Friday, December 3, 2010

Pelajar IPTA tidak tergamak buang bayi rakan

Kelmarin, dalam perjalanan untuk membeli sebungkus nasi untuk makan tengahari, baru teringat yang kredit handphone tinggal beberapa ringgit je lagi. Jadi singgah la kejap kat sebuah kedai runcit ni. Dengan gaya yang sedikit entah apa-apa, aku melangkah masuk ke kedai tu. Terjeling susunan harian Metro kat atas meja tu pula. "Angkara bapa, 3 Beranak derita disimbah asid." Aku memang pantang kalau ternampak tajuk macam best gitu, gambar pula menarik. Terus sambar tanpa fikir panjang yang aku boleh baca online kat rumah. Bagus, harian Metro memang bijak menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang. *ouch

Macam biasa, sampai je rumah terus campak harian Metro tadi atas katil. Duduk depan PC, buka bungkusan nasi & layan movie Twilight Eclipse (baru nak tengok..kahkah). "Makan la dulu baru belek-belek Metro tu" Plan yang entah akan terlaksana ke tak sebab sebelum ni, lepas harian Metro dicampak, 3-4 hari lepas tu baru aku ada inisiatif untuk baca. Tu pun lepas susun balik sebab dah berselerak penangan member-member aku.

Akhirnya, plan tercapai. Belek,belek dan belek. Ada satu tajuk yang menarik perhatian aku untuk dikongsikan di sini. "Tidak tergamak buang bayi rakan". Kat bawah ni photo tajuk berkenaan yang aku scan.


Uish, punya la teruk perangai. Sudah la berzina sampai mengandung & melahirkan anak luar nikah, suruh member pulak yang tolong buang anak dorang tu. Pasangan yang buat kerja haram ni adalah pelajar IPTA di Arau,Perlis. Keduanya berumur 22 tahun, usia yang sepatutnya dah mampu berfikir dengan waras tapi kalau nafsu yang diutamakan apa lagi nak dikata kan?

MUSHMELLO DOT COM MENENTANG GEJALA BUANG BAYI!

Pasangan ni bersekedudukan di sebuah rumah kedai. Tinggal kat situ macam pasangan suami isteri la. Pergi kuliah sama-sama, tidur sama-sama, berzina sama-sama hingga la lahir bayi pada usia 7 bulan dalam kandungan serta cukup sifat. Mungkin tidak tergamak nak buang anak sendiri (bagus la sebab masih ada rasa belas), dorang meminta seorang rakan membuang bayi berkenaan di sebuah masjid.

Tapi rakan dorang ni bijak, lain yang disuruh, lain yang dibuat. Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) & melaporkan kejadian tu kepada polis. Nah, padan muka. Dah la buat perkara yang tak elok, ajak member sendiri bersubahat. Ingat la, setiap perbuatan yang kita buat pasti ada balasannya baik perbuatan yang elok atau sebaliknya.

Harap mereka berdua akan menyesal & bertaubat atas kesalahan dan dosa yang dilakukan. Bayi tu? Alah, takkan tu pun nak cakap, anak sendiri, jadi jaga la sebaiknya. Kahwin je terus. Tapi status anak tu macam mana ye? Hmm! Buat rakan pasangan tu, tahniah aku ucapkan. Anda memang membuat tindakan yang bijak.

Read Full Story (click to enlarge image)



p/s: Baru teringat yang aku lupa nak beli kad topup kat kedai tu. Tersasar dari tujuan sebenar singgah ke kedai. Damn! kahkah







blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says