Wednesday, September 1, 2010

midomi.com | search lagu kesukaan anda dengan menyanyi!


Di sini ada satu berita baik buat penggemar muzik. Siapa tak suka muzik sila angkat tangan! Hehe. Muzik tu general. Sesiapa pun suka kan? Jangan sampai memuja muzik sudah. Sekadar halwa telinga cukup la. Ok, aku bukan nak buat sesi motivasi pasal muzik, cuma nak share kan dengan korang pasal satu berita baik buat korang yang suka dengar lagu.

Katakan korang tengah drive, awek/pakwe korang kat seat sebelah (err,macam tak kena pulak kan awek yang drive tapi pakwe yang kat sebelah..haha), so, korang pun bukak radio. Mello Fm pulak tu.Hehe. Sekali lagu yang tengah dimainkan lagu tu jiwang. Fuh! Memang romantis habis la.


Kes #1

"Baby, I'm yours (baby, I'm yours)
And I'll be yours (yours) until the stars fall from the sky,
Yours (yours) until the rivers all run dry
In other words, until I die.."

Syok je korang layan lagu tu. Sedar tak sedar dah habis pun lagu tu & giliran DJ pulak membebel. "Alaaaa..lagu apa ya tadi? Best! tapi tak tau tajuk lagu & lagu siapa.." Sadis jugak kan? Aku pun dah banyak kali macam tu. Err, maksud aku, banyak kali la ter'miss tajuk lagu yang didengari kat radio. Tapi nasib baik ingat lirik sikit-sikit.

Kes #2

Dah 3 tahun korang putus cinta tapi sedihnya masih ada. Takpe,aku paham. Kahkah. So, korang pun google la, "sad songs". Bermacam-macam jenis link untuk download lagu-lagu sedih ada. Jadi, korang download la satu. Saja nak menonjolkan lagi suasana sedih tu so korang nak dengar lagu sedih la kan.Hehe. Siap download, tengok-tengok lagu tu unknown song.mp3, by unknown artist. Lagu tu best tapi korang nak tau la siapa yang nyanyi & tajuk lagu tu kan?

Jangan bimbang, setiap masalah ada penyelesaiannya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Ini cara yang 'tercanggih' la untuk korang cuba. Korang nyanyi lagu yang korang tak tau tajuk tu & tajuk serta nama artis yang menyanyikan lagu tu akan dipaparkan? Sedikit tak logik, tapi masih masuk akal.



Midomi.com penyelesainnya. Maybe ada antara korang yang dah tau,jadi kepada mereka-mereka yang masih tak tau, korang boleh cuba. Bagaimana caranya?

1st step

Korang buka laman web midomi.com

2nd step

Kat bawah header website tu ada satu option "click and sing or hum".So, klik saja kat situ. Sebelum tu,pastikan microphone korang boleh digunakan.



Note: Kalau keluar pop-up adobe flash player setting, allow je untuk access microphone korang tu.



3rd step

Nyanyi lagu yang korang nak! Pastikan sebutan korang jelas & nyanyi lebih kurang 10 saat supaya pencarian lagu yang korang nak tu lebih berkesan.Lepas korang nyanyi tu, website tu akan re-loading & lepas tu akan appear page samada lagu yang korang nak tu dijumpai atau tak.

Note: Hanya untuk pencarian lagu english je kot. Lagu malay aku tak pasti.

Mudah je kan? Tapi maybe korang segan nak nyanyi kan? Nak-nak member ada kat sebelah ke.Hehe. So korang juga boleh guna cara ni, korang play lagu yang korang tak tau tajuk tu & letak microphone berdekatan dengan speaker.Cara macam tu pun boleh juga digunakan. It's better.


p/s: Aku dah cuba dua-dua cara,nyanyi & play lagu & memang menjadi. Tapi lagu yang aku nyanyi tu lagu happy birthday je la. Segan pula nak melalak.Haha

p/s/s: sesetengah photo di blog ni tak appear disebabkan bandwidth photobucket yang sudah lebih limitnya.Masalah ni akan pulih bila bandwidth photobucket di'reset setiap bulan & jika masalah ni tak dipulihkan juga oleh photobucket,aku akan setel kan lepas raya.Baru je send emel kepada photobucket tadi.Harap maaf di atas kesulitan.








blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle