Friday, April 23, 2010

Muhasabah | Bersediakah anda untuk MATI?

photo by: mello

Salam kepada semua readers mushmello.com

Sudah lama aku tak selitkan artikel keagamaan kat sini.Bukan bermakna hendak menunjuk ajar tentang agama tapi apa salahnya bercakap tentang agama kan? Takkan setiap masa hendak bercakap pasal tips, traffic, nuffnang, ranking & seumpamanya kan. Pasal cinta jiwa raga, aku tinggalkan dulu sekejap. Tidak bermakna takde kekasih hati tak boleh berbicara pasal cinta kan? Heh.

Mati.Setiap yang bernyawa pasti & akan mati. Bercerai roh dari jasad. Korang tau kah bila korang akan mati? Bersediakah korang untuk mati? Jika ditanya pada aku, sudah pasti aku akan jawab masih tidak bersedia. Kenapa masih tidak bersedia? Bukan untuk menikmati keindahan duniawi,bukan masih tidak puas hidup di dunia yang penuh godaan neh, tapi, mengenangkan terlalu banyak dosa yang masih belum di'topup dengan pahala, amalan yang amat sedikit apatah lagi iman yang ibarat roda, turun & naik, sekejap di atas sekejap di bawah, aku terlalu takut & malu untuk mengadap'Nya.

Pernahkah korang terfikir yang korang akan mati dengan tiba-tiba tanpa sebarang petanda? Aku pernah & selalu. Tidak mengira masa terutamanya bila berbaring untuk melelapkan mata, aku akan termenung sejenak, merenung siling yang bersawang, dalam cahaya yang samar. "Macam mana agaknya kalau Allah tiba-tiba nak cabut nyawa aku?". Aku fikir dengan mendalam & selalunya datang perasaan gemuruh, gentar.Serius. Kita tidak tau bila kita akan meninggalkan dunia ini. Bila-bila masa saja.


Pernah, selalunya bila nak terlelap, tetiba datang perasaan seolah-olah nyawa hendak pergi.Terkejut. Terus beristighfar seraya bermonolog, "Ya Allah,jangan ambik nyawa aku lagi,jangan! Aku masih tak bersedia lagi ya Allah!".Serius. Aku bukan cakap sebarangan. Mungkin aku terlalu memikirkan banyak perkara. Pernah aku suarakan pasal ni kat umi aku, "Umi, kenapa along selalu fikir pasal mati eh? Petanda ke ni?". Cepat je umi aku jawab, "Hish! jangan fikir bukan-bukan la..Tu maknanya Allah nak along banyakkan amalan, ibadah, biar jadi orang beriman..".Aku senyap je la.

Cuba korang fikir, hari ni kita tengok orang tu meninggal, orang ni meninggal, kita bersedih untuk orang tu & menangis untuk orang ni. Tapi, cuba korang bayangkan esok pula orang menangis untuk korang. Setiap hari ada saja orang meninggal & kadangkala dengan sebab yang tidak munasabah & tak tersangka. Jangan ingat mudah-mudah je mati sebab sakit tua, bila usia mencapai 70an & ke atas,kata orang, umur kritikal untuk ke masjid.

Bukan hendak cakap aku ni baik orang nya apatah lagi seorang yang beriman, tapi apa salahnya kita muhasabahkan diri. Kadang-kadang aku termenung, kenapa orang tu dan orang ni masih leka bermaksiat, kalau tetiba Allah cabut nyawa masa tu? Alangkah ruginya.

Dulu, masa belajar di kolej matrikulasi Pahang, aku join kumpulan tabligh. Masa awal-awal masuk ke universiti pun aku join jugak tapi sekejap saja. Banyak yang aku belajar & masih banyak yang aku tak tau. Aku ingat lagi dorang cakap, amalan kita, solat kita, puasa kita & sebagainya tu bukan menjamin kita untuk ke syurga-Nya. Beribadah la berterusan seribu tahun sekalipun belum tentu menjamin kita untuk ke syurga Allah. Aku terkedu. "Ya Allah, layak kah aku untuk ke syurga Mu?". Aku bertanya, dah tu apa yang menjamin kita untuk ke syurga Allah? Jawapannya ringkas saja, "Keredhaan Allah". Keredhaan Allah yang membenarkan kita untuk menjejakkan kaki ke syurga nan indah itu.Wallahualam.

Jadi, setiap perkara yang kita lakukan, biarlah mendapat keredhaan'Nya. Apa jua perkara sekalipun. Muhasabahkan diri. Kalau korang takleh nak feel macam mana caranya, cuba macam ni. Bila korang bersendirian, keadaan sunyi sepi, cuba pejam mata. Bayangkan sudah tiba masanya untuk korang pergi selamanya. Sakit bukan kepalang, bayangkan, luka terhiris sembilu sudah pedih, apatah lagi roh yang hendak bercerai dari jasad. Bayangkan, anggota badan korang tidak dapat bergerak, bermula dari bawah, perlahan-lahan ke atas.Deria korang yang terakhir yang dapat berfungsi ialah telinga. Saat itu, semuanya sudah gelap gelita, hanya dapat mendengar bunyi persekitaran.



Telinga ialah deria terakhir yang berfungsi sebelum roh meninggalkan jasad. Sebab tu la kita dihendaki membisikkan kalimah syahadah di kala seseorang sudah nazak. Nazak bermakna nyawa sudah sampai ke penghujungnya.

Memuhasabah diri sedikit sebanyak dapat membantu kita, sejauh mana kah kesedaran kita, kesediaan kita untuk mati.Jangan sedar saja, hendaklah disusuli dengan amalan yang diredhai'Nya. Aku berpesan kepada diri sendiri & kawan-kawan sekalian.

Salam hari Jumaat.


p/s: Rasa insaf kejap, setengah jam lagi mesti hanyut dengan duniawi semula.kakakaka








blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle