Friday, April 2, 2010

Bila nuffnang bagi nasihat


Masa aku mula menaip entri ni, jam sudah menunjukkan pukul 7.24 a.m. Ceehh, starting pun dah macam cerpen.Caitt! Haha. Kepala pun dah rasa pening sikit ni. Kejap je aku tido malam tadi. Err, bukan malam sebenarnya, aku tido tadi lebih kurang pukul 1.30 a.m. Bangun tido pukul 3.00 a.m.. Satu jam 30 minit je aku tido. Memang tido aku tak menentu sekarang, entah bila hidup aku akan normal macam dulu.Kalau boleh, macam 2 tahun yang lalu.

Seperti biasa, aku nak cakap benda yang sama ni. Apa dia? Aku takde mood, jiwa sedikit kacau,sedikit busy mengadap FYP ni, maafkan aku kawan-kawan semua, aku tak sempat nak jalan-jalan singgah blog korang. Ada yang aku singgah, baca-baca entri tapi aku tak tinggal jejak.

Tadi lepas subuh, aku singgah beberapa blog. Baca-baca entri, ada yang aku komen.Jap eh, aku stop menaip kejap ni, tengah fikir nak taip apa, idea tak datang neh! Ya Allah..mana la idea neh.Jap ye? (Stop menaip beberapa minit).Ok, aku sambung. Ada beberapa blog yang cakap pasal nuffnang bagi warning neh. Sure korang dah tau kan? So, aku nak cakap jugak la.

Dorang (nuffnang) cakap, kegiatan klik mengelik ni tak patut dilakukan. Sepatutnya iklan tu di klik kalau korang betol-betol berminat nak tau pasal iklan tu je. So, dorang nak kurangkan frekuensi kempen iklan tu. Kalau ikut apa yang aku faham la, maknanya iklan takkan muncul sekerap macam dulu.

Kat bawah ni emel dari nuffnang;

Dear Nuffnangers,

As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our Terms & Conditions under Section 6.

Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning extra money. Should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as we'll only be able to sell ad spaces on blogs with no click fraud record.

Our system is capable of tracking these illegal actions which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for committing this offence. However, as the number of bloggers who commit this selfish act has been growing in an alarming rate within our community, we're forced to be more vigilant and will take necessary action to ensure our other members of the community who do not engage in such act to suffer in the long run.

If you are aware of any of your friends or anyone who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly advise them to refrain from doing so, as bloggers who are caught engaging in click fraud activities will be punished severely, either by suspension or termination.

Thank you for your attention.

Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

Aku main jugak klik-klik ni dan memang aku dah lama berhasrat tak nak main klik-klik ni. Sebab, mission aku ber'blogging ni lebih kepada nak bangunkan blog ni, mau jadi blogger yang dikenali kerana hasil karya & penulisan. Kalau lah aku buat blog semata-mata nak duit nuffnang, takkan la aku godek blog aku kemas-kemas, lawa-lawa macam ni kan? Takkan la aku menyusahkan diri menaip panjang-panjang, edit gambar lawa-lawa kan? Aku mau jadikan blog aku ni ibarat sebuah tesis projek tahun akhir, bukannya hanya sebuah diari mahupun majalah lawak.So that's why blog mello's ni macam skima sikit.Lagipun, berapa sen sangat aku dapat sejak aku ber'blogging selama 8 bulan ni.

1st cheque


click to enlarge image

Cek pertama aku pun aku tak tukar lagi kat bank. Dah 3 bulan terperap je dalam laci tu.Ingat pagi ni nak pegi bank.InsyaAllah.Cek kedua maybe sampai minggu ni. Tapi bodohlah aku kan kalau aku cakap aku buat blog tapi tak nak duit. Tanya la siapa pun, top blogger in the world sekalipun, tak nak ke duit hasil dari ber'blogging? Tak payah nak ber'ego la. Menyampah aku. Aku nak berjaya macam bloggers lain yang dah berjaya, traffic mencurah-curah, ramai orang masuk sebab banyak entri yang menarik. Ya, aku masih baru dalam dunia blogging ni. Tapi takpe, aku usaha untuk naik ke atas, perlahan-lahan.Setiap orang bermula dari bawah, melainkan dia dah memang terkenal sebelum ni.

Jadi, kalau korang nak klik iklan tu, aku tak dapat menghalang. Cuma, nawaitu nya biar betol, klik iklan tu sebab nak tau lebih lanjut pasal iklan tu. kakaka!

p/s: Al-Fatihah untuk Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi) yang menghembuskan nafas terakhir malam tadi. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

p/s/s: Tengah berusaha untuk meneutralkan asid dalam jiwa ini. Apakah alkalinya?

p/s/s/s: Adoii..dah menaip sampai sini baru teringat cik ailebiu ada bagi award.. sory ye cik ai? next entry ye? =)


*update

takut gak kena ban ngan nuffnang neh..hmm! ke cik nuff saja nak buat april fool? mentang-mentang la dah bulan april ni kan..maaf la cik nuff, saya tak sambut fool-fool neh..kakakaka




blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says