Sunday, January 16, 2011

100111 is my 24th | Happy Birthday, Mello


Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua.

Pertama kalinya, aku ingin memohon maaf kerana membiarkan blog ini tidak ter'update sudah sebulan lamanya.Sebulan?? Serius, aku pun tak sangka kehidupan aku di realiti membataskan masa aku untuk blog ini. Sebulan, tempoh yang agak panjang untuk sesebuah blog itu tidak di'update dengan tidak sengaja. Kalau sengaja tak nak update apa yang nak dihairankan kan? 10 tahun pun tak hairan, dah kalau memang empunya diri yang tak nak.

Di alam maya, aku hanya ada masa untuk facebook saja, tu pun tak selalu jugak. Twitter, yahoo messenger tak payah cakap la, dah berkurun aku tak bukak.Aku rasa mesti ada orang yang bengang dengan aku pasal ni.Yela, aku tau ada yang add aku kat YM tu tapi aku tak accept lagi, kat twitter tu maybe ada jugak yang contact tapi tak ter'respon dari aku.Huhu maaf banyak-banyak, nanti ada masa aku uruskan semua tu. Cuma, kalau ada hal urgent, contact je aku kat fanpage mello's atau formspring. Okeh?

Ok, berbalik kepada tajuk utama, artikel ini khas sempena hari lahir aku yang ke-24 tanggal 10 Januari 2011 beberapa hari yang lalu. Tapi kenapa baru nak post artikel tika ini? (16 Januari 2011) Kenapa tak post pada 10 Januari hari tu? Ok, kejap lagi aku jelaskan.


******************************************************************************

Bila bercakap tentang hari lahir ni, perkara atau topik yang biasa diutarakan sudah tentulah umur yang meningkat, hadiah & mungkin...cinta?

UMUR

Ya, umur aku sekarang sudah mencecah 24.Angka yang membuat aku berdebar, membuat aku berfikir tak henti, membuat aku termenung dalam, membuat aku sedikit gelisah. Kenapa? Entah.Aku sendiri pun tidak pasti. Mungkin perlahan-lahan, nak tak nak, aku kena melangkah ke alam dewasa.Usia remaja tak selalu bersama, lambat laun akan pergi jua. Ya, maseh muda. Maseh remaja mungkin? Kehkeh tapi aku tak harus leka. Usia begini aku harus bersiap sedia, untuk jadi seorang insan yang lebih matang, harus persiapkan diri dengan perkara yang sepatutnya untuk kesejahteraan di masa hadapan, dunia & akhirat. Harus diingat, bagi aku, umur makin meningkat tapi usia semakin berkurang. 24. Kalau tambah 3, dah 27. Dah hampir 30an tuh! Waa takutnya~ takutnya~ kahkah

HADIAH

Haha! Perlu ke topik ni? Kalau dulu masa kecil, hadiah ni macam benda yang wajib. Tak sah kalau takde hadiah masa hari lahir.Hahaha. Sekarang cool je kalau takde hadiah. Cukup saja dengan ucapan & doa.

Hadiah dari readers/friends

Hari tu, beberapa hari sebelum menjelangnya hari lahir aku, aku sempat print screen google connecter (followers) kat blog ni. Kenapa aku print screen? Kebetulan bilangan followers/readers mencecah 1001 ( iye la, kan hari lahir aku 10/01) so agak istimewa la nombor tu bagi aku.Lawa kan? 1001 hikmah, 1001 malam, 1001 misteri.Kuikui

Terima kaseh banyak-banyak aku ucapkan kepada mereka yang sudi follow,baca & singgah blog ni. Tanpa korang apa la blog aku ni kan?

Tak lupa juga kepada kawan-kawan realiti di facebook serta kawan-kawan realiti di realiti yang sudi ucap selamat hari lahir & doakan aku tempoh hari samada melalui sms, di wall & mesej di facebook, di shoutmix blog, di dalam hati tanpa pengetahuan aku dan..semualah! hihi

Hadiah dari keluarga

Malam sebelum menjelangnya hari kelahiran aku tu, sebenarnya aku tidak berada dirumah bersama keluarga terchenta. Terpaksa berada di Kuala Lumpur. Kenapa? Aaa, nanti aku jelaskan.Hehe. Tapi antara insan yang terawal ucapkan & doakan aku sempena hari lahir aku ni sudah tentu la famili. Kiriman sms dari mereka sudah cukup buat aku gembira.

Petang kelmarin (15 Januari 2011, masa tu dah selamat berada di rumah bersama keluarga lah.hehe), aku jenguk mak aku yang macam tengah masak something kat atas dapur. "Umi masak apa petang-petang gini neh?" Tanya aku. Terkejut beliau sebab tiba-tiba je aku muncul mengganggu konsentrasi beliau yang tengah masak tu. "Takleh tengok takleh tengok!" Katanya mak aku sambil cover apa entah dalam periuk tu dengan tangannya.Ahahaha tapi akhirnya kantoi jugak, rupa-rupanya mak aku tengah cairkan coklat untuk kek coklat khas untuk hari lahir aku ni.Kek nya dah siap entah bila mak aku buat, masa tu tengah siapkan coklatnya.


Perlukah aku cakap aku touching? Dengan mak sendiri, of course la derr.. Lu yang tacing-tacing ngan awek lu tu yang patut dihairankan derr.Eh, emo pulak guwa.kuikui

Hadiah dari diri sendiri

Pada satu malam, malam Rabu yang lalu (5 Januari 2011), aku ada apply satu position yang ditawarkan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Yela, nama lagi job seeker kan. Malam-malam bersekang mata cari kerja lah. Alhamdulillah, satu hari keesokannya (6 Januari 2011), aku mendapat panggilan daripada mereka & aku dikehendaki menghadiri temuduga pada hari Isnin bersamaan 10 Januari 2011. Ya, hari yang sepatutnya aku berada di rumah bersama keluarga kerana hari itu hari kelahiran aku. Sebelum ni memang jarang dapat meluangkan masa bersama keluarga setiap kali tiba hari lahir, tengok-tengok kali ni pun begitu juga. 3,4 kali juga aku fikir, patut kah aku menolak untuk menghadiri temuduga ni? Lagipun ni temuduga pertama aku.

Dipendekkan cerita, aku hadir juga untuk temuduga itu walaupun kesihatan sedikit terganggu, tetiba je demam last minute.hahaha. Semuanya berjalan lancar even aku lewat sejam semasa temuduga tu. Dua hari (12 Januari 2011) kemudian, aku mendapat panggilan lagi dari mereka. Alhamdulillah, aku diterima untuk bekerja di situ & diminta untuk mula bekerja secepat yang mungkin. Tapi, aku pohon untuk mula bekerja selepas Chinese New Year. Masa yang ada ni akan aku gunakan sebaiknya untuk famili & kawan-kawan di kampung.

Syukur, segala urusan aku dipermudahkan oleh-Nya, berkat doa yang tidak putus & mungkin berkat hari kelahiran. 1st interview, 1st job.Semuanya terjadi di bulan satu, bulan Januari.hee

Tak lupa juga, di kesempatan ni aku ingin mengucapkan terima kaseh kepada sahabat-sahabat aku yang telah banyak membantu aku semasa berada di Kuala Lumpur. Tanpa mereka, agak sukar juga untuk aku menyelesaikan urusan di sana. Ya, sahabat rapat yang aku kenali sejak bangku sekolah lagi. Piyer & awek kesayangan, Juliya serta Shahrul Ain (Bukan Shahrul Idlan Talaha ye? Hehe)

Aku & Piyer
Location: KLCC

Piyer & Ain
Location: KLCC

Piyer & buah hati, Juliya
Location: Putrajaya

Tapi, hadiah yang paling berharga yang aku maseh kecapi ialah peluang dari-Nya untuk terus bernafas di muka bumi ini. Semoga aku dapat perbaiki diri agar lebih baik di masa hadapan seiring dengan peralihan usia aku ni.InsyaAllah.

CINTA

Ces, malas pula aku naik menaip untuk topik ni. Macam leceh je.hehe tapi dah lama kan tak update blog, cakap je lah pasal ni. Senang cerita, aku memilih untuk single, no girlfriend, no hard feeling, couple is trouble, single is happier. Tapi itu tak bermakna aku takde orang yang disukai. Ada, ada sorang yang aku suka. Bagi aku, dia baik, dia jaga penampilan dia sebagai seorang muslimah, aku tak pernah jumpa dia & dia tak pernah jumpa aku. Aku tak tau dia sudah punya pacar atau tidak, tapi yang pasti, aku pernah cakap aku suka dia beberapa tahun yang lalu & kali ke-2 nya beberapa bulan yang lalu. Apa yang aku cakap, aku tak ingin balasan dari dia, kalau dia sudi tunggu lah aku 2 tahun lagi, saat aku menaip artikel ini, masa yang ada mungkin tinggal setahun lebih lagi. Kenapa ada tempoh sedemikian? Sebab aku ingin berkerjaya dulu, nak kumpul duit dulu, sebab, aku tak nak couple, kalau dia sudi, bila tiba masanya,aku masuk meminang terus. Best tak? Ya, aku tau aku kolot.

Dan apa jawapannya? Tiada jawapan.Siap melawak ada la. Dia cakap aku ni salah orang ke? Ahaha! Tapi dia tak pernah bagi peluang pada dirinya untuk kenal aku tapi itu tak mengapa, mungkin dia juga sudah ada pilihannya sendiri. Siapakah dia? Dia sebaya dengan aku, asal senegeri dengan aku.

Dan konklusinya, cerita di atas rekaan semata-mata untuk aku panjangkan sedikit artikel kali ni.Kahkahkahkahkah


p/s: Selamat hari lahir buat bondaku yang tersayang, Puan Nik Rxxxxx yang akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 19 Januari 2011 nanti.Moga hidupmu akan terus diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. I love you always, until my last breath.







(read more)
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle