Thursday, April 15, 2010

Tutorial | Formspring, tanya apa sahaja!


Lupakan dulu kisah lara sebelum ni. Yang lepas tu lepas la.Aku nak buka buku baru, nota kehidupan yang baru dengan tinta yang baru.Wah, madah di situ.Sure ramai yang dah tau pasal formspring ni kan? Tapi aku nak buat jugak tutorial pasal ni, untuk mereka yang masih tak tau.Diringkaskan, formspring ni salah satu jaringan sosial jugak seperti facebook, twitter, tagged, friendster, Hi-Fi,myspace dan bermacam-macam lagi. Ringkas lagi, benda alah ni tak lain tak bukan adalah untuk bersosial.

Orang lain ada formspring, aku pun nak ada jugak.Hahaha.Tapi apa tujuannya aku buat formspring ni? Untuk bersosial sangatkah? Nanti kat akhir tutorial ni aku cakap kenapa aku register formspring neh.Siang tadi aku register. Seharian aku explore benda alah neh. Formspring ni memang la social network tapi takde la untuk gah meng'upload photo-photo macam kat facebook tu.

Senang cerita, formspring ni ruang untuk sesiapa saja bertanya apa saja kat korang. Bila korang register nanti, nanti ada ruang untuk siapa-siapa tanya apa saja kat korang even dorang yang bertanya tak register pun formspring ni. Tapi tu depend kat setting formspring korang jugak.Nanti aku cerita.One by one eh?

Register

Senang saja nak register.

#1 Pegi ke http://www.formspring.me/

#2 Klik button sign up tu.

#3 Isi butiran yang dikehendaki. username tu korang akan gunakan untuk log in nanti dan juga nama link formspring korang. cth; http://formspring.me/USERNAME
(korang jugak boleh log in guna facebook tapi aku tak suka cara tu)

#4 Yang bahagian name tu nama korang la, nama yang dipaparkan kat profile korang.

#5 Dah siap isi semua butiran, klik continue.Siap la kot.

Menu

Ni bukan menu makanan ok? Tolong la jangan fikir bukan-bukan.


Ok, ada 6 menu utama.

#1 Home

Kat situ korang boleh tengok update sesiapa yang korang follow. Haaa formspring ni boleh follow jugak tau. Bukan twitter je. Tapi, orang yang korang follow tu takkan tau yang korang follow dorang.

#2 Inbox

Kalau ada someone tanya soalan, soalan tu masuk dalam inbox.Eh, kenapa rasa macam ayat budak tadika je ni? Haha. Macam sms la, orang hantar sms masuk dalam inbox jugak. Tindakan yang korang boleh buat ialah reply,delete atau report spam tapi mesej kat inbox handphone tu takde la sampai boleh report spam.

Bila korang register formspring ni, automatically korang akan dapat 3 soalan. Ni bukan dari seseorang tapi dari formspring la as welcoming questions.Entah apa-apa.

#3 Profile

Kat sini page profile korang lah. Ada gambar profile korang sekeping,ada ruang untuk soalan tu & soalan-soalan yang korang dah jawab.

#4 Find people

Kat sini korang boleh search kekawan korang yang ada formspring jugak. Boleh search by username,first or last name, by email,facebook & twitter. Kalau jumpa tu, korang leh follow la dorang.

#5 Setting

Kat sini ada 5 sub-menu pulak.Bukan submarine ye?


5.1 Profile

Kat sini korang boleh edit nama,lokasi,website,biodata dan lain-lain lagi.

Korang jugak boleh ubah setting untuk anonymous questions.Ada tiga (3) options.

First, allow anonymous questions in your profile

Ni membolehkan sesiapa saja tanya soalan korang tanpa perlu register. Jadi, korang takkan tau siapa yang bertanya.

Second, allow anonymous questions but only from people who are logged in

Yang ni, sesiapa yang mau tanya something kena register dulu.So, kalau register, boleh bertanya as an anonymous atau ikut nama profile korang.

Third, don't allow any anonymous questions

Yang ni konpem korang perlu register dulu dan nama profile korang akan terpampang kalau tanya soalan kat sesiapa. Paham tak? Kalau tak paham sila tanya kat formspring aku.Haha

5.2 Design

Kat sini pulak untuk korang tukar theme profile forsmpring korang. Boleh pilih theme yang dah disediakan atau upload sendiri background yang korang suka.

5.3 Services

Part ni untuk connect formspring ngan social networks seperti tumblr, twitter, blogger (blogspot) & facebook. So, ni memudahkan korang publish jawapan korang & share ngan kekawan la.

5.4 Widgets

Widgets ni untuk korang letak kat blog korang. Macam mana rupa widget ni? Bentuk kotak, ada ruang untuk taip mesej/soalan. Kat situ korang boleh customize size,background color & foreground color widget korang.

5.5 Disable account

Ni untuk apa lagi, untuk disable account la! kakaka

#6 Log out

Maknanya? Log out.

Sekian tutorial yang serba ringkas. Walaupun benda ni simple, tapi aku buat jugak tutorial ni.Penting untuk mereka yang ingin tahu terlebih dahulu before register. Penting jugak untuk keywords search engine & pekejadah SEO tu, aku tak terer lagi bab-bab SEO ni. Formspring ni masih baru, dilancarkan pada 25 November 2009 & menjadi kegilaan pada tahun ni,2010.

Ok, kenapa aku buat formspring ni? Untuk memudahkan mereka-mereka yang segan bertanya untuk bertanya. Sebab, tak perlu register pun kalau nak bertanya kat formspring ni tapi depend la, kalau option untuk anonymous question tu disable, korang perlu register dulu la. Sejak dua menjak ni ada mickey mouse yang misteri cuba mendekati. Aku pun tak tau apa tujuan mereka. Jadi, kalau ada apa-apa, sila terjah formspring aku, ada aku letak kat atas shoutmix tuh.

Asalnya aku buat fanpage blog mello's ni untuk tujuan yang sama la. Untuk memudahkan korang tanya apa-apa pasal blog, photoshop ke, untuk tinggalkan pesanan ke, komen pasal blog ni ke, tapi macam kurang aktif. Maybe nak kena tunggu cukup 10000 orang kot.Haha. Tapi kat fanpage tu jugak la aku selalunya inform pasal status aku, bukan status "single" tu,hahaha..tapi keadaan aku, kenapa aku senyap, tak berblogwalking ke, blog ada masalah ke, blog update ke. Jadi, jangan cakap aku sombong or anything else sebab aku informkan kat situ. Bukan untuk kumpul fans ye? Untuk memudahkan mereka keep in touch ngan blog mello's ni.

Jadi, formspring tu untuk mereka yang mau tanya soalan yang remeh temeh, soalan yang perlu jawapan ngan kadar segera,untuk mereka yang tak ingin identiti mereka diketahui aku atau ringkas kata, "Ask me anything!" kakakakaka

Ni formspring aku : http://www.formspring.me/akumello


*update

tak sampai sejam, artikel ni dah appear kat google.Ni yang cakap kena pandai main keywords & apa benda SEO ni aku pun tak pakar sangat.Benda ni jugak la yang menentukan page rank korang. Nak lebih bagus lagi,guna la bahasa baku. Yeah! Tips yang tak seberapa dari aku.Takpe, berkongsi adalah seksi.


click to enlarge image






Tags: tutorial formspring,cara register formpring,apakah formspring,kegunaan formspring,tanya apa saja,cara bersosial,keburukan jaringan sosial,mushmello.com,tips formspring,info formspring








blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says