Thursday, March 11, 2010

Perlu ke tengok resit setiap kali cashout duit?


Satu malam tu, aku ngan member-member aku keluar makan kat kedai depan ni. Tempat biasa kitorang makan. Nak pegi jauh-jauh membazir minyak motor je. Lagipun kedai ni ada awek cun. Member aku yang sorang tu berkenan kat dia. Hehe. Awek tu ok la. Orang melayu siam. Ok, sampai je kat kedai depan tu baru aku teringat yang dalam wallet aku hanya ada not 5 ringgit. "Aduhh.. lupa nak keluar duit.."

"Yie, mu order untuk aku dulu.. nasik goreng kampung telor mata ngan nescafe ais. Aku nak pegi atm jap keluar duit.." Entah dia dengar tak apa yang aku cakap sebab aku tengok matanya asyik merenung awek siam tadi.Hehe mampos aku kalau member aku tu baca ni.Aku hidupkan enjin motor 2 strokes aku tu & pecut ke bandar Parit Raja. Sampai je kat mesin ATM muamalat, aku tengok bukan kemain ramai lagi orang tengah beratur.

Masa aku nak keluar duit la dorang nak beratur ramai-ramai. Ke lupa macam aku jugak? Ahh, lantak dorang la. Lagipun dorang bukan cari pasal ngan aku pun. So, aku pun join barisan menunggu gilirang untuk cashout duit kat situ. Ramai jugak la dalam 6,7 orang. Nak tunggu sorang-sorang blah mengalahkan tunggu member aku selesai berak.Hahaha

Bukan pasal tu actually yang aku nak cakap. Yang aku peratikan apa gunanya sesetengah (maybe mostly) orang ni dorang suka sangat tengok resit setiap kali cashout duit tu. Bukannya nak simpan buat kenangan ke apa, lepas tengok 3,4 saat then buang. Bersepah atas lantai. Yang dalam dustbin tak payah cakap la.

Jenuh aku duk tunggu giliran. Sampai giliran sorang mamat ni, aku perati je kat dia. Nak kata dia tu awek tak jugak sebab dia lelaki.Hahaha.. Slow semacam je mamat ni. Dah la tekan button masukkan password tu satu satu macam ajar budak tadika kenal A B C. Awek kat belakang dia ni dah start muncungkan mulut. Mana tak nya dah dari tadi lama duk beratur. "Titt titt titt!" Bunyi mesin ATM tuh. "Aduhh mamat ni.. salah masuk password pulak.."

Perlu ke buat orang menunggu macam ni?

Maka, berulang sekali lagi episod menunggu beliau masukkan password. Ingat kan dah puas hati dapat keluarkan duit, tengok-tengok dia ambik sekali ngan resit. Lepas tu baca resit tu ibarat baca novel pulak. Kalau blah dari situ takpe jugak, ni duk terpacak depan mesin ATM tu. Ingat orang yang duk beratur ni orang-orang ke apa? Amat berbaloi kalau dia simpan resit tu then frame kan tapi malangnya dia buang je atas lantai. Panas hati betul aku.

Atau macam ni?

Jadi, apa gunanya resit tu? Tu kes pertama. Salah satu kes lain ada yang tengok resit sekali jeling & then buang. Ada gak yang ambik resit tu tanpa tengok pun lepas tu buang. Aku bukannya apa, kan boleh jimat masa sikit kan. Lepas dapat je duit terus blah cepat-cepat. Kesian orang yang kat belakang ni nak-nak ada yang dah terkepit menahan kencing.Hahaha. Lagipun boleh elakkan pencemaran alam sekitar. Takde la bersepah ngan kertas resit tu kat atas lantai.

Macam ni?? Bagus.

Namun aku tak nafikan resit tu ada jugak gunanya. Kalau member yang mintak tolong cashout kan, mesti dia nak tengok resit tu kan? Kot-kot kita keluarkan RM200 padahal dia nak RM50 je. Yang RM150 lagi kita kebas.Hahaha. Pendapat korang macam mana? Perlu ke tengok resit setiap kali cashout duit? Penting ke?

p/s: Kalau korang nak share artikel ni atau artikel-artikel lain kat dalam blog ni ngan kekawan korang, korang boleh guna buttons twitter/facebook yg kat bawah ni belah kanan tu. Ok? Oraitt!



37comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says