Monday, August 23, 2010

merdeka & kenangan

Lebih kurang 8 hari lagi kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan Malaysia. Rakyat Malaysia saja ye? Tak termasuk rakyat Bangladesh, Indonesia, Filipina, Manila & berbagai-bagai jenis rakyat lagi kat sini. Kebetulan, kemerdekaan pada tahun ini disambut dalam bulan Ramadhan. Mungkin sebab itu suasana menjelangnya hari kemerdekaan kurang terasa (Mungkin aku je kot yang rasa begitu.hehe)

Tak perlu aku terangkan panjang lebar mengenai sejarah kemerdekaan negara kita. Masa sekolah dulu dah berbuih mulut cikgu sejarah duk cakap pasal ni kan? Hehe. Aku tengok setiap tahun sama saja. Menjelang tibanya detik 12 pagi 31 Ogos, pasti hari kemerdekaan disambut dengan percikan bunga api,muda mudi berasmaradana sambil menikmati keindahan bunga api yang diletupkan secara besar-besaran & so on. Perlu ke semua tu?

Cakap pasal hari kemerdekaan ni, teringat pula kenangan masa zaman persekolahan dulu. Pagi 31 Ogos mesti dah terpacak depan tv, nengok perbarisan kat dataran merdeka. Ye la, kan hari tu cuti khas, tengok tv je la. Lain cerita pula kalau ada member-member ajak keliling kampung sambil kibar bendera.Kehkeh.

Kat sekolah pula, hari kemerdekaan pasti disambut dengan meriah. Macam-macam aktiviti dilakukan. Pagi-pagi kumpul ramai-ramai, nyanyi lagu negaraku & lagu sempena hari kemerdekaan.Haha. Sambil-sambil nyanyi tu, kena kibar bendera kecil yang diagihkan oleh pihak sekolah. Korang ingat lagi tak bendera yang ada coklat dalam tiub (batang) bendera tu? Berebut dulu nakkan bendera tu,semata-mata kerana coklat tu la.Haha.


Macam-macam aktiviti & pertandingan yang diadakan kat sekolah sempena hari kemerdekaan ni. Pertandingan hias kelas, melukis poster, perarakan keliling sekolah, persembahan puisi & lain-lain. Yang melukis poster tu selalu aku join.Hehe.

Jadi sempena hari kemerdakaan Malaysia yang bakal tiba 31 Ogos 2010 ni, aku telah design satu wallpaper yang takde la cun sangat.

click to enlarge image

Background wallpaper tu aku search kat google je. Takde idea nak design backround sendiri.Hehe.Yang lain-lain tu aku design la just background nya aku google saja. Korang boleh download kalau nak. Klik saja photo kat atas & save macam biasa.Kalau ada wallpaper baru yang aku design, aku akan update'kan di artikel ini. So, apa persiapan korang untuk hari kemerdekaan nanti? Bagi sesiapa yang ada blog tu, buat la satu artikel pasal ni ye? Negara kita jugak kan? hee~

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Ops, jangan lebih-lebih, ingat sekarang ni bulan Ramadhan. hihi



update:



wallpaper merdeka #2: download here








blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle