Thursday, December 29, 2011

Formspring: Q & A part #1


Photo (right bottom): Gaya spastik 5 tahun lalu.Haha!

Tinggal beberapa hari lagi (semasa entri inii di-publish, hanya tinggal 2 hari saja lagi), kita akan melangkah ke tahun 2012, dan berakhirnya tahun 2011. Dan aku sendiri tertanya? Ada apa beza melainkan perubahan angka? Hidup tetap sama, dan kita yang merancang untuk perjalanan hidup tetap sama atau sebaliknya.

Dan aku kira, entri ini adalah sebagai entri penutup untuk tahun ini, atau mungkin ada satu lagi entri selepas ni, sebelum digit terakhir berubah. Inbox formspring aku dipenuhi soalan; serius, jenaka, mencarut, mengarut, suka suka, ; dari kawan, strangers & tak lupa juga anonymous.

Entri ini aku terbitkan khas untuk menjawab & memberi respon kepada persoalan / kata - kata dari anonymous - Mereka yang aku tak kenal & tak tau siapa. Soalan / kata-kata dari kawan dan juga profile yang aku kenal & tak kenal, aku akan jawab di ruang formspring nanti insyaAllah.



Tekan button 'download' atau cara lain, right click & select 'save file as'.



Kenalpasti punca masalah.. bersemuka dengannya & cuba jernihkan keadaan. Cakap dengan penuh tata tertib & minta maaf. :)



Lain daripada yang lain kot? Kehkeh

Link related: http://www.mushmello.com/2009/08/halal-kah-arak-halal.html



Kalau saya dulu, lepas SPM sambung study kt matrikulasi setahun & then further study kt universiti tempatan. Bidang yang nak diambik tu kalau boleh perkara yang kita minat..ok? :)



Ok, sy rasa ini satu luahan, bukan soalan. Jadi, apa yg perlu sy cakap? Hehe.. Teruskan berkawan elok-elok dengan dia. Jadi kawan yang terbaik saat susah senang dia. Mana tau apa jadi nanti kan? :)



Oh thanks very mush. :)



Bila kita menerima & mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.



Ok, sy minta maaf sbb baru respon. Kalau ada apa-apa hal, boleh ajukan soalan dekat fanpage mello's. Btw, i know who you are. :)

p/s: boleh rujuk link di bawah kalau perlu.

Link related: http://www.mushmello.com/2010/10/how-i-draw-cartoons.html




Yes of course i am.



Tengok kat sidebar kanan blog ni. :)



Berkawan dulu, kenal hati budi & tetapkan matlamat untuk apa 'cinta' itu sendiri. :)



Boleh rujuk link di bawah. :)

Link related: http://www.mushmello.com/2010/07/cara-cara-memujuk-kekasih-hati-yang.html




Satu titik? Boleh bermakna berhenti, sampai sini saja.



Kalau umur panjang, aku akan update lagi untuk Q & A part #2 insyaAllah.




p/s: Buat masa ni, blog ni sedikit terabai namun sedikit aktif menyenamankan jejari di blog seperti tertera di bawah.

http://melloncholic.blogspot.com/



(read more)

Thursday, September 22, 2011

Chasing Butterfly


Theme song:

















Watch Full Story



Link: Chasing Butterfly ƸӜƷ






(read more)

Sunday, September 11, 2011

Jika cukai prabayar dikenakan..


Assalamualaikum & salam sejahtera buat pembaca mushmello.com.

Komunikasi adalah salah satu perkara yang penting dalam kehidupan kita seharian. Komunikasi membolehkan kita berhubung, tidak kira dengan siapa & melalui apa medium sekalipun, yang pastinya sudah tentu kita berkomunikasi untuk melaksanakan sesuatu yang melibatkan kita & pihak lain. Tambahan pula di era modenisasi kini, terdapat pelbagai kemudahan & pilihan untuk berkomunikasi; percakapan secara lisan, kiriman surat bertulis, e-mel, laman sosial seperti Facebook, 'Yahoo Messenger', Skype & pelbagai lagi. Tapi aku pasti, TELEFON adalah salah satu pilihan komunikasi yang terbaik setakat ini. Ke mana saja kita melangkah, 'hand phone' adalah antara gadget terpenting dalam tugas seharian.

Bukan 'hand phone' itu sendiri yang ingin aku tekankan di sini, apa yang aku ingin perkatakan ialah mengenai kad sim & nilai caj prabayar (topup ler). Well, kad sim (sim card ler) bukan saja digunakan untuk telekomunikasi melalui telefon mudah alih. Bidang pekerjaan yang aku ceburi sekarang adalah berkait rapat dengan telekomunikasi & 'telemetry system'. Sim card juga digunakan untuk menghantar data melalui GSM Modem dimana 'hexadecimal data' itu dihantar dalam bentuk sms. Ya! Sudah tentu sim card iu juga menggunakan nilai prabayar.

Baru baru ni, kita dikejutkan dengan satu berita yang kurang disenangi oleh para pengguna plan prabayar. Cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan untuk pembelian tambah nilai prabayar & pembelian starter pack / sim card yang akan berkuatkuasa mulai 15 September ini. Nengok status kekawan kat facebook, mostly semacam hangin dengan telco neh, post pasal topup & yang berkaitan dengannya.

Aku terfikir, apa agaknya yang akan terjadi jika cukai perkhidmatan ni betul-betul dilaksanakan?

#1 Stok topup

Ramai pengguna akan membeli kad prabayar / reload sebanyak yang mungkin sebelum tarikh cukai perkhidmatan itu dikenakan. Macam petrol jugakla kan. Tau je harga minyak nak naik, konpem stesen minyak sesak punya. Aku sendiri pun dah merancang nak beli kad topup banyak-banyak buat stok. Hehehe. Yela, mau nya tak. Kalau dah kena cukai 6%, topup RM10 dah jadi RM10.60. kalau topup 20 kali? Bukan ke dah rugi RM12? Ye.. RM12 je pun.Tapi rakyat Malaysia ni agak-agak berapa juta orang eh?

#2 Topup sold-out!

Mungkin kad reload akan senasib dengan gula, disorok daripada pengguna sehingga tarikh cukai dilaksanakan berkuatkuasa. Bisnes beb! Siapa tak mau untung bisnes kan? Stok kad reload sebelum cukai dikenakan disorok & bila cukai berkuatkuasa, baru lah reload dijual kepada pengguna. Dah la memang dah untung dengan harga asal reload (contoh reload RM10), bila ada cukai, lagi lah untung! kan? Hehe.

#3 Bisnes

Ramai yang akan memulakan bisnes reload. Beli reload banyak-banyak sebelum cukai dilaksanakan, dan bila cukai berkuatkuasa, jual kepada pengguna dengan 'cukai' yang lebih 'berpatutan'. Hehe. Tak paham? Korang beli reload RM10 sekarang dan bila cukai dikenakan, korang jual je reload tu dengan harga RM10.30 berbanding RM10.60. Dah untung 30sen kan? Hehe.

#4 SMS VS Call

Nak jimat kredit punya pasal, mungkin sms menjadi pilihan berbanding membuat panggilan, melainkan jika ada urusan yang memerlukan panggilan telefon. Kalau sebelum ni nak sakat kawan pun sampai buat panggilan telefon, mungkin kali ni setakat sms je kalau takde hal yang penting.

#5 Public phone?

Bak kata member aku, maybe lepas ni kita dapat tengok fenomena orang ramai beratur untuk menggunakan public phone. Hahaha! Actually kalau nak diikutkan kurang logik sikit la. Sebab rate caj panggilan mesti tak sama kan. Apa apa je lah.

Tu kalau cukai akan dilaksanakan. Kalau cukai tak jadi dikenakan? Agak-agak apa perkara yang akan terjadi?

Terpampang di muka akhbar utama....

"Cukai perkhidmatan prabayar dibatalkan, rakyat berterima kasih." (la sangat)

Sekian.








(read more)

Sunday, May 8, 2011

Tanda-tanda seorang lelaki menyukai anda


Seingat aku, sudah ada artikel sebelum ni yang lebih kurang isi kandungannya seperti artikel kali ni. Tapi yang membezakannya mungkin, artikel terdahulu lebih kepada seseorang yang sudah menjadi seseorang yang istimewa kepada korang (buah hati, tunang, suami/isteri) manakala untuk artikel kali ni, lebih kepada seseorang yang menyukai korang & tiada apa-apa hubungan yang istimewa dengan korang. Ringkas kata, seorang kawan/kenalan yang menyukai korang.aishh

Kenalan korang itu mungkin seseorang yang sudah lama korang kenali, baik di alam realiti mahupun alam maya, pernah bersua atau sebaliknya. Artikel ini dihasilkan untuk korang yang rasa perlu, plus, ada readers yang bertanyakan perkara ini sebelum ini & juga keyword untuk tajuk artikel semacam ini seringkali tertuju ke blog ini. Alang-alang kan, baik aku buat je artikel yang direct ke keyword terbabit. Tak paham? Abaikan, teruskan dengan karutan di bawah.

1st

Dia akan menjadi diri sendiri bila berhadapan dengan korang. Berhadapan di sini bukan la bermaksud bersua muka dengan anda. Bukan & tidak semestinya. Tiada hipokrit, apa yang ditunjukkannya itulah dirinya.

2nd

Dia berminat untuk mengenali korang dengan lebih mendalam. Ya, dia mungkin tahu nama sebenar korang, kesukaan korang, apa yang korang tidak suka dan jangan hairan kalau dia tahu alamat rumah korang tanpa pengetahuan korang. Mungkin dia ingin menghantar hadiah sempena hari lahir korang, kad ucapan hari raya dan sebagainya. Mungkin ada antara korang (perempuan) takut dengan perkara sebegini, yela, tetiba je orang yang tak pernah ditemui atau tak pernah dibagi alamat rumah tetiba je tau alamat rumah kan. Jangan khuatir, cuma ambil langkah berhati-hati sudah. Err, mana la tau si dia tetiba je hantar rombongan merisik. Ah, lagi berderau darah korang kan? Couple tidak, apa tidak, tetiba je si kawan ni hantar rombongan merisik. Eh, aku mau tanya, perlukah couple sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Persoalan ni sampai sekarang maseh berlegar-legar dalam fikiran aku neh.

3rd

Suka berkias. Ya, dia MUNGKIN tidak akan menyatakan rasa sukanya terhadap korang secara terang-terangan. Jika dia pernah nyatakan sekalipun, mungkin kata-katanya sedikit kabur, kurang jelas, bersastera (hehehe) & mungkin juga dalam keadaan gelak suka suka dalam serius dalam suka. hehe.



Kenapa begitu? Aku syak mungkin lelaki sedemikian ada impian yang lebih jauh dari nyatakan rasa sukanya yang mungkin korang akan reject dalam tempoh kurang satu minit setelah dia katakan rasa sukanya pada korang. Impian apakah itu? Mungkin dia tak mau couple dengan korang, kahwin itu jauh lebih bermakna. Simpan rasa suka dalam diam, berusaha mengukuhkan kewangan & bila tiba masa yang sesuai, masuk meminang korang sepertimana aku nyatakan dalam point #2 di atas.

Sebab lain berkias? Dia tidak yakin dengan diri sendiri, curiga dengan status korang (yela, kan zaman sekarang ni zaman orang couple, zaman buat status "in a realtionship") terutamanya bagi korang yang low profile. Jadi, kalau korang rasa dia berpeluang, jangan abaikan tanda-tanda ini. At least, alert yourself & let he know if he got any chance. Dan juga, bagi peluang kepada diri korang sendiri.

4th

Menghargai korang walaupun korang tak minta, walaupun korang tak pernah/jarang pedulikan dia & dia juga jarang contact dengan korang. Bila tiba hari lahir korang, ramai kawan & kenalan mengucapkan ucapan hari lahir tapi bagi si dia, cara ucapan itu mungkin sedikit berlainan. Caranya mungkin ingin menyampaikan sesuatu yang tersirat & dalam masa yang sama ingin menyentuh hati korang (eh, macam takleh blah pule ayat ini.kihkih). Cara bagaimanakah itu? Mungkin dia nyanyikan satu lagu untuk korang, bagi hadiah yang di pos dengan pos laju Malaysia atau mungkin juga sebuah LUKISAN yang tak seberapa tapi ada makna? Well, who knows.

5th

Ah, dia tak senang duduk bila nampak tanda-tanda yang korang macam tengah angau dengan seseorang ataupun ada lelaki lain yang masuk line. Lalu dia bagi video lagu dimana liriknya tersurat apa yang tersirat baginya sekian lama. Pandai-pandai la korang fahami. Contoh lagu? Tengok je la seperti dibawah.



err, ni lagu band Couple tapi saye cover.ouch

6th

Dia seringkali atau jarang-jarang sekali menegur korang (samada melalui telefon, sms, chat, emel dan bla bla bla) & kesempatan yang ada itu dia cuba untuk menyatakan sesuatu kepada korang tapi selalunya tidak berjaya. Eh, korang paham tak apa yang aku nak cakap sebenarnya ni? Hahaha. Begini, dia seolah-olah nak bagitau korang sesuatu tapi takut-takut & akhirnya apa pun tak dibagitahu ataupun dia tukar topik perbualan. Haaa lebih kurang begitulah maksudnya.

7th

Eh, rasa malas pulak nak tulis banyak-banyak. Ni point yang last la eh? Kalau aku rajin, aku update lagi di sini.Hehe. Ok, tanda yang terakhir, bila si dia tahu yang korang sudah berpunya, mestilah dia akan kecewa & pura-pura gembira, dan mungkin juga dia seolah-olah menjauhkan diri daripada korang. Jangan pula salah faham, dia menjauhkan diri daripada korang tu bukan bermakna dia tak sudi berkawan dengan korang, tapi..paham-paham la ye? Tapi menjauhkan diri bukanlah bermakna dia berhenti berharap. Korang pula jangan la rasa bersalah kalau korang tahu yang dia suka korang walaupun dia cuba semampu mungkin menyembunyikan rasa suka itu. Ok?

Ya, aku memang penakut.

Nasihat aku, kalau korang masih belum berkahwin, jangan lah korang terlalu pasti dengan perkara yang belum pasti lagi. Kalau niat itu sudah elok & korang sudah nekad, berdoa la selalu agar pengakhirannya menjadi yang halal. Semua insan akan tumpang gembira. =)



p/s: lelaki macam ni memang susah nak difahami kan?





(read more)

Sunday, April 3, 2011

walau bagaimana saja pertemuan kita,kalian tetap kawan

Kawan,kau datang dan pergi dan kau juga sering silih berganti. Kawan, adalakanya kau si teman kala duka, dan adakalanya kau si penyumbang duka.Kawan, petahmu buatku rasa suka sewaktu aku perlu teman bergelak tawa. Kawan, ada yang aku kenali melalui pertemuan di alam realiti, dan ada juga yang aku kenali melalui persinggahan di alam fantasi.

Pada mata mereka, kawan adalah seseorang yang dikenali melalui realitinya. Dapat dilihat melalui kaca mata. Tempat kita berpijak di bumi nyata. Mungkin saja pertemuan kita di..

Sekolah?

Orang kata, kawan zaman sekolah adalah kawan sejati.Yeah, ada benarnya.

Atau..mungkin jiran sebelah?



Mungkin juga sewaktu bekerja..


Tapi, adakah kawan itu hanya mereka yang dapat dilihat dengan mata kasar? Kawan, yang terpenting bagi aku ialah kesudian untuk berkawan, hadir sebagai diri sendiri yang sebenar tanpa helah.

err, friendster?


Come on la, sekarang zaman facebook bhai..



Ah, walau apa saja cara pertemuan kita, samada di alam realiti atau maya, sekali kau lafaz sudi berkawan, kau tetap kawan! Hinggalah kau pergi tanpa dipinta.


Akhir kata, terima lah lagu pendek ini, dari kawan untuk kawan.


Kawan

For whoever you are..
you still..you still..

we have met or not..
you still..you still..

you're there, me here.. or
me here you're here..
you... are... my... friends!

of coz, i do..
of coz..
but will you,feel the same?


wrote & sang by siapa lagi kalau bukan..teettt

p/s: ye ye lagu tak sedap.whatever lah.
p/s/s: tajuk lagu ntah apa-apa.Err, baru terfikir kejap tadi.huu









(read more)

Sunday, March 27, 2011

kata-kata yang ingin aku bangkang (part 1)

Dalam kehidupan kita seharian, kita memang takkan terlepas untuk bersuara & berkata-kata bukan? Samada suara itu digunakan untuk bercakap dengan diri sendiri (err?) mahupun untuk berkomunikasi dengan orang lain. Dan oleh sebab itu juga, pelbagai kata-kata yang dapat kita perolehi setiap hari samada dalam bentuk analog mahupun digital. Err, boleh tahan bangang juga intro untuk artikel ni. Baca je la wahai sahabat sekalian.


Kes #1

"Kalau sayang pada seseorang, kita kena menerima diri dia seadanya.."

Well aku mau tanya, apakah maksud menerima diri dia seadanya itu? "Kita tak boleh ubah dia.. kena paham & terima perangai dia, kesukaan dia & bla bla bla.."

Waklu.

Bagi aku, ini pendapat aku lah, menerima diri dia seadanya itu maksudnya menerima dari segi fizikal saja. Terima saja rupa paras dia macam tu, fizikal dia macam tu. Dari segi keperibadian? Ada yang boleh terima & ada yang tak boleh diterima.

Kenapa aku cakap macam tu?

Korang sanggup tak tengok bakal isteri/bakal suami/isteri/suami korang masih dengan habit & perangai mereka yang tak elok? Contohnya, tak solat, tak puasa di bulan Ramadhan, suka ber'clubbing, kaki arak, kaki judi dan lain-lain yang seumpamanya?

Jadi, kalau kita betul-betul sayangkan seseorang itu, bantulah & bimbing lah mereka supaya berubah ke arah yang lebih baik. Tak gitu? Yang patut terima seadanya ialah rupa & fizikal mereka.Dah macam tu pilihan korang kan? Takkan la tunang korang hidung tak berapa nak mancung, korang surung dia buat pembedahan mancungkan hidung sampai gaduh-gaduh pula kan. Ish, tak patut..Tak patut.


Kes #2

"Weh, ko jaga je la diri ko sendiri..Kubur masing-masing kan? Sibuk je jaga tepi kain orang! Suka hati aku la aku nak buat dosa pun! Ko bukannya tuhan!"

Ye ye ye.. Memang la kubur masing-masing. Tapi kan, pernah tak baca atau dengar kisah para Nabi dulu-dulu? Aku ambil contoh, kisah Nabi Nuh.Nabi Nuh & para pengikutnya membina kapal untuk menyelamatkan umat & makhluk yang taat kepada Allah S.W.T kerana Allah akan turunkan banjir besar sebagai balasan kepada hambanya yang ingkar.

Ok, point di sini. Bila Allah S.W.T nak turunkan bencana, nak bagi balasan kepada sesebuah kawasan atau tempat, semua orang yang berada di kawasan/tempat itu akan kena. Tak kira lah sesiapa yang ingkar, yang taat, alim, pemerintah, semua. Kalau orang-orang yang ingkar je, takde la Nabi Nuh nak bina kapal yang super besar kan, nak lindung & menyelamatkan umat & haiwan yang taat kepada Allah S.W.T.

Apa yang aku nak cakap, hidup kita ni kena saling berpesan-pesanan, nasihat menasihati. Sebab, kalau Allah nak bagi balasan kat kau, bukan kau je kena, orang kat sekitar kau yang tak peduli atas keburukkan kau pun turut kena nanti.

Kes #3

"Giler berlagak mamat tu bawak kereta! tau la kereta mewah tapi apa guna kereta bapak kaoo yang bagi!"

Kehkeh..Aku nak tanya, kalau ko mintak kereta yang sama dengan bapak dia, agak-agak ko dapat tak? Haaaa..tu la kelebihan dia menjadi anak kepada bapak dia. Ok, biarlah yang tu, aku nak tanya lagi, apa salah dia sampai ko tak pasal-pasal cakap dia macam tu? Dia bawa kereta mewah yang ayah dia bagi tu elok-elok, ko cakap dia berlagak. Takkan la sebab dia pakai cermin mata gelap sambil bawa kereta tu yang ko nak cakap dia berlagak.

Lain lah kalau macam ni keadaannya, mamat tu "vroomm! vrooommm! vrooommmm!" keretanya sambil menjeling ko dengan senyuman sinis & mengejek ko yang hanya bermotor cabuk

ataupun

"Kahkahkah takkan kancil je kot..At least pakai la BMW macam aku ni bhaiii!"

haaa kalau macam tu boleh la kot kalau ko nak bengang & cakap dia berlagak. Tapi,tapi kan.. lagi bagus kalau ko bersabar je.Allah suka orang yang bersabar. Hihihi

Kes #4

"Cinta tak semestinya memiliki.."

Ok, katakanlah,aku suka kat seseorang, mulut aku boleh menipu yang aku cakap aku tak berharap kepada dia, tapi jauh terpendam yang berharap agar dia pun akan suka aku juga.Sebab, aku sukakan dia bukannya saja-saja, aku nak kahwini dia nanti kalau dia sudi. Berharap agar dia menjadi teman hidup, dapat jaga makan minum, dapat jadi ibu yang baik kepada anak-anak.

Itu sekadar contoh..

Jadi, kepada pasangan di luar sana, apa objektif korang duk sayang euww euww, duk rindu auww auww tuh? Suka-suka saja atau pun terikut-ikut dengan kawan-kawan? Kalau macam tu gayanya, quote di atas memang sesuai dengan korang. Kalau tak,Kahwin je la cepat-cepat. Lagi bagus.

Gadis A: "Abang Mello ngok!"

M: "Ye, kenapa??"

Gadis A: Kitew sekolah lagi.. bapak kitew tak bagi kitew kawen.. bongok la Abang mello ni. Entri ntah papew.."

M: Sape suruh adik kapel-kapel ni? Tau pun masih sekolah. Agak-agaklah dik.

Kes #5:

Seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr.keyboard, risau akan dirinya yang masih tidak memperolehi pekerjaan yang tetap. Kerja sekejap disitu & kemudian sekejap di sana. Dan sekarang, dia tidak tahu ke mana arah tujunya kerana tidak ada pekerjaan. Mungkin juga dia berasa sedikit putus asa & pasrah.

Kerana itu, dia mengambil peluang untuk mendalami ilmu agama (tak tau la samada untuk mengisi masa lapang semata mata ataupun untuk kebaikkan diri & kenalan). Tak seberapa lama kemudian, jejaka ini keluar berjalan-jalan & terpandang seorang jejaka berkemeja kemas,berseluar slack hitam & bertali leher yang dikenali sebagai Mr.Potato yang baru saja pulang dari pejabat.

Mr.Keyboard: Eh, ko ni mesti student universiti dulu kan? dah lama kerja?

Mr.Potato: Ye ye! dah lama dah kerja.Hihihi (Sambil tersenyum bangga tapi insyaAllah bukan senyum riak takabur)

Mr.Keyboard: Hek eleh! Dalam sehari berapa kali ko buat solat sunat??

Mr.Potato: Err..

Bagi aku, itu konflik dalaman bagi seseorang yang sedang diuji. Jangan la kita memperendahkan kejayaan orang lain dengan kekurangan yang mereka miliki dengan sedikit kelebihan yang kita ada disebabkan kegagalan kita untuk berjaya seperti mereka. Ok, sila ambil masa sedikit untuk fahami ayat aku yang berbelit tu sebab aku pun ambil masa untuk susun ayat.Kehkeh

Tapi lain pula kalau macam ni keadaannya..

Mr.Keyboard: Eh, ko ni mesti student universiti dulu kan? dah lama kerja?

Mr.Potato: Ye ye! dah lama dah kerja.Hihihi (Sambil tersenyum sinis riak takabur) Ko mesti takde kerja kan? Waktu-waktu macam ni orang baru habis kerja, ko berpeleseran je smbil main facebook tepi jalan.

Mr.Keyboard: Cis! Berlagak la ko!! Hek eleh! Dalam sehari berapa kali ko buat solat sunat??

Mr.Potato: Err..

haaa kalau macam tu boleh la kot kalau ko nak bengang & cakap dia berlagak. Tapi,tapi kan.. lagi bagus kalau ko bersabar je.Allah suka orang yang bersabar. Hihihi eh, ayat sama je macam kat atas tadi. Pe cer mello? Err..

Tapi seeloknya..

Mr.Keyboard: Eh, ko ni mesti student universiti dulu kan? dah lama kerja?

Mr.Potato: Ye ye! dah lama dah kerja.Hihihi (Sambil tersenyum sinis riak takabur) Ko mesti takde kerja kan? Waktu-waktu macam ni orang baru habis kerja, ko berpeleseran je smbil main facebook tepi jalan.

Mr.Keyboard: Takde kerja lagi la sahabat.. rezeki belum ada tapi sekarang aku masih berusaha untuk mencari kerja bersungguh-sungguh & menjadikan kenalan yang terdekat sebagai motivasi diri untuk berjaya dalam apa saja kebaikkan di dunia dan akhirat..

Mr.Potato: Err..bagus la macam tu..aku sokong.. *insaf

Bagus la kalau menuntut ilmu agama. Aku pun suka. Tapi, jangan la sedikt ilmu yang kita ada, kita sudah riak, memperendahkan orang lain. Ok, menasihati & menegur tu berlainan dengan memperendahkan & memperlekehkan orang lain. Done.

Ah, cukup la dulu. Sebenarnya banyak lagi points yang aku nak letak kat sini tapi tetiba datang idea tadi, lebih baik aku sambung dalam part yang seterusnya. Artikel yang ni aku jadikan part 1. Kakakaka



AnonyMouse: "Weh mello! bukan maen lg ko cakap eh macam bajet diri kaoo tu baek sangat!! cis! ptuii! benci kao! benci blog hudoh kaoo! bako! bako!"

M: twinkle twinkle little star.. (sambil korek hidung) Eh, anon! mekasih.. ko dah bagi aku idea untuk part seterusnya nanti.Hee










(read more)

Wednesday, March 23, 2011

Jangan hina kami yang bekerja kerana ilmu


Assalamualaikum salam sejahtera kepada semua pembaca.

Terlebih dahulu, aku ingin memohon maaf sekiranya artikel ini menyentuh sensitiviti mahupun menyinggung mana-mana pihak. Aku terbawa untuk menyuarakan isu ini setelah mendengar desas-desus dari kenalan serta di atas pengalaman sendiri, yang kadangkala tersinggung dek kata-kata lagak dari segelintir golongan pemasaran berperingkat/Jualan lansung (MLM). Mungkin, mereka hanya mahu mempromosi perniagaan mereka tapi adakalanya tanpa sedar, kata-kata mereka membuat seberapa ramai kenalan mahupun sesiapa saja yang baru mereka kenali di laman sosial seperti Facebook, cukup tersinggung.

Aku bukanlah anti MLM dan bukan pula menyokong mereka yang ber'MLM. Aku tidak kisah apa yang mereka lakukan, samada itu semua membawa berkat ataupun mudarat. Pelbagai pandangan dilemparkan dari masyarakat berkenaan sistem jualan lansung ini. Ada yang menyokong & ada yang mencemuh. Tapi diperakui, kebanyakkannya mengatakan bahawa sistem jualan lansung ini hanyalah merosakkan masyarakat. Ramai yang berhabis harta benda, wang ringgit semata-mata untuk meraih kata manis pulangan beribu-ribu ringgit sebulan.

Ya, aku tak menolak ada yang berjaya dengan melibatkan diri dalam sistem MLM ni, asalkan ada usaha & jangan jadi pemalas? Yeah, itu salah satu kata ransangan mereka. Halal haram, aku tidak mahu sebut kerana aku tidak layak. Well, kita nilai pandangan mereka yang pakar sajalah.

Yang aku kesalkan, ada diantara mereka yang tidak bertatasusila dalam berbicara.

"buat apa kerja sehari semalam tapi hidup masih menanggung hutang?"

"tak dinafikan mereka yang bekerja mampu dapat RM4000, RM5000 sebulan, tapi setelah tolak ansuran kereta, rumah, bil dan bla bla bla, masih berhutang beb! mana cukuppp"

Kawan, janganlah begitu. Jaga hubungan kita sesama manusia nescaya hidup kita aman sentosa. Orang penat kerja sehari semalam hingga kadang-kadang peluh meleleh kat celah kankang tau.Walaupun kata-kata kesal tidak pernah menusuk di corong telinga kalian, tapi aku percaya, ramai yang tersinggung dan lama kelamaan, akan ada yang menjauh dari kalian. Mungkin juga perlahan-lahan kalian kehilangan sahabat.

Aku sekarang bekerja biasa-biasa saja. Electronic Engineer lepasan ijazah sarjana muda. Fresh graduate. Ya, banyak mana sangat la kan gaji kami yang mendapat pekerjaan dengan secebis ilmu yang kami tagih selama ini. Tapi aku bersyukur, dengan gaji sekarang, aku mampu menyara diri sendiri tanpa membebankan ibu-bapa lagi (sebenarnya mereka tak pernah rasa terbeban untuk anak-anak), sebaliknya lebih dari itu, rezeki yang aku perolehi ini aku mampu untuk hulurkan kepada adik-adik di kampuhg. Alhamdulillah.


Kami manusia biasa juga. Ada impian, ada idaman. Aku juga, ada kereta idaman, ada rumah idaman, ah, isteri idaman maseh tak ketemu, biarkan, urusanku mencintai manusia adalah urusan-Nya, dan urusan mencintai-Nya adalah urusanku. Tapi! Tapi, semua itu boleh dicapai selagi hayat dikandung badan, selagi matlamat itu diiringi usaha, akan Allah makbulkan. Rezeki Allah yang bagi, terpulang kepada cara kita samada baik atau buruk.

Note: (Sekadar contoh) Orang rompak bank pun boleh kaya raya, orang yang suka terima rasuah, jual najis dadah. Tapi.. tak berkat kan?

"Ye ye je kerja kerana ilmu..ye ye je dapat kerja kerana ilmu"

Eh, of course! Bukan senang kami untuk capai ke tahap ini. Tak kira lah samada yang mendapat pekerjaan melalui lulusan SPM, Sijil, Diploma, Sarjana Muda (Degree), Master mahupun doktor falsafah (PHD) sekalipun, kami berpuas hati mendapat pekerjaan yang gaji tak seberapa (pada permulaannya) walaupun memerah minda hingga kering sewaktu belajar dulu.Dan sekarang, walaupun penat fizikal & mental bekerja, aku seronok. Setiap hari aku peroleh ilmu baru tambahan lagi pekerjaan sekarang memang menepati apa yang aku pelajari dulu.



"Alah kerja cikgu je pun, awal-awal memang la mewah.. nak pakai kereta tu la, ni la.. kahwin nanti? nak tanggung keluarga lagi..kos rumah lagi..last-last hutang jugak."

Bro, tak elok begitu walaupun untuk mempromosi "perniagaan" kita. Jangan rendah-rendahkan orang lain. Hidup ni sementara saja. Ada impian tu bagus la. Capai la ia sementara masih ada hayat dengan cara yang terberkat. Mak ayah aku cikgu juga, tak pernah meniaga, tak pernah join MLM pun tapi masih mampu membesarkan aku & adik-adik dengan selesa. Mampu saja bina banglo idaman, bilik sorang satu lagi untuk anak-anak. Mampu saja bagi motosikal sorang satu kepada anak-anak lelaki mereka.Hidup takde pun terseksa dek hutang.Well, setiap orang ada rezeki masing-masing kan?

Jadi, berpada-pada lah dalam berkata-kata. Mungkin pada anda ia salah satu strategi untuk menarik pelanggan atau lebih tepat lagi downline, tapi ingat, kata-kata anda mungkin juga menyakiti kawan dan kenalan anda sendiri.

Salam perpaduan dari mushmello dot com.


p/s: dulu aku selalu buka emel tapi sekarang tak berani sangat dah.. kenapa?

Jawatan kosong:

Project Engineer, Tester Engineer, Electric/Electronic Engineer.
1 Year Experience. MYR 5000 - 8000

Sabar mello, pengalaman lebih penting. Bab kata senior engineer aku, "jangan risau pasal gaji.. kalau kita ada ilmu, kita tak perlu "cari" orang, orang yang akan "cari" kita.

p/s/s: Sekarang dalam proses untuk mendaftarkan diri dibawah Board of Engineers Malaysia. InsyaAllah dapat la title Engr. tu. Target dalam masa 6 tahun, nak dapatkan title Ingnieur (Ir.).Gaji ada lah dalam RM15000++ per month. Itu angan-angan aku & kawan rapat aku yang sekarang bekerja sebagai chemical Engineer. Amin.

p/s/s/s: Alang-alang cakap benda yang berkaitan dengan duit kan, apa salahnya over sikit. Sekali sekala. KAHKAHKAHKAH






(read more)

Saturday, March 19, 2011

Perempuan yang takut didekati oleh lelaki

Pantai Desaru, 11 April 2010

Haha akhirnya! Dah lama aku teringin nak update blog tapi setiap kali itu jugak la hasrat aku terbantut. Penat bekerja membuatkan mood untuk menulis sedikit hambar. Hari ni pun kerja tapi hanya separuh hari. Pulang saja, setelah selesai makan & solat Zohor, hah apa lagi? Zuppp terus membuta. Oh heaven! Rasa macam dah lama tak tidur dengan nikmatnya. Mana tak nya, setiap malam tidur pukul 1,2 pagi. Awal-awal pagi dah kena bangun. Badan lesu. Muka suram. Aishh!

Dan malam ni badan terasa segarnya, mood dalam keadaan baik insyaAllah.Alhamdulillah. Cepat je aku gerakkan jari jemari mengetuk ngetuk papan kekunci neh. Ok, berbalik kepada tajuk artikel kali ni. "Perempuan yang takut didekati lelaki". Takut di sini bukanlah bermakna seram atau ngeri, tapi tidak berani untuk mendampingi. Well korang paham kan apa yang aku cuba cakap kan?

Korang, kaum wanita, gadis, perempuan, mungkin memiliki daya tarikan yang bisa (wow bisa siottt! kehkeh) membuat kaum lelaki tertarik pada korang tapi mungkin tidak juga kalau korang mempunyai ciri-ciri seperti di bawah. Korang ada rupa paras yang chantek, menawan tapi itu tidak semestinya akan mencairkan hati lelaki & lebih teruk, mungkin sesetengah kaum lelaki yang memandang korang tanpa ada apa-apa perasaan. Sepatutnya mungkin dengan kelebihan yang korang miliki, mungkin ada lelaki yang sudah terpaut hati dengan korang atau mungkin lebih baik, korang sudah bertemu dengan jodoh korang.

#1 Suka bersosial

Clubbing, berparti sana sini, minum dan lain-lain perlakuan yang sejenis dengannya mungkin membuatkan kaum lelaki tidak menyukai anda. Tidak menyukai di sini bukanlah bermaksud tidak suka atau benci, tapi mungkin tidak akan dapat membuatkan kaum lelaki ini terdetik untuk "menyukai" anda. Mungkin berkawan saja. Of course, bersosial di sini adalah satu perbuatan negatif, yang ditegah dalam ajaran Islam.


p/s: Tapi kaum lelaki yang suka bersosial seperti anda mungkin akan menyukai anda, sudi mempunyai hubungan dengan anda tapi bersiap sedia la untuk jadi madu,dimainkan kayu tiga empat lima enam dan seterusnya. Whoops!

#2 Lelaki keliling pinggang

Ok, kalau sekejap tadi suka bersosial, yang ni pula lelaki keliling pinggang. Oh, apa bezanya? Anda mungkin kurang bersosial, bukan kaki clubbing, bukan kaki parti melompat lompat sana sini sambil botol arak digenggam erat di tangan tapi anda cukup suka berkawan secara berlebih-lebihan dengan ramai lelaki. Anda punya ramai kawan lelaki tapi bukan teman lelaki. Hari ni keluar berdua dengan lelaki itu. Esok dengan lelaki lain. Pagi dengan lelaki itu, tengahari dengan jejaka terbabit dan petang dengan pakcik itu.Err? Anda boleh dikategorikan sebagai seorang yang terlebih peramah dan manja (or gedik? ops.).


Dalam facebook (contoh sahaja) photo anda dengan lelaki-lelaki bukan main banyaknya. Photo berdua, bertiga, berempat, dalam kereta, kat shopping complex dan bla bla bla. Yes, ini mungkin membuatkan sesetengah lelaki yang cuba untuk mengenali & mendekati anda tidak lagi berkeinginan sedemikian. Mungkin ada yang suka anda tapi setelah mengetahui diri anda yang sebegitu, mungkin rasa suka itu boleh lenyap terus! Hahaha.

p/s:

Girl: Weh mello, kan aku peramah, selalu keluar dengan ramai lelaki. Nanti nak kahwin aku pick up la satu! Ko diam ar awek pun takde! Huh

Mello: Ya ya mungkin awak boleh dapat satu or dua pom bolehhh tapi berkemungkinan besar yang sama jenis dengan awak la. Err, nanti dah kahwin kena selalu check inbox sms laki awak tau.

#3 Ramai peminat

Anda bukanlah artis, public figure, tokoh. Anda gadis kebanyakkan tapi personaliti & perwatakan anda mungkin menarik. Anda biasa-biasa saja,pandai menjaga diri tapi ada sesuatu yang membuat kaum lekai suka berkawan & mendekati anda. Tambahan pula, anda jenis yang tidak sombong & tidak pula memiliki perilaku seperti point #1 & #2 yakni terlebih peramah seperti di atas. Mungkin itu yang membuatkan kaum lelaki suka mendekati & bersahabat dengan anda.

Eh Yuna! (Gambar hiasan semata-mata)

Ya, mungkin yang mendekati & bersahabat dengan anda tidak ada sebarang niat untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan anda, mungkin ada yang sudah punya kasih hati tapi anda harus peka, harus alert kalau anda maseh mencari-cari calon untuk pelengkap hidup anda. Mungkin ada yang dari jauh hanya mampu memandang anda, menyimpan hasrat dalam diam. Kerana rasa dirinya tidak layak (well who knows rite?). Yelah, mana tak nya, tengok lelaki-lelaki yang mendekati anda semuanya hensem-hensem, bermulut manis, romantika. Terbantut terus hasrat yang terpendam.Hehe.

p/s: Ringkas kata, ada kaum lelaki ni yang takut untuk mendekati perempuan yang mereka sukai kerana anda seorang yang disukai & diminati oleh ramai lelaki. Ini membuatkan lelaki terbabit merasakan dirinya lansung tidak punya peluang. Dan kalau anda tidak peka, mungkin anda juga terlepas peluang untuk mengenali lelaki yang menepati citarasa anda iaitu lelaki yang takut untuk mendekati anda itu. Paham kan?

#4 Dingin

Anda adalah golongan yang berdarah sejuk. Haha gurau sajaa! Tehee. Tak, anda bukanlah seorang yang sombong tapi seolah-olah tampak sedikit jual mahal. Ada lelaki yang cuba menegur anda tapi kata-kata balas dari anda mungkin dirasakan dingin. Jangan la begitu,bila anda sudah terbiasa begitu, mungkin ada lelaki yang merasakan bahawa anda ni bajet famous. Point #4 ni bukanlah menggalakkan anda untuk terlalu melayan lelaki dan bukan juga menggalakkan anda untuk jadi seorang yang terlalu peramah dengan kaum lelaki, tapi depends on situation la. Jaga hubungan anda dengan sesiapa yang ingin mendekati anda samada untuk berkawan atau bersahabat supaya tidak ada salah faham yang mengatakan anda adalah seorang yang sombong.

p/s: Anda digalakkan untuk dingin kepada lelaki-lelaki yang gatal & mempunyai niat yang tidak elok kepada anda. Selamat maju jaya dari mushmello dot com.

#5 Golongan berada

Anda datang dari keluarga yang berada. Golongan yang kaya raya. Anda ok & tiada sebarang masalah dalam perilaku. Tapi tahukah anda? Mungkin ada lelaki yang menyimpan perasaan kepada anda & ada yang seikhlasnya ingin mempercalonkan anda sebagai isteri. Tapi, disebabkan taraf hidup yang berbeza, mungkin mereka berfikr banyak kali sebelum membuat keputusan.


Ada yang berasa diri tidak layak. Ya, kebanyakkan kaum wanita yang datang dari golongan berada menginginkan majlis perkahwinan/persandingan yang serba mewah. Kalau anda tidak mahu sekalipun, pasti keluarga anda yang mahu melihat majlis persandingan anak perempuan mereka diadakan dengan serba mewah. Dan semua itu memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. Dan kerana itu juga membuatkan sesetengah lelaki bermonolog, "baik aku berkawan saja.. tak usah menyimpan apa-apa perasaan kepada dia.."

Tapi itu secara umumnya lah. Tak semua begitu. Oleh itu, anda harus peka. Pandai-pandai lah merancang.

p/s: Tak elok membazir.


Apa yang aku katakan di atas hanyalah secara kasar. Tapi itu memang berlaku dalam dunia realiti. Apa pendapat korang? Mungkin ada antara korang yang pernah mengalami situasi seperti ini. Boleh share di sini untuk renungan kita bersama.



p/s: banyak pula "mungkin" dalam artikel neh.attoi!






(read more)

Monday, February 21, 2011

Fast Update #2


Alhamdulillah.. Aku diberi kekuatan untuk menulis di blog ini setelah agak lama blog ini tidak dikemaskini. Bacalah, kalau kalian sudi.

#1 Mushmello dot com di majalah Intrend

Buat kawan-kawan & readers yang maseh tak tau, blog mushmello.com telah di'review secara ringkas di dalam majalah intrend keluaran Februari 2011. Satu pencapaian yang tak disangka sejak aku mula ber'blogging kira-kira setahun yang lalu. Hah, apa lagi? Pekata korang pergi beli satu kat kedai sebelum kehabisan stok. Cover artist untuk Intrend keluaran Februari 2011 ni ialah Juliana Evan.



Pada mulanya aku sendiri pun tak tau yang blog mushmello.com keluar di majalah Intrend. Terima kaseh kepada seorang reader Intrend yang maklumkan kepada aku akan perkara ini.Yeah!

#2 Maaf

Maaf, maaf & maaf. Minta maaf banyak-banyak kepada kawan-kawan yang ada request tutorial & lukisan daripada aku. Ya, aku sudah berjanji akan memenuhi permintaan kalian tapi hingga ke saat ini maseh belum tertunai. Sebabnya? Adakalanya masa mencemburui aku, yeah ayat biasa yang kalian dengar, mungkin sebab ini sudah lapuk. Tapi mungkin juga sebabnya ialah aku ialah seseorang yang suka menunggu saat yang sesuai untuk melakukan sesuatu yang dipinta, tunggu mood yang betul-betul baik datang, untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Sabar ye? Nanti aku penuhi jua.kehkehkeh

Maaf juga kepada para pembaca mushmello.com kerana aku sudah teramat jarang update blog ni. Bulan Januari yang lepas hanya satu entri & nampak gayanya bulan Februari ni mungkin hanya satu entri jua iaitu entri yang korang tengah baca neh.huu! Ya ya..Aku tau blog aku ni tak popular, tapi aku tau blog mushmello.com mempunyai para pembaca yang setia.Terima kaseh!

#3 Kerja

Ya, sekarang aku bekerja di Kuala Lumpur. 6 hari seminggu. Hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat & half day pada hari Sabtu. Hanya hari Sabtu pada minggu pertama setiap bulan saja cuti. Penat memang penat tapi setakat ini, i love my job! ngeh ngeh

Rutin harian? Pukul 8 bertolak dari rumah sewa, mencelah-celah di sebalik kenderaan yang teramat sesak, menunggu polis trafik yang lama gila untuk memberi lampu hijau & bla bla bla. Hampir 8.30, singah di kedai kopi berhampiran tempat kerja, minum sorang-sorang & then, punch card masuk kerja. Pukul 1 (biasanya pukul 1.15) keluar makan, solat Zohor & pukul 2 masuk kerja semula. Pukul 5.30 (setakat ini pukul 6 lebih) keluar dari pejabat & bertolak pulang.

Ah, mencelah-celah lagi di sebalik kenderaan yang teramat sesak berbanding di pagi hari sambil mem-preng prenng motosikal dengan harapan ada awek sorang dua yang menoleh.kehkeh takde la. Apapun,terasa sungguh indie begini!

#4 Kasut Asics Onitsuka Tiger

Ah, hari Jumaat yang lepas, aku ke masjid yang berhampiran dengan tempat kerja. Seperti biasa, bukak kasut & sorokkan di bawah rak kasut di kaki lima masjid. Selesai saja menunaikan solat Jumaat, tengok-tengok..beliau sudah hilang. "Celako!" Kata aku di dalam hati. Budak berhingus mana yang curi kasut aku tu. Hampir sekeliling masjid aku berkaki ayam tercari-cari kemana hilangnya kasut itu namun tidak mungkin ditemui semula. Ah, tiada guna aku menanti,lalu aku berlalu dari situ dengan seribu kelukaan. "Astagfirullah..".Monologku sendirian.

Aku tidak bermaksud untuk bengang apabila menyedari kasut dicuri sekejap tadi. Ya, kasut itu agak mahal bagi orang seperti aku. Tapi bukan itu sebabnya aku sesali di atas kehilangannya..Hanya kerana kasut itu adalah hadiah pemberian ibu yang terchenta.. untuk melindungi kaki anaknya sempena mencari rezeki di ibu kota, jauh dari kampung halaman.

Bye si belang hijau.Sampai di sini saja khidmatmu untuk ku.

Dan kerana sebab itu, aku agak terkilan yang amat. Takde mood untuk meneruskan kerja separuh hari lagi namun aku gagahi jua. Ya, menunggang motosikal dengan berkaki ayam, pulang dari masjid & kemudian, singgah di sebuah supermarket untuk membeli sepasang kasut untuk disarungkan di sepasang kaki yang berkaki ayam yang sedang berjalan di dalam pasaraya di tika itu.Peduli apa orang cakap? Slumber je aku jalan kaki ayam dalam kedai.Kahkahkah

Last-last, beli sepasang kasut yang berharga RM9. Ok la tu dari tak pakai apa-apa.Kehkeh

p/s: Kau! Budak yang curi kasut aku! Aku redha atas apa yang terjadi tapi aku akan perlahan-lahan halalkan kasut itu untuk kau!

#5 Imam muda?

Seperti yang aku cakapkan di atas, rutin harian aku selepas selesai makan waktu lunch hour, aku akan menunaikan solat Zohor di surau berdeketan dengan tempat kerja aku tu. Kebiasaannya, tidak ramai jemaah yang menunaikan solat Zohor di situ. Orang dewasa 2,3 orang, budak-budak & adalah remaja 2,3 orang jugak. Sudah 2 kali aku dipinta mengimamkan para makmum di situ & setakat ini aku tak menolak. Yang aku hairankan, ke mana hilangnya ustaz/imam yang sedia biasa disitu? Adus.

#6 The other bloggyies.

Apa ke-makhlukkan kah bloggyies tuh? Entah. Tiba-tiba je terlintas nak taip.Hakhak. Ringkas kata, selain blog mushmello.com ni, aku juga ada 2 blog lain iaitu mello's says & mello hello say hello good bye. Jangan lupa singgah ye? Hee

#7 The Strokes

Korang tau band The Strokes? Ah, band kesukaan aku semenjak alam persekolahan lagi. First english band yang aku kenali di bangku sekolah.Kuikui dah tu apa hal nya? Takde pape. Ni ada single terbaru dari album terbaru. Melodinya memang santai seperti album pertama mereka. Layan lah. Susah-susah aku buat video ni. Kahkahkah



Slip back out of whack at your best.
It's a nightmare..
So I'm joining the army.

Know how folks back out, I still call.
Will you hate for me now?

We got the righteous advice to use it
Got everything but you can just choose it
I won't just be a puppet on a string

Don't go that way.
I'll wait for you.

And I'm tired of all your friends
Listening at your door
And I won't, I better call you.

So long, my friend and adversary.
But I will call you.

Get dressed, jump out of bed and do it best.
Are you OK?
I've been out around this town
And everybody's been singing the same song ten years.

I'll wait for you.
Will you wait for me too?

And they sacrifice their lives
In our land are all closed eyes.
I've been saying we're beaten down, I won't say it again.
So long, my end.
The sorry embrace.

Don't go that way.
I'll wait for you.

I'm tired of all your friends,
Knocking down your door.
Get up in the morning, give it your all.
So long, my friend and adversary.
I'll wait for you.


p/s: Akan cuba untuk update blog dengan entri-entri seperti dulu. InsyaAllah. Tapi entah la bila.









(read more)

Sunday, January 16, 2011

100111 is my 24th | Happy Birthday, Mello


Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua.

Pertama kalinya, aku ingin memohon maaf kerana membiarkan blog ini tidak ter'update sudah sebulan lamanya.Sebulan?? Serius, aku pun tak sangka kehidupan aku di realiti membataskan masa aku untuk blog ini. Sebulan, tempoh yang agak panjang untuk sesebuah blog itu tidak di'update dengan tidak sengaja. Kalau sengaja tak nak update apa yang nak dihairankan kan? 10 tahun pun tak hairan, dah kalau memang empunya diri yang tak nak.

Di alam maya, aku hanya ada masa untuk facebook saja, tu pun tak selalu jugak. Twitter, yahoo messenger tak payah cakap la, dah berkurun aku tak bukak.Aku rasa mesti ada orang yang bengang dengan aku pasal ni.Yela, aku tau ada yang add aku kat YM tu tapi aku tak accept lagi, kat twitter tu maybe ada jugak yang contact tapi tak ter'respon dari aku.Huhu maaf banyak-banyak, nanti ada masa aku uruskan semua tu. Cuma, kalau ada hal urgent, contact je aku kat fanpage mello's atau formspring. Okeh?

Ok, berbalik kepada tajuk utama, artikel ini khas sempena hari lahir aku yang ke-24 tanggal 10 Januari 2011 beberapa hari yang lalu. Tapi kenapa baru nak post artikel tika ini? (16 Januari 2011) Kenapa tak post pada 10 Januari hari tu? Ok, kejap lagi aku jelaskan.


******************************************************************************

Bila bercakap tentang hari lahir ni, perkara atau topik yang biasa diutarakan sudah tentulah umur yang meningkat, hadiah & mungkin...cinta?


UMUR

Ya, umur aku sekarang sudah mencecah 24.Angka yang membuat aku berdebar, membuat aku berfikir tak henti, membuat aku termenung dalam, membuat aku sedikit gelisah. Kenapa? Entah.Aku sendiri pun tidak pasti. Mungkin perlahan-lahan, nak tak nak, aku kena melangkah ke alam dewasa.Usia remaja tak selalu bersama, lambat laun akan pergi jua. Ya, maseh muda. Maseh remaja mungkin? Kehkeh tapi aku tak harus leka. Usia begini aku harus bersiap sedia, untuk jadi seorang insan yang lebih matang, harus persiapkan diri dengan perkara yang sepatutnya untuk kesejahteraan di masa hadapan, dunia & akhirat. Harus diingat, bagi aku, umur makin meningkat tapi usia semakin berkurang. 24. Kalau tambah 3, dah 27. Dah hampir 30an tuh! Waa takutnya~ takutnya~ kahkah


HADIAH

Haha! Perlu ke topik ni? Kalau dulu masa kecil, hadiah ni macam benda yang wajib. Tak sah kalau takde hadiah masa hari lahir.Hahaha. Sekarang cool je kalau takde hadiah. Cukup saja dengan ucapan & doa.

Hadiah dari readers/friends

Hari tu, beberapa hari sebelum menjelangnya hari lahir aku, aku sempat print screen google connecter (followers) kat blog ni. Kenapa aku print screen? Kebetulan bilangan followers/readers mencecah 1001 ( iye la, kan hari lahir aku 10/01) so agak istimewa la nombor tu bagi aku.Lawa kan? 1001 hikmah, 1001 malam, 1001 misteri.Kuikui

Terima kaseh banyak-banyak aku ucapkan kepada mereka yang sudi follow,baca & singgah blog ni. Tanpa korang apa la blog aku ni kan?

Tak lupa juga kepada kawan-kawan realiti di facebook serta kawan-kawan realiti di realiti yang sudi ucap selamat hari lahir & doakan aku tempoh hari samada melalui sms, di wall & mesej di facebook, di shoutmix blog, di dalam hati tanpa pengetahuan aku dan..semualah! hihi

Hadiah dari keluarga

Malam sebelum menjelangnya hari kelahiran aku tu, sebenarnya aku tidak berada dirumah bersama keluarga terchenta. Terpaksa berada di Kuala Lumpur. Kenapa? Aaa, nanti aku jelaskan.Hehe. Tapi antara insan yang terawal ucapkan & doakan aku sempena hari lahir aku ni sudah tentu la famili. Kiriman sms dari mereka sudah cukup buat aku gembira.

Petang kelmarin (15 Januari 2011, masa tu dah selamat berada di rumah bersama keluarga lah.hehe), aku jenguk mak aku yang macam tengah masak something kat atas dapur. "Umi masak apa petang-petang gini neh?" Tanya aku. Terkejut beliau sebab tiba-tiba je aku muncul mengganggu konsentrasi beliau yang tengah masak tu. "Takleh tengok takleh tengok!" Katanya mak aku sambil cover apa entah dalam periuk tu dengan tangannya.Ahahaha tapi akhirnya kantoi jugak, rupa-rupanya mak aku tengah cairkan coklat untuk kek coklat khas untuk hari lahir aku ni.Kek nya dah siap entah bila mak aku buat, masa tu tengah siapkan coklatnya.


Perlukah aku cakap aku touching? Dengan mak sendiri, of course la derr.. Lu yang tacing-tacing ngan awek lu tu yang patut dihairankan derr.Eh, emo pulak guwa.kuikui

Hadiah dari diri sendiri

Pada satu malam, malam Rabu yang lalu (5 Januari 2011), aku ada apply satu position yang ditawarkan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Yela, nama lagi job seeker kan. Malam-malam bersekang mata cari kerja lah. Alhamdulillah, satu hari keesokannya (6 Januari 2011), aku mendapat panggilan daripada mereka & aku dikehendaki menghadiri temuduga pada hari Isnin bersamaan 10 Januari 2011. Ya, hari yang sepatutnya aku berada di rumah bersama keluarga kerana hari itu hari kelahiran aku. Sebelum ni memang jarang dapat meluangkan masa bersama keluarga setiap kali tiba hari lahir, tengok-tengok kali ni pun begitu juga. 3,4 kali juga aku fikir, patut kah aku menolak untuk menghadiri temuduga ni? Lagipun ni temuduga pertama aku.

Dipendekkan cerita, aku hadir juga untuk temuduga itu walaupun kesihatan sedikit terganggu, tetiba je demam last minute.hahaha. Semuanya berjalan lancar even aku lewat sejam semasa temuduga tu. Dua hari (12 Januari 2011) kemudian, aku mendapat panggilan lagi dari mereka. Alhamdulillah, aku diterima untuk bekerja di situ & diminta untuk mula bekerja secepat yang mungkin. Tapi, aku pohon untuk mula bekerja selepas Chinese New Year. Masa yang ada ni akan aku gunakan sebaiknya untuk famili & kawan-kawan di kampung.

Syukur, segala urusan aku dipermudahkan oleh-Nya, berkat doa yang tidak putus & mungkin berkat hari kelahiran. 1st interview, 1st job.Semuanya terjadi di bulan satu, bulan Januari.hee

Tak lupa juga, di kesempatan ni aku ingin mengucapkan terima kaseh kepada sahabat-sahabat aku yang telah banyak membantu aku semasa berada di Kuala Lumpur. Tanpa mereka, agak sukar juga untuk aku menyelesaikan urusan di sana. Ya, sahabat rapat yang aku kenali sejak bangku sekolah lagi. Piyer & awek kesayangan, Juliya serta Shahrul Ain (Bukan Shahrul Idlan Talaha ye? Hehe)

Aku & Piyer
Location: KLCC

Piyer & Ain
Location: KLCC

Piyer & buah hati, Juliya
Location: Putrajaya

Tapi, hadiah yang paling berharga yang aku maseh kecapi ialah peluang dari-Nya untuk terus bernafas di muka bumi ini. Semoga aku dapat perbaiki diri agar lebih baik di masa hadapan seiring dengan peralihan usia aku ni.InsyaAllah.


CINTA

Ces, malas pula aku naik menaip untuk topik ni. Macam leceh je.hehe tapi dah lama kan tak update blog, cakap je lah pasal ni. Senang cerita, aku memilih untuk single, no girlfriend, no hard feeling, couple is trouble, single is happier. 

Update:
- Dah jadi suami org dh sejak 17 Jan 2014. Alhamdulillah! :D



p/s: Selamat hari lahir buat bondaku yang tersayang, Puan Nik Rxxxxx yang akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 19 Januari 2011 nanti.Moga hidupmu akan terus diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. I love you always, until my last breath.







(read more)
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says