Radhi OAG lagi.Macam la takde lagu orang lain yang aku nak cover.So what? Aku minat dia. Baik aku cover lagu dia je. Lagipun tak semua lagu OAG yang aku cover. Lagu-lagu yang rare je.Yang ramai orang tak tau. Sebab lagu-lagu terbabit tak di'publishkan secara official. Maknanya takde dalam mana-mana album,takde kat pasaran....kot.ehee
Boleh je nak cover lagu artis lain,tapi blog ni tak jadi blog personal la pulak,nanti jadi blog muzik.haha.Tak lawak disitu.Lirik & chords gitar lagu-lagu kat bawah ni aku yang buat,err, bukan aku yang buat, aku yang cari sendiri sebab takde kat mana-mana lagi. Kat myspace OAG takde kot,yang ada lagu-lagu terbabit je.So, lirik & chords gitar kat bawah maybe ada sedikit silap.
Oh ya, line internet baru ok. Puas aku ke sana ke mari mencari puncanya. Akhirnya penyiasatan aku berjaya. Hampir-hampir aku call TM-Point semalam. Bukan sehari dua internet ni meragam,dah seminggu lebih kot rasanya.Bukan meragam je,tak dapat lansung! Mana tak bengang kan? Bukannya free internet neh. Masuk jamban pun kena bayar bai.
Puthree cover by Mello
Puthree by Radhi OAG
Lirik Radhi OAG - Puthree
sayang... jangan pergi.. masa denganku..
tunggu.. tunggu di sini.. berjumpa lagi di lain hari..
sepi.. sepi disini.. tanpa mu disisi..
belum pun puas menangis.. dilanda musibah dari-Nya..
sampai....selamanya...
kau kan jejahi.. puthree.. di dalam mimpi-mimpi indah.. kita segalanya..
kalau dikau benci.. tetap ku menanti mu disini..
sampai ku layu.. sampai ku mati.. ku sanggup tunggu kau kembali!
cinta.. kasih.. nyawa...ku..
Chords Gitar Radhi OAG - Puthree
If Eye Do cover by Mello
If Eye Do by Radhi OAG
Lirik Radhi OAG - If Eye Do
I wonder if i make you smile.. or ever make you cry... touch me.. hold me... tell me if i.. your silence tend to kill me.. or i will never will be when i try to say i love you baby..
That day i gave my love and heart.. you, swear to never.. but there is smile.. when words are all i got.. And with me you’re away from me.. How i wish that you could stay say to me... i love you baby...
And when i’m waiting you,i get so hard... As no suprise that you should be,me high and dry.. Baby,baby,baby.... you tend to make me falling.. Crazy,crazy,crazy... Can you hear sweet darling...
This is not fairy story.. oo how i look that i only still wait for love.. from you like crazy.. like crazy.. crazy.. oo baby.. like crazy,like crazy, like crazy...
Chords gitar Radhi OAG - If Eye Do
p/s: chords gitar kat atas tu dalam format jpg.Kalau nak,right click & save.
Perkataan yang aku bold tu yang aku tak sure. Sound gitar yang aku cover tu bunyi dia kurang menyerlah sikit. Maybe sebab aku petik gitar tu guna jari,tak guna pick gitar. Lagipun aku rekod guna headphone punya mikrofon je. Yang suara aku tu, abaikan je la. Memang tak best.Haha. Tapi tak best pun, Fizul (Gitaris OAG & juga vokalis They Will Kill Us All) cakap ok je lagu If Eye Do yang aku cover tu.Hehe. Fizul ada bagi komen kat facebook aku.kakaka
Aku blur'kan last name Fizul untuk jaga privasinya.Hehe
So, kalau korang nak download lagu-lagu kat atas tu, boleh download kat links kat bawah ni.
Sudah lama aku tak selitkan artikel keagamaan kat sini.Bukan bermakna hendak menunjuk ajar tentang agama tapi apa salahnya bercakap tentang agama kan? Takkan setiap masa hendak bercakap pasal tips, traffic, nuffnang, ranking & seumpamanya kan. Pasal cinta jiwa raga, aku tinggalkan dulu sekejap. Tidak bermakna takde kekasih hati tak boleh berbicara pasal cinta kan? Heh.
Mati.Setiap yang bernyawa pasti & akan mati. Bercerai roh dari jasad. Korang tau kah bila korang akan mati? Bersediakah korang untuk mati? Jika ditanya pada aku, sudah pasti aku akan jawab masih tidak bersedia. Kenapa masih tidak bersedia? Bukan untuk menikmati keindahan duniawi,bukan masih tidak puas hidup di dunia yang penuh godaan neh, tapi, mengenangkan terlalu banyak dosa yang masih belum di'topup dengan pahala, amalan yang amat sedikit apatah lagi iman yang ibarat roda, turun & naik, sekejap di atas sekejap di bawah, aku terlalu takut & malu untuk mengadap'Nya.
Pernahkah korang terfikir yang korang akan mati dengan tiba-tiba tanpa sebarang petanda? Aku pernah & selalu. Tidak mengira masa terutamanya bila berbaring untuk melelapkan mata, aku akan termenung sejenak, merenung siling yang bersawang, dalam cahaya yang samar. "Macam mana agaknya kalau Allah tiba-tiba nak cabut nyawa aku?". Aku fikir dengan mendalam & selalunya datang perasaan gemuruh, gentar.Serius. Kita tidak tau bila kita akan meninggalkan dunia ini. Bila-bila masa saja.
Pernah, selalunya bila nak terlelap, tetiba datang perasaan seolah-olah nyawa hendak pergi.Terkejut. Terus beristighfar seraya bermonolog, "Ya Allah,jangan ambik nyawa aku lagi,jangan! Aku masih tak bersedia lagi ya Allah!".Serius. Aku bukan cakap sebarangan. Mungkin aku terlalu memikirkan banyak perkara. Pernah aku suarakan pasal ni kat umi aku, "Umi, kenapa along selalu fikir pasal mati eh? Petanda ke ni?". Cepat je umi aku jawab, "Hish! jangan fikir bukan-bukan la..Tu maknanya Allah nak along banyakkan amalan, ibadah, biar jadi orang beriman..".Aku senyap je la.
Cuba korang fikir, hari ni kita tengok orang tu meninggal, orang ni meninggal, kita bersedih untuk orang tu & menangis untuk orang ni. Tapi, cuba korang bayangkan esok pula orang menangis untuk korang. Setiap hari ada saja orang meninggal & kadangkala dengan sebab yang tidak munasabah & tak tersangka. Jangan ingat mudah-mudah je mati sebab sakit tua, bila usia mencapai 70an & ke atas,kata orang, umur kritikal untuk ke masjid.
Bukan hendak cakap aku ni baik orang nya apatah lagi seorang yang beriman, tapi apa salahnya kita muhasabahkan diri. Kadang-kadang aku termenung, kenapa orang tu dan orang ni masih leka bermaksiat, kalau tetiba Allah cabut nyawa masa tu? Alangkah ruginya.
Dulu, masa belajar di kolej matrikulasi Pahang, aku join kumpulan tabligh. Masa awal-awal masuk ke universiti pun aku join jugak tapi sekejap saja. Banyak yang aku belajar & masih banyak yang aku tak tau. Aku ingat lagi dorang cakap, amalan kita, solat kita, puasa kita & sebagainya tu bukan menjamin kita untuk ke syurga-Nya. Beribadah la berterusan seribu tahun sekalipun belum tentu menjamin kita untuk ke syurga Allah. Aku terkedu. "Ya Allah, layak kah aku untuk ke syurga Mu?". Aku bertanya, dah tu apa yang menjamin kita untuk ke syurga Allah? Jawapannya ringkas saja, "Keredhaan Allah". Keredhaan Allah yang membenarkan kita untuk menjejakkan kaki ke syurga nan indah itu.Wallahualam.
Jadi, setiap perkara yang kita lakukan, biarlah mendapat keredhaan'Nya. Apa jua perkara sekalipun. Muhasabahkan diri. Kalau korang takleh nak feel macam mana caranya, cuba macam ni. Bila korang bersendirian, keadaan sunyi sepi, cuba pejam mata. Bayangkan sudah tiba masanya untuk korang pergi selamanya. Sakit bukan kepalang, bayangkan, luka terhiris sembilu sudah pedih, apatah lagi roh yang hendak bercerai dari jasad. Bayangkan, anggota badan korang tidak dapat bergerak, bermula dari bawah, perlahan-lahan ke atas.Deria korang yang terakhir yang dapat berfungsi ialah telinga. Saat itu, semuanya sudah gelap gelita, hanya dapat mendengar bunyi persekitaran.
Telinga ialah deria terakhir yang berfungsi sebelum roh meninggalkan jasad. Sebab tu la kita dihendaki membisikkan kalimah syahadah di kala seseorang sudah nazak. Nazak bermakna nyawa sudah sampai ke penghujungnya.
Memuhasabah diri sedikit sebanyak dapat membantu kita, sejauh mana kah kesedaran kita, kesediaan kita untuk mati.Jangan sedar saja, hendaklah disusuli dengan amalan yang diredhai'Nya. Aku berpesan kepada diri sendiri & kawan-kawan sekalian.
Salam hari Jumaat.
p/s: Rasa insaf kejap, setengah jam lagi mesti hanyut dengan duniawi semula.kakakaka
Tingkatkan kontroversi,tingkatkan prestasi.Wah,motto baru aku kah? Haha.Takde la.Aku takkan lupa motto lama aku, "suka dalam serius dalam suka" atau ringkas kata "serious but fun".Eh, tu bukan ke tagline aku ke? Takpe la, abaikan dulu benda tu.
Macam biasa, aku mesti nak cakap benda ni.Maaf ya kawan-kawan, aku tak sempat nak blogwalking, nak reply mesej korang kat shoutmix.Aku busy sikit, petang tadi baru habis exam, first paper. Lagipun internet slow gila,sungguh annoying.Sucks! Haha.Puas hati. Bila la agaknya internet kat Malaysia ni nak maju macam kat negara luar eh? Laju ibarat buka folder file je.Lepas ni mesti ada suara sumbang cakap "tak reti bersyukur ke?". Bersyukur tu tetap bersyukur. Dah tu ko jalan kaki je la pegi mana-mana eh? Tak payah naik kenderaan yang menghasilkan asap melalui batang ekzos tu.Bersyukur la Allah dah bagi sepasang kaki.
Ok,stop.Saja je melepaskan ketidak-puasan hati. Mana tak nya,nak dekat seminggu kot line internet slow. Nak bukak google pun punya la lama apatah lagi blog sendiri.Ni pun baru diizinkan nak jawab tag & terima anugerah.Waahh,anugerah tu! Bangga pula terasa.kakaka
Aku terima dua tag dari tiga orang kawan untuk di jawab & satu award. Terima kaseh.
takde ringtone.Handphone nokia 3310 je.Sony E punya memory dia rosak.Tak repair lagi.
3.What u did at 12 last night?
Tido.Lepas tu bangun pukul 1 a.m. sebab nak study.Whoa!
4.Who was the last person you went out with? where?
Lupa..Siyes lupa.Dah lama kot tak keluar dengan seseorang.Keluar sesorang je skang neh.
5.The colour of the T-shirt you're wearing now
Haru biru.
6.The last thing u did
Panaskan mee sedaap.
7.3 of your everyday favorite items
- Gitar purpleku - Digital camera sony cybershot s730 - Bantal
8.The color of your bedroom
Puteh itu bersih
9.How much money in your wallet now
Aku pakai kad kredit je.kakaka
10.How's life?
Ok je.
11.your favorite song
Banyak..Lawak la soalan ni.Takkan la nak senarai semua kat sini kot. Tapi aku suka lagu OAG,Hujan,Bunkface,Meet Uncle Hussain,Couple,Azlan & The Typewriter & bla bla bla.
12.What will you do next weekend?
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
13.When was the last time you saw your mum
Lama la jugak.Dah beberapa bulan dah.
14.where is she now?
Kat rumah,kat kampung,kat kelantan,kat malaysia.
15.when was the last time you talked to your parent?
Semalam.
16.Who is the last person that talked with you last night?
Umi ku.
17. where did you have dinner last night?
Depan komputer.Best woo makan nasik lemak ayam+nescafe ais sambil layan cerita chapalrela pulak.kakakaka
18.The last surprise you got.
Hadiah perpisahan sempena hari lahir ke-23.Hahahaha suprise gila!
19.Last thing you borrowed from your friend.
nota.
20.Who is your bf/gf or husband/wife?
Hahaha..soalan apa la ni.Saya takde gf,wife pun takde gak.Tapi nanti saya kena kawen jugak, so kena ada gf la nanti.Hahahaha
21.what do you feel now?
Sedikit mengantok.
22.wanna share with who?
Ada button share kat facebook tu kat bawah,nanti korang share la ya?
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
Done.
2. Select the 8th photo in that folder.
Done.
3. Post that photo along with the story behind it.
Ni photo lama.Beberapa tahun yang lalu,kat rumah.Masa tu tengah cuti semester kot.Takde motif pun gambar kat atas tu.Kawan aku tu beraksi macam tengah study,so dia pegang buku.Aku terpaksa crop kepala dia untuk jaga privasi dia.Hehe.Aku pulak beraksi macho padahal tak macho pun.Emm..tu je kot.Takde cerita yang menarik sangat pun pasal photo kat atas tu.Hahaha
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.
Err,yang ni nanti la dulu.Tag-tag yang dulu pun aku tak sempurnakan lagi.Hehe
AWARD
Ok,award ni sis Dahlia yang bagi.Tenkiu very mush sis! Anda memang cun!
Persembahkan,
ANUGERAH BLOG MESRA MATA 2010
Err,kena bagi jugak ke award ni kat blogger lain? Takde pulak dalam arahannya.Hehe.Nanti la aku bagi.Nak usha-usha dulu blog mana yang mesra di mata aku.Lalalala
Lupakan dulu kisah lara sebelum ni. Yang lepas tu lepas la.Aku nak buka buku baru, nota kehidupan yang baru dengan tinta yang baru.Wah, madah di situ.Sure ramai yang dah tau pasal formspring ni kan? Tapi aku nak buat jugak tutorial pasal ni, untuk mereka yang masih tak tau.Diringkaskan, formspring ni salah satu jaringan sosial jugak seperti facebook, twitter, tagged, friendster, Hi-Fi,myspace dan bermacam-macam lagi. Ringkas lagi, benda alah ni tak lain tak bukan adalah untuk bersosial.
Orang lain ada formspring, aku pun nak ada jugak.Hahaha.Tapi apa tujuannya aku buat formspring ni? Untuk bersosial sangatkah? Nanti kat akhir tutorial ni aku cakap kenapa aku register formspring neh.Siang tadi aku register. Seharian aku explore benda alah neh. Formspring ni memang la social network tapi takde la untuk gah meng'upload photo-photo macam kat facebook tu.
Senang cerita, formspring ni ruang untuk sesiapa saja bertanya apa saja kat korang. Bila korang register nanti, nanti ada ruang untuk siapa-siapa tanya apa saja kat korang even dorang yang bertanya tak register pun formspring ni. Tapi tu depend kat setting formspring korang jugak.Nanti aku cerita.One by one eh?
#3 Isi butiran yang dikehendaki. username tu korang akan gunakan untuk log in nanti dan juga nama link formspring korang. cth; http://formspring.me/USERNAME (korang jugak boleh log in guna facebook tapi aku tak suka cara tu)
#4 Yang bahagian name tu nama korang la, nama yang dipaparkan kat profile korang.
#5 Dah siap isi semua butiran, klik continue.Siap la kot.
Menu
Ni bukan menu makanan ok? Tolong la jangan fikir bukan-bukan.
Ok, ada 6 menu utama.
#1 Home
Kat situ korang boleh tengok update sesiapa yang korang follow. Haaa formspring ni boleh follow jugak tau. Bukan twitter je. Tapi, orang yang korang follow tu takkan tau yang korang follow dorang.
#2 Inbox
Kalau ada someone tanya soalan, soalan tu masuk dalam inbox.Eh, kenapa rasa macam ayat budak tadika je ni? Haha. Macam sms la, orang hantar sms masuk dalam inbox jugak. Tindakan yang korang boleh buat ialah reply,delete atau report spam tapi mesej kat inbox handphone tu takde la sampai boleh report spam.
Bila korang register formspring ni, automatically korang akan dapat 3 soalan. Ni bukan dari seseorang tapi dari formspring la as welcoming questions.Entah apa-apa.
#3 Profile
Kat sini page profile korang lah. Ada gambar profile korang sekeping,ada ruang untuk soalan tu & soalan-soalan yang korang dah jawab.
#4 Find people
Kat sini korang boleh search kekawan korang yang ada formspring jugak. Boleh search by username,first or last name, by email,facebook & twitter. Kalau jumpa tu, korang leh follow la dorang.
#5 Setting
Kat sini ada 5 sub-menu pulak.Bukan submarine ye?
5.1 Profile
Kat sini korang boleh edit nama,lokasi,website,biodata dan lain-lain lagi.
Korang jugak boleh ubah setting untuk anonymous questions.Ada tiga (3) options.
First, allow anonymous questions in your profile
Ni membolehkan sesiapa saja tanya soalan korang tanpa perlu register. Jadi, korang takkan tau siapa yang bertanya.
Second, allow anonymous questions but only from people who are logged in
Yang ni, sesiapa yang mau tanya something kena register dulu.So, kalau register, boleh bertanya as an anonymous atau ikut nama profile korang.
Third, don't allow any anonymous questions
Yang ni konpem korang perlu register dulu dan nama profile korang akan terpampang kalau tanya soalan kat sesiapa. Paham tak? Kalau tak paham sila tanya kat formspring aku.Haha
5.2 Design
Kat sini pulak untuk korang tukar theme profile forsmpring korang. Boleh pilih theme yang dah disediakan atau upload sendiri background yang korang suka.
5.3 Services
Part ni untuk connect formspring ngan social networks seperti tumblr, twitter, blogger (blogspot) & facebook. So, ni memudahkan korang publish jawapan korang & share ngan kekawan la.
5.4 Widgets
Widgets ni untuk korang letak kat blog korang. Macam mana rupa widget ni? Bentuk kotak, ada ruang untuk taip mesej/soalan. Kat situ korang boleh customize size,background color & foreground color widget korang.
5.5 Disable account
Ni untuk apa lagi, untuk disable account la! kakaka
#6 Log out
Maknanya? Log out.
Sekian tutorial yang serba ringkas. Walaupun benda ni simple, tapi aku buat jugak tutorial ni.Penting untuk mereka yang ingin tahu terlebih dahulu before register. Penting jugak untuk keywords search engine & pekejadah SEO tu, aku tak terer lagi bab-bab SEO ni. Formspring ni masih baru, dilancarkan pada 25 November 2009 & menjadi kegilaan pada tahun ni,2010.
Ok, kenapa aku buat formspring ni? Untuk memudahkan mereka-mereka yang segan bertanya untuk bertanya. Sebab, tak perlu register pun kalau nak bertanya kat formspring ni tapi depend la, kalau option untuk anonymous question tu disable, korang perlu register dulu la. Sejak dua menjak ni ada mickey mouse yang misteri cuba mendekati. Aku pun tak tau apa tujuan mereka. Jadi, kalau ada apa-apa, sila terjah formspring aku, ada aku letak kat atas shoutmix tuh.
Asalnya aku buat fanpage blog mello's ni untuk tujuan yang sama la. Untuk memudahkan korang tanya apa-apa pasal blog, photoshop ke, untuk tinggalkan pesanan ke, komen pasal blog ni ke, tapi macam kurang aktif. Maybe nak kena tunggu cukup 10000 orang kot.Haha. Tapi kat fanpage tu jugak la aku selalunya inform pasal status aku, bukan status "single" tu,hahaha..tapi keadaan aku, kenapa aku senyap, tak berblogwalking ke, blog ada masalah ke, blog update ke. Jadi, jangan cakap aku sombong or anything else sebab aku informkan kat situ. Bukan untuk kumpul fans ye? Untuk memudahkan mereka keep in touch ngan blog mello's ni.
Jadi, formspring tu untuk mereka yang mau tanya soalan yang remeh temeh, soalan yang perlu jawapan ngan kadar segera,untuk mereka yang tak ingin identiti mereka diketahui aku atau ringkas kata, "Ask me anything!" kakakakaka
tak sampai sejam, artikel ni dah appear kat google.Ni yang cakap kena pandai main keywords & apa benda SEO ni aku pun tak pakar sangat.Benda ni jugak la yang menentukan page rank korang. Nak lebih bagus lagi,guna la bahasa baku. Yeah! Tips yang tak seberapa dari aku.Takpe, berkongsi adalah seksi.
Saat ni, aku baru ada sedikit masa untuk update blog neh. Baru nak merasai kelapangan masa. Memang, akhir-akhir ni memang masa semakin suntuk untuk aku. Banyak benda yang perlu aku fokuskan selain masalah jiwa raga aku ni. Eh, korang tak rasa kasar ke aku bahasakan diri sebagai "aku" kat sini? Tetiba je aku rasa macam sedikit kasar. Teringin jugak nak gantikan "aku" tu ngan "saya" atau "mello" tapi rasa macam janggal la pulak.kakaka
Ok, tajuk aku kali macam merepek je kan? Aku rasa tajuk ni takde kaitan kot ngan entri ni. Tapi paham-paham la ye? Kalau korang perasan tajuk entri aku tu macam pelik & merepek semacam je, so mesti isi entri tu pasal banyak benda yang aku mau cerita. Bukannya tertumpu kepada satu isu.
Kesibukan & ke'busy'an.
Minggu ni memang minggu yang kritikal bagi aku.Maksud aku minggu ni tu hari-hari yang dah lepas,yang dah berlalu. Sebab, minggu ni la aku present project final year, ada test lagi. Banyak benda kena siapkan. Tertekan pun ada. Berturut-turut test ngan presentation project tu. Malam before present tu aku tak tido. Seharian aku tak tido. Jiwa kacau pun ada. Pagi tu masa present aku sedikit blur.
"Sir, i'm so sorry.. i'm not feeling well today coz i still didn't sleep since last night and feel a little pening"
Boleh panel aku bantai gelak..
"Why you didn't sleep? so how you'll present your project if you blur?"
Aku senyum je..
" it's ok sir.. i still have energy to stand here..kakakaka"
Alhamdulillah..presentation aku berjalan lancar walaupun kena soalan maut dari panels aku tu..setiap kali dorang tanya, aku tak menjawab..aku tak menjawab mulut, malas nak bergaduh.So sebab tu la aku hanya lemparkan senyuman manis kat dorang.Hahaha
Award
Award ni dah lama Cik Ailebiu bagi kat aku. Saya terima saja cik ai.Terima kaseh sebab ingat saya kat sini.Hehe. Harap-harap beliau tak merajuk sebab lambat ambik award neh. Err cik ai, bila nak belanja hot choc ni? Hahahahaha
Pagerank
Hari tu, aku baca-baca blog. Terbaca kat blog oh malaysia pasal google dah update page rank. Terus aku check. Wow! Page rank 3 terus! Kenapa terus? Blog aku dulu memang dah PR3. Lepas aku tukar domain ke dot com, page rank ni jadi zero balik. Maknanya kena mula dari awal semula la. Dulu lepas tukar domain aku selalu check page rank blog ni tapi hampa, dorang cakap blog aku ni hampeh, blog aku tak layak untuk dapat ranking dorang. Memang la dah aku tukar domain. Tengok-tengok lepas google update, dapat PR3.Ingatkan slow la sikit, dapat PR1 or PR2 dulu ke.
Tapi makhluk apakah page rank ni? Sila la google atau baca saja kat oh malaysia tu.
Hati pecah,hancur,remuk redam,berderai.
Ya! Aku putus cinta! Ada aku kesah? Memang merana. Bukan baru, sudah 3 bulan. Rasa sakit itu masih ada. Sakit. Tapi, siapa yang pedulikan aku kat sini? Aku sembunyikan semua perasaan tu disebalik senyum aku,di sebalik gelakan aku. Tengok ni aku gelak, "hahahaha". Aku nampak macam ceria kan?
InsyaAllah, nanti aku akan buat satu entri khas pasal ni. Aku akan luahkan segalanya. Selama ni aku tahan. Aku tahan. 3 bulan aku tahan. Tak nak buka pekung sendiri. Sebab aku rasa buka pekung sendiri macam benda yang tak elok. So, aku lengah-lengahkan. Orang kata, nak buat benda tak elok, kena lengah-lengahkan supaya terbatal hasrat kita tu & kalau nak buat benda baik, kena segerakan takut nanti terbatal hasrat kita untuk buat benda baik tu.
*****************
Dear Luna,
Saya harap awak bahagia dengan lelaki pilihan awak tu.Dia pun bukan orang lain jugak. Bekas teman lelaki awak jugak dulu. Kini awak kembali kepada dia.2 tahun kita bersama, begini pengakhirannya. Siapa la saya ni kan? Saya doa awak bahagia sokmo, biar awak buat saya macam ni sekalipun.
Hari Khamis kelmarin dulu saya present final year project saya. Sepatutnya awak gadis pertama yang sms, ucap gudluck. Hampa. Awak pergi saat saya perlukan teman di sisi. Memang hidup saya tak terurus.
Saya masih menunggu awak kah? Memang saya berharap awak kembali. Kembali sebagai Luna yang dulu. Tapi saya rasa tak mungkin dah. Tiada guna saya menunggu orang yang sedang bahagia sekarang.
Tapi, saya tetap ada seseorang. Dia bukan kekasih saya. Saya single mingle sekarang. Saya bukan playboy macam kekasih awak tu, baru putus gatal nak berawek, cari perempuan lain, kacau awek orang. Pasal seseorang saya tu, dia teman saya. Dia kawan rapat saya. Saya suka berkawan ngan dia. Rasa gembira. Dia sudah ada si dia nya & saya hormati mereka berdua tapi dia tetap layan saya elok-elok.Dulu, before awak datang kepada saya, saya memang rapat dengan dia & memang saya suka dia. Dia jugak suka saya tapi dia cakap dia baru je ada si dia nya masa tu.
So lepas tu saya menjauh dari dia sebab prinsip saya, saya tak nak rapat sangat dengan seseorang yang sudah berkomitmen. Tak elok begitu. Tapi dia cakap, dia tetap statik di situ, kalau ada apa-apa cari la dia. Saat saya buntu, saat saya kecewa dengan awak, saat saya tak tau dah nak ubati rasa luka ni, saya terfikirkan dia.Maybe dia dapat buat saya senyum.Alhamdulillah, dia masih ada di situ. Masih seperti dulu.
Dia sudah ada buah hati nya & dia sangat bahagia sekarang tapi tetap ada masa untuk saya seperti dulu. Sebab tu saya gembira berkawan dengannya.Pagi tu before present, dia sms ucap gudluck.Sepatutnya awak insan terbabit.Tapi apakan daya kan? Sedikit sebanyak, dia dapat kurangkan kadar asid dalam jiwa saya.
Siapakah dia? Biarlah rahsia.Yang pasti,dia bintang saya & dia memang seorang kawan yang baik.
*****************
Facebook
Hari tu, aku saja je gatal tangan nak tukar status aku kat facebook tu, dari "complicated" ke "single". Tak sangka ramai gak yang perasan & bagi respon. Hahaha.. Lawak la korang ni. Tapi takpe la, at least ada orang yang pedulikan aku.
Pasal post aku kat wall facebook tu, yang aku suka seseorang tu saja je. Takde benda nak post. Tak sangka jugak ada respon kat situ.Hakhak suka hati betol dapat psiko orang macam tu. Padahal takde orang ter'psiko pun. Duk borak benda lain ada la kat situ.Hehe.
Kalau betol aku ada suka kat seseorang pun, aku takkan bagitau dia.Sebab dia mestila ramai peminat.Susah nak didekati.Maybe orang yang pernah aku suka dulu.Haha macam wujud je orang tu kan? Best dapat psiko korang neh! Lagipun, aku malas dah nak ceburi bidang kapel-kapel ni. Aku nak fokus kat study, nak kerja elok-elok dulu, sara mak ayah & then kalau orang yang aku suka tu masih single (maknanya tak kawen lagi) aku nak masuk meminang terus! Hahaha. Tu pun kalau ada orang yang aku suka. Ada ke eh? Entah la. Jiwa pun masih sakit lagi ni.
Youthsays
Aku rasa aku tak perlu story panjang pasal ni. Dulu, aku ada buat tips pasal youthsays ni. Tips pertama. Lepas tu tak muncul-muncul tips ke-2.Hehe. Kali ni youthsays ada buat kempen. Kalau klik kat kempen tu, dapat la 20 sen setiap unique click.
Jadi kawan-kawan sekalian, support saya kat youthsays ye? Tolong ubati hati saya yang hancur ni dengan support saya. Hanya klik saja. Saya dah letak banner-banner kempen terbabit kat atas tu. Betol-betol kat bawah header blog ni. Bulan 7 ni anniversary pertama blog ni. Jadi, saya nak buat contest yang hadiahnya gempak-gempak. Jadi, saya perlu wang la untuk sediakan hadiah terbabit. Untuk korang gak. Hahaha saja alasan kan?
Eh, tetiba pula ter'bahasakan diri saya. Comel je.Hahaha apa kena ngan aku neh? Adoii..
Disebabkan rasa jiwa yang sedikit kacau semalam, aku nyanyi lagu ni. Aku tak tau apa tujuannya aku nyanyikan lagu ni. Aku tak tau aku tujukan pada siapa & kenapa. Suara aku sedikit tak jelas & macam berbisik. Yela, takkan nak melalak malam-malam, err pagi-pagi buta actually..kan bising pulak housemates aku.kekeke
If eye do
I wonder if i make you smile.. or ever make you cry... touch me.. hold me... tell me if i.. your silence tend to kill me.. or i will never will be when i cry to say i love you baby.. That day i gave my love and heart.. you, swear to never.. but there is smile.. when words are all i got.. And with me you’re away from me.. How i wish that you could stay say to me... i love you baby...
And when i’m waiting you,i get so hard... As no suprise that you should be.. me, high and dry.. Baby,baby,baby.... you tend to make me falling.. Crazy,crazy,crazy... Can you hear sweet darling... This is not fairy story.. oo how i look that only still wait for love.. from you like crazy.. like crazy.. oo baby.. like crazy,like crazy, like crazy...
Sekian la.Aku mau tenangkan jiwa sekejap.
*update
kepada Luna,
Luna, takde orang yang salahkan awak pun.. baik saya atau readers kat sini..dorang hanya tumpang simpati..ya, memang awak takde blog, sebab tu dulu awak excited mintak saya ajarkan awak buat blog kan? awak mintak saya ajar awak pasal html and so on.. awak dah siap usha-usha templates dah. Awak tau tak, masa nak tulis pasal ni pun saya rasa sakit kat dada. Kenapa? Sebabnya hanya satu.Kenangan.
Dulu, awak yang jaga blog bundle saya tu. Awak yang tolong blogwalking'kan, awak yang tolong promo.Tapi sekarang? Blog tu sunyi sepi.
Blog mello's ni pun terhasil dari bualan kita kan? Dulu, saya ber'blogging suka-suka je kat friendster punya blog. Entri terakhir kat blog tu ialah pasal birthday awak kan? So, awak mintak hadiah dari saya, buat la blog kat blogspot atau wordpress, baru maju sikit. Tak berapa lama lepas tu, terhasil lah blog ni. Birthday awak & anniversary blog ni pada bulan yang sama. Itu juga kenangan.
Berbulan-bulan kemudian, dari bualan kita jugak, awak mau saya tukar domain, tukar ke dot com. Baru nampak serius sedikit ber'blogging kan? Masa tu dah hampir kepada konflik kita tapi awak tak menunjukkan sebarang tanda perubahan hati lagi. Hingga la sampai kepada konflik ni, saya dalam dilema, nak tukar domain atau nak lenyapkan saja blog ni. Memang dalam dilema. Tapi, saya pilih untuk tunaikan permintaan awak.Saya tukar jugak ke dot com even hati ni sakit.
Awak cakap kita masih boleh jadi kawan macam dulu, still boleh kontek sekali seminggu ke.Awak, saya mintak maaf. Saya tak boleh berkawan ngan awak. Bukan saya putuskan hubungan sesama Islam, bukan. Bukan jugak sebab saya marah atau benci awak tapi saya takleh berkawan ngan orang yang pernah bersama saya.Sakit.Awak ingat saya sanggup ke berkawan ngan awak sedangkan dalam masa yang sama awak sedang bermesraan ngan laki lain? Mintak maaf.
Saya kenal awak dari form 4 lagi. Dari kawan biasa, jadi kawan baik, kawan rapat, teman tapi mesra hingga la teman di sisi saya. Makin upgrade kan? Tapi maafla, status tu takleh diundur ke belakang. Awak pun tau kan, satu-satunya kawan yang selalu ada ngan awak ialah saya. Dulu, lelaki tu pernah mainkan hati awak, awak cari saya,nangis teresak-esak. Saya jugak yang pujuk awak kan? Lepas tu awak menyepi. Mungkin bawa diri sebab terluka ngan laki tu. Setahun kemudian awak kontek saya, awak confess kat saya, saya terima awak elok-elok. Kerana apa? Sebab kita dah lama kenal. Kita kenal bermula dari kawan biasa lagi. Awak tau apa yang saya suka & saya tau apa yang awak suka. Dan kebanyakkannya kita berkongsi minat yang sama kecuali movie thriller.Saya kurang sikit cerita seram ni.Awak tau kan? Hehehe
Dan kini, selepas 2 tahun, awak kembali kepada dia. Apa yang boleh saya buat? Saya tau dia 1st love awak. Memang susah nak lupakan 1st love. Tapi perlukah awak datang kepada saya 2 tahun yang lalu sedangkan awak masih ingat dia? Saya tak salahkan awak, maybe awak hanya perlu teman sementara tunggu dia kembali kepada awak semula kan? Kalau salah, maafkan saya.
Dulu kita selalu lepak sama-sama. Kita pernah sarapan pagi sama-sama kat kedai mamak. Selalunya saya beli harian metro sambil nengok awak makan. Masa tu tengah hot pasal kes cerai Radhi ngan isterinya. Awak cakap, kenapa la bini radhi ni buat radhi macam tu. Kesian dia. Hidup tak terurus, rambut kusut masai, mata bengkak, pakai seluar pun singkat sebelah, dah macam orang tak betul dah. Awak cakap, radhi sayang sangat kat bini dia, sebab tu dia tak nak lepas si shazlin even berkali-berkali shazlin mintak cerai.
Kita jugak pernah berbual pasal kawan-kawan kita yang dah bertahun bersama, last-last putus jgk. Dan sebabnya memang dari pihak perempuan. Saya pun cakap kat awak sambil berseloroh, "Luna,awak jangan buat saya macam tu tau..kesian saya nanti..kalau tak, saya jadi tak terurus macam si radhi..hahaha" Saya saja je cakap, sebab saya yakin ngan awak. Saya yakin awak berbeza & saya yakin hubungan kita berbeza. Sebab tu saya tak suka guna istilah "kapel" ni. Saya lebih kepada hubungan yang serius.
Cakap pasal radhi, awak ingat lagi tak dulu saya pernah jumpa radhi? Masa kat gig seremban. Saya pegi sana pun semata-mata nak tengok OAG. Awak ingat lagi tak yang saya cakap radhi hulurkan mikrofonnya kat saya,suruh saya nyanyi? Tapi, saya tarik rambut dia yang panjang tu. Hahahaha..lawak kan? Awak gelak bila saya cerita kat awak.
Tapi sekarang, kalau ada apa-apa, saya nak cerita kat siapa..saya nak kongsi ngan siapa.. saya tak ramai kawan perempuan yang rapat ngan saya..lagipun masing-masing dah ada komitmen masing-masing.. awak pun tau kan..
Tengok-tengok, kesah ni terjadi kepada kita. Sebelum ni kita rancak berbual pasal orang lain kan? Macam drama pulak. Kalau la kesah kita ni dijadikan drama, konpem awak nangis kalau tonton drama ni.
Andaikata,suatu hari nanti awak terluka lagi,awak boleh cari saya. Awak pun tau kan satu-satunya kawan yang betol-betol sudi teman awak susah senang hanya saya kan? Maybe pada masa tu saya boleh jadi seorang kawan untuk awak.Maybe masa tu sakit saya dah sembuh.InsyaAllah.
Tapi takpe la. Saya redha atas apa yang berlaku. Saya doakan yang terbaik untuk awak,Luna.
Masa aku mula menaip entri ni, jam sudah menunjukkan pukul 7.24 a.m. Ceehh, starting pun dah macam cerpen.Caitt! Haha. Kepala pun dah rasa pening sikit ni. Kejap je aku tido malam tadi. Err, bukan malam sebenarnya, aku tido tadi lebih kurang pukul 1.30 a.m. Bangun tido pukul 3.00 a.m.. Satu jam 30 minit je aku tido. Memang tido aku tak menentu sekarang, entah bila hidup aku akan normal macam dulu.Kalau boleh, macam 2 tahun yang lalu.
Seperti biasa, aku nak cakap benda yang sama ni. Apa dia? Aku takde mood, jiwa sedikit kacau,sedikit busy mengadap FYP ni, maafkan aku kawan-kawan semua, aku tak sempat nak jalan-jalan singgah blog korang. Ada yang aku singgah, baca-baca entri tapi aku tak tinggal jejak.
Tadi lepas subuh, aku singgah beberapa blog. Baca-baca entri, ada yang aku komen.Jap eh, aku stop menaip kejap ni, tengah fikir nak taip apa, idea tak datang neh! Ya Allah..mana la idea neh.Jap ye? (Stop menaip beberapa minit).Ok, aku sambung. Ada beberapa blog yang cakap pasal nuffnang bagi warning neh. Sure korang dah tau kan? So, aku nak cakap jugak la.
Dorang (nuffnang) cakap, kegiatan klik mengelik ni tak patut dilakukan. Sepatutnya iklan tu di klik kalau korang betol-betol berminat nak tau pasal iklan tu je. So, dorang nak kurangkan frekuensi kempen iklan tu. Kalau ikut apa yang aku faham la, maknanya iklan takkan muncul sekerap macam dulu.
Kat bawah ni emel dari nuffnang;
Dear Nuffnangers,
As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.
It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our Terms & Conditions under Section 6.
Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning extra money. Should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as we'll only be able to sell ad spaces on blogs with no click fraud record.
Our system is capable of tracking these illegal actions which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for committing this offence. However, as the number of bloggers who commit this selfish act has been growing in an alarming rate within our community, we're forced to be more vigilant and will take necessary action to ensure our other members of the community who do not engage in such act to suffer in the long run.
If you are aware of any of your friends or anyone who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly advise them to refrain from doing so, as bloggers who are caught engaging in click fraud activities will be punished severely, either by suspension or termination.
Thank you for your attention.
Cheers Blogger Relations Department Nuffnang Sdn Bhd
Aku main jugak klik-klik ni dan memang aku dah lama berhasrat tak nak main klik-klik ni. Sebab, mission aku ber'blogging ni lebih kepada nak bangunkan blog ni, mau jadi blogger yang dikenali kerana hasil karya & penulisan. Kalau lah aku buat blog semata-mata nak duit nuffnang, takkan la aku godek blog aku kemas-kemas, lawa-lawa macam ni kan? Takkan la aku menyusahkan diri menaip panjang-panjang, edit gambar lawa-lawa kan? Aku mau jadikan blog aku ni ibarat sebuah tesis projek tahun akhir, bukannya hanya sebuah diari mahupun majalah lawak.So that's why blog mello's ni macam skima sikit.Lagipun, berapa sen sangat aku dapat sejak aku ber'blogging selama 8 bulan ni.
1st cheque
click to enlarge image
Cek pertama aku pun aku tak tukar lagi kat bank. Dah 3 bulan terperap je dalam laci tu.Ingat pagi ni nak pegi bank.InsyaAllah.Cek kedua maybe sampai minggu ni. Tapi bodohlah aku kan kalau aku cakap aku buat blog tapi tak nak duit. Tanya la siapa pun, top blogger in the world sekalipun, tak nak ke duit hasil dari ber'blogging? Tak payah nak ber'ego la. Menyampah aku. Aku nak berjaya macam bloggers lain yang dah berjaya, traffic mencurah-curah, ramai orang masuk sebab banyak entri yang menarik. Ya, aku masih baru dalam dunia blogging ni. Tapi takpe, aku usaha untuk naik ke atas, perlahan-lahan.Setiap orang bermula dari bawah, melainkan dia dah memang terkenal sebelum ni.
Jadi, kalau korang nak klik iklan tu, aku tak dapat menghalang. Cuma, nawaitu nya biar betol, klik iklan tu sebab nak tau lebih lanjut pasal iklan tu. kakaka!
p/s: Al-Fatihah untuk Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi) yang menghembuskan nafas terakhir malam tadi. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
p/s/s: Tengah berusaha untuk meneutralkan asid dalam jiwa ini. Apakah alkalinya?
p/s/s/s: Adoii..dah menaip sampai sini baru teringat cik ailebiu ada bagi award.. sory ye cik ai? next entry ye? =)
*update
takut gak kena ban ngan nuffnang neh..hmm! ke cik nuff saja nak buat april fool? mentang-mentang la dah bulan april ni kan..maaf la cik nuff, saya tak sambut fool-fool neh..kakakaka
95.6 % artikel,karya,hasil tulisan di sini adalah hak milik sepenuhnya mushmello.com. Jika anda ingin mengambil sebarang artikel/karya/hasil tulisan disini, sila creditkan atau sertakan link mushmello.com.
Jom langgan Mello's
Gunakan button dibawah untuk bookmark mello's ke browser anda
atau dapatkan update terbaru mello's panas-panas dari emel anda