Friday, October 15, 2010

How i draw cartoons


Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua readers mushmello.com

Artikel kali ni bukanlah tutorial mengenai cara melukis mahupun tutorial mengenai adobe photoshop. Disebabkan ramai jugak yang tanya macam mana aku lukis kartun-kartun kat blog ni, jadi aku hasilkan artikel ni untuk share dengan korang. Disebabkan ini bukanlah tutorial, jadi apa yang korang perlu tahu ialah cara menggunakan software adobe photoshop. Sekurang-kurangnya korang pernah guna or tau yang basic pun dah cukup.

Ada juga yang pernah tanya, dari mana aku belajar pasal photoshop ni. Ok, aku tak ambik mana-mana kelas khas. Tak pernah. Belajar sendiri je melalui dua cara. Belajar dengan google & explore sendiri tools kat photoshop tu. Semua orang pun boleh asalkan ada kemahuan & minat. And one more thing, jangan segan untuk pamerkan hasil kerja korang, usah peduli kata-kata negatif orang lain, perdajalkan semua.

Note: Nak belajar pasal photoshop & perkara-perkara lain yang sama jenis dengannya melalui google ni boleh je, tapi kalau nak belajar maksud hadis, tafsir Al-Quran, hukum hakam agama ni kena belajar depan-depan dengan orang yang arif,kena rujuk kepada mereka yang arif pasal agama, bukan boleh main search kat google je. Hati-hati kalau nak belajar pasal agama. Tak semuanya betol kat google neh.

Ok, terus kepada tajuk utama.

Alat tulis

Aku rasa kebanyakkannya dah tau yang aku melukis cara lama. Lukis tangan. Alat tulis yang aku biasa guna sudah tentu la pensil, pen, getah pemadam & pembaris. Bukan satu jenis pen saja aku guna, berbeza-beza saiz matanya untuk garisan yang berbeza ketebalannya, bergantung kepada apa yang nak dilukis. Kadang-kadang marker pen pun aku guna jugak.


Sketch

Yang ni terpulang kepada korang. Masing-masing punya kreativiti, masing-masing punya kebolehan. Bukan sekali skecth dah menjadi, kadang-kadang sampai jari aku pun dah kebas. Lukis padam, lukis padam. Aku melukis kat atas kertas A4 je, then scan ke komputer guna scanner.


Resketch

So bila dah puas hati dengan hasil lukisan, aku lukis balik dengan menggunakan pen. Lukis di atas lukisan yang sama tapi dengan menggunakan pen. Kenapa pen? Sebab bila scan, garis lukisan akan lebih jelas kelihatan berbanding garis lukisan yang dilukis menggunakan pensil. Siap resketch, padamkan lukisan asal tu dengan menggunakan getah pemadam. Takkan guna pemadam api pulak kan.Kehkeh


Color

Of course satu-satunya software yang aku gunakan untuk mewarna ni ialah adobe photoshop. Banyak lagi software lain yang boleh digunakan seperti adobe illustrator tapi aku lebih selesa menggunakan photoshop.


Biasanya sebelum mewarna, aku adjust dulu brigthness & saturation untuk lukisan yang di'scan tadi supaya garisan-garisan lukisan tu tampak lebih smooth. Ialah, kan pakai pen. Kadang-kadang ada tompok-tompok dakwat pen & itu mencacatkan lukisan.


Yang bab mewarna ni terpulang kepada korang la. Apa yang aku nak cakap, korang kena explore tools kat photoshop tu, jenis-jenis brushes, filters & kalau nak bagi lukisan tak nampak statik sangat, pandai-pandai la memanipulasi tona color.

Kalau ada apa-apa lagi persoalan pasal ni, tanya je kat ruang komen kat bawah ok?











blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle