Thursday, August 19, 2010

Pelancaran melloncholic | mello says


Salam kepada readers mushmello dot com.

Sebenarnya, artikel ni sepatutnya di'publishkan semalam, tetapi tu la kan, kita hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan. Tengah syok mengadap komputer, tiba-tiba komputer restart dengan sendirinya. Habis kerja-kerja aku,tak sempat nak save. Try on balik, tiba-tiba keluar asap kat pc punya power supply. So aku off balik. On kali kedua, terus 'pop!' meletup. Haha. Siap keluar percikan api lagi tu.Huhu

Tengahari tadi terus hantar kedai, nasib baik sempat siap petang tadi juga. Melayang duit 60 ringgit.Haha.Ok, cukup pasal tu.

Artikel kali ni ringkas saja. Hanya sekadar pemberitahuan pasal perlancaran side project aku, blog mello says. Ada apa dengan blog mello says? Setiap hari aku selalu jumpa ayat-ayat yang menarik, tak kira la kata-kata hikmah ke, sajak, puisi, quotes, lirik & juga status kawan-kawan kat facebook.

Aku nengok status dorang tu best juga, ada unsur-unsur puitis. Jadi, rugi la pula kan kalau tak catatkan atau simpan ayat-ayat yang aku jumpa tu. Nak tulis kat kertas macam leceh la pula kan? So, aku catatkan saja kat blog tu.

Jadi,apa yang aku harapkan dari kalian? Aku harap korang dapat luangkan masa kat blog tu kerana blog mello says mungkin akan di'update setiap hari atau setiap kali aku jumpa kata-kata atau ayat-ayat yang baru & menarik. Di alu-alukan untuk follow blog mello says tapi tiada paksaan ok? Bukan rugi pun. Korang juga dibenarkan untuk ambil or guna apa yang tertulis di situ tanpa sebarang larangan. tehee~

mello says : http://melloncholic.blogspot.com/



p/s: mungkin aku akan invite beberapa orang rakan bloggers untuk jadi authors kepada blog tu. Kalau ada yang sudi la.InsyaAllah.







blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says