
Aku kembali semula yeay! Kembali dari apa? Kembali dari kegelapan. Ya, masih gelap tapi aku cuba mencari titik cahaya untuk keluar dari kegelapan ini,kegelapan yang masih menyelubungi bayangan aku. Kenapa aku seolah olah bermadah? Aku tidak tau. Yang pasti, aku kehilangan. Kehilangan atas sebab yang memang tidak pernah aku terlintas tapi pernah aku fikirkan.
Maafkan aku kerana terlalu lama la jugak menyepi. Ramai kawan-kawan bloggers yang bertanya ke mana hilang nya aku. Tidak cukup melalui shoutmix, ada jugak yang menghantar private message melalui emel. Terima kasih banyak-banyak. Tidak aku sangka ada jugak yang pedulikan aku di sini.
Apa yang terjadi sebenarnya? Cukup sekadar aku katakan tulang rusuk kiri aku cedera. Tulang rusuk yang aku luruskan selama ini maybe tercabut dan hilang dari pandangan aku. Kerana itu, aku hidup tanpanya. Memang agak seksa tapi aku tau ini semua hanya dugaan Allah kepada aku. Allah sayangkan aku dan aku tau Allah takkan biarkan aku begini. Hanya Allah yang tau segalanya, apa yang tersurat dan apa yang tersirat.
Bermadah pulak aku kan? Takde la. Aku cuma sibuk dengan masalah je. Banyak kerja tertangguh. Dan aku sudah selesaikan satu persatu. Serabut minda dengan projek tahun akhir lagi.Hari tu aku sakit then komputer pulak rosak. Takpe, Allah takkan bagi beban kepada seseorang melebihi imannya. Tapi aku hanya manusia biasa. Berjalan tanpa arah tujuan. Pergi ke kedai tapi tidak tau apa yang nak dibeli. So, aku beli je gula-gula. Tengok je gambar kat bawah.Hahaha

Ok, siapa pula gadis berbaju ungu tu? Gadis dalam gambar kat bawah ke?

Tak la. Gadis tu sebuah gitar. First time aku beli gitar. Sebelum ni aku hanya pinjam gitar member aku. Tapi entah kenapa, hari tu aku terus beli tanpa perasaan. Actually, hari tu aku sampai kat stesen bas Batu Pahat. Jalan-jalan sesorang kat tingkat atas. Lepas tu ternampak kedai alat muzik kat situ. "Lawa pulak gitar ungu ni.." Aku bermonolog. "Bang, berapa harga gitar ni?" Apek tu jawab, "89 ringgit je..". "Ok,ambik la." Kata aku lagi. Sedar-sedar je gitar tu dah ada dalam pangkuan aku.Hahahaha!

Itu saja kot yang aku nak story. Nantikan kejutan tak lama lagi eh? Kejutan apakah itu? Just wait and see.Hehehe
p/s: kehilangan yang sementara.
p/s/s: wow! tak sangka aku menang kuiz Melz 9.. kekeke












27comments:
Post a Comment
cewahh. pasan kejap. :P
mello, apa lagi..
lepas ni record la sebuah lagi n publish la kat blog..:)
hahaha pasan2! hehe =p
hahaha saja nk rasa kembali ke zaman kanak2 riang! hehehe =D
hahaha.. da record dah.. 2 lagu for someone.. satu lagu record taun lepas gne gitar member & lagu stu lagi gne gitar ungu neh..hehe
ha'a ungu gelap.. =D
sama la kita..kakaka
beli yg mahal2 watpe.. eleh, beli la.. jgn lpe tunjuk kt aku..jgn sama kaler sudah..haha!
nanti nyanyi smbil petik gitar baru kat cikcoklet ekk!!
hikhik:))
aaaaa, boleh2.. =p
yup btol btol btol! =D
miss huda luna? err, hanya luna ye.. hihi ^_^
hehehe.. tgk la dulu, bukan reti sngt pun main gitar..wat jadi bantal pelok reti la..haha
tak clash pun cuma ada masalah.. dugaan dari Allah.. =D
memang seksa kehilangan rusuk kiri..
tapi ingat..
kehilangan rusuk kiri bro tuh sementara jer..
lepas nih ader lagi kehadiran rusuk kiri yang lain..
bro kene berusaha jer..
hohoho
ya ya i know that.. tp tulang rusuk kiri itu ttp di sini..dia dtg dan pergi & insyaAllah akhirnya ttp akan pulang ke tempat asalnya.. aduss.. bermadah lagi..kekeke
Post a Comment