
Alhamdulillah..Bulan Jun sudah berlalu dan bulan Julai telah tiba. Ini bermakna sudah genap setahun blog ini dilahirkan.Pejam celik pejam celik sedar tak sedar sudah setahun usia blog ini. Begitu pantas masa berlalu. Walaupun perkembangan blog ini agak perlahan berbanding blog-blog rakan yang lain, intipati blog ini tetap mendapat perhatian dari para pembaca. Terima kasih banyak-banyak.
Blog ini adalah ber'hosting kan blogspot atau blogger. Dari dulu hingga ke saat ini. Pada asalnya, URL blog ini ialah mushmello.blogspot.com & telah ditukar ke mushmello.com bagi memenuhi impian aku & Luna. Siapakah Luna? Bagi mereka yang telah lama mengikuti perkembangan blog ini, nama Luna bukan sesuatu yang asing bagi mereka. Bagi korang yang masih tertanya-tanya, rajin-rajin lah baca artikel-artikel yang terdahulu.
Mengapa & bagaimanakah blog ini wujud? Buat pengetahuan readers sekalian, blog ini bukan blog pertama aku. Blog pertama aku, mushmello.blog.friendster.com masih wujud hingga ke hari ini. Ya, hanya ber'blogging di friendster saja.Hanya suka suka. Dan ketika itu, aku masih bersama Luna. Entri terakhir di blog itu ialah entri berkenaan hari Lahir Luna.
Masih aku ingat kata-kata Luna, "awak, awak buat la blog kat blogspot atau wordpress..Baru la maju.Takkan nak ber'blogging kat friendster je.." "Nanti buat blog baru tau..as my birthday gift..". Ya, hari lahir Luna bulan Julai, 1 Julai.. Lalu lahir lah blog ini, sebagai tanda impian & kenangan aku & dia.
Dulu, Luna lah pembaca tegar blog ini & dia juga la pengkritik tegar blog ini. Di saat blog ini sepi tanpa sebarang kunjungan, Luna lah yang setia "mentelaah" segala isi kandungan blog ini tanpa jemu. Tidak dapat dinafikan, selama ini Luna yang memberi semangat kepada aku untuk terus ber'blogging. But she's gone. Seolah-olah semangat & keyakinan aku selama ini pergi begitu saja. Tak mungkin kembali.
Sudah 6 bulan Luna menjauh dari aku & bersama yang lain. Tapi aku tetap seperti dulu. Ke mana saja aku melangkah, fikiran aku tetap memikirkan perkara yang sama. Terasa amat berat beban di kepala. Serius aku amat tertekan. Emosi aku masih tidak stabil sebenarnya. Jiwa teramat kacau.
*****************************************
Kepada Luna,
Selamat hari lahir yang ke-23. Semoga awak sihat sentiasa, gembira sentiasa, bahagia selalu.. Jadi perempuan yang baik-baik, lemah lembut.. Taat kepada perintah Allah..
Luna, serius, saya tidak dapat meneka & menjangka apa yang akan terjadi nanti. Serius, dulu, mati-mati saya sangka yang awak ialah jodoh saya. Serius! Saya akui, hati saya dah tertutup untuk perempuan lain setelah awak hadir sebab saat saya menerima awak, saya telah nekad yang saya akan jadikan awak puteri saya suatu hari nanti.
Tapi, siapa sangka, hubungan kita terputus jua saat hati saya masih berbunga-bunga. Saya bingung. Teramat bingung. Tak patut jadi begini. Tapi ini ketentuan Allah.. Saya harus menerimanya.
Kawan-kawan kita yang sebaya telah ramai yang berkahwin. Memikirkan itu membuatkan fikiran saya teramat kacau. Macam mana kalau tak lama lagi awak akan berkahwin? Maybe tahun depan? Di saat luka saya masih berdarah & ditambah lagi dengan perkahwinan awak..Saya tidak dapat membayangkan bagaimanakah keadaan saya di saat itu.Ya, saya memang terlalu banyak berfikir.
Luna, andai kata kita berdua memang tiada jodoh, awak hidup la baik-baik dengannya. Doakan saya supaya cepat-cepat lupakan awak. Doakan saya agar semua kasih saya kepada awak selama ini terhapus dengan segera. Saya tidak tertahan jalani kehidupan seharian begini. Disebabkan kasih saya terhadap awak, saya tidak mampu mendekati mana-mana perempuan, melayan mana-mana perempuan sebagai seorang teman yang rapat. Tawar hati dengan perempuan mungkin. Dan saya mungkin begini untuk beberapa tahun lagi.
Hadiah hari lahir untuk awak kali ini telah saya sampaikan kepada mama awak. Nanti, jangan lupa ambil hadiah tu.Hadiah biasa-biasa saja. Saya tau awak suka barangan Paul Frank. Sudah ke hulu ke hilir saya mencari any Paul Frank stuffs tapi mungkin nasib tidak menyebelahi saya. So, saya buat sendiri.Sehelai tuala kecil yang bersulam. Harap awak terima. Maybe itu hadiah terakhir untuk awak? Dulu, semasa awak mula bekerja di sana, saya hadiahkan dua benda kat awak. Satu surah Yasin dan sebotol perfume "follow me", dan saya minta awak bawa dua pemberian itu ke mana saja awak pergi. Kenapa? Surah Yasin itu untuk melindungi awak dari segi spiritual & perfume itu untuk melindungi awak dari segi fizikal. Saya risaukan awak di ibukota sana. Kes-kes culik,ragut biasa terjadi di sana, jadi, perfume tu boleh melindungi awak jika terjadi kes sedemikian. Dan tuala kecil itu? Saya tau awak penat bekerja..Harap awak sudi gunakan tuala kecil itu untuk lap peluh awak.Bersama tuala kecil tu, saya sertakan sekeping salinan biodata awak, yang awak nukilkan untuk saya semasa form 5. Kita berkawan selama 7 tahun, sejak dari bangku sekolah lagi & bersama untuk 2 tahun..Mungkin berakhir begini saja. Saya amat terkilan.


*****************************************
Terus terang aku katakan, aku tiada semangat untuk menguruskan blog ni. Sebab itu lah blog ini sudah jarang diupdate sejak akhir-akhir ni.Dulu pernah terlintas untuk delete blog ni, tapi sekali aku delete, semuanya akan hilang, takkan kembali lagi. Pernah jugak aku terlintas untuk menyerahkan blog ini kepada seseorang untuk menjadi admin kepada blog ini tapi hasrat itu aku pendamkan dulu.
Blog pertama aku dulu telah berkubur dengan entri terakhirnya, iaitu entri khas sempena hari lahir Luna. Mungkin blog ini jua akan menjejak langkah blog yang terdahulu, akan berakhir & berkubur dengan entri ini.
Luna diatas bukanlah Luna Maya yang menimbulkan kontroversi disebabkan aksi porno dengan Ariel tu, Luna di atas ialah Luna mello, Luna Fantasiku.
Terima kasih kepada readers yang sentiasa mengikuti blog ini.Aku amat hargainya.











