Monday, March 29, 2010

Cerita ceriti karun


Hari ni 29 Mac 2010. Beberapa hari lagi masuk bulan April. Sepatutnya bulan April ni aku meraikan sesuatu. Sesuatu yang bermakna bagi aku. Maybe aku seorang, maybe selama ni hanya aku seorang. Tapi biarlah, aku pejam mata, ketapkan bibir, aku tahan segalanya. "Along, long buat baik ngan semua orang tau, biarpun orang tu aniaya long, long kena ingat, Allah selalu bersama orang-orang yang sabar..". Tu yang umi aku selalu pesan, yang selalu umi aku ungkapkan kala aku pasrah, kala aku berduka, terluka, hampa.

Ada apa dengan cerita ceriti karun? Ada banyak benda yang aku mau ceritakan. Semuanya tertunggak disebabkan kesibukan, kesempitan masa. Aku simpan cerita ceriti tu bagaikan harta karun.Hahaha. So, sebab tu la tajuk entri ni cerita ceriti karun. Ni pun aku curi sedikit masa untuk publishkan entri ni. Layan saja cerita ceriti di bawah satu per satu. Ok? Oraitt!


1. Award

Award? Award is anugerah. Aku bukanlah artis walaupun aku reti main gitar pepel aku tu sikit-sikit ngan chords basic A,Am,Bm,cm,D,Dm,G,Dmaj7 dan bla bla bla aku pun tak tau banyak sangat chords, ngan power chords lagi aku main sampai kekulit jari aku menggelupas, sampai tali gitar "e" yang paling halus tu putus hari tu lalu aku pegi beli tali baru yang berharga RM1 kat pasaraya wellward. Maaf, banyak aku tersasul.

Award ni blogger punya award la. Ada 2 orang sahabat lagi bagi award. Lama dah bagi sampai aku pun lupa award yang mana. Akhir-akhir ni kerap pulak aku dapat award kan? Mekasih sebab ingat kat mello yang entah apa-apa ni.




Ok, award ni diberi oleh Sis somel & Nip. Terima kaseh. Aku terima saja. Yang beautiful blogger award tu aku dah jawab ya? Maaf sangat kat Cik Ailebiu & sorang lagi kawan.. Lupa plak nama beliau.Nanti aku update.Hehe.. Award-award yang aku terima semuanya aku letak kat sini.

2. If you fxxk me then fun you back!

Ni hamba Allah mana la yang tak pasal-pasal "pakiu" aku kt shoutmix. Tak puas hati apa ntah ngan aku.Ke jeles? Aku tak tau apa niat ko. Aku pun tak tau siapa ko, maybe orang yang aku kenal maybe tak, maybe kawan aku maybe tak.



Yang aku tau, lokasi ko di Johor dan ko search blog aku kat google kan? IP adress ko aku simpan, aku tak sanggup nak ban-ban ip adress neh. Aku maafkan ko. Ok? Peace!


3. Hamba Allah yang misteri

Hari tu, setelah sekian lama aku tak statuskan diri aku online kat ym, tiba-tiba ada sorang hamba Allah ni ym aku. Beliau takde dalam list aku. At first aku ingatkan tu spam. Tapi dia ada something nak cakap kat aku.

Kepada beliau,

Awak, awak cakap awak ada benda nak cerita panjang lebar kat saya kan? Awak cakap awak ada buat salah ngan saya kan? Saya tak tau apa niat awak & siapa awak. Jadi, kalau awak terbaca ni, kontek saya kat ym cepat-cepat sebab saya tak selalu online kan diri kat ym, selalu nya saya invi je & kadang-kadang memang offline. Ok?


4. Projek sarjana muda a.k.a projek tahun akhir a.k.a final year project

Akhir-akhir ni aku memang sibuk melayan makhluk ni. Projek aku simple je, buat satu house security alarm. Ada heat sensor, ada flood sensor (detect air la..) & ada burglar alarm untuk cegah penceroboh rumah kediaman. Projek bodo-bodo je. Malas nak buat susah-susah.

Projek ni dah 85% success. Circuit-circuit semua dah operate ngan jayanya yeay! Korang boleh tonton video kat bawah.


*abaikan suara yang sedikit poyo itu



Kenapa baru 85% success? Sebab tesis tak complete lagi, lepas ni aku kena buat model rumah & letakkan sensor-sensor ni di tempat yang sepatutnya & kemaskan sikit wayar-wayar yang berserabut ibarat jiwa aku yang hampir 3 bulan kacau ni tapi Alhamdulillah la, aku dah tenang sikt sekarang.

p/s: malam tadi masa makan nasik lemak ayam kat kedai warisan soto tu, sempat gak la layan jom heboh kat tv3. First time kot jom heboh masuk kelantan. Yang menariknya dorang asingkan tempat duduk lelaki & perempuan. Baguslah. Ke aku yang salah tengok? Mata aku pun makin rabun neh! wawawaa






(read more)

Sunday, March 21, 2010

Jangan kau lupa, asid L-Laktik banyak berkumpul di lengan kiriku keranamu.



Hujan masih renyai-renyai di luar. Sejuk. Itu yang mampu ku ungkapkan. Dingin. Luar dan dalam, itu yang aku rasakan. Termenung sejenak, mengenang kenangan yang sering bermain di minda, yang sering mengusik jiwa. Aku mengeluh. Memikirkan banyak perkara, memikirkan masa lalu, memikirkan masa depan.

Aku jenguk ke luar jendela, tanah perkuburan di belakang bilikku ini sepi, sesepi aku yang keseorangan di bilik ini.Tenang. Ya, kadang-kadang masa siang hari, di waktu hujan, aku suka termenung di depan pintu dapur, sambil merenung ke arah tanah perkuburan itu. Sungguh tenang dengan dedaun pohon yang menghijau, angin yang bertiup dingin & hujan yang menambah kedinginan itu. Sedikit sebanyak banyak membantu aku memuhasabahkan diri.

ok, habis intro yang sedikit berpuitis. Entri kali ni tiada apa-apa kontroversi (err?) cuma mahu memenuhi permintaan sahabat se'blogger yang mau aku jawab tag yang dikurniakan..err lagi sekali. Aku terima tag yang sama dari dua insan yang berlainan iaitu Arra Jasmy dan Ain. So, aku jawab je sekaligus.


Soalan dari tag tu macam kat bawah:

1. Thank & link the person that gave you the award
2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
4. State 7 things about yourself.


Ok, aku jawab satu-satu

1. Thank & link the person that gave you the award

Terima kasih Arra, terima kasih Ain.

2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic

Emm..yang ni nanti la dulu..

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award

Nanti jua.

4. State 7 things about yourself.

#1 Lelaki

#2 Kidal..Tak percaya? Tonton saja video di bawah.




#3 Suka kucing

Ini kucen peliharaan aku kt kampung.Nama beliau Poppy.Boleh baca kisahnya di sini

Ini kucen yang selalu lepak kt rumah sewa aku

Ini kucen liar yang sedang memperjuangkan haknya (Lokasi: depan rumah sewa)

#4 Suka brand seperti Paul Frank, Hysteric, Paul Smith, vivienne westwood, Louis Vuitton, Super Lovers, Topman, Zara, Sexy Dynamite London, Burberrys, Asics, Adidas, Lacoste..perlu ke aku mention semua?

#5 Suka tido tapi sekarang susah nak tido & tido tak menentu.

#6 Suka melukis, nikmati saja photos di bawah.









#7 Bukan playboy

Ok, sekian.

p/s: eh, baru aku perasan gambar header entri ni tulis dot blogspot. LOL




(read more)

Friday, March 19, 2010

Cara tingkatkan trafik blog melalui shoutmix

Whoaa! Aku bercakap pasal trafik? Mello bersuara pasal trafik? Layakkah aku? Aku peduli apa. Apa pun takkan terlaksana kalau nak pedulikan cakapan,kutukan,umpatan, sinisan, kepandang rendahan orang lain. Hari tu aku ada cakap pasal cara bangang untuk tingkatkan trafik. Harap-harap takde yang betol-betol praktis kan.Hehe.

Ok, kalau pegi mana-mana blog, mostly nya mesti ada kotak berbual atau lebih gila glamour dikenali sebagai chat box. Shoutmix, msg box tu benda yang sama la. Fungsinya adalah untuk taip perkataan ringkas dan kurang mesra. Contohnya, "singgah", "nuff", "blogwalking". Hehe takde la. Saja gurau sambil bersinis.

Ber'blogwalking tu walking juga tapi korang kena la tau cara memaksimakan penggunaan shout mix tu untuk menjana & meningkatkan trafik & unique visitors ke blog korang. Macam mana caranya? Benda alah ni semua orang tau guna, taip mesej dan send. Habis. Ok, sebenarnya di sini aku gunakan faktor "psiko". Ya, aku memang psiko. Itu yang Luna selalu cakapkan kt aku. Dah lama dah tak dengar beliau cakap gitu kat aku. Hmm..


Dah-dah! Aku tak mau tersasul. Biasanya tips yang aku senaraikan kat bawah ni ada antaranya aku memang dah praktis kan dan ada yang aku buat tak endah lagi.

1. Pilih nama/nickname yang menarik.

Bukan aku nak cakap nickname aku menarik dan nickname korang tak menarik, tapi maksud aku cuba "menarikkan" lagi nickname korang. Contoh macam aku, dulu aku guna nickname "mello" je tapi aku buat anjakan paradigma dengan menambah "hello" kat belakang tu. Tampak revolusi di situ.Hehe. Kalau sebelum ni korang guna nickname "Kotak rokok", apakata buat ia lebih menarik, contohnya "kotak rokok yang kosong".

2. Statuskan diri korang melalui nickname

Ni lebih kurang macam point #1 jugak cuma yang ni lebih kepada status korang. Contoh, hari tu aku demam, so masa ber'blogwalking aku guna nickname "mello hello yang demam". Orang tengok pun macam lain dari yang lain je kan? So, peluang untuk bloggers lain untuk buka link ada tinggi. Maybe dorang nak tau mamat mana la yang tak pasal-pasal demam neh. Contoh status lain, "Mr.Playboy yang baru saja ngorat awek mello". Macam tu la lebih kurang maksud statuskan diri korang through nickname tuh.

3. Guna nickname yang berbeza

Nickname lagi. Kalau korang biasa guna nickname yg sama, pekata korang tukar-tukar setiap kali ber'blogwlking. Yup, point ni sedikit tidak dipersetujui, aku tau tu. Mesti korang nak mengekalkan identiti korang kan? Ok, ni boleh cuba la jarang-jarang sekali. Korang jugak boleh psiko orang lain. Maksudnya? Kalau korang pegi blog para jejaka, korang guna nickname "gadis mantap yang seksi" ke, "gadis berbaju pink" ke, "awek cun bibir pink" ke.. Konpem cepat je orang bukak nak-nak para jejaka.Hehe. Kalau pegi blog para gadis, guna je nama artis-artis/selebriti/bintang lelaki yang hensem-hensem. Contoh, "Fernado Torres datang nak ngorat". Nama pun dah pelik. Mesti orang tergatal nak buka. Try la kalau berani.

4. Gunakan kata-kata yang mesra & friendly

Ya aku tau korang ber'blogwalking tanpa mengenal erti jemu tapi at least cuba jadi seorang blogger yang mesra even korang tu konon-konon nya dah glamour. Kalau malas nak taip panjang-panjang pun cukup sekadar "singgah =)". Letak smiley hujung tuh. Nampak sikit kita ni mesra. Kalau "singgah" je, nampak sedikit dingin. Bagi aku la tu, memang aku rasa macam dingin. Setakat ni aku memang tak lupa letak smiley tu, even aku takde la friendly sangat realitinya. Tapi kadang-kadang aku guna "singgah" jugak. Tak tahan dengan nengok kt shoutmix aku tuh asyik "singgah", "singgah", "nuff". Tapi 1 dalam 100 la kalau aku nak balas guna ayat dingin gitu jugak.

5. Pelawa singgah ke blog

Point yang ni seolah-olah sedikit memaksa untuk singgah ke blog, terpulang samada untuk baca atau komen entri korang. Nampak macam terdesak & aku memang teramat jarang praktis kan point ni. Tapi kalau nak guna jugak boleh je. Ungkapkan kata-kata pelawaan yang manis, manja & mesra. Hehe. Contoh, "Jemput singgah ke blog mello...ada entri baru..jangan lupa bagi komen tauuu! salam sayang, mello. *wink" Err, aku baca pun nak termuntah.Haha. Tapi itu boleh psiko minda & hati orang. Buat hati orang serba salah tapi itu bagus jugak. Bukannya benda tak elok kalau baca & komen entri kan? Point yang ni sesuai untuk bloggers baru & bloggers yang tidak a famosa macam aku neh.Hehe

6. Berchatting

Maksudnya berbual-bual la. Jangan lepas singgah je terus tekan pangkah. Korang cuba berbual-bual dengan bloggers lain melalui shoutmix. Biar penuh dengan mesej korang je. Contoh, korang chatting dengan aku kt shoutmix aku neh sampai shoutmix aku penuh dengan mesej korang je. So, bila bloggers lain singgah mello's, mesti dorang nak tau siapa la duk ber'chatting ngan si mello ni. Kan kan? Dalam masa yang sama korang boleh buat kawan baru, boleh kenal dengan lebih rapat. Hah, iya la tu mello..

Kalau korang rasa tips aku ni boleh diterima akal, korang boleh cuba la. Sedikit sebanyak membantu la jugak kan? Hehe. 6 points je yang terlintas di fikiran buat masa ni. Korang ada idea lagi tak? Kalau ada, share la eh. Boleh aku tambah lagi point kt atas tu. Hahaha


p/s: tak tau nak guna disqus comment? Rujuk sini.

p/s/s: Lepas ni konpem ramai yang tak mesej aku kt shoutmix..akakaka

p/s/s/s: nak tau tips lain, boleh usha blog Dahlia's Journal





(read more)

Wednesday, March 17, 2010

Infiniti | Melodi Radhi OAG khas buat isteri


Sebut je nama Radhi OAG pasti korang dah kenal kan? Yang selalu "hot" dengan kontroversinya tu. Kalau ada yang tak tau lagi, ni aku nak bagi tau. Radhi OAG atau nama sebenarnya Mohd Radhi Bin Razali merupakan vokalis kumpulan OAG. Kumpulan OAG ni dah lama dalam industri muzik tanah air Malaya neh, sejak tahun 1992 lagi. Tak perlu aku cerita panjang-panjang pasal ni. Sampai esok pun tak habis lagi aku tulis.

OAG & Radhi, keduanya memang aku minat. Sejak dari alam persekolahan lagi. Hehe. Apa tu OAG? Ordinary Average Guy? Orang Asia Genius? Oribt Around Galaxy? Yang sebetolnya Old Automatic Garbage. Nama tu si Radhi ter'ilham dari mimpi dia. Tak percaya tanya la beliau sendiri. Tapi maybe dia menyepi sekarang, ni gara-gara bini dia, si shazlin la. Of course korang dah tau kan?


Dulu bahagia je aku tengok dorang berdua. Anak dia, Muhammad Rifdhi Muslim pun comel. Hancur kebahagiaan kerana orang ke-3. What the? Disebabkan masalah ni jugak, Radhi keluar dari band OAG demi family nya, demi isterinya last-last kena tinggal jugak. Si Shazlin dapat hak untuk penjagaan anak dorang, lagi frust si Radhi. Apa nak buat kan?

Detik bahagia mereka


Detik dah tak bahagia..hehe



Disebabkan tragedi ni, Radhi telah menghasilkan satu lagu khas untuk isterinya. Ha'a, dia memang sayang gila kat bini dia. Single Radhi ni tak officially publish lagi kot. Just publish secara online. Tajuknya "infiniti". Radhi menggunakan nama Radhi-o bila bergerak secara solo, tidak lagi Radhi OAG.Lagu ni masih baru.Aku ada search lirik lagu ni tapi tak jumpa pun. Cari chord gitar pun takde jugak. So, aku secara tebal mukanya amati lagu tu dan buat lirik & chord gitar sendiri. Hehe..

Kat bawah ni video yang aku buat beserta liriknya.



Lirik lagu Radhi OAG - Infiniti

lahirnya hamba ke ini dunia..

dibawa khas menjiwai raga-raga yang luhur..
zahirnya dinda kesini bermula..
diri se-khas memahami..

menerima seadanya bersama-sama..
sehidup semati itu infiniti..
utamakan famili satu evolusi..

sahutkah juwita disurikan beta ke hujung hayat..
hingga dijunjung mayat..
miskin atau kaya..
anggaplah aku sultan dahulu..
mempertahan memperjuang bawa amannya cinta berdamai ramai..

sehidup semati itu infiniti..
utamakan famili satu evolusi..

bagaikan adam dan hawa..
romeo... juliet...
sid,nancy..
saloma,p ramlee..
kurt cobain,courtney love..
john lennon dan yoko ono..
no no no no no no!

sehidup semati itu infiniti..
utamakan famili satu evolusi..

sehidup semati itu infiniti..
umpama famili satu evolusi..
satu revolusi..

alhamdulillah..
senafas senyawa..
sehati sejiwa..
sejantung raga..
diijabkabulkan bersama-sama, selama-lamanya!

Kat bawah ni pulak video yang aku record. Siapa-siapa yang mau chord gitar lagu infiniti tu boleh rujuk video kat bawah tapi maafla.. Aku main gitar secara terbalik sebab aku kidal.Wawawaa.. i'm sorry! Hehe

p/s: chords kat bawah ni dalam format gambar, kalau nak, sila right click & save.

*****************************************

Infiniti - Power Chords





Infiniti - Acoustic/Solo Chords





*****************************************

Hari tu kawan aku ada kol, dia cakap bapa saudara dia ternampak si Radhi kat sebuah masjid di Tanah Merah, Kelantan. Dia cakap Radhi join jemaah tabligh. Bunyinya macam tidak boleh dipercayai sangat. So, aku search kat google pasal ni. Memang betol yang Radhi dah join tabligh untuk mendekati diri kepada Allah. Dia tensen sebab terlalu banyak masalah. Korang boleh baca pasal tu kat matkepoh.com.

Korang boleh download mp3 infiniti kat sini.

p/s: err, aku gunakan disqus comment bermula hari ni..Jadi, korang dialu-alukan untuk mencuba beliau! hehe

p/s/s: lirik & chords gitar tu maybe tak berapa betol, kalau ada yang betol, sila inform.

p/s/s/s: ye ye, aku tau aku tak pandai main gitar.hehe


*update

tak tau nak guna disqus comment?

1. Isi je nama & emel korang kat ruang komen tu.
2. Post comment just as a quest, tak payah register disqus.
3. Kalau korang nak gambar/avatar korang appear, pegi register ntuk avatar kat en.gravatar.com.
4. So, bila korang komen lg pakai emel yg korang register kat situ, gambar/avatar korang akan muncul.



(read more)

Sunday, March 14, 2010

Kisah seekor burung gagak hitam yang haus..








Moral of the story : Kita haruslah berhati-hati dalam melakukan setiap tindakan agar apa yang kita lakukan tidak merugikan diri sendiri..

p/s: Sedang berusaha untuk memberi peluang kepada seseorang agar membaiki kesilapan yang di lakukan agar aku berpeluang sekali lagi..hmm!




(read more)

Saturday, March 13, 2010

Sejarah & Revolusi blogspot/blogger 1999-2010


Salam kepada semua readers..Moga sihat hendaknya di samping keluarga ter'chenta.Ahaks!

Rasanya aku tak perlu terangkan lagi apa itu blogspot atau juga dikenali as blogger. Most bloggers sekarang lebih friendly menggunakan free web hosting ni termasuklah aku. Seperti yang sedia maklum, sesetengah individu menganggap blogspot sebagai permulaan kepada budak-budak mentah (budak mentah tu aku la..) untuk ber'blogging.So what? Akan aku majukan blog ni slow-slow. Orang jual pisang goreng pun boleh maju la bai!

Aku tak mau cakap lebih-lebih. Nanti masuk bab lain pulak. Ok, artikel ni ringkas saja. Aku ambik ayat dari homepage blogger. Kat situ tertulis yang kita boleh share pendapat, photos dan banyak lagi dengan sesiapa saja. Blogger jugak senang digunakan. Ha'a, memang senang. Boleh post nukilan kita, gambar, video dan lain-lain lagi. Senang cerita korang baca sendiri la kat homepage blogger. Sama je kalau aku cakap kat sini.

Dibawah ni screenshots blogger/blogspot dari tahun 1999 hingga sekarang (2010). Agak-agaknya tahun 2011 nanti macam mana rupa blogger ni eh? Maybe sama lagi kot.

Blogger pada tahun 1999


Blogger pada tahun 2000


Blogger pada tahun 2004 hingga sekarang (2010)



Habis bab gambar. Serba sedikit tentang sejarah blogger:

- Dilancarkan pada 23 Ogos 1999 oleh Pyra Labs

- Pada Febuari 2003, Google telah memperolehi Pyra Labs dan premium features yang di'charge (berbayar la..) oleh Pyra ni menjadi free.

- Pada tahun 2004 pulak, Google purchased Picasa dan ini membolehkan pengguna post photos kat dalam blog.

- Pada 9 May 2004, blogger memperkenalkan major redesign, menambah features seperti templates, archive pages untuk posts, comments dan lain-lain.

- May 2007, blogger berpindah ke server Google sepenuhnya.

Waaahh, susah gak aku nak translate ayat satu-satu ke bahasa Malay ni. Kalau nak maklumat lanjut pasal ni, korang boleh rujuk kat sini.

*credit to Google & wikipedia.



(read more)

Friday, March 12, 2010

Kategori "cinta" mendapat tempat pertama dalam carta mello's.Err?


Tadi aku nengok akaun nuffnang. Saja tergatal jari nak log in walaupun aku tau bukan hari yang sepatutnya aku check akaun nuffnang.Hehe.Usha-usha earning..hmm takde apa-apa yang berubah.(chett memang la kan? hehe). So tengok kat keywords untuk hari ni. Err, hari ni tu actually kemarin (11 Mac 2010). Sekarang dah masuk hari baru.

Takde la banyak sangat hits. Sikit yang amat. Tak kisah la. Bukan pasal tu yang aku nak fokus sekarang. Banyak keywords pasal cinta yang mengena untuk kemarin. Sekarang musim cinta ke? Ke saja nak perli aku? Err! Abaikan je. So, aku buat siap-siap carta tu seperti kat bawah.


click to enlarge image

Yang aku peliknya pasal 1 hit dalam kategori lain-lain tuh. Apa kebendanya mek bok gemok gemok busuk akal pendek tuh? Nak tergelak tapi aku tahan je. Ke lirik lagu? Hehe maaf seriously aku tak tau. Aku cuba taip perkataan tu kat google. Last-last link blog ni jugak yang muncul. Paling atas pulak tu. Apakah?


click to enlarge image



Jadi, siapakah anda yang search guna keywords ni neh? Baik ngaku cepat! Hahaha.. takde la. Jadi kepada anda yang terbabit, alang-alang dah jumpa blog ni singgah-singgah la selalu ye? kekeke

p/s: result SPM dah keluar.. kepada adik-adik yang dapat result cemerlang, tahniah aku ucapkan.Kepada yang kurang cemerlang,aku ucap tahniah jugak & jangan jadikan ia sebagai batu penghalang. Hidup masih jauh. Berusaha selagi masih bernafas yeah!



(read more)

Thursday, March 11, 2010

Perlu ke tengok resit setiap kali cashout duit?


Satu malam tu, aku ngan member-member aku keluar makan kat kedai depan ni. Tempat biasa kitorang makan. Nak pegi jauh-jauh membazir minyak motor je. Lagipun kedai ni ada awek cun. Member aku yang sorang tu berkenan kat dia. Hehe. Awek tu ok la. Orang melayu siam. Ok, sampai je kat kedai depan tu baru aku teringat yang dalam wallet aku hanya ada not 5 ringgit. "Aduhh.. lupa nak keluar duit.."

"Yie, mu order untuk aku dulu.. nasik goreng kampung telor mata ngan nescafe ais. Aku nak pegi atm jap keluar duit.." Entah dia dengar tak apa yang aku cakap sebab aku tengok matanya asyik merenung awek siam tadi.Hehe mampos aku kalau member aku tu baca ni.Aku hidupkan enjin motor 2 strokes aku tu & pecut ke bandar Parit Raja. Sampai je kat mesin ATM muamalat, aku tengok bukan kemain ramai lagi orang tengah beratur.

Masa aku nak keluar duit la dorang nak beratur ramai-ramai. Ke lupa macam aku jugak? Ahh, lantak dorang la. Lagipun dorang bukan cari pasal ngan aku pun. So, aku pun join barisan menunggu gilirang untuk cashout duit kat situ. Ramai jugak la dalam 6,7 orang. Nak tunggu sorang-sorang blah mengalahkan tunggu member aku selesai berak.Hahaha

Bukan pasal tu actually yang aku nak cakap. Yang aku peratikan apa gunanya sesetengah (maybe mostly) orang ni dorang suka sangat tengok resit setiap kali cashout duit tu. Bukannya nak simpan buat kenangan ke apa, lepas tengok 3,4 saat then buang. Bersepah atas lantai. Yang dalam dustbin tak payah cakap la.

Jenuh aku duk tunggu giliran. Sampai giliran sorang mamat ni, aku perati je kat dia. Nak kata dia tu awek tak jugak sebab dia lelaki.Hahaha.. Slow semacam je mamat ni. Dah la tekan button masukkan password tu satu satu macam ajar budak tadika kenal A B C. Awek kat belakang dia ni dah start muncungkan mulut. Mana tak nya dah dari tadi lama duk beratur. "Titt titt titt!" Bunyi mesin ATM tuh. "Aduhh mamat ni.. salah masuk password pulak.."

Perlu ke buat orang menunggu macam ni?

Maka, berulang sekali lagi episod menunggu beliau masukkan password. Ingat kan dah puas hati dapat keluarkan duit, tengok-tengok dia ambik sekali ngan resit. Lepas tu baca resit tu ibarat baca novel pulak. Kalau blah dari situ takpe jugak, ni duk terpacak depan mesin ATM tu. Ingat orang yang duk beratur ni orang-orang ke apa? Amat berbaloi kalau dia simpan resit tu then frame kan tapi malangnya dia buang je atas lantai. Panas hati betul aku.

Atau macam ni?

Jadi, apa gunanya resit tu? Tu kes pertama. Salah satu kes lain ada yang tengok resit sekali jeling & then buang. Ada gak yang ambik resit tu tanpa tengok pun lepas tu buang. Aku bukannya apa, kan boleh jimat masa sikit kan. Lepas dapat je duit terus blah cepat-cepat. Kesian orang yang kat belakang ni nak-nak ada yang dah terkepit menahan kencing.Hahaha. Lagipun boleh elakkan pencemaran alam sekitar. Takde la bersepah ngan kertas resit tu kat atas lantai.

Macam ni?? Bagus.

Namun aku tak nafikan resit tu ada jugak gunanya. Kalau member yang mintak tolong cashout kan, mesti dia nak tengok resit tu kan? Kot-kot kita keluarkan RM200 padahal dia nak RM50 je. Yang RM150 lagi kita kebas.Hahaha. Pendapat korang macam mana? Perlu ke tengok resit setiap kali cashout duit? Penting ke?

p/s: Kalau korang nak share artikel ni atau artikel-artikel lain kat dalam blog ni ngan kekawan korang, korang boleh guna buttons twitter/facebook yg kat bawah ni belah kanan tu. Ok? Oraitt!



(read more)

Tuesday, March 9, 2010

Tandas yang seksi dan dot dot dot..


Maaf, tajuk agak seksi sikit sebab ada perkataan "seksi" di situ. Gambar-gambar yang di paparkan kat bawah lagi seksi & ada di sesetengahnya menunjukkan sedikit kelucahan.Hohoho! Budak-budak bawah umur tak di galakkan tengok. Takut terpesong akhlak nanti. Aaaa, takde kaitan pun kan?

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3


Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Siapa la yang reka semua tu kan? Memang kreatif tapi melampau je aku rasa. Mesti jenis miang ni. Lepaskan kemiangan kat rekabentuk tandas..Hahaha

p/s: ambik syarat je ni update blog.. tak sempat sangat nak menaip panjang-panjang or melukis.. Masa mencemburuiku.

p/s/s: err, korang rasa gambar mana yang paling sopan? kekeke

(read more)

Sunday, March 7, 2010

Satu impian menjadi realiti | Mushmello (dot) com

Sebelum aku bercerita panjang, apa kata korang tengok kat address bar korang kat atas tu..Cer tengok betol-betol.Hehe.Ada nampak apa-apa yang pelik tak? Tak perasan? Takpe.. Layan je gambar kat atas tuh. Gambar tu aku yang snap tadi. Actually nak publish entri ni awal pagi tadi tapi pagi tadi aku ada program kemasyarakatan. Program apakah itu? Nanti aku cerita.

Yup, takde apa-apa yang pelik sangat pun. Aku just tukar domain blog ni je. Dari dot blogspot ke dot com. Macam aku cakap dalam entri sebelum ni la. Hosting tetap blogspot, masih blog yang sama, admin yang sama..Hanya domain saja yang berbeza. Impian yang telah lama aku impikan, janji yang telah lama terpatri antara aku dan dia. Kini aku dah tunaikan.

Actually, aku dah beli domain ni beberapa hari yang lepas dari sempoihosting.com. Servis & layanan dorang memang bagus. Tak sampai 24 jam dari tempoh pembelian, domain ni dah diaktifkan. Tapi kenapa baru hari ni aku secara official nya tukar domain? Dua hari lepas la kalau aku tak silap, aku dah tukar url blog ni ke dot com. Tapi ada masalah pula. Semua komen-komen yang ada dalam blog ni hilang terus! Agak frust la.


Aku call En.Suhaimy (maybe salah sorang stuff sempoihosting). Pukul 12 malam pulak tu aku call dia. Nasib baik dia tak tido lagi. Tanya pasal problem ni tapi dia pun kurang pasti. So, aku report kat google help. Lebih kurang 24 jam kemudian problem ni setel. Fuhhh! Lega beb! Blog tanpa respon/komen dari readers seolah-olah jasad yang tak bernyawa.Hahaha yeke? Ye la kot. Nasib baik semua dah ok. Cuma aku baru perasan yang link within tu macam bengong sikit. Biarlah yang tu dulu.

So, aku secara biasa-biasa aje merasmikan url baru blog ni..



Cehh..Tukar domain je pun.Tu pun nak kecoh ke Mello? Alah, biarlah. Takkan tak boleh aku nak kongsi ngan kekawan sekalian kan? Hihihi.Ok, berbalik kepada cerita program kemasyarakatan aku tadi. Program ni salah satu assignment subjek yang aku ambik semester ni, subjek jurutera & masyarakat. Assignment dia macam ni lebih kurang, kena pegi jumpa ketua kampung (mana-mana kampung sekitar ni la..) then kena buat kerja amal macam bersihkan kampung.

Pukul 8 pagi tadi kitorang gerak.First aktiviti kitorang tadi brekpes kat rumah penduduk kampung.Hehe. Makan bihun goreng. Kampung tu sebenarnya perkampungan orang Jawa. Dorang cakap memang aku tak paham. Nak je aku bantai bahasa kelate ngan dorang tadi.Hahahaha! Lepas makan, kitorang dipaksa, err kitorang pegi bersihkan semak samun kat tepi jalan, tebas pokok-pokok liar kat situ then tanam pokok.Amacam? Best kan?

Selesai je tanam pokok, kitorang follow pakcik yang membahasakan diri "wak" tu ke simpang enam. Simpang enam tu nama kampung ye? Bukan jalan yang ada enam simpang. Wak tu mintak tolong cat kan tugu..err, tugu ke eh.. Ahh, korang tengok je gambar kat bawah. Hahaha..Aku memang suka benda-benda seni macam ni. Nak je aku lukis corak vektor kat situ.Hehe.


Ni aku yang conteng..Hehehe

Sambil buat keje tu, datang sorang pakcik ni bawak ubi kayu rebus. Apa lagi, aku terus pass berus cat tu kat member aku then duduk mengadap ubi rebus tu. Kat sini dorang makan ubi rebus cicah sambal. Sambal tu macam sambal nasik lemak. Biasanya aku makan ubi kayu rebus ngan gula. Tak pun ngan kelapa parut. Kalau makan time musim hujan memang best! Kena pulak ngan tea o' panas.

kat atas ni bukan aku ye..tu pakcik yang bawak ubi tuh..

Agak lama jugak la kitorang kat situ. Lebih kurang pukul 12, kitorang selesai mengecat. Wak suruh kitorang berkumpul kat balai raya kampung tu. Aktiviti seterusnya makan buah nenas.Hehe. Makan lagi. Makan je la dah orang bagi kan.. Selesai je makan, wak jemput ke rumah dia. Dia sediakan lunch untuk kitorang. Yeahh! Makan lagi. Tadi lunch ngan soto. Macam tau-tau je aku suka soto.Hehe. Oh ya, lupa nak cakap, wak tu actually ketua kampung kat situ.


Best ah program macam ni. Penuh ngan aktiviti makan.Hehehe. Program ni sebenarnya untuk final year student. Study-study jugak tapi kena sikap amal jariah ni kena ada la kan? Bagus-bagus. Balik je, terus solat Zohor then zzzzz! Sedar-sedar je dah pukul 6 lebih. Lepas mahgrib, pegi umah member aku pulak. Dia buat tahlil untuk ayah dia yang baru je meninggal.. (Al-fatihah..)

So, sekarang baru aku free sikit untuk publish entri ni. Kepala pun berdenyut-denyut ni.Aku stop dulu la. Tak larat dah nak menaip.Nak sambung buat final year project pulak neh. Terima kasih untuk korang yang ikut blog ni. Yang tak ikut pun terima kasih gak. Hehe

p/s: Kalau ada apa-apa masalah ngan blog ni seperti takleh komen ke, ada broken link ke and so on, sila bagi tau aku kat shoutmix ye?

p/s/s: Kenapa aku tukar domain? Senang sikit nak watermark gambar.. Tak payah tulis panjang-panjang lagi.Hehe

(read more)
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle