Monday, March 29, 2010

Cerita ceriti karun


Hari ni 29 Mac 2010. Beberapa hari lagi masuk bulan April. Sepatutnya bulan April ni aku meraikan sesuatu. Sesuatu yang bermakna bagi aku. Maybe aku seorang, maybe selama ni hanya aku seorang. Tapi biarlah, aku pejam mata, ketapkan bibir, aku tahan segalanya. "Along, long buat baik ngan semua orang tau, biarpun orang tu aniaya long, long kena ingat, Allah selalu bersama orang-orang yang sabar..". Tu yang umi aku selalu pesan, yang selalu umi aku ungkapkan kala aku pasrah, kala aku berduka, terluka, hampa.

Ada apa dengan cerita ceriti karun? Ada banyak benda yang aku mau ceritakan. Semuanya tertunggak disebabkan kesibukan, kesempitan masa. Aku simpan cerita ceriti tu bagaikan harta karun.Hahaha. So, sebab tu la tajuk entri ni cerita ceriti karun. Ni pun aku curi sedikit masa untuk publishkan entri ni. Layan saja cerita ceriti di bawah satu per satu. Ok? Oraitt!


1. Award

Award? Award is anugerah. Aku bukanlah artis walaupun aku reti main gitar pepel aku tu sikit-sikit ngan chords basic A,Am,Bm,cm,D,Dm,G,Dmaj7 dan bla bla bla aku pun tak tau banyak sangat chords, ngan power chords lagi aku main sampai kekulit jari aku menggelupas, sampai tali gitar "e" yang paling halus tu putus hari tu lalu aku pegi beli tali baru yang berharga RM1 kat pasaraya wellward. Maaf, banyak aku tersasul.

Award ni blogger punya award la. Ada 2 orang sahabat lagi bagi award. Lama dah bagi sampai aku pun lupa award yang mana. Akhir-akhir ni kerap pulak aku dapat award kan? Mekasih sebab ingat kat mello yang entah apa-apa ni.




Ok, award ni diberi oleh Sis somel & Nip. Terima kaseh. Aku terima saja. Yang beautiful blogger award tu aku dah jawab ya? Maaf sangat kat Cik Ailebiu & sorang lagi kawan.. Lupa plak nama beliau.Nanti aku update.Hehe.. Award-award yang aku terima semuanya aku letak kat sini.

2. If you fxxk me then fun you back!

Ni hamba Allah mana la yang tak pasal-pasal "pakiu" aku kt shoutmix. Tak puas hati apa ntah ngan aku.Ke jeles? Aku tak tau apa niat ko. Aku pun tak tau siapa ko, maybe orang yang aku kenal maybe tak, maybe kawan aku maybe tak.



Yang aku tau, lokasi ko di Johor dan ko search blog aku kat google kan? IP adress ko aku simpan, aku tak sanggup nak ban-ban ip adress neh. Aku maafkan ko. Ok? Peace!


3. Hamba Allah yang misteri

Hari tu, setelah sekian lama aku tak statuskan diri aku online kat ym, tiba-tiba ada sorang hamba Allah ni ym aku. Beliau takde dalam list aku. At first aku ingatkan tu spam. Tapi dia ada something nak cakap kat aku.

Kepada beliau,

Awak, awak cakap awak ada benda nak cerita panjang lebar kat saya kan? Awak cakap awak ada buat salah ngan saya kan? Saya tak tau apa niat awak & siapa awak. Jadi, kalau awak terbaca ni, kontek saya kat ym cepat-cepat sebab saya tak selalu online kan diri kat ym, selalu nya saya invi je & kadang-kadang memang offline. Ok?


4. Projek sarjana muda a.k.a projek tahun akhir a.k.a final year project

Akhir-akhir ni aku memang sibuk melayan makhluk ni. Projek aku simple je, buat satu house security alarm. Ada heat sensor, ada flood sensor (detect air la..) & ada burglar alarm untuk cegah penceroboh rumah kediaman. Projek bodo-bodo je. Malas nak buat susah-susah.

Projek ni dah 85% success. Circuit-circuit semua dah operate ngan jayanya yeay! Korang boleh tonton video kat bawah.


*abaikan suara yang sedikit poyo itu



Kenapa baru 85% success? Sebab tesis tak complete lagi, lepas ni aku kena buat model rumah & letakkan sensor-sensor ni di tempat yang sepatutnya & kemaskan sikit wayar-wayar yang berserabut ibarat jiwa aku yang hampir 3 bulan kacau ni tapi Alhamdulillah la, aku dah tenang sikt sekarang.

p/s: malam tadi masa makan nasik lemak ayam kat kedai warisan soto tu, sempat gak la layan jom heboh kat tv3. First time kot jom heboh masuk kelantan. Yang menariknya dorang asingkan tempat duduk lelaki & perempuan. Baguslah. Ke aku yang salah tengok? Mata aku pun makin rabun neh! wawawaa






blog comments powered by Disqus
 

BACK TO TOP




Side Projects under mello's: Wow! Bundle | melloGraphy | mello says