Friday, March 19, 2010

Cara tingkatkan trafik blog melalui shoutmix

Whoaa! Aku bercakap pasal trafik? Mello bersuara pasal trafik? Layakkah aku? Aku peduli apa. Apa pun takkan terlaksana kalau nak pedulikan cakapan,kutukan,umpatan, sinisan, kepandang rendahan orang lain. Hari tu aku ada cakap pasal cara bangang untuk tingkatkan trafik. Harap-harap takde yang betol-betol praktis kan.Hehe.

Ok, kalau pegi mana-mana blog, mostly nya mesti ada kotak berbual atau lebih gila glamour dikenali sebagai chat box. Shoutmix, msg box tu benda yang sama la. Fungsinya adalah untuk taip perkataan ringkas dan kurang mesra. Contohnya, "singgah", "nuff", "blogwalking". Hehe takde la. Saja gurau sambil bersinis.

Ber'blogwalking tu walking juga tapi korang kena la tau cara memaksimakan penggunaan shout mix tu untuk menjana & meningkatkan trafik & unique visitors ke blog korang. Macam mana caranya? Benda alah ni semua orang tau guna, taip mesej dan send. Habis. Ok, sebenarnya di sini aku gunakan faktor "psiko". Ya, aku memang psiko. Itu yang Luna selalu cakapkan kt aku. Dah lama dah tak dengar beliau cakap gitu kat aku. Hmm..


Dah-dah! Aku tak mau tersasul. Biasanya tips yang aku senaraikan kat bawah ni ada antaranya aku memang dah praktis kan dan ada yang aku buat tak endah lagi.

1. Pilih nama/nickname yang menarik.

Bukan aku nak cakap nickname aku menarik dan nickname korang tak menarik, tapi maksud aku cuba "menarikkan" lagi nickname korang. Contoh macam aku, dulu aku guna nickname "mello" je tapi aku buat anjakan paradigma dengan menambah "hello" kat belakang tu. Tampak revolusi di situ.Hehe. Kalau sebelum ni korang guna nickname "Kotak rokok", apakata buat ia lebih menarik, contohnya "kotak rokok yang kosong".

2. Statuskan diri korang melalui nickname

Ni lebih kurang macam point #1 jugak cuma yang ni lebih kepada status korang. Contoh, hari tu aku demam, so masa ber'blogwalking aku guna nickname "mello hello yang demam". Orang tengok pun macam lain dari yang lain je kan? So, peluang untuk bloggers lain untuk buka link ada tinggi. Maybe dorang nak tau mamat mana la yang tak pasal-pasal demam neh. Contoh status lain, "Mr.Playboy yang baru saja ngorat awek mello". Macam tu la lebih kurang maksud statuskan diri korang through nickname tuh.

3. Guna nickname yang berbeza

Nickname lagi. Kalau korang biasa guna nickname yg sama, pekata korang tukar-tukar setiap kali ber'blogwlking. Yup, point ni sedikit tidak dipersetujui, aku tau tu. Mesti korang nak mengekalkan identiti korang kan? Ok, ni boleh cuba la jarang-jarang sekali. Korang jugak boleh psiko orang lain. Maksudnya? Kalau korang pegi blog para jejaka, korang guna nickname "gadis mantap yang seksi" ke, "gadis berbaju pink" ke, "awek cun bibir pink" ke.. Konpem cepat je orang bukak nak-nak para jejaka.Hehe. Kalau pegi blog para gadis, guna je nama artis-artis/selebriti/bintang lelaki yang hensem-hensem. Contoh, "Fernado Torres datang nak ngorat". Nama pun dah pelik. Mesti orang tergatal nak buka. Try la kalau berani.

4. Gunakan kata-kata yang mesra & friendly

Ya aku tau korang ber'blogwalking tanpa mengenal erti jemu tapi at least cuba jadi seorang blogger yang mesra even korang tu konon-konon nya dah glamour. Kalau malas nak taip panjang-panjang pun cukup sekadar "singgah =)". Letak smiley hujung tuh. Nampak sikit kita ni mesra. Kalau "singgah" je, nampak sedikit dingin. Bagi aku la tu, memang aku rasa macam dingin. Setakat ni aku memang tak lupa letak smiley tu, even aku takde la friendly sangat realitinya. Tapi kadang-kadang aku guna "singgah" jugak. Tak tahan dengan nengok kt shoutmix aku tuh asyik "singgah", "singgah", "nuff". Tapi 1 dalam 100 la kalau aku nak balas guna ayat dingin gitu jugak.

5. Pelawa singgah ke blog

Point yang ni seolah-olah sedikit memaksa untuk singgah ke blog, terpulang samada untuk baca atau komen entri korang. Nampak macam terdesak & aku memang teramat jarang praktis kan point ni. Tapi kalau nak guna jugak boleh je. Ungkapkan kata-kata pelawaan yang manis, manja & mesra. Hehe. Contoh, "Jemput singgah ke blog mello...ada entri baru..jangan lupa bagi komen tauuu! salam sayang, mello. *wink" Err, aku baca pun nak termuntah.Haha. Tapi itu boleh psiko minda & hati orang. Buat hati orang serba salah tapi itu bagus jugak. Bukannya benda tak elok kalau baca & komen entri kan? Point yang ni sesuai untuk bloggers baru & bloggers yang tidak a famosa macam aku neh.Hehe

6. Berchatting

Maksudnya berbual-bual la. Jangan lepas singgah je terus tekan pangkah. Korang cuba berbual-bual dengan bloggers lain melalui shoutmix. Biar penuh dengan mesej korang je. Contoh, korang chatting dengan aku kt shoutmix aku neh sampai shoutmix aku penuh dengan mesej korang je. So, bila bloggers lain singgah mello's, mesti dorang nak tau siapa la duk ber'chatting ngan si mello ni. Kan kan? Dalam masa yang sama korang boleh buat kawan baru, boleh kenal dengan lebih rapat. Hah, iya la tu mello..

Kalau korang rasa tips aku ni boleh diterima akal, korang boleh cuba la. Sedikit sebanyak membantu la jugak kan? Hehe. 6 points je yang terlintas di fikiran buat masa ni. Korang ada idea lagi tak? Kalau ada, share la eh. Boleh aku tambah lagi point kt atas tu. Hahaha


p/s: tak tau nak guna disqus comment? Rujuk sini.

p/s/s: Lepas ni konpem ramai yang tak mesej aku kt shoutmix..akakaka

p/s/s/s: nak tau tips lain, boleh usha blog Dahlia's Journal





blog comments powered by Disqus
 

Kembali ke atas




Side Project under mello's: Wow! Bundle