anak lelaki mereka.Hidup takde pun terseksa dek hutang.Well, setiap orang ada rezeki masing-masing kan?

Jadi, berpada-pada lah dalam berkata-kata. Mungkin pada anda ia salah satu strategi untuk menarik pelanggan atau lebih tepat lagi downline, tapi ingat, kata-kata anda mungkin juga menyakiti kawan dan kenalan anda sendiri.

Salam perpaduan dari mushmello dot com.


p/s: dulu aku selalu buka emel tapi sekarang tak berani sangat dah.. kenapa?

Jawatan kosong:

Project Engineer, Tester Engineer, Electric/Electronic Engineer.
1 Year Experience. MYR 5000 - 8000

Sabar mello, pengalaman lebih penting. Bab kata senior engineer aku, "jangan risau pasal gaji.. kalau kita ada ilmu, kita tak perlu "cari" orang, orang yang akan "cari" kita.

p/s/s: Sekarang dalam proses untuk mendaftarkan diri dibawah Board of Engineers Malaysia. InsyaAllah dapat la title Engr. tu. Target dalam masa 6 tahun, nak dapatkan title Ingnieur (Ir.).Gaji ada lah dalam RM15000++ per month. Itu angan-angan aku & kawan rapat aku yang sekarang bekerja sebagai chemical Engineer. Amin.

p/s/s/s: Alang-alang cakap benda yang berkaitan dengan duit kan, apa salahnya over sikit. Sekali sekala. KAHKAHKAHKAH






(read more)

Saturday, March 19, 2011

Perempuan yang takut didekati oleh lelaki

Pantai Desaru, 11 April 2010

Haha akhirnya! Dah lama aku teringin nak update blog tapi setiap kali itu jugak la hasrat aku terbantut. Penat bekerja membuatkan mood untuk menulis sedikit hambar. Hari ni pun kerja tapi hanya separuh hari. Pulang saja, setelah selesai makan & solat Zohor, hah apa lagi? Zuppp terus membuta. Oh heaven! Rasa macam dah lama tak tidur dengan nikmatnya. Mana tak nya, setiap malam tidur pukul 1,2 pagi. Awal-awal pagi dah kena bangun. Badan lesu. Muka suram. Aishh!

Dan malam ni badan terasa segarnya, mood dalam keadaan baik insyaAllah.Alhamdulillah. Cepat je aku gerakkan jari jemari mengetuk ngetuk papan kekunci neh. Ok, berbalik kepada tajuk artikel kali ni. "Perempuan yang takut didekati lelaki". Takut di sini bukanlah bermakna seram atau ngeri, tapi tidak berani untuk mendampingi. Well korang paham kan apa yang aku cuba cakap kan?

Korang, kaum wanita, gadis, perempuan, mungkin memiliki daya tarikan yang bisa (wow bisa siottt! kehkeh) membuat kaum lelaki tertarik pada korang tapi mungkin tidak juga kalau korang mempunyai ciri-ciri seperti di bawah. Korang ada rupa paras yang chantek, menawan tapi itu tidak semestinya akan mencairkan hati lelaki & lebih teruk, mungkin sesetengah kaum lelaki yang memandang korang tanpa ada apa-apa perasaan. Sepatutnya mungkin dengan kelebihan yang korang miliki, mungkin ada lelaki yang sudah terpaut hati dengan korang atau mungkin lebih baik, korang sudah bertemu dengan jodoh korang.

#1 Suka bersosial

Clubbing, berparti sana sini, minum dan lain-lain perlakuan yang sejenis dengannya mungkin membuatkan kaum lelaki tidak menyukai anda. Tidak menyukai di sini bukanlah bermaksud tidak suka atau benci, tapi mungkin tidak akan dapat membuatkan kaum lelaki ini terdetik untuk "menyukai" anda. Mungkin berkawan saja. Of course, bersosial di sini adalah satu perbuatan negatif, yang ditegah dalam ajaran Islam.


p/s: Tapi kaum lelaki yang suka bersosial seperti anda mungkin akan menyukai anda, sudi mempunyai hubungan dengan anda tapi bersiap sedia la untuk jadi madu,dimainkan kayu tiga empat lima enam dan seterusnya. Whoops!

#2 Lelaki keliling pinggang

Ok, kalau sekejap tadi suka bersosial, yang ni pula lelaki keliling pinggang. Oh, apa bezanya? Anda mungkin kurang bersosial, bukan kaki clubbing, bukan kaki parti melompat lompat sana sini sambil botol arak digenggam erat di tangan tapi anda cukup suka berkawan secara berlebih-lebihan dengan ramai lelaki. Anda punya ramai kawan lelaki tapi bukan teman lelaki. Hari ni keluar berdua dengan lelaki itu. Esok dengan lelaki lain. Pagi dengan lelaki itu, tengahari dengan jejaka terbabit dan petang dengan pakcik itu.Err? Anda boleh dikategorikan sebagai seorang yang terlebih peramah dan manja (or gedik? ops.).


Dalam facebook (contoh sahaja) photo anda dengan lelaki-lelaki bukan main banyaknya. Photo berdua, bertiga, berempat, dalam kereta, kat shopping complex dan bla bla bla. Yes, ini mungkin membuatkan sesetengah lelaki yang cuba untuk mengenali & mendekati anda tidak lagi berkeinginan sedemikian. Mungkin ada yang suka anda tapi setelah mengetahui diri anda yang sebegitu, mungkin rasa suka itu boleh lenyap terus! Hahaha.

p/s:

Girl: Weh mello, kan aku peramah, selalu keluar dengan ramai lelaki. Nanti nak kahwin aku pick up la satu! Ko diam ar awek pun takde! Huh

Mello: Ya ya mungkin awak boleh dapat satu or dua pom bolehhh tapi berkemungkinan besar yang sama jenis dengan awak la. Err, nanti dah kahwin kena selalu check inbox sms laki awak tau.

#3 Ramai peminat

Anda bukanlah artis, public figure, tokoh. Anda gadis kebanyakkan tapi personaliti & perwatakan anda mungkin menarik. Anda biasa-biasa saja,pandai menjaga diri tapi ada sesuatu yang membuat kaum lekai suka berkawan & mendekati anda. Tambahan pula, anda jenis yang tidak sombong & tidak pula memiliki perilaku seperti point #1 & #2 yakni terlebih peramah seperti di atas. Mungkin itu yang membuatkan kaum lelaki suka mendekati & bersahabat dengan anda.

Eh Yuna! (Gambar hiasan semata-mata)

Ya, mungkin yang mendekati & bersahabat dengan anda tidak ada sebarang niat untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan anda, mungkin ada yang sudah punya kasih hati tapi anda harus peka, harus alert kalau anda maseh mencari-cari calon untuk pelengkap hidup anda. Mungkin ada yang dari jauh hanya mampu memandang anda, menyimpan hasrat dalam diam. Kerana rasa dirinya tidak layak (well who knows rite?). Yelah, mana tak nya, tengok lelaki-lelaki yang mendekati anda semuanya hensem-hensem, bermulut manis, romantika. Terbantut terus hasrat yang terpendam.Hehe.

p/s: Ringkas kata, ada kaum lelaki ni yang takut untuk mendekati perempuan yang mereka sukai kerana anda seorang yang disukai & diminati oleh ramai lelaki. Ini membuatkan lelaki terbabit merasakan dirinya lansung tidak punya peluang. Dan kalau anda tidak peka, mungkin anda juga terlepas peluang untuk mengenali lelaki yang menepati citarasa anda iaitu lelaki yang takut untuk mendekati anda itu. Paham kan?

#4 Dingin

Anda adalah golongan yang berdarah sejuk. Haha gurau sajaa! Tehee. Tak, anda bukanlah seorang yang sombong tapi seolah-olah tampak sedikit jual mahal. Ada lelaki yang cuba menegur anda tapi kata-kata balas dari anda mungkin dirasakan dingin. Jangan la begitu,bila anda sudah terbiasa begitu, mungkin ada lelaki yang merasakan bahawa anda ni bajet famous. Point #4 ni bukanlah menggalakkan anda untuk terlalu melayan lelaki dan bukan juga menggalakkan anda untuk jadi seorang yang terlalu peramah dengan kaum lelaki, tapi depends on situation la. Jaga hubungan anda dengan sesiapa yang ingin mendekati anda samada untuk berkawan atau bersahabat supaya tidak ada salah faham yang mengatakan anda adalah seorang yang sombong.

p/s: Anda digalakkan untuk dingin kepada lelaki-lelaki yang gatal & mempunyai niat yang tidak elok kepada anda. Selamat maju jaya dari mushmello dot com.

#5 Golongan berada

Anda datang dari keluarga yang berada. Golongan yang kaya raya. Anda ok & tiada sebarang masalah dalam perilaku. Tapi tahukah anda? Mungkin ada lelaki yang menyimpan perasaan kepada anda & ada yang seikhlasnya ingin mempercalonkan anda sebagai isteri. Tapi, disebabkan taraf hidup yang berbeza, mungkin mereka berfikr banyak kali sebelum membuat keputusan.


Ada yang berasa diri tidak layak. Ya, kebanyakkan kaum wanita yang datang dari golongan berada menginginkan majlis perkahwinan/persandingan yang serba mewah. Kalau anda tidak mahu sekalipun, pasti keluarga anda yang mahu melihat majlis persandingan anak perempuan mereka diadakan dengan serba mewah. Dan semua itu memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. Dan kerana itu juga membuatkan sesetengah lelaki bermonolog, "baik aku berkawan saja.. tak usah menyimpan apa-apa perasaan kepada dia.."

Tapi itu secara umumnya lah. Tak semua begitu. Oleh itu, anda harus peka. Pandai-pandai lah merancang.

p/s: Tak elok membazir.


Apa yang aku katakan di atas hanyalah secara kasar. Tapi itu memang berlaku dalam dunia realiti. Apa pendapat korang? Mungkin ada antara korang yang pernah mengalami situasi seperti ini. Boleh share di sini untuk renungan kita bersama.



p/s: banyak pula "mungkin" dalam artikel neh.attoi!






(read more)
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle