Friday, October 1, 2010

should & shouldn't before loving someone

Photo kat atas ni sama dengan photo untuk notes "seseorang yang mencintai kamu.." Dah baca belum? Kalau belum, sila-silakanlah.Hehe

Tajuk entri dalam bahasa inggeris adalah sesuatu yang asing di dalam blog ni. Jangan hairan kerana ia bukan sesuatu untuk di hairankan dan aku gunakan tajuk dalam bahasa inggeris hanya untuk memendekkan tajuk tersebut. Ok, aku translate tajuk di atas dalam bahasa Melayu,err, bahasa Malaysia.Apa yang patut & tak patut dilakukan sebelum anda mendekati,menyanyangi & mencintai seseorang.

Kita manusia,ada hati,ada perasaan. Jadi, normal lah kalau kita suka atau sayang kepada seseorang kan? Tak usah berlagak cool "oh aku tidak jiwang", "apa barang cintan-cintun ni beb" and so on. Photo dengan awek bukan main lagi, bergolek sakan macam hero & heroin filem hindustan.Kehkeh

Mungkin ada antara kenalan,kawan,sahabat atau teman korang yang menarik perhatian korang kan? At least mesti ada sorang dua yang korang suka. Dari sehari ke sehari, korang selalu ingat akan dia. Rindu mungkin? Terasa hendak lebih intim lagi,hendak lebih mengenali & rapat lagi dengan si dia yang korang suka.

Apa yang patut korang lakukan?

Berkawan dulu. Kenali hati budi si dia. Selalu bertanyakan khabar & tegur,sapa dia dengan kata-kata yang lembut (ececee..) tapi jangan sampai dia rimas. Jangan tunjuk sangat yang korang suka dia. Nanti apa pun tak jadi. Share kan kesukaan korang dengan dia, mana tau apa yang korang suka tu juga kesukaan dia? Dah ada point dah kat situ untuk borak-borak kan.Hehe.

Jadilah sahabat. Sahabat di sini bermaksud seseorang yang takkan melukai dia, yang sentiasa bersamanya susah senang. Dengar & bantu jika dia ada masalah. Mungkin dengan sikap korang yang sebegitu akan membuatkan dia senang hati berdamping dengan korang.Who knows rite?

Ketahui kisah silam dia. Mungkin orang yang korang suka baru saja putus cinta. Memang masa yang sangat tidak sesuai untuk korang menghampiri dia melebihi seorang kawan atau sahabat. Faham-faham je la, orang putus cinta ni maybe masih ingat akan kekasih hati yang dulu or mungkin dia masih tawar hati untuk bercinta. Katakan dia terima juga korang melebihi seorang kawan tapi yang sebenarnya dia hanya terima korang semata-mata mahu melupakan kekasih yang terdahulu, agak-agaknya korang rasa berbaloi ke?


Macam mana si dia masih "single & available"? Putus cinta pun tak? Ok, cuba korangkan bayangkan si dia berada di tempat korang. Mungkin dia juga ada seseorang yang disukai juga. Senang cerita, si dia pun tengah suka seseorang. Yang ni pun penting jugak. Bagi ruang & peluang kepadanya untuk menyukai orang yang disukainya. Jangan sesekali buat dia rasa serba salah.

Sokong lah si dia dalam apa jua perkara. Perkara di sini bermakna perkara yang baik-baik je la.Takkan la benda tak baik pun korang nak sokong kan? Mungkin dia ada masalah, so bantu la dia or at least tolong jadi pendengar yang setia.

Ok.Points kat atas tu apa yang korang perlu lakukan sebelum korang nyatakan rasa sayang korang kat si dia.

Apa yang tak patut di lakukan?

Jangan berharap. Berharap boleh tapi kalau ada peluangnya. Kalau tak? Kecewa je la kan. Kecewa tak baik untuk kesihatan. Serius.Hehe.

Jangan memaksa dia untuk menerima & menyayangi korang. Ni hanya merugikan korang. Lama-lama si dia rimas & menjauhkan diri. Nak berkawan & bergurau macam biasa pun dah tak boleh kan? Apatah lagi nak dekati dia dengan lebih rapat. Simpan saja la angan-angan tu jawabnya.

Kawal perasaan korang bukannya perasaan yang kawal korang. Ketahui limit korang di sisi dia. Jangan biarkan rasa sayang tu meluap-meluap sampai diri sendiri yang binasa. Buat apa pun tak jadi. Jadi, pandai-pandai la kawal perasaan sendiri. Biasanya kalau korang setakat suka & tak berharap, korang dah mampu mengawal perasaan itu.

Apa yang terbaik?

Dan kalau si dia tiada komitmen kepada sesiapa, korang cuba la berkawan & memahami si dia terlebih dahulu.Ambil masa untuk memahami antara satu sama lain.Jangan tergesa-gesa untuk menggesa si dia untuk menjalinkan hubungan melebihi seorang kawan. Bagi lelaki, kalau dah betul-betul suka, masuk je meminang. Kehkeh


p/s: gila ah, dah boleh bagi tips dah.Mentang-mentang la ada pengalaman....yang gagal.hukhuk

p/s/s: bertahun lamanya,aku hanya masih mampu memerhati. *sigh








blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says