Sunday, November 28, 2010

Tips bagi mereka yang putus cinta


Putus cinta tu sakit.Betol ke? Hehe. Sikit atau banyak tetap terasa sakitnya. Ada orang yang merana (cheewaah!) disebabkan putus cinta ni berbulan-bulan malah ada yang bertahun-tahun. Normal la tu. Kita kan manusia biasa je. Ada perasaan. Kalau orang-orang tu lain la, statik je, takde perasaan.

Ada readers yang tanya aku macam mana nak hilangkan rasa sakit, tekanan akibat putus cinta ni. Aku takde la pakar sangat apatah lagi Doktor Cinta (Kahkahkah!) tapi aku kongsi je la apa yang aku tahu. Kawan-kawan terdekat aku pun ada jugak mengadu pasal masalah cinta dorang ni. Kadang-kadang aku pun tak mampu nak buat apa-apa. Sekadar menjadi pendengar yang setia, bagi kata-kata semangat, bagi dorongan je la. Jangan sampai terabaikan diri sendiri sebab cinta ni. Benda remeh temeh je kot.

Ok, terus kepada tajuk utama.Apakah perkara yang perlu dilakukan untuk tenangkan hati akibat putus cinta ni?

#1 Luah kepada orang yang tersayang



Luahkan & kongsi masalah yang korang hadapi dengan orang-orang yang rapat dengan korang terutamanya keluarga. Ibu adalah pendengar yang setia. Percaya la. Kongsikan dengan rakan-rakan terdekat. Sekurang-kurangnya ada yang mendengar. Meluah dapat mengurangkan tekanan dalam fikiran. Bagi sesiapa yang ada blog tu, boleh luahkan kat blog tapi jangan over sangat. Jangan risau la, pasti ada yang akan memahami, yang akan bagi kata-kata semangat.

#2 Simpan semua pemberian/hadiah



Masa bersama dengan si kekasih dulu, mesti ada hadiah atau barangan yang diterima kan? Hadiah hari jadi, hari-hari biasa pun tetap dapat jugak kan? Tak payah kelentong la, aku tau. Haha. Simpan semua hadiah/barangan yang berkaitan dengan si dia. SEMUA! Jangan biarkan fikiran korang terus hanyut memikirkan si dia setiap kali terlihat apa jua barangan yang berkaitan dengan si dia. Kenapa simpan? Buang terus tak boleh ke? Sebaiknya jangan la dibuang terus. Kita tak tau apa yang akan terjadi nanti kan. Mungkin ada jodoh dengannya. Kalau nanti confirm kahwin dengan orang lain, buang terus je la. Tak payah simpan lagi semua tu. Bina hidup baru dengan insan lain.

#3 Sibukkan diri dengan aktiviti yang positif

Tips yang ni dah banyak dah aku jumpa. Ada benarnya. Sibukkan diri dengan aktiviti kesukaan. Kalau korang suka memancing, pergi lah memancing sepuas-puasnya. Enjoykan diri dengan rakan-rakan. Jangan biarkan perasaan suram tu terus menyelubungi diri. Kalau suka berblogging tu teruskan menulis dengan kerap. Dengan melakukan aktiviti yang kita suka, sedikit sebanyak kita dapat mengalih fikiran kita terhadap benda lain & tidak terlalu memikrkan perkara tu.

#4 Cari kawan yang berlainan jantina



Kalau korang yang putus cinta ni si gadis, berkawan la ramai-ramai dengan si jejaka & begitu lah sebaliknya. Berkawan pun jangan sampai melampaui batasan adab & agama ya? Ingat tu. So, dengan mempunyai kawan yang berlainan jantina, korang kena fikir yang korang masih ada ramai pilihan untuk dijadikan teman hidup. Masih ramai lagi yang sudi mendekati korang. Masih ramai lagi yang lebih baik. Ada paham?

#5 Jangan bersendirian

Kebanyakkan orang yang putus cinta ni suka duduk sorang-sorang, bersendirian, berkurung dalam bilik dan lain-lain lagi yang seumpamanya. Jangan, jangan terlalu mengikut perasaan. Bukannya tak boleh, tapi jangan sampai terpisah dengan dunia luar. Luangkan masa dengan keluarga & kawan-kawan.

#6 Ingat esok masih ada!

Dunia dah berakhirkah kalau si dia tinggalkan korang? Masa depan korang dah hancur kah kalau si dia pilih yang lain? Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk korang fokus selain masalah cinta. Ambil peluang setelah putus cinta ni untuk fokus kepada keluarga, kepada pelajaran atau kerjaya! Best tau. Dah takde komitmen, boleh fokus sepenuhnya kepada perkara lain. Bagi yang dah bekerja, boleh kumpul duit banyak-banyak.Haaa

#7 Elakkan dengar lagu sedih

Dah la jiwa tengah kacau, perasaan tak menentu, layan pulak lagu jiwang. Nak masuk dengan jiwa la katakan. Jangan. Kalau macam tu yang sedih makin pedih. Dengar lagu-lagu yang memberi semangat sikit. Lagu-lagu yang memberi harapan & motivasi macam lagu Zamani Slam - Tak Mungkin Berpaling ke (Lagu ni seseorang yang suruh aku layan masa aku..aku..frust..dulu..hehe.. tapi dia sekarang macam dah lupakan aku sejak makin bahagia dengan pakwe dia tu.sob sob)

#8 Kerana dirimu begitu berharga!

Jangan rendah diri kalau ditinggalkan. Ingat, korang ada SATU saja di atas muka bumi ni. Takde korang yang ke-2,ke-3 dan seterusnya. Hargai diri sendiri. Rasakan diri korang ni hebat. Mampu dapat yang lebih baik dari si dia. Dan jangan lupa muhasabahkan diri korang, jangan lupa perbaiki diri agar lebih baik di masa hadapan. Well, if you're hoping for someone better, you deserve to be better first!

#9 Menangis



Ada orang cakap, entah apa-apa nangis sebab putus cinta & bla bla bla. Ada juga yang cakap don't cry over someone that won't cry over you.Ok, for me, menangis tu salah satu cara meluah perasaan. Meluah melalui titisan air mata yang deras mengalir (cheewaahh lagii untuk aku.Macam tuuttt!) Takde la, jangan la menangis sebab si dia, menangis sebab sedih dah la, nangis sebab hati sakit. Jangan ditahan kalau nak nangis tu. Makin ditahan makin tak menentu.Kalau boleh, nangis la di samping orang tersayang. Kalau boleh, nangis kat riba mak.Olololo comeyh!

#10 Bayangkan bakal pasanganmu

Yang ni macam psiko diri sendiri. Kena betol-betol paham apa yang aku cakap kalau nak tips ni berkesan. Ok, korang imajinkan siapa bakal pengganti si dia. Imajin macam mana korang akan bertemu nanti, macam mana kisahnya. Imajinkan si dia yang bakal kahwin dengan korang nanti mesti comel/cute/hensem/baik/penyayang. Mesti korang rasa happy punya! Aku selalu jugak cuba (yang sebenarnya bukan cuba, memang selalu macam ni..psiko betol aku ni) Masa bawak motor sorang-sorang, mula lah start berimajinasi pasal ni nak-nak cuaca redup pula,angin sepoi-sepoi bahasa (cheeee ok cukup.) Imajin siapa yang aku bakal jumpa nanti, mesti dia tu sweet je, baik dan banyak lagi la. Tengok-tengok, aku sendiri yang terkejut sebab aku tengah tersengih tanpa aku sedari. Haaa at least boleh juga happy kan diri kan? ngeh ngeh

#11 Cari pengganti

Tips yang ni aku tak galakkan sangat melainkan korang mencari pengganti tu untuk di jadikan calon isteri/suami. Boleh ke korang nak sayang orang lain dalam keadaan korang yang masih sakit & merana tu? (Cheewaaahh lagi! hehe) Lupakan la pasal couple-couple ni kalau dah putus cinta. Tapi kalau korang boleh jamin yang korang takkan permainkan insan lain semata-mata mahu mengubati hati/membalas dendam akibat putus cinta ni, boleh je cari pengganti. Dah jumpa tu kahwin je terus. Bina hidup sebaiknya. Itu yang terbaik. Tapi jangan jadi playboy/playgirl, terutamanya PLAYBOY. Cukup tak suka dengan playboy. Ingat la yang ni, kalau kita aniaya orang, esok lusa kita yang akan kena balik. Ingat tu ya?

#12 Dengan mengingati Allah S.W.T., hati akan menjadi tenang

Tips ini adalah yang TERPENTING. Teguhkan pegangan agama. Perbanyakkan & pertingkatkan ibadah. Selalu berdoa agar dikurniakan hati yang tenang, diberkati hidup. Perbanyakkan solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat istikharah, solat sunat taubat & solat sunat tahajud. InsyaAllah hidup akan lebih bahagia, lebih tenang. Jangan takut untuk solat sunat istikharah (aku cakap macam ni sebab ada member-member aku cakap dorang takut nak buat) Solat istikharah tu untuk memohon petunjuk dari Allah S.W.T. dan petunjuk itu tak semestinya datag dalam bentuk mimpi, ada yang datang dalam bentuk gerak hati kita dan lain-lain lagi. Ya, aku pernah & selalu buat solat sunat Istikharah ni dan apa yang terjadi itu ada hikmahnya & itu lah yang terbaik.

Kat bawah ni ada doa untuk tenangkan jiwa yang aku dah share kat fanpage.



Doa pendekat jodoh



Tips yang aku kongsikan ni bukan la boleh menjamin keberkesanannya, apa yang penting, diri sendiri yang mahu, diri sendiri yang ingin keluar dari kesuraman itu. Jangan mudah berputus asa kepada sesuatu yang sudah menjadi perkara yang remeh temeh.Ingat,semua yang terjadi ada hikmahnya, ada baik buruknya. Bagi yang beragama Islam, dekati diri kepada Allah S.W.T, perbanyakkan bermohon kepada-Nya agar ditenangkan hati.

p/s: Dulu, aku selalu pujuk diri aku dengan ayat ni, "Jodoh tu di tangan Allah.. buat apa nak risau akan perkara yang sudah ditetapkan-Nya? Pasti yang ditetapkan Allah itu adalah yang terbaik.Pasti! Jadi, perlu ke risau? Pasti di penghujungnya yang terbaik menanti."







(read more)

Thursday, November 25, 2010

Individurls | Bina aggregator site anda!


Assalamualaikum.

Aapakah itu Individurls? Individurls adalah satu laman web servis yang membolehkan kita khususnya bagi mereka yang suka mengikuti berita atau artikel di internet membina & memiliki aggregator site. Apakah itu aggregrator site? Secara ringkasnya aggregator site ni satu laman yang mengumpul links & memaparkan updates setiap link yang di masukkan di laman itu.

Contohnya, ada di antara korang yang suka baca blog A, blog B, website C & website D. Jadi, untuk memudahkan korang ketahui updates blog & website terbabit tanpa membuka satu per satu blog & website itu, korang boleh masukkan links blog/website kesukaan korang tu kat aggregator site yang korang boleh create dalam masa beberapa minit saja! Dalam kata lain, aggregator site (yang boleh di bina kat Individurls secara percuma) ni adalah satu cara lain untuk bookmarks links yang korang suka.

Aku dah buat satu aggregator site ni di mana aku namakan ia mello media. Kat situ aku letak link mushmello.com, link mello says, twitter & fanpage mushmello.com.

mello media aggregator site > http://individurls.com/myfeeds/mellomedia/


click to enlarge image

Sudah faham kan apa gunanya aggregator site ni kan? So, apa lagi, sila bookmark mello media tu ye.Hehe. Macam mana nak buat aggregator site macam aku buat ni? Ok, ikut step kat bawah.

#1 Pergi ke laman web Individurls

> http://individurls.com/

#2 Daftar (Percuma)



masukkan :

- user name (untuk log in)
- password
- emel

#3 Masukkan links

Apabila siap register & log in, ada dua (2) menu iaitu "add site" & "customize". Menu "add site" tu untuk korang masukkan links yang korang nak. Boleh masukkan website url atau RSS Feed Url.


#4 Customize

Kat menu "customize" tu pula korang boleh:



click to enlarge image

- namakan aggregator site korang tu (macam aku buat, mello media)
- mengubah susunan untuk paparan blog/website
- delete links
- browser settings (samada mahu buka post link yang dipaparkan tu dalam new window atau curret window.)

Bagi mereka yang suka baca nota atau novel secara online ni, korang memang di galakkan untuk buat aggregator site ni, senang nak tahu update terbaru tanpa pergi ke websites kesukaan satu persatu. Jimat masa! Hehe








(read more)

Thursday, November 11, 2010

kau destinasiku...

Theme song :







Saya pula? Saya pernah terluka dengan kisah lalu..
Mungkin saya tak bersedia lagi.. Jadi sebab tu la
kita hanya berteman kan? Tiada rasa cemburu, tiada rasa
berat hati kalau hanya begini..













Watch video: kau destinasiku.. [HQ]

Theme song by: Yui - Namidairo








(read more)

Friday, November 5, 2010

Perlukah korbankan cita-cita kerana minat?


Assalamualaikum.

Antara cita-cita & minat.Yang mana lebih penting? Ok,aku jelaskan lagi apa yang aku ingin katakan di sebalik tajuk itu. Cita-cita. Boleh dikatakan impian yang ingin dicapai setelah usaha keras yang kita kerjakan selama ini. Dari saat pertama melalui proses pembelajaran hingga la ke saat melangkahkan kaki keluar dari menara gading, bagi aku, semua itu adalah untuk mencapai cita-cita.

Proses pembelajaran pula adalah berperingkat.Ada yang bermula dari tadika atau pra sekolah, ke sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi/pra universiti/diploma dan seterusnya ke universiti untuk mengikuti kursus pengajian yang diminati & ingin diceburi di masa depan.Mungkin bila berada & menuntut di pusat pengajian tinggi atau universiti, kita sudah mula memikirkan bidang apa yang kita akan ceburi selepas tamat pengajian nanti. Mungkin jurutera, doktor, arkitek, guru/pensyarah dan lain-lain lagi. Semua yang aku perkatakan itu adalah berkaitan dengan cita-cita.

Bagaimana dengan minat pula?


Minat itu hadir tanpa mengira waktu & berubah-ubah tapi pasti akan ada minat yang membuatkan kita sentiasa & seronok melakukannnya tanpa rasa jemu. Pengaruh minat ini ada kemungkinan untuk mengubah cita-cita yang ingin kita capai selama ni. Kerana merasakan minat itu lebih sesuai dengan diri, maka cita-cita asal dilupakan. Contohnya, macam aku sekarang, aku menuntut di universiti dalam jurusan kejuruteraan elekrik & elektronik dan minat yang masih aku rasakan tegar sekarang ialah mungkin ber'blogging. Haruskah aku melupakan cita-cita aku selama ini hanya untuk menumpukan sepenuh masa kepada ber'blogging, menjadi full time blogger & membina masa depan dengan ber'blogging, networking dan apa-apa yang berkaitan dengannya?


Ya, buat apa pun kalau ada kesungguhan pasti akan berjaya. Orang kutip tin & botol kosong kat tepi-tepi jalan pun boleh jadi kaya. Tapi, berbaloikah ketepikan cita-cita tu hanya kerana minat? Perkara seperti ini tak mustahil untuk berlaku. Mungkin ada yang mendapat restu dari ibu bapa. Ada yang melupakan pelajaran & cita-cita hanya kerana ingin menjadi artis. Sepatutnya nanti berpeluang untuk menjadi peguam atau doktor, tapi kerana minat untuk menjadi seorang artis, apa boleh buat kan?

Ok, ketepikanlah dulu tentang mendapat restu dari kedua ibu & bapa. (itu pun mungkin setelah puas berpujuk rayu.hehe). Cuba fikirkan (aku selalu fikirkan pasal ni & memikirkan pasal ni la yang membuatkan aku takkan mengalah even trjatuh beberapa kali sekalipun), bermula dari saat pertama kita belajar,masa kat tadika dulu hingga la ke saat terakhir di menara gading atau pusat pengajian tinggi, dah berapa banyak wang & harta ibu bapa kita yang dihabiskan untuk kita? Belanja pakaian sekolah, wang saku yang diberikan setiap hari, belanja untuk buku itu dan buku ini, yuran itu dan yuran ini, dan bermacam-macam jenis perbelanjaan lagi, dah berapa banyak?

Kalau ada sesiapa yang terrer, pegi ambik kalkulator & kira sekarang berapa banyak dah ibu bapa korang dah habiskan wang & harta mereka semata-mata untuk korang mencapai cita-cita korang tu.Aku dah cuba congak, tu pun kira masa yang sekolah rendah, sehari abah bagi RM2 OR RM3, dalam seminggu 5 hari belajar, sekolah rendah 6 tahun belajar, belum habis kira kepala aku dah pening, tu pun belum masuk belanja untuk ke kelas fardhu ain dan lain-lain lagi.

Apa yang aku ingin cakapkan, terlalu banyak belanja telah dihabiskan untuk kita. Dan di saat-saat akhir, kita ingin merubah cita-cita hanya kerana minat kita. Berbaloikah? Katakan mak & ayah aku bagi keizinan kepada aku untuk fokus kepada ber'blogging, aku akan fikirkan dahulu pengorbanan mereka selama ini. Itu lebih penting.


Jadi, cita-cita itu tetap cita-cita & minat itu minat. Boleh saja untuk lakukan apa yang kita minat, jadikan itu bidang kedua tapi jangan sampai terabai apa yang sepatutnya kita hadapi. Dan yang terbaik adalah, bila tiba masanya untuk kita menentukan jurusan apa yang kita bakal ceburi di universiti atau pusat pengajian tinggi, pilih la mengikut minat kita. Itu yang terbaik. Kalau minat nak jadi artis, pilihlah jurusan yang sesai dengan itu. Kalau minat nak jadi doktor, pilihlah jurusan perubatan ke, jangan pula bila dah nak habis belajar dalam jurusan sains alam sekitar, tiba-tiba minat nak jadi doktor pula. Last-last jadi doktor bawah jambatan.Kehkeh jokes.So, pendapat korang macam mana? hee~







Tags: matlamat dalam hidup,cita-cita dan impian,cara mencapai matlamat,cita-cita, hobi dan minat, antara cita-cita dan hobi





(read more)

Monday, November 1, 2010

(Photos) Piala Malaysia 2010 | Kelantan VS Negeri Sembilan


Dibawah adalah gambar-gambar semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

credit to Zaidan Alwi





more photos


bola, bola juga, solat itu lebih penting.






credit to Sharul Fizam







Memang meriah.Apa pun tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana persembahan yang menarik pada malam itu & tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya menjadi juara buat pertama kalinya.Go More!







Tags: Piala Malaysia 2010, perlawanan akhir piala malaysia 2010, stadium nasional Bukit Jalil, gambar perlawanan akhir piala Malaysia, red warriors, Kelantan Vs Negeri Sembilan, juara piala Malaysia 2010



(read more)
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle