Tuesday, October 19, 2010

Tips: Label & tag itu dua perkara yang berbeza


Selamat hari Selasa kepada semua readers. Ya, hari Selasa yang sudah hampir kepada penamatnya. Begitu pantas masa berlalu. Rasanya baru sekejap tadi aku makan tengahari, tengok-tengok senja sudah pun menyusul sewaktu jari jemari ini menekan papan kekunci. Macam mana taknya dah kalau makan tengahari pun waktu petang.Hehe. Teringat kata-kata seseorang dulu, seseorang yang pernah menceriakan diri ini, "awak, kalau awak ada masa, petang-petang waktu senja tu, masa matahari terbenam, awak tengok la kat langit.." Aku bertanya, "kenapa?" "Sebab, dengan memandang langit senja, kita dapat memuhasabahkan diri.. apa yang kita dah lakukan untuk hari ini..adakah masa kita digunakan sebaiknya atau sebaliknya.."

Biarkan masa lalu berlalu..

Sudah agak lama rasanya (kot!) aku tak bagi tips/tutorial dalam berblogging ni. Bukannya apa, kadang-kadang terfikir jugak, kalau asyik buat artikel/entri mengenai tips/tutorial ber'blogging ni seolah-olah aku ber'blogging ni hanya kepada blogger je la. Maknanya readers blog ni hanya la bloggers & mereka yang berminat untuk ber'blogging saja. Terlalu kecil skop di situ.

Sepanjang aku melibatkan diri dalam dunia blog ni (walaupun baru setahun lebih), macam-macam jenis blog aku ketahui, macam-macam jenis perangai bloggers yang aku jumpa & bermacam-macam macam-macam lagi aku jumpa.Err? Ok, apa yang aku ingin ketengahkan kali ni cuma satu topik saja. Berkenaan fungsi "label" untuk bloggers @ blogspot.

Untuk pengetahuan korang mengikut kefahaman aku, "label" & "tag" ni dua perkara yang berbeza. Ada sesetengah blog yang aku jumpa ni menggunakan fungsi label ni sebagai tag kepada entri-entri mereka. Mungkin ada yang masih tidak faham apa yang aku hendak sampaikan disini.

OK, sebagai contoh, nanti aku akan hasilkan satu artikel yang bertajuk "kenapa playboy suka permainkan hati wanita?". Label yang sesuai untuk artikel berkenaan sudah tentu "love","boys & girls" atau "life". Dan untuk tags pula? Banyak! Mungkin tags yang sesuai untuk artikel itu ialah, "perempuan suka lelaki playboy", "playboy spesis buaya darat", "perempuan berhati lembut", "jatuh cinta dengan playboy", "Ben Affleck muka playboy", "jenama playboy", "buaya darat" dan bermacam-macam tags lagi.

Menggunakan fungsi "label" sebagai tags adalah kurang disukai aku & ia membuatkan blog kucar-kacir & tidak kemas. Itu hanya pendapat aku. Lain orang lain akal. Rambut asalnya sama hitam, berbeza hanya kau basahkan rambut kau dengan air karat saja. Ops, sedikit terkeluar dari topik.Hehe

Apa sebenarnya fungsi & perbezaan antara "label" & "tag""

Label: Memudahkan readers search artikel yang disukai mengikut kategori. Contoh, korang nak baca artikel berkenaan cinta di blog ni.Korang tengok kat sidebar kanan tu, ada menu kategori. Klik saja label "love". Segala jenis artikel cinta yang aku karutkan akan terpapar. Mudah kan?

Tag: Apa lagi fungsinya kalau bukan untuk SEO (Search Engine optimization). Btol ke? Kalau salah, tolong betolkan. Ini hanya pendapat aku sebagai seorang newbie.

Tapi apa boleh buat jugak kan, blogspot/blogger tak menyediakan fungsi "tag" kepada penggunanya & ini adalah salah satu kekurangan blogspot yang annoying berbanding wordpress. Tapi kalau nak buat juga boleh je. Sila tengok tag yang aku buat di akhir artikel ni. Tapi tak tau la membantu ke tak dalam SEO tu. Haha


p/s: gila best karok semalam. Dah lama tak lepas tekanan dengan menjerit.Warghhhhh!



*update (22 October 2010)

Tags yang aku gunakan di akhir artikel ini membantu dalam SEO. Sila tengok printscreen dibawah.

Note: Kalau korang rajin, letak la tag banyak-banyak untuk entri korang tu. Tak perlu link seperti yang aku buat. Gunakan perkataan yang berlainan dengan isi entri & tajuk entri untuk tag-tag entri korang tu.

[CLICK TO ENLARGE IMAGES]













Tags: label blogspot, label entri, cara untuk tag entri di blogspot, beza label & tag, plugin tag untuk blogspot




blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says