Thursday, August 5, 2010

Sempena Ramadhan yang akan tiba,aku ingin memohon maaf kepada...


Hanya tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jadi pada kesempatan ini aku ingin memohon maaf jika ada salah & silap sepanjang aku bernafas di muka bumi Allah ini. Diri ini hanya manusia biasa. Sering melalukan salah & silap samada secara sengaja atau tidak sengaja. Ingin aku 'clear' kan kesemua salah silap sebelum menghadapi Ramadhan yang penuh keberkatan ini.


Kepada Fizul OAG

Dalam entri aku sebelum ni, aku ada share lirik & chord gitar lagu 'If Eye Do' & 'Puthree'. Sangkaan awal aku, Radhi OAG yang menyanyikan kedua buah lagu tersebut. Tapi, ada seorang kawan aku cakap,lagu-lagu itu bukan dinyanyikan oleh Radhi tetapi Fizul. Ok, Fizul adalah gitaris OAG & juga vokalis OAG sekarang setelah Radhi berehat sementara dari kumpulan OAG. Jadi, aku telah bertanya kepada Fizul untuk mendapatkan kepastian.


Ya, lagu-lagu tersebut dinyanyikan oleh Fizul. Fizul tidak kisah tentang kesilapan aku ni tapi aku tetap kisah kerana telah memberi informasi yang salah. Anyway, i like those songs! hee

Kepada Luna

Luna, saya minta maaf sebab still cuba hubungi awak. Saya selalu sms & call awak namun panggilan saya tidak pernah dijawab, sms saya tidak pernah di'reply dan akhirnya awak tukar phone number. Saya takde alternatif lain untuk menghubungi awak melainkan friendster. So, hari tu saya telah menghantar mesej kepada awak melalui friendster, untuk bertanyakan khabar & mendapatkan kata putus dari awak,kata putus setelah peluang yang saya beri kan kepada awak sekian lama nya. Dan kata putus awak?

"kata putus saya, kita takkan bersama seperti dulu, cari la pengganti.."

Terima kasih. Saya sedar siapa saya. Maaf sebab still hubungi awak, mungkin sedikit sebanyak saya telah mengusik jiwa awak.

Kepada awak

Awak, awak yang saya kenali beberapa tahun dahulu, yang saya suka,yang 7 bulan lebih muda dari saya, yang telah memberi peluang kepada saya beberapa tahun lalu untuk satu malam, dan keesokkan harinya beterus terang tidak bersedia lagi untuk memberi harapan kepada saya, yang telah saya cakap rasa suka saya baru-baru ini tapi saya tidak berharap, saya minta maaf sebab saya suka awak.

Hahaha

Kepada awak,awak & awak..

Terima kasih sebab suka saya. Saya hargainya. Tapi saya minta maaf, saya tidak bersedia untuk siapa-siapa lagi, even kepada orang yang saya suka. Buat masa ni, saya lebih selesa begini, ingin memberi tumpuan kepada diri sendiri & keluarga.

Kepada Ayahanda,Bonda & Famili

Anakanda mu ini mohon maaf, kerana telah banyak membuat kalian bersusah hati. Anakanda ini telah membuat bonda menitiskan air mata kerana anakanda mu ini telah membiarkan diri jatuh sakit berminggu-minggu & tidak menjaga makan minum sehingga wajah tampak cekung suatu ketika dulu. Maaf banyak-banyak. InsyaAllah anakanda mu ini akan melakukan yang terbaik untuk kalian.

Kepada kawan-kawan

Aku minta maaf kerana mungkin ada antara kalian yang dengki dengan aku, yang tak puas hati dengan aku tak pasal-pasal, yang rasa susah hati dengan aku tak pasal-pasal, aku pun tak tau kenapa & apa sebabnya dan aku minta maaf jugak kalau ada salah silap semasa bertutur walaupun semasa bergurau. hehe

Kepada bloggers & readers

Aku minta maaf jika sepanjang aku ber'blogging ni, ada entri-entri aku yang membuat kalian terasa hati, ada yang rasa aku sombong sebab tak membalas kunjungan dan sebagainya. Mungkin masa tu aku tidak mempunyai waktu yang lapang.

Kepada diri sendiri

Minta maaf sebab tidak memberi peluang kepada kamu. AKu ingin sekali memberi peluang kepadamu, untuk menggembirakan diri sendiri & orang lain tapi buat masa ni aku tidak mampu. Teruskan hidup sebaiknya, dan gembirakan famili mu.

"Ya Allah, ampuni lah diri ini, yang telah banyak melakukan dosa pada-Mu. Berkati la hidup diri ini, berikan lah aku jiwa yang tenang, hidup aman damai..Amin."










blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle