Friday, December 10, 2010

(Photos) Kuala Lumpur International Motor Show 2010


Hari Isnin beberapa hari yang lalu (6 Disember 2010), aku ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan seorang sahabat & juga untuk ke Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS 2010) yang diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC). Seperti yang aku jelaskan didalam entri sebelum ini, KLIMS bermula dari 3 hingga 12 Disember 2010.

Bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 12 tengahari, perjalanan selama 4 jam ke Kuala Lumpur bukanlah sesuatu yang asing bagi aku. Kali terakhir aku ke Kuala Lumpur rasanya lebih kurang 10 bulan yang lalu. Cuma kali ni sedikit berlainan rasanya, perhentian bas di sana sekarang bertempat di Bukit Jalil.

Sampai saja di Bukit Jalil lebih kurang pukul 4 petang, tanpa berlengah aku terus ke stesen LRT untuk ke Bandar Tasik Selatan. Di sana, aku bermalam di rumah kawan di Banting yang aku cakapkan tadi. Jadi, aku ke Bandar Tasik Selatan untuk pertukaran ke Komuter yang menuju ke stesen UKM,Bangi. Perjalanan dari Bandar Tasik Selatan ke Stesen UKM,Bangi mengambil masa lebih kurang 15 minit saja, melalui dua hentian sebelum sampai disana iaitu hentian Serdang & hentian Kajang.

Di hentian UKM,Bangi aku dijemput oleh kawan disana & menuju ke rumahnya di Banting yang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Jauh juga bagi aku. Cukup sajalah untuk hari Isnin tu, petang hari Selasa (7 Disember 2010), aku & kawan aku tu melepak kejap kat kedai mamak area Banting sebelum ke KLIMS. Tengah syok je layan roti canai kat situ, tiba-tiba sebuah kereta parking kat tepi kedai tu. INSPIRA! hehe. First time aku nengok Proton Inspira kt depan mata & kat atas jalan pula tu. Apalagi, terus snap! la.Kehkeh


Dengan menaiki motosikal, aku & kawan ke PWTC lebih kurang pukul 6 petang dan sampai disana lebih kurang pukul 7 lebih. Tiket untuk masuk ke dewan pameran pada weekdays adalah RM20 & weekend pula RM15.


Untuk student (pamer studend ID Card atau pakai uniform sekolah), bayaran masuk hanya RM5. Selesai saja solat maghrib di situ, kitorang berdua memulakan acara "cuci mata" di situ.yeah jom cuci mata korang pula! Hehe.



Proton Emas




Peminat kah?Hehe

"Ambil la gambar satu lagi..yang macam ni pulak.." Tak tipu ni, akak/cik adik tu yang cakap.. Lupa nak tanya nama hari tu.huu

Perodua Infinite Concept




Proton Jebat




Satria Neo CPS


Proton Lekir




Proton Evolusi G



Nissan R-600




Mitsubishi Lancer


Tiba-tiba lancer termasuk dalam list kereta idaman.kehkeh

Volkswagen Golf

Ni kawan aku tu. Muka dia aku blur'kan untuk menjaga privasi. Jangan ingat muka dia memang macam tu pulak.hehe

Chevrolet Camaro

Oh! Miss Camallo,kau idaman ku jua tapi aku hanya mampu memandang.kehkeh




Bumblebee (Transformer)



The Dark Knight (Batman)





dan pelbagai jenis kereta lagi yang dipamer..





oh! damn.

Superbikes








Banyak lagi gambar yang aku snap tempoh hari tapi cukuplah setakat yang aku letak kat sini.Memang banyak lagi gambar tapi aku tak larat dah nak edit & upload.






blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says