Sunday, September 19, 2010

Aku hairan... (Part 2)


Setelah sekian lama, akhirnya muncul jugak part 2 neh selepas kehairanan part 1 dulu.Hehe.

#1 Aku hairan, kenapa iklan minuman/makanan ringan di televisyen tak sah tanpa muda-mudi yang berjoget sakan,bergelak tawa dengan diiringi muzik yang rancak.

#2 Aku hairan, kenapa kebanyakkan iklan produk pencerah kulit wanita menggunakan model yang sedia maklum mempunyai kulit yang cerah.

#3 Aku hairan, kenapa wujudnya manusia yang berhati gelap, sehingga kata-kata yang lembut, kebaikan yang diberi masih tidak mampu menerangi hati yang gelap,melembutkan hati yang keras.

#4 Aku hairan, masih ada orang yang tidak menunaikan solat 5 waktu tapi puasa di bulan Ramadhan boleh pula.Yela, kan makan & minum depan orang nampak sangat la jahil kan.


#5 Aku hairan, kenapa kebanyakkan remaja yang lari dari rumah sebab ikut kekasih adalah remaja perempuan. Takde ke lelaki yang nak lari ikut teman wanita? Cesss! Sekolah pun tak habis lagi dah nak menyusahkan mak bapak.


#6 Aku hairan, kenapa biasanya orang suka menutupi kesalahan mereka dengan mencari kesalahan orang lain. Apa yang penting di sini ialah hakikat. Contoh, "Weh cik betik, cubalah pakai baju yang labuh sikit..ni tak, pakai baju singkat nampak pusat, nampak seluar dalam..aurat tuh!" "Alah, ko tu cik pisang pakai je baju labuh tapi takde guna jugak kalau asyik berkepit je dengan pakwe..". Ok, pasal cik pisang berkepit dengan pakwe dia tu skip kan dulu, hakikatnya cik betik tetap pakai baju singkat yang menampakkan auratnya.Paham kan?

#7 Aku hairan, macam mana kawan-kawan aku larat layan facebook,friendster,tagged, myspace & lain-lain laman web sosial dalam satu masa..

#8 Aku hairan, kenapa ada bapa-bapa yang bawa anak-anak lelaki mereka yang masih tak akil baligh ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat tapi membiarkan anak mereka berkeliaran,membuat bising semasa jemaah yang lain menunaikan solat. Setiap kali masalah itu lah yang berulang & berulang.

#9 Aku hairan kenapa wujudnya orang yang bertalam dua muka. Kat belakang jadi musuh, kat depan berlagak mesra seorang kawan.

Jangan macam tu kawan,
jangan lupa manusia ni ada akal..
Sampai bila kau nak bertalam,
takkan sampai kau nak sesal..

#10 Aku hairan, mengapa ada lelaki yang suka pakai rantai emas kat leher.Aku tak paham,aku tak paham!

#11 Aku hairan, kenapa sejak akhir-akhir ni aku rasa berdebar & sengih sorang-sorang je.kehkeh




p/s: mungkin dah tiba masanya aku pedulikan hati & diri sendiri.Buat apa pedulikan orang yang tak kisah pasal kita kan? kehkeh








blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says