Sunday, September 11, 2011

Jika cukai prabayar dikenakan..


Assalamualaikum & salam sejahtera buat pembaca mushmello.com.

Komunikasi adalah salah satu perkara yang penting dalam kehidupan kita seharian. Komunikasi membolehkan kita berhubung, tidak kira dengan siapa & melalui apa medium sekalipun, yang pastinya sudah tentu kita berkomunikasi untuk melaksanakan sesuatu yang melibatkan kita & pihak lain. Tambahan pula di era modenisasi kini, terdapat pelbagai kemudahan & pilihan untuk berkomunikasi; percakapan secara lisan, kiriman surat bertulis, e-mel, laman sosial seperti Facebook, 'Yahoo Messenger', Skype & pelbagai lagi. Tapi aku pasti, TELEFON adalah salah satu pilihan komunikasi yang terbaik setakat ini. Ke mana saja kita melangkah, 'hand phone' adalah antara gadget terpenting dalam tugas seharian.

Bukan 'hand phone' itu sendiri yang ingin aku tekankan di sini, apa yang aku ingin perkatakan ialah mengenai kad sim & nilai caj prabayar (topup ler). Well, kad sim (sim card ler) bukan saja digunakan untuk telekomunikasi melalui telefon mudah alih. Bidang pekerjaan yang aku ceburi sekarang adalah berkait rapat dengan telekomunikasi & 'telemetry system'. Sim card juga digunakan untuk menghantar data melalui GSM Modem dimana 'hexadecimal data' itu dihantar dalam bentuk sms. Ya! Sudah tentu sim card iu juga menggunakan nilai prabayar.

Baru baru ni, kita dikejutkan dengan satu berita yang kurang disenangi oleh para pengguna plan prabayar. Cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan untuk pembelian tambah nilai prabayar & pembelian starter pack / sim card yang akan berkuatkuasa mulai 15 September ini. Nengok status kekawan kat facebook, mostly semacam hangin dengan telco neh, post pasal topup & yang berkaitan dengannya.

Aku terfikir, apa agaknya yang akan terjadi jika cukai perkhidmatan ni betul-betul dilaksanakan?

#1 Stok topup

Ramai pengguna akan membeli kad prabayar / reload sebanyak yang mungkin sebelum tarikh cukai perkhidmatan itu dikenakan. Macam petrol jugakla kan. Tau je harga minyak nak naik, konpem stesen minyak sesak punya. Aku sendiri pun dah merancang nak beli kad topup banyak-banyak buat stok. Hehehe. Yela, mau nya tak. Kalau dah kena cukai 6%, topup RM10 dah jadi RM10.60. kalau topup 20 kali? Bukan ke dah rugi RM12? Ye.. RM12 je pun.Tapi rakyat Malaysia ni agak-agak berapa juta orang eh?

#2 Topup sold-out!

Mungkin kad reload akan senasib dengan gula, disorok daripada pengguna sehingga tarikh cukai dilaksanakan berkuatkuasa. Bisnes beb! Siapa tak mau untung bisnes kan? Stok kad reload sebelum cukai dikenakan disorok & bila cukai berkuatkuasa, baru lah reload dijual kepada pengguna. Dah la memang dah untung dengan harga asal reload (contoh reload RM10), bila ada cukai, lagi lah untung! kan? Hehe.

#3 Bisnes

Ramai yang akan memulakan bisnes reload. Beli reload banyak-banyak sebelum cukai dilaksanakan, dan bila cukai berkuatkuasa, jual kepada pengguna dengan 'cukai' yang lebih 'berpatutan'. Hehe. Tak paham? Korang beli reload RM10 sekarang dan bila cukai dikenakan, korang jual je reload tu dengan harga RM10.30 berbanding RM10.60. Dah untung 30sen kan? Hehe.

#4 SMS VS Call

Nak jimat kredit punya pasal, mungkin sms menjadi pilihan berbanding membuat panggilan, melainkan jika ada urusan yang memerlukan panggilan telefon. Kalau sebelum ni nak sakat kawan pun sampai buat panggilan telefon, mungkin kali ni setakat sms je kalau takde hal yang penting.

#5 Public phone?

Bak kata member aku, maybe lepas ni kita dapat tengok fenomena orang ramai beratur untuk menggunakan public phone. Hahaha! Actually kalau nak diikutkan kurang logik sikit la. Sebab rate caj panggilan mesti tak sama kan. Apa apa je lah.

Tu kalau cukai akan dilaksanakan. Kalau cukai tak jadi dikenakan? Agak-agak apa perkara yang akan terjadi?

Terpampang di muka akhbar utama....

"Cukai perkhidmatan prabayar dibatalkan, rakyat berterima kasih." (la sangat)

Sekian.








blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle