Friday, December 17, 2010

Dear whoever, ini rupa saya.

Ni tepi KB mall Kota Bharu, alah, kat parkir moto tepi tu..

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua.

Malam ni aku ada sedikit kesempatan untuk update blog, tapi aku kira entri ini bukanlah entri yang berkualiti, jauh lagi berinformasi mahupun menghiburkan. Entri ni, khas buat mereka yang ingin tahu siapakah disebalik nama Mello Hello yang entah apa-apa. Sering kali aku menerima pertanyaan, "kenapa tak tunjuk saja muka kat blog?", "kenapa letak gambar separuh?", "abg Mello, letak la gambar kat blog" dan lain-lain lagi dan sudah tentu, kebanyakkan yang bertanya adalah anonymous.

Konklusi aku, anonymous ni adalah new readers disini, kerana aku pernah letak gambar aku dalam beberapa entri sebelum ni, itu pun kerana memenuhi tajuk entri seperti contest yang aku sertai. Sesiapa yang sudah lama mengikuti blog ini, sudah pasti tak heran macam mana rupa paras aku neh. Oh ya, kat fanpage pun aku letak gambar aku sekeping. Jadi di benak aku ni, mungkin mereka tersesat buat kali pertama disini & hanya fokus di header blog. Oh no no. Tidak professional begitu kalau hendak stalk seseorang. Tiru macam saya ye? Saya suka stalk orang.Kehkeh

Jadi, tatap la photo aku puas-puas. Aku tebalkan muka tau buat entri ni. Entri poyo letak gambar sendiri. *mulai loya

Dimulai dengan gambar masa kecik.ye ye sengih,jemput sengih juga.

versi suka hitam.


Ni masa jadi tutor kat rumah, ngajar budak-budak sekolah, budak-budak lain dah balik, tinggal beliau sorang je.ish-ish

versi ayu.


Versi photo panorama kurang menjadi sebab ada intruders dua orang eh tiga orang la baru perasan,siyes! kat tengah laut tu.

ye, versi tangkap gambar sendiri dalam jamban

jamban juga

Versi muka kawan-kawan saya sensor kan, muka saya tak sensor pula.

Lepas balik solat Jumaat

Zaman latihan industri

Ni pun sama juga, kali ni versi dengan bos.


Kenapa aku jarang/tak suka letak gambar sendiri kat blog?

-Bukan prinsip aku menayang muka disini, di facebook lain cerita, lain orang lain cara.
-Bagi aku, letak gambar muka sendiri bukan jadi satu keperluan mahupun informasi kepada readers melainkan mempunyai perkaitan dengan tajuk & kandungan entri/artikel.
-Aku segan, sebab aku tak kacak. Paham? Kahkahkah

Dah la, aku dah menyampah tengok entri ni lama-lama.Hakhak

p/s: Maaf, lepas ni maybe jarang update blog & maaf sebab lama dah tak blogwalking. Sekarang aku sedikit busy dengan urusan untuk masa depan. Esok ke Kuala Lumpur lagi, jumpa di KP9 Putrajaya hari Ahad ni ye?

Salam :)







blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle