Saturday, March 6, 2010

Mandi bertemankan cahaya lilin..Eh, apa yang akan korang buat kalau blackout?


Blackout.Maknanya hitam keluar.Bagus-bagus! Memang translator yang baik la aku neh. Macam turr! Blackout tu takde elektrik,takde api atau nak ayat skima terputus bekalan tenaga elektrik.Macam ni la contoh, korang tengah syok layan blog aku ni (hehehe..) di bawah sinaran lampu pendaflour serta dihembus angin kipas yang nyaman, tiba-tiba keadaan jadi sunyi sepi, gelap gelita dan korang mulai panas luar dan dalam. Ok, sindrom tu maybe sindrom terputus bekalan elektrik.

Habis.Penat aku merapu.Petang kelmarin, lebih kurang pukul 6 lebih aku tertido.Penat yang amat. Aku pun tak tau kenapa aku penat tapi lately memang aku penat. Minda,fikiran, jiwa, raga fizikal aku semuanya penat.Tengah syok membuta, aku tersedar dengan tiba-tiba. "Dah pukul berapa ni eh..apesal gelap gelita neh.." Aku cakap sesorang untuk menambahkan suasana kemamaian.Hehe.Dah la panas gila.Berpeluh-peluh.Tengok jam kat handphone dah pukul 7 lebih.

Aku bangun jap then baring balik atas katil.Tetiba je member aku terjah aku."Fuyoooo!! Tido ngan takde letrik.Hebat-hebat!!" Terus tak jadi nak sambung tido.Hehehe. Takde letrik rupanya. Macam mana nak mandi wajib ni? Memang gelap gila.Apa pun tak nampak. Takkan nak guna cahaya skrin handphone nokia 3310 aku ni pulak. Nak suluh semut sekor pun belum tentu nampak. Oh ya, kan aku ada handphone satu lagi. Sony E G705. Handphone tu ada torch light. Dah lama aku tak guna handphone tu sebab memory dia bangang sikit.



Aku try ON handphone tu.Takde bateri pulak."Takpe, aku cas bateri dia jap". Siap je jolok lubang handphone tu ngan wayar charger, baru aku teringat. "Alamakkk! Kan takde letrik ni..Macam mana nak cas handphone!" Sempat pulak aku melawak sesorang. Gila apa? Hahaha. Last-last aku guna lilin. Ok la dari mandi dalam gelap tu.Hehe.

Sudah je mandi, terus solat maghrib & then siap-siap nak pegi makan dengan budak-budak ni. Semalam makan awal sikit. Pukul 8 dah gerak pegi makan. Rupanya-rupanya bukan kat sekitar perumahan ni je yang blackout tapi separuh dari bandar Parit Raja ni blackout. Nasib baik ada kedai makan yang tak blackout.Siap je makan,masing-masing tak nak balik sebab kat rumah takde letrik lagi. Bajet nak lepak situ sampai ada letrik semula tapi akhirnya mengalah jua.Hahaha. Sampai rumah, aku terus landing atas katil. Fikir apa nak buat.

Budak-budak ni pulak syok duk bersembang kat luar rumah. Dah takde apa nak buat kan. Aku capai gitar pepel aku tu. Baru je petik, keluar bunyi yang pelik. Petik lagi. Pitching pulak lari. Hehe. Dah tu nak main sangat dalam gelap. At least main la dalam cahaya lampu samar-samar ke baru syok sikit.Err?

"Weh, jom gi bundle nak? Boring neh.." Katanya member aku. Aku ok je. Lagipun aku nak pegi ambik baju yang aku dah chop beberapa hari yang lepas. Baju woodstock gambar gitar. Pakcik tu tak bagi terus kat aku hari tu sebab dia tak letak lagi tanda harga. Boleh plak macam tu kan? Padahal dah siap gantung dah. Bila aku nak ada je alasan dia.Hahaha. So, kitorang duk membelek baju kat bundle tu sambil tunggu letrik ada semula.


Teringat masa kecik-kecik dulu. Setiap kali takde letrik, mesti family aku berkumpul, duk ramai-ramai. Biasanya dalam kedudukan bulatan. Abah aku suka sangat cerita pasal hantu time-time macam tu. Bajet dapat buat aku takut tapi siyes aku takut sebab masa tu aku kecik lagi.Hehe. Kadang-kadang tu aku tak layan jugak. Buat-buat tido tapi dengar jugak.

Eh, dah panjang sangat dah aku menaip ni. Stop la dulu.Tulis panjang-panjang pun bukan ada orang nak baca sangat pun. Sekarang dah pukul 6.15 a.m. Aku tak tido lagi ni dari semalam. Yang last aku tido petang semalam la before kejadian blackout tu.Hehe. Perut pulak berbunyi ni. Fikiran dah bercelaru. Hati makin merindu.Hmm! "Solat Subuh dulu la..then makan mi sedaapp.." Baru best sikit kalau tido kan? Hehe


Err, katakan la situasi blackout tu terjadi kat korang, apa yang korang biasanya & akan buat? Boleh jadi tips untuk aku gak untuk kegunaan di masa hadapan. Lalalala

p/s: Aku masih wujud..Aku masih disini.

26comments:

Post a Comment

 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says