Wednesday, August 25, 2010

cinta,buang bayi & contest


Hari tu lebih kurang pukul 11 malam, aku singgah la kat ekspo yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan ni. Memang meriah. Macam-macam jenis barang ada dijual kat sana. Pakaian yang beraneka corak, cd cetak rompak, bunga api & mercun, girl & boy stuffs, brooch, gerai-gerai makanan & minuman, kasut-kasut, jam tangan & banyak lagi la. Takkan nak sebut semua kot. Mau jadi novel pulak entri neh. Hehe.

Aku nengok, ramai jugak la couple-couple jalan berdua sama-sama. Romantis habis. Sweet je aku nengok. Dalam diam aku bermonolog & termenung seorang diri, "kan best kalau aku ada awek..sweet je ada orang yang selalu ambil tahu pasal aku, selalu tanya khabar aku.." Terkenang masa dulu-dulu. Teringat kat seseorang. Seseorang yang entah apa khabarnya sekarang,entah di mana sekarang.

Dulu, kalau singgah kat ekspo macam ni, aku mesti beli something untuk dia. Baju,kasut..Memang aku akan belikan. Memang aku suka hadiahkan dia sesuatu tak kira masa. Hampir-hampir dah aku nak terbeli kasut crocs perempuan hari tu. Siap pegang dah, baru teringat, "laa,aku nak belikan untuk siapa ni?" Tergelak sorang-sorang dengan sedikit perasaan hiba.Huhu

Ok,cukup la pasal tu. Straight to the point. Aku join contest lagi. Contest oh!Best ni dianjurkan oleh bro unwanted (http://unwanted86.blogspot.com/). Senang saja untuk join contest ni. Hanya cari gambar atau video yang dirasakan best!. Aku baru tau je pasal contest ni. Tarikh tutup pun beberapa hari je lagi, 27 Ogos 2010. Cepat je aku taip entri ni. First time kot aku menaip tanpa berfikir dulu apa yang nak ditaip. Taip je apa yang terlintas. Hehe


Jadi,aku pilih video ni sebagai syarat penyertaan contest Oh!Best ni.



Source: http://www.youtube.com/watch?v=M6QIgWuzZYg

Sebab-sebab kenapa aku pilih video di atas:

#1 Of course sebab aku rasa best! hehe

#2 Video tu dihasilkan 100% oleh aku

#3 Isi kandungan video tu juga 100% hasil kerja aku.

#4 Jalan cerita tu mengandungi unsur nasihat & tauladan serta kesedaran,tentang isu berzina & kes buang bayi yang kian menjadi-jadi sekarang.

#5 Video tu dihasilkan dari kandungan entri "Mak...jangan tinggalkan baby di sini.."

#6 Aku takde idea dah nak pilih gambar/video untuk contest ni, memang video tu yang terlintas bila dapat tau pasal contest ni.Haha

Mungkin ada (padahal takde pun) yang tertanya-tanya, kenapa aku tergesa-gesa sangat nak join contest ni padahal tarikh tutup dah dekat. Nak hadiah tu sangat ke? Ok, macam ni. Secara tidak lansung, aku dah dapat idea untuk update blog, (walaupun dah ada dua artikel dalam draft yang belum di'publishkan), aku nak korang join jugak join contest ni even tarikh tutup dah dekat.Haha. Dapat mengeratkan lagi semangat setiakawan antara bloggers & readers.Bunyinya macam tak nak hadiah je kan? Mesti la nak! Kahkah











blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says