

Kat luar dewan ada booths yang jual lu pikirlah sendiri de movie stuffs seperti t-shirts, notebooks dan lain-lain lagi.Aku beli je notebook tuh. Saja buat koleksi. Lagipun murah je.Hehe.

Nabil (Raja Lawak 2) as Nabil
Memegang watak sebagai Nabil. Seorang anak muda yang hanya berkelulusan SPM dan sering bertukar-tukar kerja. Ada sahaja punca yang menyebabkan Nabil diberhentikan. Walaupun begitu, Nabil bersih dari gejala sosial, mempunyai cita-cita yang tinggi, berdikari, suka berjenaka tetapi di dalam hati, menyimpan rasa sedih mengenangkan nasib keluarga yang susah. Tidak pernah berputus asa dan akhirnya berjaya mengubah nasib keluarga.

Mila AF5 as Aishah
Memegang watak sebagai Aisyah iaitu adik Nabil. Masih bersekolah. Tetapi ingin berhenti sekolah untuk mencari kerja demi membantu abangnya menyara keluarga.

Puteri Sarah Liyana as Natasya
Memegang watak sebagai Natasya. Berbeza dengan Nabil dari semua sudut. Kaya, ego dan sombong. Melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan. Membenci Nabil yang menegur sikap sombongnya. Sentiasa bergaduh dengan Nabil dan akhirnya benci menjadi rindu. Walaupun begitu, tetap tidak mahu mengakui mencintai Nabil. Dalam diam, Natasya mengubah sikapnya dan berjaya mendapatkan cinta Nabil serta berjaya membina nama sebagai model yang dikenali di Malaysia.

Meet Uncle Hussain as Kumpulan Muzik Meet Uncle Hussain
Memegang watak sebagai Kumpulan Muzik Meet Uncle Hussain. Sentiasa ada dimana Nabil ada. Mereka pada mulanya tidak mengenali di antara satu sama lain. Tetapi, akhirnya bertemu dan membentuk sebuah kumpulan muzik yang berjaya menjuarai sebuah pertandingan realiti televisyen.
Kat bawah ni video trailer lu pikirlah sendiri de movie:Kat bawah ni pulak sinopsis movie terbabit:MalayLu Pikirlah Sendiri de Movie Mengisahkan tentang mengejar impian, kerjaya dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Puteri Sarah Liyana (Natasya) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri dan keluarga. Walaupun mereka berdua ibarat garisan yang tidak mungkin bertemu, tetapi takdir menentukan segalanya.
Pada pertemuan yang pertama sahaja mereka sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh. Cinta yang tidak diungkapkan menimbulkan salah faham yang berterusan dan berpanjangan. Apakah kesudahan mereka? Siapakah dahulu yang melafazkan kata cinta? Siapakah Kumpulan Meet Uncle Hussain di dalam cerita ini? Apakah kelainan pada watak-watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Amy Search, Vanida Imran, Faizal Tahir, Mila AF5,Aziz M. Osman, Natasha AF4, Zizan (Raja Lawak 1) dan lain-lain yang turut terlibat di dalam filem ini? Untuk mengetahui selanjutnya, nantikan kemunculan filem ini di pawagam berhampiran anda...
EnglishLu Pikirlah Sendiri de Movie is a comedy movie that takes us to the world of chasing dreams, careers and loves. Starring Nabil Raja Lawak and Puteri Sarah Liyana (Natasya) where both are totally different in every aspect of their live. Both have a different view about what lives are as one of them is a university student where the other one who had to work and take care of the family. Although is impossible for them to be together, but fate determines everything.
They have already started quarrel and fighting ever since their first met. Their feeling toward each other is not expressed causing a huge misunderstanding along the way. What happened at the end? Who expressed the love first? Who is Meet Uncle Hussain in this story? The story also features Amy Search, Vanida Imran, Faizal, Mila AF5, Aziz M. Osman, Natasha AF4, Zizan (Raja Lawak 1) and many more.

Salah satu babak antara Nabil & Puteri Sarah
(Teringin aku nak buat macam ni kat awek aku..err, awek aku nanti bila dah jadi bini aku..hehe)
Ahaa, aku dah tau kesudahannya.Hehe. Kalau korang nak layan movie ni, boleh pegi ke panggung wayang berdekatan mahupun yang jauh pada 11 Febuari 2010 neh. Movie ni best bagi aku. Ada pengajaran disebalik jalan cerita ni. Bagi aku semangat yang hidup ini mesti diteruskan walau apa pun terjadi.Hehe.