Wednesday, March 17, 2010

Infiniti | Melodi Radhi OAG khas buat isteri


Sebut je nama Radhi OAG pasti korang dah kenal kan? Yang selalu "hot" dengan kontroversinya tu. Kalau ada yang tak tau lagi, ni aku nak bagi tau. Radhi OAG atau nama sebenarnya Mohd Radhi Bin Razali merupakan vokalis kumpulan OAG. Kumpulan OAG ni dah lama dalam industri muzik tanah air Malaya neh, sejak tahun 1992 lagi. Tak perlu aku cerita panjang-panjang pasal ni. Sampai esok pun tak habis lagi aku tulis.

OAG & Radhi, keduanya memang aku minat. Sejak dari alam persekolahan lagi. Hehe. Apa tu OAG? Ordinary Average Guy? Orang Asia Genius? Oribt Around Galaxy? Yang sebetolnya Old Automatic Garbage. Nama tu si Radhi ter'ilham dari mimpi dia. Tak percaya tanya la beliau sendiri. Tapi maybe dia menyepi sekarang, ni gara-gara bini dia, si shazlin la. Of course korang dah tau kan?


Dulu bahagia je aku tengok dorang berdua. Anak dia, Muhammad Rifdhi Muslim pun comel. Hancur kebahagiaan kerana orang ke-3. What the? Disebabkan masalah ni jugak, Radhi keluar dari band OAG demi family nya, demi isterinya last-last kena tinggal jugak. Si Shazlin dapat hak untuk penjagaan anak dorang, lagi frust si Radhi. Apa nak buat kan?

Detik bahagia mereka


Detik dah tak bahagia..hehe



Disebabkan tragedi ni, Radhi telah menghasilkan satu lagu khas untuk isterinya. Ha'a, dia memang sayang gila kat bini dia. Single Radhi ni tak officially publish lagi kot. Just publish secara online. Tajuknya "infiniti". Radhi menggunakan nama Radhi-o bila bergerak secara solo, tidak lagi Radhi OAG.Lagu ni masih baru.Aku ada search lirik lagu ni tapi tak jumpa pun. Cari chord gitar pun takde jugak. So, aku secara tebal mukanya amati lagu tu dan buat lirik & chord gitar sendiri. Hehe..

Kat bawah ni video yang aku buat beserta liriknya.



Lirik lagu Radhi OAG - Infiniti

lahirnya hamba ke ini dunia..

dibawa khas menjiwai raga-raga yang luhur..
zahirnya dinda kesini bermula..
diri se-khas memahami..

menerima seadanya bersama-sama..
sehidup semati itu infiniti..
utamakan famili satu evolusi..

sahutkah juwita disurikan beta ke hujung hayat..
hingga dijunjung mayat..
miskin atau kaya..
anggaplah aku sultan dahulu..
mempertahan memperjuang bawa amannya cinta berdamai ramai..

sehidup semati itu infiniti..
utamakan famili satu evolusi..

bagaikan adam dan hawa..
romeo... juliet...
sid,nancy..
saloma,p ramlee..
kurt cobain,courtney love..
john lennon dan yoko ono..
no no no no no no!

sehidup semati itu infiniti..
utamakan famili satu evolusi..

sehidup semati itu infiniti..
umpama famili satu evolusi..
satu revolusi..

alhamdulillah..
senafas senyawa..
sehati sejiwa..
sejantung raga..
diijabkabulkan bersama-sama, selama-lamanya!

Kat bawah ni pulak video yang aku record. Siapa-siapa yang mau chord gitar lagu infiniti tu boleh rujuk video kat bawah tapi maafla.. Aku main gitar secara terbalik sebab aku kidal.Wawawaa.. i'm sorry! Hehe

p/s: chords kat bawah ni dalam format gambar, kalau nak, sila right click & save.

*****************************************

Infiniti - Power Chords





Infiniti - Acoustic/Solo Chords





*****************************************

Hari tu kawan aku ada kol, dia cakap bapa saudara dia ternampak si Radhi kat sebuah masjid di Tanah Merah, Kelantan. Dia cakap Radhi join jemaah tabligh. Bunyinya macam tidak boleh dipercayai sangat. So, aku search kat google pasal ni. Memang betol yang Radhi dah join tabligh untuk mendekati diri kepada Allah. Dia tensen sebab terlalu banyak masalah. Korang boleh baca pasal tu kat matkepoh.com.

Korang boleh download mp3 infiniti kat sini.

p/s: err, aku gunakan disqus comment bermula hari ni..Jadi, korang dialu-alukan untuk mencuba beliau! hehe

p/s/s: lirik & chords gitar tu maybe tak berapa betol, kalau ada yang betol, sila inform.

p/s/s/s: ye ye, aku tau aku tak pandai main gitar.hehe


*update

tak tau nak guna disqus comment?

1. Isi je nama & emel korang kat ruang komen tu.
2. Post comment just as a quest, tak payah register disqus.
3. Kalau korang nak gambar/avatar korang appear, pegi register ntuk avatar kat en.gravatar.com.
4. So, bila korang komen lg pakai emel yg korang register kat situ, gambar/avatar korang akan muncul.



blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says