Saturday, May 1, 2010

Awak..saya suka awak.


Awak..Saya suka awak tapi saya tak tau patut ke tak saya bagi tau awak yang saya suka awak. Saya juga tak tau yang awak dah berpunya ke belum. Tapi yang pasti ramai orang suka awak. Saya pernah suka awak dulu. Tapi, saya tak nak sejarah berulang. Saya tak nak kehilangan seorang kawan hanya kerana rasa suka saya tu.

Tapi, salahkah kalau saya suka awak? Saya sedar siapa saya. Saya bukan lah lelaki idaman gadis. Saya hanya insan biasa. Tak perlu menjauh dari saya. Tak perlu dingin dengan saya. Sebab saya takkan cakap pun yang saya suka kat awak. Saya tak percaya dah kepada istilah "kapel" ni. Maybe ikatan perkahwinan yang betol-betol buat saya percaya sekarang.

Ok tamat intro.Saja je aku mengarut tuh.Saja nak psiko.Tak tau la nak psiko siapa.Maybe kepada diri sendiri.Haha.Takde kena mengena dengan sesiapa samada yang masih hidup ataupun yang lepas-lepas.Haha.Nak jawab tag je padahal pun tapi intro tersasar ke tajuk lain.Tak nak persiakan ruang posting katakan.Heh.

Oh ya, petang semalam, aku pegi HEP UTHM ngan member,ada benda nak disetelkan. Aku tunggu kat luar je,member aku kat kaunter dalam. Ah, lama pulak member aku neh. So, aku masuk jugak kat dalam. Masuk je,mata aku terus terpaku kat seseorang. Bukan gadis,seorang jejaka. Jangan salah paham,aku bukan gay. "Macam pernah nampak je..tapi kat mana eh?" Aku bermonolog. "Ah! Aku baru teringat!"

Aku pergi kat sebelah dia & tepuk bahu dia,

Aku: "Assalamualaikum..macam pernah nampak je.hehe.. ni unwanted eh? unwanted blogger tu.."

Dia: "ha'a..ni siapa neh?"

Aku: "Aku mello."

Dia: "Laaa.. ko rupanyaaa!" (sambil senyum girang,termasuklah aku.hehe)

Aku: "Ha'a aku la ni..hahahaha!"

Hahaha ada lagi perbualan kitorang yang seterusnya tapi cukup sampai situ la kot.Tak sangka boleh jumpa dia kat HEP.Tak pernah-pernah bersua lagi kot sebelum ni. Kenal pun melalui alam blogging ni je.Korang mesti pernah dengar kan unwanted86.blospot.com tu kan? Dia la tu yang aku jumpa tu. Student UTHM jugak.Best Oh!


1ST TAG.

Tag ni budak skima yang bagi.Mekasih..


1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?

saya akan mengaduh kesakitan.Sebab saya dapat tau dia tikam selepas kena tikam, so rasa sakit la.Lain la kalau saya prepare awal-awal seperti letak kuali kat belakang ke. Mesti tak lut kalau kena tikam.

2. 7 orang dihati anda?

Abah,umi,adik pertama,adik kedua,bakal isteri,bakal anak,bakal cucu.Tiga tempat terakhir tu masih kosong.Ada sesiapa mau isi? kakaka

3. Anda rasa anda comel?

secara jujurnya,saya selalu rasa rendah diri.

4. Single or taken?

saya tak kahwin lagi.

5. Blog yang mana anda suka?

blog yang mampu buat saya luangkan masa untuk baca sampai habis.

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?

saya suka kemas.tengok saja blog saya.tapi diri saya tak kemas.saya tak maskulin.saya dah lama tak lumurkan gel mahupun minyak rambut kat rambut saya.Sebab,saya lebih suka rambut saya natural begini.Kali terakhir saya minyakkan rambut saya masa sekolah dulu kot.Ok,bunyinya macam sedikit tipu,terpulang.Deodorant pun saya tak pakai,sebab saya rasa ketiak saya tak berbau pun.Saya suka pakai baju bundle,seluar pulak potongan bootcut. Tak seperti remaja lain, mereka up to date.Tampak macho. Maybe sebab tu saya ditinggalkan.

7. Lagu yang terakhir anda dengar?

banyak, OAG - Puthree, OAG - If Eye Do, Mr.RoBotniXx - Mr.RoBotniXx (best!), Bunkface - Dunia, Bunkface - Soldier, Azlan & The Typewriter - Gerak Hati, Weezer - The Good Life, Couple - Lagu Cinta Untukmu, Couple - Whoa Oh Sayang,The Times - Sisa-sisa, err, terlebih sudah.

8. Last text message?

"kamu, kuatkan semangat! banyakkan baca quran.mudah-mudahan hatimu tenang!"

9. Last phone call?

Mak saya, Nik Rxxxxx.

10. Hari terakhir anda menangis?

Hari mau hujan.

11. List 5 warna kegemaran anda?

- Merah
- Hitam
- Ungu
- Puteh
- Pink

12. Orang yang terakhir anda ber'YM' ?

YM? YM tu apa? why am ke? who am i? i'm melloman.

13. Game yang anda paling suka ?

name of the game. (a song)

14. Adakah anda peminat MCR?

MCR tu apa? Romantik kemistri ku kah? tak minat tapi suka lagu dorang. Lagu "i don't love you" best.


When you go
Would you even turn to say
"I don't love you like I did yesterday" ?


15. Ape perasaan anda masa jawab tag ini?

Gemuruh.

16. Anda rasa tag ini best?

best la jugak tapi best nasik lemak ayam lagi.

17. Tag lagi 10 orang.

err,kalau tak nak tag boleh tak? haha


2ND TAG

Tag ni Boboy yang bagi.Tag ni aku dah jawab sebelum ni but anyway,mekasih jua.

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.

Done

2. Select the 8th photo in that folder.

Done

3. Post that photo along with the story behind it.



sebelah kiri is vincci & sebelah kanan is topman.Cukup lah.Kenangan yang tak patut dikenang.

4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

err..tak tau nak tag siapa.haha


Ok,selesai jawab tag.Hmm..dah lama aku tak blogwalking.Masa yang ada pun just untuk update blog.Kepada mereka yang singgah blog aku ni,terima kasih aku ucapkan. Nanti aku singgah blog korang,kalau bukan sekarang,suatu hari nanti. Aku masih tidak mencapai taraf blogger omong kosong, kat dalam blog bagi tips menjana traffic melalui blogwalking & shoutmix tapi diri sendiri tak buat pun, orang singgah 5,6 kali pun tak singgah balik. Dah popular kan. Tapi mengarut je lebih.Lansung tak menarik perhatian aku yang tak popular ni. Err, ada sesiapa terasa ke? Lantak la. Aku psiko je ni. Tak ditujukan kepada sesiapa,kalau nak tujukan pun untuk aku je.

Sekian.



p/s:

jangan dicari jikalau aku menyepi,
cukup sekadar singgah di sini..
Aku menghilang bukan membawa diri,
hanya memenuhi takdir destinasi..









blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle