Sunday, January 31, 2010

Contest by Cik Mar | Friendship contest


Siang tadi masa ber'blog walking, aku singgah kt blog Melz yang romeo.Hehe relek bro. Jangan marah. Ko jugak yg ckp ko ni romeo kan? Hehe. Aku tengok Melz join friendship contest yang Cik Mar buat. Contest ni just upload gambar korang ngan kawan-kawan. So, aku memang tak boleh berdiam punggung. Rasa nak join jugak! kakaka

Ni 2nd contest yang aku join sejak berblogging neh. 1st contest yg aku join ialah contest design banner untuk Lizarazak.com. Tiba-tiba je keterujaan untuk join contest tu datang. Lagipun syarat-syaratnya senang je. Takde la susah macam nak jawab soalan masa interview mintak kerja.Hehe.

Mengikut kata Cik Mar, syarat-syarat untuk join contest ni ialah:

(Aku copy direct dari blog beliau neh! Hehe.)

- gambar mestilah gambar korang dgn mmber2 korang.xkesah la brpe org pun tp jgn r smpai 1clas plak...hehe (nnti dh mcm classmate contest plak)

- paling penting msti original ok,jgn copy kt tenet plak....klu nk edit2 pun suke ati la tp msti menampakkn "FRIENDSHIP" tu.

- hah!!! lg 1 plz la letak banner kt atas ni ye kt blog korang,bleh mempopularkan cik mar&kwn2 !!!hahaha (sengal je bunyi) xtually tuk meramaikn blogger tuk join,senang ckit nmpk.

- pastu klu nk follow blog cik mar ni, follow la.tiada paksaan ok. tuk memudahkan korang tau keputusan & persaingannye nnti better r follow,senang nk tau any progress about this contest.

- jz 1 picture je kay,kang terlalu rambang mata cik mar tuk memilih...heheh

So, aku geledah folder-folder photos aku ngan kekawan. Teramat banyak. Jadi aku pilih yang muka aku paling macho je.Hehe.



Gambar kt atas tu diambil masa hari raya yang lepas.Berikut adalah penerangan mengenai makhluk didalam gambar kt atas.

1st dari kiri: Aku rasa dia la yg paling cute. Berperangai tidak seperti manusia biasa, sedikit aneh,suka berblogging, suka motor, suka awek yang sorang tuh, suka dalam serius dalam suka.Err siapa lagi kan? Hehe

2nd dari kiri: Panggilan manja beliau ialah "Pok Jat". Imej yang beliau selalu tampilkan adalah berkonsepkan 70an. Bukan setakat itu saja, beliau jugak suka melayan movie 70an, berjalan cara 70an dan cara makan jugak style 70an.Hehe

3rd dari kiri: Nama pendek Ain. Seorang yang berbadan besar. Suka makan. Perasan dirinya ialah Carl Barat (Dirty Pretty Things). Padahal tak sama lansung! Kakaka

4th dari kiri: Si Jedan. Mata sepet sikit macam Rain. Sering dikelilingi gadis-gadis di shopping complex kerana tersalah sangka yang beliau ialah Rain artis Korea tuh.

5th dari kiri: Nama manja Abon. Kenapa Abon? Sebab rupa beliau macam pelakon Abon. Sorry bon, tapi itulah kenyataannya.

Kitorang satu kampung, satu sekolah, satu kepala, satu katil.Ops! Kitorang pernah mandi air terjun sama-sama, sedut nikotina sama-sama, makan minum sama-sama, pergi menyelam dalam timbunan baju kat bundle sama-sama dan "Terima kaseh" & "Sama-sama". Apakah?!

Itu saja. Terima kaseh kepada Cik Mar sebab anjur contest neh. Sila terjah blog hamba ya? Lalala


(read more)

Jaringan sosial buat aku menjadi seorang penagih


Wow! gila panas aku. Hari-hari panas. Bukan panas hati tapi memang rasa panas. Yela, macam mana tak panas dah kipas on the ceiling spin too slow kalah ulat gonggok yang merayap atas lantai tepi meja aku neh. Kipas dah no.5 dah yang paling laju tapi still slow gak. Yela, macam mana tak slownya dah aku lama gila tak cuci kipas tu. Macam mana aku nak cuci dah tangga kt umah sewa aku ni tiba-tiba ghaib dari pandangan. Takkan aku nak cuci sambil melompat-melompat pulak.Kekeke

Ok berbalik kepada tajuk entri ni, abaikan dulu pasal aku jadi penagih tuh. Disebabkan hari ni hari minggu, aku lebih banyak termenung berbanding buat-buat sibuk nak pergi kuliah. Aku termenung sambil memandang skrin LCD komputer aku ni & secara spontannya banyak kenangan yang terbayang dalam benak aku neh.

Lepas aku tapis-tapis, aku hanya ambik kenangan pasal ke-sosialan aku di alam maya. Macam mana aku mula melibatkan jiwa raga aku dalam dunia maya serta revolusi aku di alam maya ni. Seingat aku, aku mula berkenalan dengan emel semasa awal sekolah menengah. Ya, aku tau aku agak ketinggalan berbanding budak-budak lain yang maybe masa tu dah otai facebook kot.Haha!

Hari-hari kot aku pergi cyber cafe semata-mata nak check emel. Balas-balas mesej guna emel. Siap ber'emel ngan cikgu lagi tu. Memang teruja main emel masa tu bak remaja main facebook sekarang.Hahaha

Then, aku makin maju bila ber'chatting. Chatting pakai MiRC je pun.Hehe. Nickname selalu tukar-tukar. Boleh tahan jugak la aku mengayat aweks masa tu. Dapat jugak la buat koleksi no.telefon aweks masa tu. Tu zaman jahil aku. Ngayat tak ingat mangkuk jamban kat rumah.Hehe..

Logo MiRC

Bila usia makin meningkat, minda aku makin matang kot dan aku rasa pergi cyber cafe semata-mata nak berchatting ni betol-betol buang masa & buang duit mak bapak. Agak lama jugak la aku tinggal kehanyutan dalam alam maya ni melainkan check emel. Tu pun jarang-jarang sekali. Masa belajar kat matrikulasi, aku selalu jugak la study group kat bilik study tuh. Bilik study tu pulak ada beberapa buah komputer ntuk students meng'internetkan diri. Selalu jugak la aku terjeling budak-budak ni duk upload gambar. "Menatang apa la budak-budak ni main duk upload-upload gambar, tayang muka ngan mata terbeliak la". Rupa-rupanya dorang sungguh asyik dengan friendster. Masa tu friendster memang tengah famous tapi aku tetap tak layan.

Masuk je universiti, disebabkan pengaruh rakan sebaya aku mula terjebak ke dalam dunia friendster. Hari-hari mentelaah friendster mengalahkan study.Hehe. Banyak jugak la aku upload gambar tapi sekarang dah tinggal sikit sebab aku menyampah tengok gambar aku banyak-banyak kat situ.

Masa berlalu lagi dan aku kenal ngan myspace. Aku create akaun myspace pun just nak tengok profile band-band indie kt situ. Gambar pun sekeping je aku letak. Gambar kartun pulak tuh.Haha! Bagi aku myspace sama je macam friendster. Takde apa-apa yang dapat aku banggakan. Nafsu aku kat social network macam tu dh mati kot.

Buzz! Buzz! Ingatkan budak-budak ni duk main buzzer apa la. Syok je aku tengok. Siap duk ber'webcam lagi tunjuk bulu ketiak. Sampai sekarang aku still guna yahoo mesengger. Penting jugak la nak kontek member-member umah sebelah ni kalau nak pinjam VCD cerita Korea.Hehe.

Tagged jugak tidak dilupakan. Buat pun sebab terpengaruh ngan rakan sebaya yang asyik duk klik "YES" "NO" tuh.Hehe. Lepas create akauan tagged, upload gambar radhi OAG sekeping & lepas tu tak bukak-bukak sampai sekarang.Hahaha.

Masuk tahun 3 aku mula kenal dunia blogging. Dari situ jugak la aku kenal twitter dan facebook. Aku buat pun sebab nak promo link blog aku je. Memang aku dah takde nafsu nak collect friends melalui alam maya ni. Awek sorang pun tak terjaga.Hahaha. Buat masa sekarang, aku memang ketagih berblogging ibarat nikotina yang disedut ke dalam badan aku neh.Hehe..Korang macam mana pulak?

pssstt: merokok membahayakan kesihatan.Hehe


(read more)

Wednesday, January 27, 2010

Kisah asmaradana chiko & poppy

Siapa Chiko? Siapa pula Poppy? Kisah mereka mungkin tidak sehebat Romeo & Juliet, tidak juga sehebat kisah aku & dia.Hehe.. Tapi pertemuan dua insan itu betol-betol memberi inspirasi kepada aku untuk terus berusaha. Entah la berusaha dari aspek apa tapi yang penting berusaha la! Hahaha

Aku malas nak cerita lebih-lebih & malas juga nak taip panjang-panjang. Layan saja apa yang tertera dibawah. Padahal kalau aku taip je story kat bawah ni takde la lama sangat pun. Ah, yang penting kelainan. Ha'a.. Aku memang lain dari yang lain.. Sebab tu la.. Dia.. Hukhuk.. Terover pula. Layann..





Beberapa bulan kemudian..



Chiko tu kucing jantan yang berbulu kelabu hitam tuh. Katanya tuan punya kedai binatang, Si Chiko ni baka kacukan Parsi. Si Poppy tu pula kucing betina baka American Teddy. Entah betol ke tak cakap si tuan punya kedai binatang tuh. Entah-entah temberang.Kakaka! Yup, kucing dua ekor tu kucings peliharaan aku kat rumah. Kini hadir seekor lagi dalam hidop dua ekor tu, nama pun tak diberi lagi.Lalala


*update 21 Ogos 2010

Anak kucing kelahiran pertama poppy tu mati beberapa hari kemudian. Kini, kelahiran kedua ialah 4 ekor anak kucing yang comel yeay!





(read more)

Tuesday, January 26, 2010

Panas! Aksi kissing sepasang kekasih


Ciuman berahi ialah ciuman ghairah. Sama macam keghairahan aku sewaktu menaip entri ini.Hehe.. Ciuman yang aku maksudkan tu ialah ciuman bibir ke bibir. Suami isteri digalakkan berbuat sedemikian untuk mengeratkan lagi hubungan yang terjalin. Waah terer ye ko mello, pernah rasa ke? Yup! Pernah! Dulu, kucing aku tak pasal-pasal menyendeh kat muka aku masa aku tido, lalu beliau chupp aku.Uwekk! Hahaha

Dah cukup saja aku mengarut. Ni ada satu photo sepasang kekasih kot tengah enak bercomolot. Punya la romantik sambil peluk erat leher awek dia. Tapi aku tengok tak terliur pun.Hahaha gila ah aku neh. Korang jangan cuba tiru aksi ni. Aku tak bertanggungjawab kalau terjadi apa-apa.Hehe


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



Amacam? Macam tu la baru romantik sejati. Sampai ke tua masih ghairah bercomolot.Hahaha.. Bini dia la tu. Takkan kekasih kot. Kan dah tua berkedut tuh.Hehe..

p/s: malas nak buat entri panjang-panjang. Kan panjang-panjang aku buat entri jiwang lagi. Haha!




(read more)

Monday, January 25, 2010

Kata hati lelaki yang mungkin perempuan tidak tahu


Entri Jijan (azizankadir.com), "perempuan memang sempurna,tapi.." betol-betol membuatkan aku termenung sejenak. Mungkin ada benarnya, mungkin tidak. Tapi sebab aku lelaki, so aku sokong je la pasal tu.Hehe! Mungkin entri tu rentetan kisah kawan aku, si kucen yang entah apa khabarnya. Harap dia makin ok. Jangan dilayan sangat perasaan itu.

"Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri". Yup, tak kisah la laki bini ke, kapel ke, motifnya disitu ialah antara dua insan. Salah faham, kurang memahami,bertelingkah, bergaduh, merajuk memang tak dapat dielakkan. Asam garam kehidupan. Jangan bergusti sudah. Mengikut pengalaman aku terhadap pengalaman orang lain (Hehe!), salah faham merupakan punca utama kepada pergaduhan.

Bagi sesetengah perempuan, memiliki lelaki yang berjiwa baik memang tuah buat mereka, mungkin juga bagi sesetengah perempuan lelaki sedemikian agak merimaskan. Mengapa aku berkata begitu? Korang fikir la sendiri. Korang semua dah besar. Dah matang kan? Hehe.. Banyak perkara yang membuatkan perempuan merasakan lelaki merimaskan, leceh dan itu juga menyumbang kepada salah faham. Lelaki pun satu hal, faham-faham je la yang perempuan ko tak suka cara ko. Baru bahagia hidup.

Kata hati kecil si lelaki..

(Sila nikmati bersama melodi yang dihidangkan)


Awak.. Tiap-tiap hari kita sms awk, call awak.. dulu awak suka kita selalu sms, call awak.. Tak puas dengar suara kita katanya awak. Tapi sekarang awak rasa sedikit rimas, mungkin awak sibuk dengan kehidupan.. Kita sms awak bukan nak ganggu awak selalu cuma kita nak awak tau kita selalu ingat awak..

Awak.. Kita selalu tanya mana awak pergi, kita selalu minta awak sms kita kalau pergi situ pergi sini, sms kita kalau dah sampai situ sampai sini. Bukan kita nak awasi gerakan awak, tapi kita terlebih bimbang. Katakanlah awak masih sms kita masa kat tempat A, tapi bila kat tempat B awak tak sms kita, so kita tau awak ada masalah kat situ.. Kalau awak rimas, takpelah.. Kita tak mintak dah buat macam tu.. Kita tau awak pandai jaga diri..

Awak.. Kita suka tengok awak pakai elok-elok.. Kita selalu tegur awak pakai macam tu pakai macam ni.. Kita suka tengok awak ayu je.. Kita bukan paksa awak pakai purdah, pakai tudung labuh.. Kita tau awak tak rimas pasal ni.. Tapi kita tak reti baca hati awak.. Awak kena la terus terang ngan kita..

Awak.. Kita suka cakap banyak-banyak, cerita itu cerita ini ngan awak.. Maaf la kalau buat awak rimas.. Tapi kita suka borak ngan orang yang kita sayang.. Suka awak tau apa yang kita tau..Dulu awak selalu nangis-nangis sebab rindu nak dengar suara kita..

Awak.. Awak jangan la segan nak suruh kita ubah itu dan ubah ini.. Tak salah kalau kita berubah ke arah kebaikan.. Kita tak kisah pun.. Tapi kita kisah kalau awak suruh kita berubah jadi kaki clubbing ke.. Itu bukan cara kita.. Apa-apa perubahan ke arah kebaikan kita ikut, kita suka.. Kita pun manusia biasa jgk.. Banyak kekurangan.. Kata orang, kita takkan nampak kekurangan diri kita melainkan orang disekeliling kita.. Maybe ada kebenarannya..

Awak.. mungkin selama ni kita kurang romantik ngan awak.. bukan kita tak romantik tapi kita tahan-tahan romantik kita tu macam kita tahan nak berak.. makin lama makin sedap.. tapi last-last terlupa nak beromantik ngan awak sebab syok makan sosej saiz XXXL ngan awak..

Awak.. Maybe awak kurang percaya kepada janji.. Tapi awak kena percaya kepada kita, janji tu bukan main-main bagi kita.. Kita akan tunaikan janji yang kita taburkan selama ni.. Cuma lambat atau sekejap saja. Kita tak nak hiris tangan sampai berdarah semata-mata nak tunjuk betapa ikhlasnya janji kita, cukup saja awak percaya dari air muka kita dan air mata kita..

Malas dah aku nak taip. Lenguh jari jemari ni. Banyak lagi sebenarnya kata hati lelaki tapi cukuplah. Aku pun malas dah interview lelaki-lelaki sekeliling aku ni pasal kata hati dorang. Takut aku disalah anggap sebagai seorang insan gay pulak kang. Salah paham jgk.. Hadoii

p/s: Buat jijan (azizankadir.com), demo oyak demo nak tengok photo tuan empunya blog ni, hoh tengok la puas-puas.. takde la ensem mana.. Harap demo dah cam kawe..Hehe











(read more)

Saturday, January 16, 2010

Tanda-tanda lelaki ikhlas jatuh cinta & jatuh hati

Cinta adalah satu anugerah tuhan yang tak tenilai untuk kita, insan yang mempunyai akal, fikiran, hati & perasaan. Cinta yang sejati datang dari hati. Cinta yang palsu datang dari nafsu. Betol ke? Tidak semua perkara indah sentiasa. Kadangkala dugaan datang untuk menguji..Jika kita mengalah, kita adalah lemah. Ujian datang untuk menguji sejauh mana teguhnya hati kita kepada sesuatu perkara.

Jadi, aku secara no heart feeling search kt google, saja untuk menguji diri sendiri sejauh mana teguhnya diri aku. Hanya satu title yang aku taip & search kat google tu. Teramat banyak results nya. Aku pilih yang terbaik, kebanyakkannya lebih kurang sama, cuma susunan ayat & bahasa yang digunakan, ada yang indonesia dan ada yang malay. Jadi, aku secara generalnya memberi kredit untuk google.

Aku ikut kata majoriti. Adakah aku benar atau salah selama ini. Aku analisis diri sendiri. Ada silapkah di mana-mana. Ada cela kah di mana-mana. Ada kekurangan kah di mana-mana. Tapi, aku hanya manusia biasa. Terlalu banyak kurangnya. Tapi itu semua boleh dibaiki agar lebih baik di masa hadapan.

Tanda-tanda lelaki ikhlas jatuh cinta & jatuh hati


- Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela & ikhlas bukan kerana terpaksa.

- Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

- Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

- Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

- Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

- Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

- Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

- Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

- Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

- Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

- Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

- Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

- Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

- Dia ikhlas mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

- Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

- Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

- Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.

- Dia suka membanggakan kekasihnya di depan org lain.

- Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

- Apabila muncul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

- Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

- Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

- Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

Kalau lah ujian spm, aku dah dapat 1A atau 99%.


Nitrus - Resah



Berapa lama harus aku tunggu
Kata setuju kamu
Kau biar aku menanti pilu

Kau diam bisu buat aku keliru
Mana tuju hatimu
Usah biarku resah menunggu

Raut wajahmu bisa ditelahku
Kau masih belum tentu
Apa ada rasa dalam hatimu

Datang padaku cerita padaku
Ungkapkan rasa itu
Apa saja buat hilang ragumu

Sesungguh tak kau tahu
Diriku ada kamu
Akan ku relakan semua ada ku untukmu
Mungkin bila kau tahu
Mungkin bisa kau temui jiwaku
Usah biar terusan begitu…


(read more)

Sunday, January 10, 2010

Selamat hari lahir yang ke 23,Mello.


Mengimbau kembali sejarah 23 tahun yg dulu, di sebuah kampung yang aman,tenang & harmoni, lahir lah seorang bayi lelaki. Dia bukan la dari golongan kerabat diraja mahupun orang ternama. Hanya seorang bayi lelaki biasa. Ada hidung,mata, telinga,mulut, ringkas kata cukup anggota badan yg dikurniakan Allah s.w.t.

Kelahirannya di sebuah rumah kayu, dimana dibelakang rumah terbentang luas sawah padi yg menyejukkan mata memandang, dan didepan rumah pula terdapat sebuah masjid, benar-benar mengembirakan hati sepasang suami isteri kerana bayi itu adalah cahaya mata pertama mereka. Memang benar, bayi itu comel dan kecomelannya semakin bertambah hingga sekarang.Hehe! Bayi tersebut sudah tentu tidak lain dan tidak bukan iaitu mello (Bukan nama sebenar).

Mengikut percakapan umi ku, dulu rambut ku mulai tumbuh di bahagian tengah ibarat rambut trojan (sesiapa tak tau apa tu trojan sila search google). Bunyinya sedikit lucu serta sedikit tak masuk akal tapi photo aku semasa kecil dulu membuktikannya. Tapi kini, rambut lurus ku ini lah yang membuatkan ramai gadis terpukau.Hehehe

Sepanjang 23 tahun ni, umi & abah aku la yang menanggung makan minum aku, menanggung hidupku even aku mendapat loan ptptn sekarang. Tanpa keduanya, siapa lah aku. Mereka yang mencorakkanku. Terlalu banyak jasa mereka berdua. Memang sampai ke mati pun aku tak dapat membalasnya.Segala kemahuanku dituruti walaupun kadang-kadang suara yang keluar dari mulut mereka seolah-olah enggan melayan kerenahku. Dalam diam, kemahuanku dipenuhi jua cuma permintaanku untuk kahwin masih ditolak mentah-mentah. Sebabnya cuma satu. Aku masih belajar. Abahku berkata, dapat je kerja walaupun baru satu hari, abah bagi je kahwin.Hehehe

23 tahun berlalu, ya hari ni 10 Januari 2010, genap la umur aku 23 tahun. Sangat senang untuk ingat tarikh lahir aku. 10 Januari, 1001. Tarikh 1001 memang membawa 1001 erti kepada aku. InsyaAllah semester ni semester last pengajianku di universiti. InsyaAllah nanti aku bakal bekerja sebagai electrical engineer. Harapan aku harapan umi abah aku jua. Tapi aku hanya merancang & berusaha, Allah yang menentukan.

Umur semakin meningkat tetapi usia semakin berkurangan. Kalau ikutkan, memang banyak perancangan untuk masa depan. Tapi siapa tau hari ni masih bernafas tapi tidak untuk esok? Atau beberapa ketika lagi? Sepanjang 23 tahun aku bernafas di muka bumi Allah ini, banyak dosa yang telah aku lakukan. Semoga aku dipanjangkan umur agar dapat aku perbaiki kesilapan lalu & berubah ke arah yang lebih di redhai-Nya.Amin..

Happy 23rd birthday, Mello.

*update

Hari tu pegi sambut birthday aku ngan Luna kat KL.Hehehe.. So satu hari tu masa tengah lunch ngan Luna kat kedai mamak kt area Cheras ni, tiba-tiba aku terpandang sebuah kedai motor sebelah kedai mamak tu. Pegi usha-usha jap kedai tu tengok ada apa yang menarik. Ingat nak cari helmet baru sebab helmet MS yang lama tu dah berkecai kt rumah.huhu.. Berkenan kt satu helmet ni tapi fikir dua tiga kali nak beli sebab harga nya. Terus Luna belikan helmet tu untuk aku as birthday gift. Hehe.. thank you dear. You're so sweet.



(read more)

Monday, January 4, 2010

Solek motor ibarat melayan isteri di ranjang


yeahh esok kena pergi kelas. Pergi kelas maknanya kena bangun pagi yg sememangnya bukan lumrah hidup aku akhir-akhir ni. Seperti budak-budak yg baru memulakan alam persekolahan, petang tadi aku ke pasaraya Wellward berdekatan dgn rumah sewa aku ni. Sudah tentu untuk membeli alat tulis dan buku tulis. Cuma bezanya buku tulis aku tu lg advance dari buku tulis budak-budak sekolah. Sesuai la dgn status aku yg belajar kt dewan kuliah & bilik tutor ni.

Tinggalkan dulu pasal tu. Actually, beberapa hari sebelum balik ke Johor hari tu, kekasih aku yang telah dinodai adik aku tu telah ternoda lagi kali ni cuma kali ni aku pula yg menodainya. Kalau korang dah baca entri sebelum ni pasal kekasih aku yg dinodai tu mesti korang dah tau pasal ni.Hehe..

Kekasih yg aku maksudkan tu motor yamaha 125z aku la. Gila ke apa aku nak nodai seorang gadis yg masih perawan. Tunggu kahwin la baru nikmat.Hahaha.. Dulu, motor aku tu asalnya warna merah putih tapi disebabkan hasil kerja tangan adik aku tu beliau dah berubah ke warna kuning putih. Ok la jgk cuma rim sport nya kelihatan sedikit comok.

So, aku tak dapat menahan nafsu tangan aku ni dari "menodai" rim tayar motor aku tu. Aku sembur je kaler kuning jgk. Puas nafsu aku. Berpeluh-peluh jgk la. Sama macam melayan isteri kat ranjang tapi yang tu aku tak rasa lagi la.Hahaha! Proses untuk menyiapkan kerja mewarna rim motor ni ambil masa jgk la & berperingkat peringkat.





First, bawak motor pergi bengkel dulu. Of course la untuk tanggalkan (err, tanggalkan ke?) tayar tu dari motor. Nak buat sendiri tak reti so pegi bengkel je. Lepas tu proses membersihkan rim motor pulak. Aku buang cat lama & kesan minyak pakai kertas pasir. Gosok je dengan rakus sampai terluka.Hehe.. Lepas tu basuh & cuci dengan sabun dan last sekali baru la spray kan beliau.

Spray yang aku pakai berjenama samurai. Kenapa jenama samurai? Sebabnya hanya la satu. Spray kuning berjenama anchor kehabisan stok. Nak usha kat kedai lain buang masa la pulak. Lagipun sama je, warna kuning jugak kan? Lagipun, mengikut kata awek siam kat kedai tu, spray berjenama samurai lebih elok dan berkualiti. Aku pun terus makan hasutan dan terus rembat 4 botol, 3 botol warna kuning & 1 botol untuk clear.





Spray clear tu fungsinya untuk melindungi lapisan cat. Takde warna pun spray clear tu. Warna jernih. Fungsi lain beliau supaya warna kuning tu nampak lebih berkilat nak-nak bila disinari cahaya mentari. Hanya 2 botol spray kuning yg aku guna untuk warna sepasang rim motor ni. Terlebih la satu. Takpe lah.. Lagipun takde la mahal sangat sebotol. RM6.00 je.Hehe!

Semester ni aku plan nak bawak motor aku ke sini. Senang sikit nak berulang alik ke kuliah dan senang jugak aku nak keluar melaram tanpa meminjam motor kekawan aku lagi. Maybe minggu depan ayah aku akan post motor tu ke sini. Akhir kata, jangan pulak korang anggap aku ni sebagai mat motor atau mat rempit even aku suka solek motor begini. Memang aku suka menyolek benda-benda yang aku suka.Lalala

(read more)

Saturday, January 2, 2010

Entri pertama Mello's untuk tahun 2010


Salam kepada semua readers. Kau mungkin kawan-kawanku, followers, orang yang tak dikenali ataupun musuhku. Tapi kau tetap seorang reader kerana kau sedang baca apa yang tertulis di sini. Hehe. Bunyinya macam sedikit serius kan? Well, jangan terpedaya kerana itu hanya la gimik aku untuk entri pertama untuk tahun 2010 ni.

Agak lama jugak aku tak update mello's. Detik-detik terakhir tahun 2009 aku just luangkan bersama keluarga di kampung. Kaki ni terasa sedikit berat untuk melangkah ke cyber cafe. Maklumlah kat rumah aku takde streamyx. Kenapa streamyx? Takkan la nak guna berukband yg maha perlahan. P1Wimax? Agak-agak la kan, kat kampung aku tu dah dapat P1Wimax ke? So, tak payah la nak cakap banyak even P1Wimax maha laju macam mana sekalipun.

Tahun 2009 pergi dan tahun 2010 datang. Seperti tahun-tahun sebelumnya, bila menjelangnya tahun baru, pasi tak sah kalau tak di sambut dengan percikan bunga api serta ucapan selamat tahun baru. Takpe lah. Sekali setahun cool jugak beraksi begitu. Jangan pula tahun baru disambut dengan aksi seks di khalayak ramai serta pesta teguk air kencing setan. Tapi, itu tetap berlaku kan? Well, apa nak di kata..

Bila bercakap pasal tahun baru, ramai yg memasang azam baru, nak buat perubahan itu dan ini, nak berevolusi ke arah yg kebih baik dan macam-macam lagi ibarat angan-angan mat jenin yg tak berkesudahan. Tahun-tahun lepas pun banyak perkara yg tak terbuat, hanya mampu merancang itu dan ini. Memang tuhan yang menentukan apa yang dirancang, tapi buat apa merancang kalau takde tindakan pun yg dibuat kan?

Tak dinafikan, sepanjang tahun 2009 memang banyak masalah dan pancaroba yang aku alami. Kadang-kadang aku terfikir jugak nak menyepikan diri dari masalah dengan bersendirian kat satu tempat yang sunyi, jauh dari orang ramai, tenang sendirian tapi semua tu takkan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Hari-hari yang mendatang ni akan aku cuba tempuhi dengan tabah. Kesilapan serta masalah yang lalu akan cuba dielakkan, perbaiki dan menambahbaik perkara yang kurang baik. Apa yang paling penting ialah penambahbaikan dalam iman. Moga Allah ampuni dosa-dosa aku yg lepas.Amin.

Hari ni 2 Januari 2010. Aku rasa masih tak terlewat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru. Moga hari-hari mendatang lebih baik dan bermakna dari hari sebelumnya. Tanam la azam hingga berbuah eh? Hehe.. Jangan tanam hari ni then esok dah terkulai layu..lalala

Wasalam.

(read more)
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle