Wednesday, October 27, 2010

Fast Update #1


Rasanya ni first time kot aku buat fast update.Apa itu fast update? Maknanya update dengan laju.Haha.Whatever. Takde tajuk yang tertentu untuk artikel ni sebab artikel fast update ni mengandungi lebih dari satu isu.Dan kenapa fast update? Sebab aku mengejar masa, aku kesempitan masa sekarang.Tak perlu susun-susun ayat seperti biasa. Rasa macam busy je.Hehe.

#1 Final Piala Malaysia

Hari Sabtu ni perlawanan akhir piala Malaysia 2010 akan berlangsung di Bukit Jalil. Pertemuan antara Kelantan & Negeri Sembilan, sama seperti musim yang lepas. Pada awalnya memang aku nak pergi ke stadium hari Sabtu ni tapi ada pula kerja yang menghalang. Apa pun, go more kelate go more! hehe

Thanks guys for inviting me to Red Warriors facebook group.

#2 Award

Ok, award ni si adek comel, Tyraa yang bagi. Mekasih banyak-banyak ye. Award Tyraa ni abang letak kat page awards ni.


#3 Contest

Ok, hingga ke saat artikel ini di'publish, aku dah join dua contest.

Contest pertama

dianjurkan oleh Cik Jari, contest ayat macho untuk Cik Jari.Contest ni ada 2 kategori, aku join kategori ke-2, buat nota pendek berilustrasi.Semalam baru aku dapat luangkan masa untuk siapkan nota bergambar tersebut. Macam ni rupanya bila masa itu sempit. Jadi hargailah masa.


Contest kedua

Contest ni sangat senang, dianjurkan oleh walimatulurus.net. Letak je banner mereka di blog dan korang berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah iphone 3G! Tapi semudah itu kah? Reference terbanyak ke website walimatulurus.net akan menjadi pemenangnya. Tarikh tutup 31 Oktober 2010. Beberapa hari je lagi. Tapi kenapa aku join jugak even memang dah confirm takkan menang? Saja, nak tolong promo kan website dorang. Kalau menang, Alhamdulillah.

kad kahwin
Kad Kahwin

#4 Blogwalking

Kalau ada yang perasan la, aku dah jarang ber'blogwalking sekarang ni. Bukan tak nak, tapi makin banyak masa berlalu, makin banyak tanggungjawab yang aku harus hadapi. Cess, berkias-kias pulak kan? Hehe. Takde la,minggu depan insyaAllah masa aku lapang sikit. Nanti aku ziarah blog korang ye. Amin.

#5 Fida Aishah

Sekarang dah kecoh dah pasal Fida Aishah ni. Aduhai. Kan dia dah private kan blog dia tu. Tak dapat aku nak membacanya lagi.Siapakah Fida Aishah? Tak kenal? Tak kenal takpe.Dia seorang gadis yang sangat cun! Hehe. Aku pun tak kenal sangat but whoever she is, just let it be & there's must be a reason for everythings she did. No komen. Lebih suka memerhati.





p/s: doakan aku ye kawan-kawan.for everything.










blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle