Wednesday, October 13, 2010

2 in 1 : contest candid camera & Bunkface

Hari tu punya la boring tak tau nak buat apa, so aku main refresh je kt home facebook. Refresh punya refresh, tengok-tengok ada status dari fanpage bunkface. Dorang akan datang ke Batu Pahat untuk hot FM mini jam. Kat situ dorang cakap event akan bermula pukul 4 petang sampai 10 malam. Jadi, aku ngan member-member planning la nak pegi sana. Bila lagi dapat tengok Bunkface perform secara live kan?

So, hari Sabtu yang lepas aku pegi ke sana berdua dengan sorang member aku ni (tadi cakap planning ngan member-member, bunyinya macam ramai je kan? Hampeh!). Kitorang bertolak lebih kurang pukul 6 petang. Kamera dah siap sedia dalam bag. Macam mana sekalipun aku nak bergambar jugak ngan sam bunkface tuh. Bunyinya macam mustahil sikit kan? Tapi bila aku cakap aku nak, aku akan usahakan jugak sampai dapat.Hehe (Kata-kata seorang yang degil)

Sampai sana, dorang dah start perform. Entah lagu yang ke berapa dah. Orang punya la ramai kat depan stage tu. Penonton pulak dah menjerit "lagu last lagu last!" "satu lagi! satu lagi!" Sadis. Masa aku sampai tu dorang dah nak habis perform kat situ. Sempat dengar satu lagu je. Habis je nyanyi, penonton mula bersurai. Aku pulak terkebil-kebil. Kat fanpage cakap sampai 10 malam. Ni pukul 6.30 dah habis?


Aku ngan member aku yang sorang lagi tu dengan sedikit hampa menuju ke belakang stage. Lepak-lepak situ jap sebelum pulang. Borak-borak situ jap, tiba-tiba si sam ni berjalan keluar dari bilik persalinan dia. Masa tu tak ramai sangat pun orang sebab kebanyakkannya dah blah tadi. Dipendekkan cerita tengok je la photo kat bawah.


Sekian introduction.

Ok, entri ni sebenarnya pasal contest candid camera oleh noieizan (http://noieizan.blogspot.com/). Ni zama cheesemore la ni yang tag.Hehehe.


Photo pilihan aku untuk contest ni seperti yang tertera di bawah.


Apa yang menariknya pasal photo kat atas tu? Yang menariknya photo kat atas tak menarik pun. Photo kat atas tu aku tengah termenung kat tali gitar. Masa tu tahun 2006. Dah lama dah. Aku tak tau pun yang member aku snap photo masa tu. Yela, takkan nak cakap tau pulak, dah tak candid la namanya.Hehe

Antara syarat contest ni ialah kena tag 2 orang rakan. Ok, mangsa-mangsanya ialah

#1 Annadzirah

#2 Liez

Terpulang kepada kalian nak join tak.tehee~

Ok la, tu je. Assalamualaikum.







blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says