Monday, May 10, 2010

kad cinta dari Cik Aina

Akhirnya,aku mungkiri janji. Tak sampai sebulan pun lagi, aku dah update blog. Kat sidebar tu bukan main lagi cakap tak update maybe berbulan-bulan lamanya. Tapi takpe la kot, mungkir janji pun untuk readers tersayang jugak.Ahaks! Apa khabar kalian semua? Sihat? Wah, bajet mesra la tu.

Ok, maybe ada yang tertanya-tanya aku kat mana sekarang kan? Aku sekarang kat wilayah strawberry, sedang bekerja a.k.a praktikal di sebuah hospital kerajaan di bahagian biomedical engineering. Kerjaan aku sehari-hari ialah menerima report/work order dari seluruh bahagian hospital,check alatan/mesin yang berkaitan dengan pesakit tu samada rosak,repair, maintainance serta tidak lupa jugak usha nurse pelatih kat sini.woo dorang cun-cun tau! Dah la tudung dorang kaler purple.I like! ahaha

Aku takde sumber internet kat sini. Nak pasang streamyx tapi telefon rumah dah tak guna sebab kabel telefon selalu kena kebas dek si shilanat yang tak reti-reti nak cari kerja halal. Ingat nak beli broadband tapi macam slow la pulak kat area rumah aku ni. P1W1max? No komen.So, aku taip siap-siap entri ni kat rumah then update je kat cyber cafe.Leceh la jugak.Jadi buat masa sekarang, aku hanya gunakan masa untuk update blog je, nak blogwalking tak sempat kot.Terima kaseh kepada mereka yang sudi singgah mello's. InsyaAllah nanti aku singgah balik.



Hari tu masa lunch hour, aku balik la ke rumah. Dah jarak hospital tu & rumah aku takde la jauh, dalam 6,7 minit je.Sampai kat depan rumah, terpandang macam ada sekeping surat kat dalam peti surat tu.Wow! Kad jemputan kahwin. Siapa yang nak kahwin? Dia kah? Haha, beranikah awak membelakangkan saya,berkahwin dengannya & menjemput saya ke majlis perkahwinan awak? Tak, bukan dia. Cik Aina la yang bagi kad kahwin tu. Kenal tak Cik Aina? Takkan tak kenal kot. Cik Aina yang comey lotte tu, ni blog dia, sweetaina.com.

Kat bawah ni kad jemputan kahwin yang Cik Aina pos kan untuk aku. Terima kaseh Cik Aina! kakaka




Tapi Cik Aina, kenapa..kenapa..mesti.. "mello & pasangan"? Waaa! Tertusuk ke kalbu bila ada perkataan "pasangan" tu.Haha.Takde la.Saja buat-buat jiwa lara neh.Nampaknya terpaksa la saya cari pasangan untuk ke majlis kahwin Cik Aina kan? Kan Cik Aina kan? Whoa!



Cik Aina ni baru berumur 25 tahun. Muda lagi. Aku pulak 23 tahun. Maknanya, lagi 2 tahun umur aku cukup la 25 tahun. Maybe masa tu,maybe 2 tahun lagi, aku akan "berkabung" di atas perkahwinan seseorang. Siapakah dia? Biar lah dia. Asalkan dia gembira & bahagia sentiasa. Aku? Biarlah aku. Kenangan hanya kenangan. Sakit maseh tak hilang. Pahit manis semua ku telan, asal kau capai apa yang diimpikan.

Kepada Cik Aina a.k.a Aina Chika,

bila kompang dipalu,
selamat pengantin baru,
orang datang berpusu-pusu,
pengantin tersenyum tersipu-sipu,
kononnya menyorok wajah yang malu,
padahal hati gembira hanya Allah yang tahu,
moga bahagia selalu,
hingga ke anak cucu,
nanti bila dah ada anak, jangan lupa beli susu.
huhuhu.



Kepada seseorang,

you said to me before, i must live without you, forget the past and move on. But, did you know, how can i move on if the past is what i dream for the future? Think it deeply dear.I know i'm nothing and he's everything, but he give you nothing, and i give you everything.








blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle