Friday, June 4, 2010

Majlis kahwin Cik Aina (sweetaina.com)


Sekarang ni musim cuti sekolah. Bagi budak-budak sekolah, cuti ni memang perkara yang menyeronokkan tapi bagi cikgu-cikgu, cuti pun tak macam cuti kan? Mana tak nya, masa cuti pun ada program itu & ini, kursus itu & ini tapi tak semua la.Kebanyakkan. Sebut pasal cuti sekolah ni, mesti ramai yang mengambil kesempatan masa yang lapang ni untuk mengadakan majlis perkahwinan.Maknanya kahwin la..kahwin..hmm!



Kat atas meja kat ruang tamu tu dah bersepah dengan kad kahwin. Tapi bukan jemputan untuk aku la.Mak ayah aku punya. Tapi apa yang aku nak cakap, orang kahwin pun ikut musim jugak tau.Kekeke. Nak-nak masa cuti. Bagus jugak. Boleh la isi masa yang lapang ni dengan menghadiri majlis kahwin di samping makan free.Haha.



Hari Sabtu yang lepas (29 Mei 2010) ialah majlis perkahwinan Cik Aina..err, sekarang Puan Aina dah.Haha.Dalam entri sebelum ni aku dah cakap pasal kad jemputan kahwin yang aku terima dari Cik Aina tu. Cik Aina blogger tu la.Cik Aina mana lagi kan? Blog dia famous tau. Jangan lupa jenguk.Berbalik kepada majlis kahwin tadi, sudah tentu aku pergi.



Ditemani seorang kawan, aku ke sana kira-kira pukul 12.30 tengahari. Jarak dari Pasir Puteh ke sana takde la jauh sangat. Lebih kurang 40 minit je kot. Sepanjang perjalanan tu, aku harap sampai nanti dapat la jumpa Cik Aina, bergambar sama-sama.. Tapi apakan daya, masa aku sampai tu majlis persandingan tak bermula pun lagi. Pengantin lelaki (Ayie) pun takde kat situ lagi.Haha.Awal sangat aku sampai.



So, aku santap la dulu to kill the time. Sudah je makan, aku tengok jam kat tangan, "Alaa, tak sampai pukul 2 pun lagi ni..Macam mana ni.." Tiba-tiba ternampak seorang lelaki. Ingatkan ayah Cik Aina tapi rupa-rupanya abang dia. "Bang, majlis bersanding start pukul berapa? Saya nak jumpa Aina ni.." "Bersanding pukul 3..Aina ada kat dalam tu tengah make-up. Jemputla masuk rumah". Katanya abang Aina.






Tanpa berlengah, aku ikut je abang tu masuk ke dalam rumah. "Harap-harap dapat la jumpa Aina ni..Bila lagi nak jumpa kalau bukan sekarang? Lagipun tak pernah jumpa lagi dia sebelum ni" Desis aku di dalam hati. "Tunggu kejap ye, abang nak tengok Aina dah siap make-up ke belum.." tingkah abang yang bersongkok hitam itu sambil menjenguk ke dalam bilik dimana Cik Aina sedang bersolek sakan. Aku pula menanti di luar sambil merenung hadiah yang ingin aku sampaikan kepada Aina yang setia terbimbit di tangan ini.



"Aina tak siap lagi la dik..duduk la dulu..lepak-lepak dulu.." Ujarnya sambil tersenyum dan melangkah pergi untuk melayan tetamu di luar. Aku termenung sejenak. "Nak tunggu ke ni? Macam tak manis pula aku duduk kat dalam rumah pengantin..kalau aku ni saudara dia takpe jugak.." Akhirnya aku mengalah. Aku terpaksa meninggalkan bungkusan hadiah itu tanpa bersua sendiri dengan penerimanya. "Dik dik! Awak ni adik Aina eh? Nanti tolong bagi hadiah ni kat dia eh..sampaikan salam saya kepada Aina.." Aku berkata sambil melangkah berat kaki yang berstokin puteh ini.





"Eh tunggu jap!" Ujar gadis tadi sambil meletak hadiah aku tadi bersama hadiah lain yang tersusun rapi di tepi dinding. "Ambil ni..terima kaseh sebab sudi datang majlis kahwin Kak Aina.." katanya sambil menghulurkan satu beg kertas yang terisi gula-gula & bunga telur mungkin. Aku tersenyum nipis. "Sama-sama.."




Aku melangkah ke motosikal kuning aku yang sudah berbulan-bulan tidak bermandi itu. Dari jauh, kawan aku yang menemani aku tu tersengih. Tak sabar-sabar dia nak pulang. Aku jugak yang pasrah sebab tak dapat bertentang mata dengan pengantin perempuan tu. "Ah, tak boleh jadi ni!" Aku bermonolog. "Ain, mu tunggu sini dulu, aku nak gi amek gamba!". Tingkah aku sambil berlalu pergi bersama kamera digital sony DSC S-730 aku itu.



Orang ramai yang sedang menjamu selera itu sedikit hairan dengan gelagatku. Siapa yang tidak hairan, terpandang seorang jejaka yang comel sedang asyik snap photos di situ tanpa mempedulikan orang ramai yang sedang santap. Mungkin ada antara mereka yang kagum "Waahh budak ni, sungguh cool beliau! Kalau orang lain tentu segan nak ambik gambar di khalayak ramai macam neh.."



Hahaha semua gambar-gambar kat atas tu aku la yang snap. Bagi orang lain, maybe ada rasa segan tapi kerjaya aku sebagai blogger cabuk ni berjaya membuat aku ketepikan rasa segan tak bertempat itu.So, selamat pengantin baru kepada Cik Aina & Ayie..Moga berkekalan hendaknya.



p/s: kenapa aku rasa macam baca novel pulak ye dari perenggan 5-10 tu..hahaha



p/s/s: Hadiah yang aku bagi kat Cik Aina tu untuk menerangi bilik beliau dengan cahaya malap yang indah..hehehe



p/s/s/s: Tumpang gembira nengok kawan-kawan kahwin! Aku bila? Hahaha calon pun takde lagi.huhu








blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle